Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Tuesday, December 27, 2011

'Legacy' yang bakal ditinggalkan dan doa Nabi Ibrahim a.s....

Salah satu cluster doa/ zikr dalam Al Quran ialah dalam ayat 77 hingga 85 Surah Asy Syua'ra'...yang mana dalam ayat 84 berkenaan, Nabi Ibrahim berdoa pada Allah moga baginda dijadikan buah mulut yang baik bagi golongan yang datang kemudian...
"....dan jadikanlah aku buah mulut yang baik bagi orang-orang yang datang kemudian (akhirin).."

Saya sebenarnya sebelum ini tidak mengambil berat tentang isu-isu berkaitan 'apakah legacy' yang bakal saya tinggalkan andai satu hari nanti saya telah dijemput Allah kembali menemuiNya. Ketika itu, rasa bimbang andai rasahati sedemikian menjatuhkan saya sebagai golongan yang mengharapkan pujian atau terkejar-kejar penghasilan unik untuk dikenang orang di hari kemudian.

Namun beberapa kupasan tazkirah oleh ilmuwan yang memberi peringatan dan juga doa yang dilafazkan oleh Nabi Ibrahim a.s ini Allah izin memberikan satu motivasi yang begitu unik dalam memperkuatkan azam dan tekad kita untuk terus memperkukuh ilmu yang benar sebagai muslim; dan berusaha bersungguh-sungguh mengamalkan da'wah menyeru manusia lain kepada jalan yang mendekatkan dirinya kepada Tuhan Pencipta Alam.

Apakah selepas ketiadaan kita di dunia ini nanti...manusia yang masih hidup sekadar sedih meratap dengan ketiadaan fizikal kita di dunia? Atau ketiadaan kita langsung tidak disedari akibat tiada apa yang significant dalam sejarah kehidupan selain corak monotonous atau stereotype (yang diumpamakan Alllah seperti binatang-binatang ternak) ? Atau ada yang lain bertepuk gembira dan lega dengan ketidakwujudan kita lagi di sisi mereka? atau kita disebut-sebut dengan perkara-perkara yang dibenci Allah dan hina pada pandangan manusia ? Moga Allah menjauhkan kita dari keadaan-keadaan sedemikian...

Sama-sama kita doa pada Allah agar kematian kita satu hari nanti janganlah kita tinggalkan legacy yang tidak menyumbang apa-apa dalam da'wah menyeru ke jalan Allah... atau jangan pula kematian kita disebut-sebut dalam keadaan yang jijik dan hina ...

Usaha yang ikhlas diserlahkan Allah keindahannya dalam wujud amal tersebut di sisi insan-insan yang diizinkanNya...apa yang penting, kita berusaha... Moga 'legacy' yang kita pilih, dengan ikhlas membawa manusia lain menjadi muslim yang lebih baik serta lebih 'dekat' kepada Tuhan yang Maha Pencipta, bi iznilah..

Monday, December 26, 2011

Ayat 94 Surah Al Baqarah.... terjemahan dan tafsirannya..

Dalam surah Al Baqarah ayat 94 Allah berfirman yang bermaksud, “ Katakanlah (wahai Muhammad), jika akhirat (balasan syurga) itu khusus untuk kamu saja dan bukan untuk orang lain, maka mintalah agar kamu dimatikan jika kamu orang yang benar”

Saya membaca tentang tafsir ayat ini yang membicarakan perihal bani Israil yang begitu degil dan ingkar kepada kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Mereka dengan angkuhnya menganggap diri mereka lebih suci serta diberikan kedudukan istimewa di sisi Allah...dan pada masa yang sama mereka menentang dan tidak mengiktiraf da’wah dan kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Dalam majlis ilmu mengenai pengukuhan ilmu dan amal dalam praktis sebagai muslim di PICC baru-baru ini, Allah mudahkan untuk saya untuk begitu terkesan dengan penjelasan ayat berkenaan (ayat 94 surah Al Baqarah). Salah seorang ilmuwan memberikan provokasi kepada pendengar iaitu jika benar kita ini muslim sebenar-benarnya dan telah yakin benar akan dimasukkan syurga, maka katanya dia cabar setiap yang sedemikian untuk minta dimatikan Allah serta merta sebab dah ‘sure’ masuk syurga...

Sesungguhnya, hakikat kebenaran yang disampaikan Allah dalam ayat tersebut bukan sahaja ditempelak ke atas Bani Israil yang ingkar...namun juga merupakan konotasi terhadap kita yang berpuas hati pada kedudukan yang ‘kononnya’ sudah menerima Islam sebagai agama. Rasa cukup dengan bicara atau nama sebagai muslim...dan yakin benar itu sudah memadai untuk dimasukkan syurga walaupun amalan yang dilakukan belum tentu mendapat tempat di sisi Allah SWT.

Moga kita sama-sama dapat perhatikan...apa sebenarnya yang dipegang oleh hati kita dalam meneladani kehidupan sementara di dunia.

Pada batas apa sebenarnya jiwa kita ini terikat...pada jalan mana yang kita utamakan dalam melakukan apa sahaja amalan. Sesungguhnya, betapa mitos bahawa kita ini sebagai muslim sudah cukup menjamin tempat ke syurga telah menyesatkan atau melalaikan sebahagian besar individu yang begitu ‘gah’ dengan keistimewaan mereka yang dinamakan sebagai muslim...tanpa sedikitpun berusaha dengan ilmu yang benar untuk berusaha menjadi muslim yang diiktiraf di sisi Allah.

Menjadi muslim yang benar...yang beriman dan bertaqwa...memerlukan ilmu (kebenaran perlu dicari, ianya tidak datang sendiri) serta diikuti dengan tekun bersungguh-sungguh mengamalkan apa yang diyakini. Apa yang diucap, itulah yang dicirikan sebagai terjemahan kehidupan. Kita ini bukan sekadar berangan-angan... Moga kita tidak bercakap sebagai muslim dalam satu aspek, namun pada aspek lain yang apabila dilihat tiada kaitan dengan agama kita tinggalkan. Sama-sama kita doa kepada Allah...

Monday, December 19, 2011

Kita yang sama-sama menunggu giliran...

Saya masih belum keluar dari fokus pemikiran yang terus datang berulang-ulang... Hakikat sahabat dekat yang kini menunggu keputusan ujian diagnosis menentukan penyakit sebenar yang dialaminya. Namun sebagai individu yang pernah mempelajari asas klinikal dan juga sains perubatan yg berkenaan serta mengamalkannya dalam perawatan pesakit, saya tidak dapat menolak bahawa sahabat saya kini mengalami tempoh waktu yang cukup sukar. Bagai menanti hukuman di meja juri...ketidak tentuan yang dibatasi pelbagai kelemahan kita sebagai insan.

Bercakap tentang ujian Allah...pada fokus jika kita sendiri tidak mengalaminya; memang sukar untuk meng'internalisasi'kan kesukaran dan 'kesakitan' yang dirasai. Saya juga pernah 'terduduk' tidak bermaya apabila disyaki menghidap penyakit yang tidak dipastikan diagnosisnya... debaran kencang yang cukup tajam dan memilukan.. Pada sela yang sama, berlaku kematian yang tidak diduga di kalangan mereka yang saya kasihi..

Dalam muhasabah sendiri, baru saya sedar bahawa saya sebenarnya tidak 'memahami' akhirat dan kematian seperti mana yang diajar oleh melalui Al Quran dan terjemahan sunnah. Saya bercakap dan terus bercakap tentang dunia yang sementara...tentang kematian yang pasti...tentang akhirat yang mendatang; namun bila diri diuji, seperti tidak percaya pada hakikat yang sering dihujahkan....betapa lemahnya saya, sehingga ia akhirnya menyedarkan saya bahawa saya ketika itu merupakan insan yang begitu cemas jika dihadapkan dengan kematian yang tiba-tiba... kenapa? sebab saya sebenarnya tidak pernah bersedia dan ... tidak pernah merancang untuk hakikat kematian...takut benar jika dilontarkan dengan persoalan mati, terlalu khuatir bila diri di'ancam' maut yang datang mendadak ...

Kita sebenarnya sama-sama menunggu giliran...namun melihatkan perit dan sukarnya kenyataan majoriti insan apabila dihadap kisah kesedihan dan kebarangkalian untuk menghadap kematian dalam masa yang terdekat dalam keadaan yang tidak disangka-sangka; fokus perspektif kita terhadap kematian perlu diubah serta-merta...

Yusof Al Qardawi menukilkan bahawa setiap mukmin itu gembira dan cinta kehidupan kerana kehidupan ini membenarkan dirinya untuk terus melakukan kebaikan di jalan Allah....dirinya juga gembira apabila menghadapi kematian kerana itu yang membawanya segera menemui Allah dan bersegera menunggu di barzakh yang merupakan satu dari taman-taman syurga sebelum tibanya akhirat.

Kita sama-sama perlu mengisi kehidupan ini dengan kebaikan demi kebaikan... yang terbaik apabila kita mengharapkan syahid di jalan Allah dalam apa jua yang kita perjuangkan demi menegakkan da'wah dan kebenaran. Bahawa mereka yang meninggal dunia atas perjuangan ikhlas kerana Allah...akan terus 'hidup' di sisi Allah dengan rezeki-rezeki istimewa yang dizinkanNya...

(NB: Sahabat yang saya kasihi Dr.Latinah Mohamad kini dirawat setelah diagnosis Acute Promyelocytic Leukaemia disahkan minggu lalu, ..Hanya pada Allah saya bermohon kebaikan dan kesejahteraan beliau, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengkabulkan Doa...)

Sunday, December 18, 2011

Antara sebab seseorang gagal memilih jalan kebenaran...

Semasa saya belajar di sekolah menengah dahulu...guru saya selalu mengulang-ulangkan, pandanglah pada KEBENARAN itu sebagai subjek perbincangan; bukan pada mereka atau individu yang berbicara tentangnya. Manusia itu ada kelemahan, namun nilai yang disandarkan pada Allah adalah mutlak sifatnya dan tidak boleh dipersoal dan diremehkan.

Apabila kita berharap untuk diserlahkan pada kebenaran...hendaknya biarlah kebenaran itu yang kita pandang BUKAN individu yang memperkatakannya. Jangan sesekali bias pada latarbelakang sehingga menyebabkan kenyataan individu tersebut kita anggap bias lalu kita menolaknya begitu sahaja...

Fitrah manusia secara umumnya membenarkan sesuatu kebenaran...inginkan kebaikan serta mengharapkan jiwanya tenang serta menempa kebahagian dalam kehidupan yang dilaluinya. Meskipun manusia itu pada zahirnya berbeza, namun sekelumit niat dan harapan di hatinya pasti mengharapkan sesuatu yang gembira dan bahagia dalam jiwanya.

Namun...fokus yang diserang habis-habisan oleh iblis dan syaitan (jin dan manusia) dalam jiwa manusia ialah bisikan-bisikan kejahatan terhadap perkara yang disukai oleh kelompok yang telah dihalau Allah dari syurga serta dijanjikan akan neraka itu.

Bisikan yang datang dan pergi secara berulang...hadir dan wujudnya sentiasa dalam setiap apa yang dilakukan insan iaitu antaranya ialah MEMANDANG RENDAH PADA SESEORANG YANG DIRASAKAN TIDAK SETARAF DENGAN DIRINYA.

Kebenaran itu hanya menjiwai jiwa yang benar sifatnya. Benar pada akhlak, pada bicara, pada hati serta benar pada objektifnya. Tanpa melandaskan ciri benar...sesebuah hati itu gagal memanfaatkan sifat kebenaran itu untuk diterjemahkan dalam dirinya sendiri.

Sesungguhnya, cabaran paling utama untuk dilaksanakan hari ini ialah menterjemah apa yang diucapkan...apa yang dibicarakan...apa yang dianjurkan dan apa yang di'titah'kan untuk diamalkan...sehingga ianya menjadi cara hidup ikhlas yang menyasarkan setiap amalan sebagai ibadah semata-mata kerana Allah SWT.

Gagal 'memandang ' Allah sebagai objektif mutlak, menyebabkan insan terus 'engrossed' terhadap 'self recognition' sesuatu keadaan yang bakal memusnahkan harapannya untuk 'menang' di hari akhirat. Ini merupakan sebahagian dari tafsir surah At Takathur yang baru sahaja saya pelajari intipatinya....

Friday, December 16, 2011

Ya Allah.... tutupkan jalan fitnah dan dakyah...bukakanlah pintu da'wah buat kami...

Setulus hati...saya mohon keampuan dari Allah atas segala khilaf dan kesilapan; sesuatu yang mungkin saya fahami di luar batas kebenaran atau skop seperti yang diredhai Allah. Yang mana kadang-kadang ianya terlontar untuk memberikan bicara atau terjemahan yang tidak menepati kebenaran.

Penulisan di blog ini adalah merupakan antara terjemahan rasa hati dan kefahaman saya untuk menyeru kepada kebaikan... juga sebahagian usaha untuk mengekang kejahatan yang sangat diharapkan oleh syaitan-syaitan di kalangan jin dan manusia.

Saya bukan menulis untuk sekadar dibaca... namun di ruang ini sebenarnya saya bertemu dan bertamu dengan setiap individu yang kenal dan mungkin juga tidak pernah kenal tentang diri saya.. yang mana setiap apa yang cuba saya kongsikan, satu taklif berat menanti saya yang terutamanya untuk sama-sama melaksanakan.

Dalam surah Al 'Ala, Allah memperingatkan tentang bermanfaatntya peringatan..terutama bagi jiwa yang khusyu' penuh merendah diri dan takut (pada azab Allah). Mereka yang lari jauh..... gagal memandang...meremehkan...enggan mendengar atau mengambil peringatan...tertinggal untuk menempah tiket ke neraka yang menjulang-julang wujudnya.

Ya Allah...Tuhan yang Maha Mendengar doa, Tuhan yang Maha Melihat pada hajat dan permintaan isi hati, Tuhan yang Maha mengabulkan doa...bantulah kami untuk menjauhkan diri pada perkara-perkara yang tidak ada kena mengena dengan kami, tutupkan liang dan laluan untuk kami berkongsi fitnah, amarah dan da'yah...BUKAkanlah untuk kami seluas-luasnya peluang dan usaha da'wah....

Wednesday, December 7, 2011

Jujurlah pada diri sendiri...

Seperti mana kita harap insan lain jujur terhadap apa yang dilakukan dalam urusannya dengan kita...demikian juga perlakuan kita apabila berhadapan dengan sesiapa. Saya pula melihat bagaimana kejujuran itu perlu pula disempurnakan pada diri sendiri...pada hati dan setiap amalan yang dilakukan.

Moga kita TIDAK bersusah payah berlaku jujur apabila 'terpaksa' berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita sedemikian...sedangkan dalam ruang 'tertutup' dari dipandang insan, adakala kejujuran itu tanpa kita sedar mungkin kita campak dalam lurah yang sangat dalam di sisi kehidupan. Moga dilindungkan Allah utk kita agar apabila sesama insan...kewujudan Tuhan yang Maha Kuasa kita utamakan untuk dipertahan.

.....andai dosa itu mempunyai bau dan rasa... hampir pasti bahawa manusia akan memilih jalan untuk jujur pada dirinya..

Sunday, December 4, 2011

Tentang 'BERPALING' (TURN AWAY)...

Antara terminologi di dalam Al Quran yang menarik perhatian saya ialah أَعْرِض ... dalam beberapa ayat menggunakan huruf asas alif , a'in , ra dan dhahd ini; mengisahkan tentang bentuk-bentuk berpaling (meninggalkan atau mengabaikan / turn away) yang disuruh Allah untuk melakukannya dan juga bentuk=bentuk berpaling yang ditegah untuk kita lakukan.

Kita diminta untuk BERPALING dari melakukan perkara-perkara berikut:

1. Dari terus mengikut cerita/ mengungkit kesilapan dua orang yang melakukan maksiat zina (Surah An Nisa' ayat 16)

2. Dari insan yang ada padanya tanda-tanda sifat MUNAFIQ (Surah An Nisa' ayat 63)

3. Dari mereka yang enggan ta'at pada perintah (dalam konteks hari ini sunnah) Nabi (Surah An Nisa' ayat 81)

4. Dari yahudi yang kufur (Surah Al Maidah ayat 42)

5. Dari mereka yang meremehkan / mengolok-olokkan Al Quran (Surah Al An'am ayat 68)

5. Dari mereka yang musyrik (Surah Al An'am ayat 106)

6. Dari mereka yang jahil/ tidak berilmu (Surah Al A'raf ayat 199)

7. Dari bertanya perkara yang tidak ada kena mengena dengan kita (Surah Hud ayat 76)

8. Dari mereka yang bercakap perkara yang tidak bermanfaat (Surah Al Qasas ayat 55)

9. Dari orang yang kafir (Surah As Sajdah ayat 30)

10. Dari mereka yang enggan menerima peringatan Allah dan sentiasa mengutamakan kehidupan dunia (Surah An Najm ayat 29)


Kita ditegah untuk berpaling dari :

1. Mengingati Allah tatkala dalam kesejahteraan dan kebahagiaan sedangkan di waktu susah begitu ingat mohon doa pada Allah (Surah Al Isra' ayat 67), (Surah Fusilat ayat 51)

2. Mensyukuri nikmat-nikmat Allah (Surah Al Isra' ayat 83)

3. Menghayati dan mendengar ayat-ayat Allah (surah Al Kahfi ayat 57)

4. Al Quran (Surah Ta ha ayat 100)

5.Mengingati Allah... (mereka yang berpaling dari mengingati Allah diberikan penghidupan yang sempit) (Surah Ta ha ayat 124)

6. Tazkirah ayat-ayat Allah (Surah As Sajdah ayat 22)

7. Mensyukuri segala nikmat-nikmat Allah (Surah Saba' ayat 16)

8. Peringatan yang gembira dan menakutkan (balasan benar tentang syurga dan neraka) (Surah Fusilat ayat 4), (Surah Fusilat ayat 13)

Friday, December 2, 2011

Tentang faham dan penghayatan...

Bayangkan jika kita membaca buku...yang lafaznya hanya bbnmmmeegghhkkklllwww....... jika dikhabarkan pula ia sebenarnya kunci hikmah kebijaksanaan untuk diteroka dan membawa manfaat kehidupan... maka apakah kita akan terus membiarkan lafaz bbnmmmeegghhkkklllwww...itu terus tertinggal dalam bacaan lalu dibiarkan ter'buku' tidak dijenguk isi tafsiran dan kata kunci untuk diamalkan?? Apakah buku itu bermakna dalam kehidupan dan memperkukuhkan ilmu pengetahuan ??

Bayangkan pula kita bercakap dengan seorang yang amat dihormati dengan permohonan atau harapan...kita bercakap dalam bahasa ...dddffgghhjjrrlllmmnn...kemudian diungkapkan pula dengan intonasi yang tidak kemas, kedudukan hati yang tidak faham apa yang diucap...manusia apa agaknya kita ini?

Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab yang begitu komprehensif dan sistematik tafsirannya. Andai ianya dibaca dalam konteks bacaan yang langsung tidak pernah difaham...ianya serupalah seperti perumpamaan yang cuba diilustrasikan di atas.

Demikian juga dengan solat dan doa yang kita ungkap kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, Maha Hebat dan Maha Pencipta...memliki asmaul husna serta seluruh kerajaan di seluruh alam....betapa 'biadap'nya kita jika membiarkan diri dalam situasi kaku tidak memahami bacaan solat dan doa yang dipohon kepadaNya..serta membaca dalam intonasi kasar, terkadang seperti menengking dan 'syok sendiri' dalam batas lagu yang berlebihan (yang tidak pernah diajar oleh rasulullah SAW)??

Saya juga merupakan antara individu yang selama ini mengabaikan kesungguhan untuk faham dan menghayati isi-isi Al Quran; juga saya mengambil masa puluhan tahun untuk mempunyai 'insight' betapa kefahaman dalam membaca bacaan dalam solat adalah kunci untuk fokus dan meletakkan rasa pengabdian ikhlas terhadap Allah SWT.

Moga Allah memudahkan jalan untuk kita memperbaiki hati dan diri...

Wednesday, November 30, 2011

Ilmu dan bijaksana...dua alam yang BERBEZA..

Pengalaman saya berinteraksi dengan ilmu...mudah seseorang dan sesiapa sahaja menerima dan memahami ilmu. Mudah pula untuk menyusun hujah dan tindakbalas apabila isu-isu teknikal berkaitan ilmu yang difahami itu...apatah lagi, ilmu yang diperolehnya itu diamalkan. Itulah dunia anak-anak pelajar...juga dunia kami yang menimba ilmu bersama mereka. Kuat daya ingatan seseorang menghafal ilmu serta menghujahkan fakta-fakta yang difaham...kelihatannya ilmu berkenaan sudah dikuasai serta diberikan pula kayu ukuran cemerlang dan hebat.

Sebaliknya pula..mereka yang gagal menguasainya..tertinggal ke belakang, dan ada pula yang gagal memperolehi ‘insight’ betapa ‘kurang’nya ilmu yang telah difahami mereka. Lalu terus-terusan tenggelam dalam batas ilmu...terkial-kial menyusun hujah tetapi masih dianggap ‘norma’ dalam ukuran lulus dan gagal (skala 40% dalam ujian adalah markah minima lulus untuk peperiksaan akhir di peringkat pengajian tinggi).

Uniknya pula..saya kian menghargai bahawa tatkala seseorang memiliki ilmu yang hebat, tidak semestinya pula tindakan hidupnya menjadi bijaksana. Ada kala, ‘gah’ ilmu yang pada tanggapan dimiliki itu dipamer begitu kaku, keras serta menghampakan. Ada pula, mereka yang kelihatan berbuku-buku ilmunya...namun jelas tidak mampu menghidupkan ilmu dalam hidupnya lalu menyusun fakta ilmunya bagai robot dan objek kaku tidak berfungsi. Di satu spektrum, saya dapati sebahagian yang kaku itu...memusnahkan pula unsur-unsur sejahtera yang ‘tertipu’ dengan timbunan ilmunya yang kelihatan hebat pada pandangan manusia.

Insan berilmu...punya falsafah dan pendekatan mengikut apa yang dicitakan. Mereka yang mengamalkan ilmu yang disandarkan pada unsur kemanusiaan...kelihatan bijaksana dalam tindakan. Namun, ianya jelas tidak seimbang andai wujudnya tanpa hubungan dengan Tuhan yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana (‘alimul Hakim)...

Mudah-mudahan kita tidak kabur terpedaya dengan ilmu yang kita miliki... moga Allah pelihara ilmu berkenaan dengan batas-batas bijaksana yang membawa kita semakin dekat kepadaNya..

Wednesday, November 23, 2011

Gaya komunikasi yang TIDAK lagi serupa

Fokus alam cyber terus melebar untuk memungkinkan pelbagai komunikasi antara individu. Jika semalam, alam komunikasi ada hijab serta terhad pada komunikasi langsung lisan dan tulisan secara nyata serta dipagari oleh batas dan tata susila menurut latarbelakang individu, bangsa, agama dan budaya...namun ciri-ciri itu pada hari ini sudah kian terpadam dan malap keadaanya.

Saya menganalisa ciri-ciri komunikasi dalam pelbagai forum perbincangan...mahupun di pentas facebook dan juga blog mahupun twitter serta apa jua yang menjadi pentas komunikasi d alam cyber. Nyatanya...gaya komunikasi kita pada hari ini merupakan sesuatu yang sangat berbeza.

Batas komunikasi kini jelas merentasi hubungan lisan antara individu lelaki dan wanita. Satu situasi yang satu ketika dahulu ditangani dengan santun, hemah dan menurut adab. Garis keterbukaan maklumat terus melebar di antara isteri orang dan lelaki-lelaki bukan mahramnya, antara suami orang dan gadis-gadis, antara isteri orang dan suami orang...semuanya berlaku begitu bersahaja, dipaparkan penuh nyata serta tanpa selindung dan batas bahasa. Adakala...diskusi menjadi hangat dengan lawak jenaka mencuit rasa. Adakala, timbul isu yang mungkin mengungkit ‘keindahan’ di dalam jiwa serta adakala merosakkan tanggapan baik sesama mereka yang telah biasa ditemui di dunia nyata.

Seingat saya...tatkala teknologi ini memenuhi ruang platform komunikasi...saya begitu teruja. Apatah lagi meluaskan perkenalan saya pada mereka yang ingin berkongsi kebaikan...atau juga membolehkan kita menambah pengetahuan dan membetulkan kesilapfahaman. Lebih teruja apabila berpeluang menemui insan-insan yang pernah dikenali dalam tahun-tahun di usia kanak-kanak mahupun remaja. Terkadang terhibur dengan bicara dan santai penyambung hubungan persahabatan.

Bertahun-tahun saya mengikuti rentak ini...yang pada awalnya saya juga terhakis dalam dunia bahasa yang begitu bervariasi. Terkadang lupa pada identiti diri, adakala mengeluar pendapat penuh emosi . Tersentak juga apabila terbaca tulisan mereka yang kelihatannya sopan tetapi di luar jangkaan ‘ganas’ berhujah melalui papan kekunci sehingga mencetus sedih dan kecewa. Terkedu pula apabila isteri-isteri dengan santainya bersenda gurau dengan suami-suami orang di laman thread mahupun FB atas nama persahabatan atau pengenalan. Ada pula yang hebat berhujah...tanpa ilmu dan kebijaksanaan sehingga terkeliru antara bicara-bicara da’wah dan tohmah.

Saya menyalahkan diri saya, lantaran bertahun melayari pentas komunikasi cyber ini, saya terlalu lambat mendefinisikan potensi kelemahan dan ‘keterbukaan’ yang semakin mengancam minda, taqwa dan setiap nadi emosi. Biarpun terkadang rasa tidak selesa yang sebenarnya berpunca dari dosa yang dicipta namun membuat pelbagai justifikasi untuk membenarkan komunikasi terus berlaku ‘secara semulajadi’. Banyaknya kesilapan-kesilapan saya....

Penjelasan tafsir Surah Al Kahfi..tentang perihal Dajjal yang bakal menjahanamkan aqidah umat Islam. Selain kemilau harta.... komunikasi lampau batas di alam cyber tanpa objektif da’wah kerana Allah juga merupakan peranti hebat yang bakal bermetamorfosis menjadi raksasa dajjal pemusnah ummat.

Saya kongsikan kegusaran ini demi memelihara pembinaan jiwa kita dan anak-anak dan sahabat-sahabat semuanya untuk terus beristiqamah di atas jalan kebenaran iaitu menghayati dan menterjemahkan quran dan sunnah dalam kehidupan....

Sunday, November 13, 2011

Sebenarnya... saya tidaklah sesibuk mana..

Hati dan naluri saya sering terusik apabila sesuatu keadaan/ 'task' yang tidak dapat diteruskan lantaran persepsi mengatakan saya terlalu sibuk. Seringnya pula... saya tidak pula menolak tanggapan tersebut atau meng'iya'kannya... kerana dalam fokus/urusan untuk menyelesaikannya isu yang berkenan, saya terus berfikir...Benarkah saya ini terlalu sibuk?

Allah Maha Mengetahui... Bahawa jumlah waktu yang dianugerahkan kepada kita selama sehari semalam 24 jam, sangat ideal dan sesuai untuk kita sebagai insan untuk mengisinya dengan apa jua tugas atau keperluan yang mesti kita laksanakan. Setiap kali selesai solat...dan kadang-kadang saya dalam keadaan kelam kabut untuk memperuntukkan masa berzikir penuh penghayatan dan berdoa penuh kerendahan..hati saya tercuit rasa bersalah kerana menyia-nyiakan peluang terbaik untuk memperbaiki hubungan hati dengan Allah SWT. Difikir-fikirkan semula, apa sebenarnya yang hendak dikejarkan sangat tanpa fokus terbaik dalam solat dan doa.... meluru menatap kembali kehidupan yang penuh 'camouflage' atas persepsi rasa SIBUK.

Antara perangkap syaitan menjauhkan kita dari ubudiyah kepada Allah ialah dengan menanamkan rasa TIDAK APA pada perkara-perkara yang harus...saya sendiri pada usia ini baru menyedari bagaimana banyaknya perkara-perkara yang HARUS itu menyebabkan hati saya tersadai dalam keadaan yang KERAS tanpa hubungan dengan hakikat ubudiyah dan iman yang benar. Itulah juga yang mencalarkan fokus solat dan doa saya... atau juga terlepas perkataan/ tulisan hingga tanpa disedari menyakiti hati orang lain..

Susunan waktu dalam kehidupan Allah izinkan untuk kita yang memilih dan melakukan apa yang kita mahukan... dalam ruang yang diizinkanNya. Ada yang kita mahukan...diizinkanNya menjadi kenyataan dan ada pula yang sebaliknya. Tak semua yang kita mahukan mampu menjadi kenyataan... semuanya tertakluk pada kekuasaan Allah yang Maha Hebat dan Maha Berkuasa.

Lantas... ruang-ruang waktu sentiasa menunggu kita untuk memanfaatkannya dengan praktis yang dijanjikan Allah dengan pahala. Jika itu keutamaan kita...insyaAllah pelbagai medan dapat dimanfaatkan untuk menjurus pengisian kita menurut amanah yang ditaklifkan.

Mengenai pengisian waktu yang bagi saya bermanfaat untuk dikongsikan,
1. Perlu ada 'rank of priority' dalam kehidupan... jika sebagai isteri, sibuk bagaimanapun perlu ada ruang untuk suami. Jika tugas di pejabat yang membayar gaji bulanan... maka tugas di pejabat yang perlu diutamakan bukan kerja sambilan atau " moonlighting" di luar pejabat

2. Tidak terpedaya dengan perkara-perkara yang HARUS

3. Line of communication yang jelas.... perlu saling ingat mengingati akan kerja2 yang perlu diutamakan serta memenuhi amanah dan tanggungjawab...

Moga Allah mempermudahkan tugas-tugas kita semua...

(NB: Berkongsi tulisan semasa bertugas mengendalikan Klinik Komuniti di Pasir Gudang)

Wednesday, November 9, 2011

Memuliakan anak-anak..

Pada era kebelakangan ini, kursus-kursus mahupun seminar bertemakan motivasi serta 'pencetus' semangat di kalangan anak-anak (termasuk remaja) untuk berubah; mencuri perhatian dan mendapat tempat di kalangan kita. Pernah saya terpandang satu banner yang mengiklankan bagaimana istimewanya Kursus yang ditawarkan sehingga dikatakan 'TERBUKTI' program yang dilakukannya itu mengubat penyakit anak-anak nakal..wallahua'lam.

Sempena Aidil Adha baru-baru ini, saya sempat menyorot sejarah dan pengorbanan serta siri-siri ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim a.s; tafsiran serta konteks penghayatannya dalam pembentukan minda anak-anak serta mempertahankan aqidah mereka agar kekal sebagai muslim yang mukmin.

Masjid adalah salah satu unsur penting dalam pembinaan jiwa anak-anak. Kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s membangunkan Baitullah sebagai ka'bah umat muslim memberikan konotasi yang jelas betapa pendidikan jiwa anak-anak agar hatinya terikat dengan aqidah ialah masjid (tempat kita bersujud iaitu solat). Masjid yang begitu gemilang pengisiannya di zaman Rasulullah SAW pula sering kisahnya menggetarkan jiwa dan hati naluri saya.... pendidikan jiwa dan hati secara hands on dari rasulullah SAW serta terjemahan langsung dalam praktis kehidupan begitu indah perlaksanaannya. Rasulullah sebagai imam dalam solat, pemimpin dalam masyarakat, pendidik jiwa umat, mengambil berat setiap individu muslim...baik yang tua, para sahabat, wanita mahupun anak-anak. Mereka menjadikan masjid sebagai teras membangunkan jiwa dan minda...yang akhirnya menghasilkan insan muslim mukmin yang terdorong hatinya untuk sentiasa memanfaat dan berkongsikan kebaikan.

Namun...apa yang terjadi pada masjid kita pada hari ini?? Imam dengan fungsinya yang terbatas sewaktu mengimamkan solat sehingga habis membacakan doa... atau Nazir, yang urusannya memastikan logistik dan fasiliti masjid cukup dan lengkap...atau jawatankuasa masjid...yang saban tahun berbahas dan berdebat demi mempertahankan 'kerusi-kerusi' panas atas nama sebaga AJK.. .

Siapa pula dari masjid yang tarbiyahnya sampai kepada masyarakat? Jika ada..itulah penceramah jemputan yang mengisi slot-slot undangan. Dan siapa pula yang mendengar ceramah tersebut...di mana anak-anak kita yang belum baligh mahupun pada usia remaja? Di mana mereka ketika aktiviti pendidikan oleh masjid berlangsung? Bagaimana kita boleh mewujudkan daya 'magnet' menarik minat anak-anak ke masjid?

Yang nyata...hati dan naluri saya sebak setiap kali melintasi masjid-masjid yang seringkali kosong sunyi dan sepi...tanpa pengisian ilmu mahupun manfaat kebaikan daripadanya kecuali pada waktu-waktu khusus. Ada kemudahan bilik kuliah...perlu pula di sewa pada harga yang tidak munasabah...Namun ada pula peruntukan khas makan-makan untuk AJK masjid untuk bermesyuarat.. Pernahkah ada masjid yang mengadakan jamuan khas meraikan anak-anak mahupun kanak-kanak??

Anak-anak adalah generasi yang perlu kita muliakan kesucian dan kemurnian jiwa serta mindanya. Memperkukuh binaan dengan mendidik unsur-unsur yang baik perlu juga disertakan dengan langkah sekatan dari unsur-unsur yang bakal menjahanamkan. Jika di zaman saya kecil dahulu, sering saya mendengar kritikan terhadap ibubapa yang membelikan motorsikal untuk anak-anak yang terlalu belia demi menyempurnakan 'kasih sayang' padahal tindakan itu kurang tepat dalam membina kedewasaan sebelum sampai masanya.

Pada hari ini, saya mengesyorkan sungguh-sungguh agar anak-anak yang masih kecil serta belum mampu berfikir secara matang (kurang dari 15 tahun) agar sentiasa di bawa ke masjid dan majlis-majlis ilmu. Jangan sesekali diberikan mereka telefon bimbit...apatah lagi telefon bimbit dengan sms ataupun perayauan internet. Jangan sesekali biarkan anak-anak kurang 15 tahun melayari internet sendirian, jangan benarkan mereka melayari facebook mahupun forum chatting yang entah apa-apa objektifnya, jangan benarkan mereka sendirian ke cyber cafe...ia bakal 'mengundang malapetaka' jika mereka tidak dibimbing bersungguh-sungguh!!

Bantulah saya untuk membimbing mereka...

Sunday, November 6, 2011

Menghayati erti PENGORBANAN

Alhamdulillah.. Saya bersama jutaan muslim berhimpun menunaikan solat dan menghayati khutbah Aidil Adha.

Pengorbanan yang bagaimana pernah kita lakukan demi menunaikan seruan Allah dan Nabi Muhamad SAW menurut terjemahan yg benar berdasarkan taqwa dan ikhlas?

Salam Aidil Adha.. EID MUBARAQ

Monday, October 31, 2011

Mendefinisikan 'DAJJAL'...

Saya secara jujur dalam tempoh berpuluh-puluh tahun ini saya tidak begitu memahami tentang hakikat dajjal seperti yang diperjelas dalam hadith Rasulullah SAW. Seringkali dalam bacaan atau dalam majlis tazkirah yang memperkatakan tentang tanda-tanda hari kiamat, salah satu tanda yang besar ialah kebangkitan dajjal yang akan menyesatkan manusia. Dalam pelbagai tafsiran itu...saya nyatanya seperti acuh dan tidak acuh untuk duduk menghayati...apa sebenarnya hakikat yang dikatakan tentang 'DAJJAL' itu.

Dari Ali r.a beliau berkata Rasulullah SAW bersabda maksudnya, " Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat , ia akan terpelihara daripada segala fitnah yang berlaku sehingga lapan hari. Kiranya Dajjal keluar, ia terpelihara daripadanya". (Hadith Riwayat Muslim dan Abu Daud).

Dalam konteks cetusan dan sentimen yang didorong oleh sebahagian masyarakat yang bersungguh-sungguh ingin kembali beramal dengan amalan Rasulullah SAW, alhamdulillah saya juga memilih untuk membacakan sebahagian surah ini bersama anak-anak pada malam jumaat. Bacaan Yasin pada malam Jumaat adalah juga adalah satu ibadah, kerana Surah Yasin adalah sebahagian dari Al Quran; tetapi mengkhususkan bacaan Surah Yasin pada malam/hari Jumaat bukanlah sunnah Rasulullah SAW. Dalil untuk beramal secara khusus pada hari Jumaat seperti di dalam hadith sahih ialah membaca Surah Al Kahfi.

Antara buku yang pernah saya beli semasa usia remaja dahulu ialah Buku terjemahan tulisan Abul Hasan Ali An-Nadwi iaitu bertajuk "Pertentangan antara Iman dan Materialisma". Sayapun tidak pasti mengapa saya memilih buku tersebut, namun kandungannya pada saya ketika usia tersebut agak berat untuk saya hayati, apatah lagi bahasa terjemahan yang dikongsikan agak sukar dan struktur ayatnya untuk difahami. Namun di dalam hati kecil saya, saya sangat yakin bahawa buku itu sangat bermanfaat untuk kita memahami hakikat pentingnya untuk kita menterjemahkan aqidah kita kepada apa yang wajib kita imani di dalam kehidupan sebenar yang dilalui.

Fakta-fakta di dalam buku itu sebenarnya menghuraikan mengenai Surah Al Kahfi iaitu hakikat kehidupan yang penuh ujian... huraian yang diajar oleh Allah SWT kepada kita hamba-hambaNya melalui perantaraan Rasulullah SAW.

Sebelum ini...jika dikatakan tentang Dajjal...saya hanya terbayang gambaran seperti 'hantu'.... jin atau juga 'manusia' hodoh yang bermata satu...dikatakan juga bahawa Dajjal itu adalah mereka yang sangat jahat...menyusahkan manusia, merosakkan alam, serta berbuat pelbagai kerosakan. satu-satunya fakta yang terus diperkatakan kepada kami ketika kanak-kanak juga ialah...Dajjal ini kemunculannya membawa petanda hari sudah begitu dekat dengan kiamat.

Namun...istilah dajjal di dalam hadith Nabi di atas, juga disebut dalam hadith-hadith sahih yang lain sebenarnya tidak terhad sedemikian. Konteks ancaman dajjal yang membelit manusia sehingga menjadi manusia rakus yang kemudiannya berpotensi untuk bermetamorfosis sehingga menjadi raksasa...bukan pada asas fizikal yang dilihat semata-mata dengan pancaindera. Fitnah dajjal yang dikatakan mampu ditangani dengan pembacaan Surah Al Kahfi, begitu terperinci huraiannya di dalam Buku oleh Abi hasan Ali An Nadwi itu.

Sebelum hakikat dajjal ini saya kongsikan melalui pengamatan terhadap tulisan ulama Abul Hasan ini, wajarnya kita sama-sama mengambil iktibar serta segera mengamalkan apa yang diperintahkan Allah di dalam Al Quran. Beriman kepada Al Quran bukan sahaja membaca..serta menganggap Al Quran bagai 'kitab ajaib' dengan pelbagai penawar segera. Namun beriman pada Al Quran ialah membaca, memahami, menghayati isi dan fakta di dalamnya, beramal dengannya serta menyampaikan pula kebenarannya kepada orang lain. Mana mungkin jika kita sekadar membaca surah Al Kahfi itu...tanpa memahami isi dan pengajarannya boleh membawa kita terpelihara dari fitnah dajjal seperti yang sarankan oleh Rasulullah SAW. Bayangkan manual sebuah alat/ mesin dalam Bahasa yang tidak mampu kita fahami, mampukah mesin itu kita manfaatkan kegunaannya??

Tema pengkisahan di dalam surah Al Kahfi membawa 4 kisah yang diceritakan Allah iaitu kisah Ashabul Kahfi, Pemilik Dua Kebun, Kisah Nabi Musa da Khidir dan Kisah tentang Zulqarnain. Fokus pengkisahan dalam ayat-ayat kisah berkenaan mengutarakan satu tema yang sama iaitu kepentingan aqidah yang jelas dan ikhlas dalam menghambat/ bertarung terhadap nilaian yang mempunyai sifat-sifat 'dajjal'.

Menurut Ibnu Manzur, asal perkataan dajjal dirujuk kepada penipu, pendusta dan pembohong..apa-apa yang menipu, disebut dajjal. Abu Al-Abbas pula menyatakan: "Dinamakan dajjal kerana ia menipu orang ramai, berbohong dan menutup perkara batin dengan keindahan zahir".

Berbalik kepda pengkisahan dalam Surah Al Kahfi... bentuk 'abstrak' yang diutarakan sebagai analog terhadap dajjal ialah kekuasaan, harta, kekayaan, kehebatan serta apa-apa sahaja yang memadamkan perhambaan/ ubudiyah manusia terhadap Allah SWT. Ketelitian Abu Hasan Ali An Nadwi menulis baris-baris ayat mengungkapkan kefahamannya terhadap Surah Al Kahfi sangat menggetarkan perasaan saya. Setiap kisah dan fakta..diperkuatkan dengan dalil-dalil dan nas untuk dihayati..betapa pen'DAJJAL'an terhadap setiap diri terus terjadi andai hakikat tentang kekuasaan, harta, kekayaan, kehebatan serta apa-apa sahaja yang memadamkan perhambaan/ ubudiyah manusia terhadap Allah SWT dibiarkan berlaku tanpa mengambil berat terhadap perintah Allah dan ajaran Rasulullah SAW.

Sesungguhnya...bagi saya, banyak persoalan yang mendepani fikiran saya sejak tahun bertahun diizinkan Allah terjawab dengan penjelasan oleh Abu Hasan Ali An Nadwi.....wallahua'lam,

Wednesday, October 26, 2011

Tentang Taubat dan Doa...

Pada masa ini, Thailand sedang dilanda bencana banjir yang berpanjangan...bermula Ogos lalu, sehinggalah kini. Masih belum tampak pemulihan; sesuatu yang begitu luar biasa kerana situasi tersebut terus sedemikian melebihi tempoh berbulan-bulan.

http://news.yahoo.com/residents-flee-bangkok-massive-flood-warning-022308526.html

Turki pula kini bertungkus lumus menyelamatkan mangsa gempa selepas daerah yang terjejas dilanda gempa kuat pada skala 7.2 ritcher.

Di dalam surah Al Mulk ayat 16 dan 17, Allah berfirman;

أَأَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاءِ أَن يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ

Are you secure of those in the heaven that He should not make the earth to swallow you up? Then lo! it shall be in a state of commotion.
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?

أَمْ أَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاءِ أَن يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا فَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ

Or are you secure of those in the heaven that He should not send down upon you a punishment? Then shall you know how was My warning.
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?

Sentiasa insaf dan takut terhadap azab Allah adalah merupakan sesuatu yang perlu kita lakukan....sesungguhnya merasa aman dari azab Allah adalah dosa...jika langsung tidak diendahkan, bakal menjadi dosa besar pula.

Di tengah kegawatan majoriti masyarakat Islam yang mengabaikan Al Quran, pandang remeh hakikat solat serta realiti terhadap dosa besar zina dan pembunuhan nasab yang menjadi-jadi, saya sebetulnya sangat gusar...

Firman Allah lagi dalam ayat 25 Surah Al Anfal, satu lagi ayat yang mengetarkan hati dan perasaan saya...

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

And fear an affliction which may not smite those of you in particular who are unjust; and know that Allah is severe in requiting (evil).
Dan takutlah pada bencana yang akan menimpa bukan sahaja mereka yang berlaku zalim di antara kamu, dan sesungguhnya azab Allah sangat pedih.

Bertaubat dan berdoa bukan satu option...bukan boleh dipilih-pilih secara suka atau rela...tetapi ia adalah sesuatu yang wajib untuk saya dan anda semua....

Sunday, October 23, 2011

Fenomena isteri-isteri berkerjaya...iktibar dari Ummul Mukminin Siti Khadijah..

Umum menegtahui, majoriti wanita dalam masyarakat hari ini...termasuklah diri saya yang keluar bekerja. Perubahan status dan cara hidup menjadikan wanita mengisi banyak jawatan utama serta tampil sebagai mereka yang berstatus, berketrampilan serta mempunyai imej yang dipandang dalam masyarakat.

Perhatikan pula mereka yang mempunyai empayar kekayaan dari urusniaga perniagaan.. tampil pula dengan imej korporat serta menjadi ikutan dan sanjungan dari mereka-mereka yang baru bertapak.

Meskipun sedemikian...saya turut menerima pelbagai respon dan maklumbalas yang jarang diperkatakan secara terbuka...jika adapun, ianya diolah secara tersendiri atau menjadi isu individu 'di celah-celah kehidupan..' Satu soalan yang tak mungkin saya lupa ialah apabila seorang peserta yang begitu lantang memeprsoalkan tentang implikasi wanita bekerja sehingga menyebabkan suami-suami mereka 'terabai...'. Ianya tidak setakat itu, malah membongkar implikasi tentang hubungan suami isteri yang akhirnya mungkin berakhir dengan hasilan yang menyedihkan.

Saya secara peribadi jarang menyorot isu tersebut secara detail...lantaran saya juga merupakan isteri yang bekerja. Tidak dinafikan kadang-kadang fokus kerja yang berlambak' , 'stress' yang tidak tercapai minda untuk menyelesaikan serta keletihan fikiran dan fizikal diluangkan di tempat kerja; menjadi isu besar yang perlu diberikan keutamaan. Tidak sedikit juga para isteri yang juga merupakan teman sekerja yang berkongsi kesedihan apabila terpaksa 'berpisah' dengan suami akibat tekanan 'outstation' serta keperluan memenuhi tanggungjawab kerjaya.

Seminar mengenai Seerah Rasulullah SAW yang memberikan penekanan terhadap banyak teladan yang perlu kita terjemahkan dalam praktis kehidupan, memberikan dimensi baru yang mungkin selama ini tidak saya perhatikan secara wajar. Antara yang paling menarik perhatian saya ialah betapa mulia dan indahnya peribadi Siti Khadijah dalam memberikan 'support' yang tidak berbelah bahagi terhadap suaminya baginda Rasulullah SAW .... mencukupkan baginda segala keperluan tugas sebagai penyampai risalah Allah, insan yang mula-mula mengucapkan syahadah...serta memberikan segenap kesetiaan tanpa berbelah bahagi.. Siti Khadijah adalah wanita hartawan...berpengaruh...dalam dunia moden ini mungkin kedudukannya pada masyarakat seperti wanita-wanita korporat.

Namun, di mana Siti Khadijah dalam kehidupan dan da'wah Rasulullah SAW... kesungguhan dan ketabahannya mengharung tribulasi dan fitnah dari rentangan musyrikin Makkah diiktiraf oleh melalui salam dari Allah yang disampaikan oleh malaikat Jibrail melalui Rasulullah SAW...Allahu akbar

Kita pula para isteri....sebahagian majoriti masih tersekat dalam pencarian status dan imej... , kadang-kadang terlupa sehingga tidak sengaja/ sengaja meletakkan suami sebagai keutamaan kedua atau ketiga selepas kerjaya...belum lagi dihadap cabaran da'wah mahupun...namun, betapa ramai yang 'melawan' para suami....sehingga mencetuskan isu perselisihan gender dan kekeluargaan..


SubhanaAllah....baru saat ini saya begitu menghargai teladan agung yang ditinggalkan oleh Ummul Mukminin Siti Khadijah r.a...

Friday, October 21, 2011

Zina yang menjadi-jadi... di mana kita dalam menterjemah penyelesaiannya?

Jiwa saya sebak apabila diskusi yang saya hadiri petang itu memaparkan senerio lumrah mengenai zina yang kini menjadi berita ruji atau kisah yang tidak perlu diterima dalam keadaan terkejut.. apabila disuakan pula apakah cadangan langkah-langkah penyelesaian yang praktikal untuk menangani isu berkenaan, saya turut termenung. Bagai mati akal...terkedu..sesekali saya bertanggapan, urutan nasihat mahupun promosi kata-kata bagai diluahkan pada 'monumen batu' yang tidak mampu memberikan gerakbalas.

Apakah ertinya iman kita kepada Allah dan akhirat? Fokus penterjemahan menjadi insan taqwa yang memahami apa yang diungkapkan, kelihatannya hanya difahami di kalangan mereka yang mampu menghayati ilmu dalam konteks kefahaman dan izin dari Allah.

Di manakah Allah 'dalam kehidupan' penuh 'batuan materialistik ini? Di manakah pula rasa berjaga-jaga terhadap amaran azab Allah yang sangat dahsyat jika larangan terhadap dosa yang sangat keji dan dibenciNya terus dilanggar dan dipermudahkan? Di mana pula rasa yakin kita terhadap dosa dan pahala?

Zina yang menjadi-jadi dari hentakan dari suasana yang begitu tegar dan kondusif mengiklan dan mempromosikan betapa 'HEBAT'nya perlakuan zina...betapa 'cemerlang dan indah'nya dunia seraba materialistik dan keterlaluan ekspresif nya ini memandang 'MULIA' ikon-ikon yang berZINA. Manusia hari ini tidak lagi 'bersahabat' sesama manusia.. informasi dari internet dari hari ke hari terus bermetamorfosis menjadi rujukan 'PALING AGUNG' untuk diikut dan dimartabatkan. Fokus zina yang menjadi kesukaan syaitan...dihias sedemikian rupa sehingga seruan ke arah zina dari setiap saat..memenuhi ruang fikiran dan kehidupan..lalu dengan mudahnya dalam praktis terjemahan pada hakikatnya menonjolkan amalan yang TIDAK PERCAYA KEPADA ALLAH DAN AKHIRAT.

Saya berpandangan, kunci permasalahan terhadap isu zina adalah dari konstruk iman yang lemah dan rapuh lalu mewujudkan hasilan demi hasilan yang sangat menyedihkan... kitalah juga yang insyaAllah perlu mengenengahkan da'wah ila Allah..meyakinkan hati-hati bahawa kepercayaan kepada Allah dan rukun iman secara keseluruhannya bukan rhetorik akademik atau angan-angan mainan bibir. Bahawa kita ada Allah yang sentiasa Maha Mengawasi dan melihat apa sahaja yang dilakukan..

Tuesday, October 18, 2011

Berkongsi email dari pembaca: Kisah Kembara di Yunnan

Hampir setahun lalu, saya singgah di bumi Yunnan...meraikan Aidil Adha serta bertemu wajah dengan insan-insan yang seakidah. Keindahan perjalanan serta berpeluang menemui mereka yang seagama dengan saya masih jelas berbekas serta segar dalam ingatan.

Jika trend penulisan travelog dan kisah perjalanan mendapat tempat di kalangan penulis hebat dan mereka yang terkenal serta mencipta hitz jualan...saya juga berkongsi gembira dan syukur jika ada hati-hati yang terbuka hatinya dengan izin Allah untuk berhijrah ke arah kebaikan dengan mengambil iktibar dari kisah-kisah kembara berkenaan. Saya kongsikan email pembaca yang singgah ke inbox email saya... catatan yang menyentuh hati dan perasaan saya tatkala membacanya...

Assalamualaikum wr. wbt

Dr. Malina yang dihormati,

Saya menemui blog Dr. Malina secara kebetulan, (didorong Allah SWT sebenarnya).

Sebelumnya, beberapa hari ini, saya berasa sangat tidak bahagia. Jiwa kosong, dan
hilang rasa terhadap kehidupan. Putus asa, kecewa dan berasa segalanya tidak bermakna.

Sebuah cerita lama larut malam tadi menyebut tentang Dali, daerah di selatan China yang nyaman dan menyenangkan perasaan serta fikiran.

Lantas, saya google tentang Islam dan Dali (Muslims in Dali). Subhanallah! Allah SWT
menemukan saya dengan blog Dr. dengan beberapa entri tentang kembara Dr. di daerah
Yunnan (Kunming, Dali, Li Jiang dsb.).

Tulisan-tulisan Dr. tentang daerah-daerah itu telah menjadi penawar jiwa kosong saya.
Dan saya terus memasang niat untuk menziarahi daerah-daerah tersebut pada AidilAdha
dua tahun lagi (kerana saya orang yang tidak berkemampuan, dan harus mengumpul banyak
wang untuk kembara sedemikian).

Namun begitu, catatan Dr. tentang daerah-daerah tersebut telah memberi lorong baru dalam hidup saya pagi ini. Jiwa saya semakin kosong harus tinggal di negara ini di mana orang berlumba-lumba mengumpul harta, berbohong terang-terangan dan membuat fitnah. Di bidang akademika, orang mengukur kepintaran dan kesempurnaan diri bersandarkan gelaran Prof. dan PhD dengan kertas ijazah paling tinggi. Saya berdoa moga-moga Allah SWT akan menghantar saya berkhidmat di daerah terpencil di tempat orang seperti Kunming dan Dali.

Di negara ini, menjadi orang biasa, sederhana atau orang kecil yang tak punya apa-apa adalah seperti satu dosa dan penuh sia-sia. Biarlah sahaja saya hidup miskin di daerah lain di kalangan orang-orang biasa bersandarkan ilmu dan agama Tauhid kepada Allah SWT.

Saya benar-benar berdoa agar Allah SWT menghantar saya jauh ke sana dan semoga saya dapat menabur ilmu di daerah sebegitu.

Terima kasih Dr. Malina. Alhamdulillah, dengan membaca blog Dr. tentang Dali, paling tidak, saya ada sebab untuk kembali berusaha.


Berbanyak terima kasih. Semoga Allah SWT merahmati Dr. Malina sekeluarga.

Salam hormat,
SS



NB: Jazakallahukhayran SS membenarkan saya berkongsi emailnya di sini. Doa saya yang terbaik untuk SS dan semua yang bersungguh-sungguh mencari laluan kembali menghayati tanda-tanda kekuasaan Allah....moga dipermudahkan Allah serta diberikan barakah dalam kehidupan

Monday, October 17, 2011

Menghayati pengorbanan Hajar...

Secara peribadi, saya selama ini tidak pernah menghayati kisah pengorbanan Hajar. Saya pernah tertanya-tanya mengapa Hajar ditinggalkan sendirian dengan bayi yang masih kecil di lembah yang tidak berpenghuni itu. Namun, tidak ada pula usaha untuk memahami hakikat itu...sekadar membiarkan kisah itu terpendam tanpa huraian iktibar dan teladan.

Hajar merupakan isteri Nabi Ibrahim a.s; dibawa berhijrah ke lembah tandus bersama putearanya Ismail atas perintah dari Allah. Jika selama ini sejarah itu saya baca sepintas lalu, namun buat pertama kalinya melalui Seminar Penghayatan Seerah Nabi Muhammad SAW...kisah berkenaan mencuri tumpuan dan begitu berbekas di hati saya.

Selepas bermusafir beberapa ketika dari Mesir, Nabi Ibrahim a.s, Hajar dan ismail tiba di lembah berkenaan yang tidak diduduki sesiapa. Terdapat beberapa pohon kurma. Nabi Ibrahim a.s. meletakkan Ismail di atas tanah lalu terus meninggalkan Hajar dan anaknya itu dengan sekarung kurma dan seuncang air.

Hajar ketika itu benar-benar keliru lantaran ditinggalkan sedemikian. Hajar memanggil berkali-kali suaminya nabi Ibrahim a.s namun baginda terus berjalan. Lalu Hajar bertanya..." Adakah ini perintah dari Allah?...lalu Nabi Ibrahim menjawab tanpa menoleh.."Ya"

Lalu Hajar dengan penuh tabah mengambil keputusan tersebut...beliau faham bahawa itu sesungguhnyaadalah perintah Allah; bukan keputusan dari suaminya. Lalu kata Hajar...Allah tidak akan mensia-siakan kita. Hajar kemudian kembali mendapatkan Ismail.

Dalam perjalanan pulang meninggalkan Hajar dan puteranya Ismail, Nabi Ibrahim berdoa di sebalik gunung yang tidak kelihatan pada pandangan Hajar iaitu doa yang diungkapkan baginda dalam ayat 35-37 Surah Ibrahim.

Sama-sama bayangkan jika kita berada dalam kedudukan Hajar. Ditinggalkan sedemikian... di gurun tandus, tanpa manusia dan tanpa penghidupan... Namun Hajar dengan penuh tawakkal menyandarkan harapannya pada Allah, menerima sepenuhnya keputusan Allah tanpa debat dan tanpa keluh kesah. Begitu juga ketabahan nabi Ibrahim a.s. Meninggalkan isteri dan anak yang dikasihi demi melaksanakan keputusan dan perintah Allah SWT.

Sampai waktu apabila bekalan air dan kurma habis, Hajar dalam keadaan resah mencari-cari punca air..manakala anaknya Ismail a.s mulai menangis. Hajar naik ke Bukit Safa mencari-cari andainya ada air di situ...kemudian berlari ke lembah dan naik ke Bukit Marwah...terus berusaha mencari sumber air untuk diri dan anaknya untuk meneruskan kehidupan. Dalam keadaan resah itu...Hajar mengulang perjalanannya antara kedua bukit tersebut sebanyak 7 kali ...yang akhirnya dengan izin Allah mengalir matair zam-zam. Semasa di Marwah, Hajar mendengar bunyi aliran air yang digali oleh Malaikat Jibrail. Beliau nampak Jibrail sedang menggali tanah menggunakan sayapnya. Jibrail berkata padanya...jangan takut..ini adalah rumah Allah, lalu Jibrail pun berlalu.

Tawakkal dan kesungguhan Hajar menyandarkan harapan pada Allah adalah teladan untuk kita semua. Betapa komitmen Hajar itu diabadikan serta diiktiraf Allah melalui ibadah sa'i yang menjadi satu dari rukun wajib Haji dan Umrah...bayangkan betapa bergandanya ganjaran untuk Hajar apabila kesungguhan tawakkalnya itu dan bersungguh-sungguh berusaha itu diikuti oleh juta-jutaan muslim hingga hari akhirat.

Demikian juga dengan doa yang diungkapkan oleh Nabi Ibrahim a.s semasa meninggalkan Hajar dan puteranya Ismail a.s dikabulkan Allah menjadi kenyataan...

NB: Buat semua muslimin muslimat yang bakal menunaikan Haji... didoakan semuanaya dipermudahkan Allah serta mendapat Haji yang mabrur...

Sunday, October 9, 2011

Bila lilin-lilin itu membakar dirinya....

Umum mengetahui...perumpamaan yang diberi kepada guru-guru atau mana-mana individu yang mengorbankan dirinya untuk menerangi alam dengan ilmu dan pengetahuan. mereka ini dikatakan 'membakar' diri demi kesejahteraan orang lain. Itulah juga konotasi yang sering saya baca...tahun demi tahun dalam konteks menghargai betapa tingginya jasa insan yang berbakti pada ilmu dan masyarakat.

Buku "Adorning Knowledge with Action" yang baru saya dapatkan beberapa minggu lalu kini menjadi tatapan saya.... yang mana bab demi bab di dalamnya saya baca secara berulang (fakta dan isinya begitu menyentuh hati dan perasaan)... Kewujudan fakta mengenai lilin yang membakar diri turut diselitkan dalam salah satu isi di dalamnya.

Apa yang mengejutkan saya...prinsip mengenai konteks lilin yang membakar ternyata sangat berbeza jauh dari apa yang kita 'agung'kan selama ini. Berdasarkan nota kaki rujukan, frasa penting dalam isi mengenai lilin yang membakar diri itu rupanya berasal dari hadeeth rasulullah SAW. Terjemahan dari hadeeth tersebut menyebut bahawa perumpamaan individu yang tidak mengamalkan ilmu yang dikongsikannya seperti pelita/lampu/ lilin yang menerangi... ia membakar/ memusnahkan diri tanpa mengambil manfaat dari cahaya yang diteranginya.".The example of the scholar who teaches the people good thins but forgets himself is that of a lantern, it gives the light to other people but burns itself out" (reported by At Tabaranee in al Kabeer and in ad Diyaa')

Dengan kata lain...jika kita diumpamakan sebagai lilin yang membakar diri; ia adalah satu TEGURAN/ TEMPELAK terhadap diri kita yang gagal menterjemahkan ilmu dalam kehidupan sebaik-baiknya.

'Ya Allah...I seek refuge in You from knowledge which does not benefit, from a heart which does not feel humble, from a soul that does not feel contented and from an invocation that is not answered'

Wednesday, September 28, 2011

Kekuatan dan Kemuliaan kita bukan atas persepsi orang lain...

Biasanya kita geram dan marah andai ada yang membuka ruang mencari silap dan lemah diri kita...betapa berat dirasakan tatkala reputasi diri dipersoal..apatah lagi yg melibatkan ilmu atau kompetensi yang diizinkan Allah utk kita miliki.

Namun..cakap-cakap atau mungkin juga tulisan yang dilemparkan...adalah sekadar persepsi dan tanggapan. Belum tentu benar...malah jika benarpun, apa pula faedahnya disebarkan untuk tatapan mereka yang tidak tahu mengenainya??

Sepertimana yang pernah saya kongsikan sebelum ini, setiap apa yang kita bicarakan mahupun diterjemah dlm bentuk tulisan mahpun terjemahan amalan...MESTI ada objektifnya. Sudah pasti sandaran objektif itu dirujuk pula pada apa yang di'pandang' Allah.

Mengapa kita perlu selongkar keaifan dan kelemahan seseorang...serta merobek kekuatan yang ada padanya..apatah lagi jika kekuatan yang dimilikinya itu adalah untuk kebaikan sesama insan..? Individu yang melakukan kebaikan kerana Allah..tidak tergamak menghina dan memburukkan manusia lain.. barang dijauhkan Allah kita semua dari sikap dan sifat buruk sedemikian..

Tuesday, September 20, 2011

Antara kebuluran di Somalia dan jamuan rumah terbuka di Malaysia....

Seorang sahabat menunjukkan isu yang dibahaskan di sebuah laman web mengenai keperluan kita membantu masalah kebuluran di Somalia...dan menyorot kembali kemewahan kita yang meraikan Aidilfitri dengan pelbagai jamuan terbuka..

Sambil menekankan perlunya kebuluran Somalia dibantu serta membebaskan mereka dari kebuluran; antara isi penting yang diutarakan ialah betapa me’lalut’nya tujuan asal rumah terbuka sempena Aidilfitridi di sini dengan memberikan banyak poin negatif yang antaranya:

1. Membazir dengan pelbagai jenis makanan yang dikatakan sering terbuang
2. Biasanya dibuat oleh individu untuk ‘menayang’ rumah dan isi hiasan
3. Terlalu berlebihan meraikan aidilfitri yang sepatutnya dirayakan sehari sahaja.

Sejak sekian lama, saya mempunyai tanggapan bahawa sebahagian besar kita cenderung untuk menghujahkan betapa perlunya negara-negara yang miskin dibantu dengan pelbagai misi kemanusiaan...betapa derma dan apa sahaja perlu dihulurkan demi mereka yang bertarung dengan hidup dan maut...demikian juga apa sahaja bentuk jamuan seperti aqiqah, qurban serta sukarelawan-sukarelawan yang membantu dalam misi-misi yang telah dikenalpasti.

Tidak dinafikan, fungsi media, publisiti, tanggapan secara selektif (terpilih) dan juga kesilapan mentafsir data secara menyeluruh, menyebabkan ada antara kita yang bersikap mengutamakan ‘orang luar’ untuk dibantu berbanding kita di Malaysia ini yang dikatakan ‘terlalu mewah’ serta sudah berlebihan makanan dan kekayaan.

Sesuatu yang meruntun perasaan saya, apabila ada yang berhujah; jika berpeluang sampaikanlah kepada tuan rumah yang adakan majlis rumah terbuka untuk menggantikan rumah terbuka tersebut dengan derma kemanusiaan ke Somalia. Jikalah agaknya sedemikian, mengapa tidak dikatakan pada mereka yang mempunyai deratan kereta lebih sebuah yang mungkin mewah atau memiliki lebih dari sebuah rumah untuk memiliki sahaja rumah kecil/ sederhana dan kereta yang memadai untuk kemudahan serta dermakan lebihan itu untuk mereka di Somalia??

Petunjuk-petunjuk dalam Al Quran dan hadith rasulullah SAW mengutamakan mereka yang mempunyai hubungan darah (keluarga), yang dekat dan akrab untuk diutamakan dalam apa sahaja pemberian.

“Dan sembahlah Allah dan jangan sekali-kali menyirikkanNya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran yang dekat dan jiran yang jauh, teman sejawat, mereka yang berjuang di atas jalan Allah dan hamba sahaya yang kamu miliki....” maksud ayat 36 Surah An Nisa’.

Bagi saya, setiap individu kita majoritinya mempunyai kesedaran membayar zakat. Jika ada lebihan untuk dikongsikan dalam majlis mengeratkan silaturrahim serta bersedekah amal jariah...saya tidak nampak mengapa perlu kita debatkan keutamaan untuk dihantar ke Somalia. Saya tidak menganggap majlis rumah terbuka sebagai membazir; bagi saya ia adalah antara platform untuk kita saling bertemu dan meraikan insan yang telah lama tidak kita temui. Saya juga tidak pernah membuat prasangka buruk bahawa tuan rumah saja suka-suka hendak menayangkan rumah dan isi hiasannya kerana bagi saya, tidak sedikitpun isi hiasan mahupun rupabentuk rumahnya yang menggangu rasahati saya yang nyatanya lebih kuat untuk menemui insan yang menjemput saya hadir berbanding sibuk memerhati material rumah mahupun hiasan-hiasan...dan saya juga tidak ada ruang untuk membandingkannya dengan apa yang ada di rumah saya.

Siapakah jiran-jiran yang dekat dengan Somalia.....? Keadaan di Somalia...bagi saya berpunca dari sikap mereka sendiri. Ketidakstabilan politik akibat ‘keegoaan sesama sendiri, saling berbunuhan dan gagal memanfaatkan ilmu untuk kebaikan masyarakat. Bayangkan lebih 20 tahun berlalu tanpa kerajaan yang aman....

Tuesday, September 13, 2011

Prof Dr.Harlina Halizah Haji Siraj dan saya.....

Saya dedikasikan tulisan kali ini buat beliau.

Umum mengetahui, beliau yang merupakan pakar dalam bidang Pebidanan dan Sakit Puan serta pensyarah di UKM ...dan juga merupakan antara penggerak dalam da'wah yang saya sifatkan antara yang berpengaruh pada masakini. Saya secara peribadi akan merasa teruja setiap kali namanya disebut atau ada sesiapa yang memberikan komen pandangan dan ucapan beliau di media-media massa..

Pertama kali mengenali beliau ketika saya memulakan pengajian perubatan pada tahun 1989; ketokohannya sudah terserlah pada waktu itu. Beliau antara yang paling aktif dalam kegiatan da'wah, sering berkongsi tazkirah, menterjemah akhlak dan kewibawaan yang disegani,cemerlang pula dalam akademik sehingga menjadi sebutan di kalangan pensyarah serta menjadi teladan dan ikon buat kami adik-adik juniors. Cuma saya...seperti biasa, akan tampil dalam saf paling belakang bila hadir ke majlis beliau (bukan apa...suara beliau begitu jelas walaupun berada di saf paling belakang....)

Saya juga tidak pernah lupa apabila mengenang kembali setiap kali beliau mengimamkan solat kami di surau terutama ketika berterawikh dalam bulan ramadhan...suaranya yang jelas, mantap dan mudah didengar oleh kami semua...memang sukar untuk mengantuk semasa terawikh berkenaan...semuanya yang begitu segar dalam ingatan..

Lebih 10 tahun juga saya tidak bersua muka dengannya secara 'live'...sekadar mencuri pandang di TV...mendengar khabar di radio atau membaca tulisan-tulisannnya di laman web mahupun media cetak. Baru-baru ini, Allah izin saya sempat menghadiri kuliahnya sempena bulan ramadhan. Saya mengambil peluang bertemu dan bersalam dengannya... betapa keramahan dan bicaranya tidak berubah; yang paling manis, beliau masih mengingati saya (walaupun saya antara adik2 yang berada di saf paling belakang...)sambil berbicara sepatah dua kata untuk sama-sama membantunya dalam usaha menyemarakkan da'wah di jalan Allah.

Sekali lagi hari ini...saya hubungi beliau untuk menjemputnya hadir ke majlis anak-anak pelajar saya untuk berkongsikan ilmu dan pengalaman; saya berdebar juga andai saya tidak mendapat jawapan yang saya harapkan. Beliau membalas sms saya dgn begitu cepat dan informal sekali...seolah-olah kami tidak pernah berpisah selepas lebih 10 tahun tidak berjumpa....

Tuesday, September 6, 2011

Harta...Harta...Harta....

Saya biasa mendengar satu hadith yang maksudnya.." Bukanlah yang KAYA itu dari apa yang dimilikinya akan tetapi yang KAYA itu ialah yang kaya jiwanya (cukup dengan apa yang ada pada dirinya).." (Riwayat oleh Bukhari).

Namun realiti semasa...menyaksikan bagaimana kita diukur dengan apa yang kita ada...rumah..hiasan...aksesori...status kenderaan...cara berpakaian dan penampilan...serta apa sahaja yang dikatakan merupakan petunjuk golongan yang dikatakan 'elitus' atau berada... Ya, itulah realitinya.

Tersentak juga apabila dimuhasabahkan kembali...di mana jiwa kita keadaan dan kedudukannya. Kayakah agaknya hati kita dengan pengisian yang menterjemahkan kita sebagai insan yang menyerahkan diri sepenuhnya pada peraturan Allah...memanfaatkan majoriti masa dan usaha semata-mata ikhlas keranaNya..?

Beberapa bulan lalu, saya dihadiahkan beberapa buku tulisan Kapten Hafiz Firdaus Abdullah (buku-buku itu merupakan hadiah dari isteri beliau...betapa bersyukurnya saya menerima buku-buku berkenaan)...salah satu darinya ialah mengenai Fiqh Harta. Sekali imbas...tajuk sedemikian mengingatkan saya pada Kitab Fiqh sewaktu saya belajar di Sekolah Rendah Agama dahulu...betapa memori itu 'melambatkan' usaha saya mendekati buku tulisan ilmuwan berkenaan sebaik-baiknya.

Namun tulisan Kapten dalam intonasi yang sangat berbeza dari Kitab-kitab Fiqh yang biasa saya temui. Ianya memaparkan idea yang sangat relevan, kontemporari serta menghujahkan permasalahan demi permasalahan mengenai harta yang kini menjadi 'sasaran' utama kebanyakan manusia.

Satu yang sangat menarik, saya perhatikan dalam dunia hari ini wujudnya dua golongan manusia yang begitu 'ekstrem'..di satu hujung mereka yang gagal memanfaatkan peluang menyara hidup dengan jalan-jalan halal yang diredhai Allah (sebaliknya memilih jalan yang susah sehingga 'terpaksa' meminta bantuan orang lain dalam menyelesaikan hutang piutang...) dan di satu hujung yang lagi, mereka yang memiliki kekayaan luar biasa sehingga hartanya itu menjadi 'Tuhan' dalam kehidupannya di dunia yang sementara...

Kupasan dalam buku Fiqh Harta ini sangat bermanfaat untuk dikongsikan; apatah lagi turut diulas dengan sebahagian golongan yang 'menjual' agama untuk mendapatkan harta.

Satu lagi petikan hadith sahih Riwayat Muslim untuk sama-sama kita hayati.." Bersedekahlah, dan jangan berkira; kerana Allah akan berkira pula ke atas kamu dan jangan pula kedekut, kerana Allah akan kedekut pula ke atas kamu "

Monday, September 5, 2011

Berdoa dan ingatlah pada Allah...jangan caci, hina dan umpat orang lain

Saya hadir ke satu majlis tazkirah sebelum majlis berbuka puasa baru-baru ini. Satu pengisian yang nyata menyentuh hati dan perasaan serta memberikan fokus terhadap isu yang mungkin selama ini tidak saya titikberatkan.

Jujurnya, saya secara fitrah memerlukan pesanan dan ingatan untuk meletakkan diri dan hati cenderung berdoa dan berzikir. Dalam banyak ruang waktu, saya nyatanya terlupa untuk melakukan amalan yang sangat dituntut untuk kita lakukan.

Apabila dalam ruang yang biasa hati terlupa dan tidak mengingati Allah.....lalu dipenuhi pula oleh pengisian yang tidak mengingatkan diri dengan akhirat, saya sering pula ter’latah’ apabila berhadapan dengan keadaan-keadaan yang melukakan atau menyakitkan hati saya.

Jikapun terdaya, saya sekadar bersabar sambil menahan geram dan marah. Jarang pula saya berdoa dan ingat pada Allah untuk melindungkan saya dari amalan sedemikian (malah yang pernah saya lakukan pun dalam keadaan yang tidak ada ‘internalization’) serta tidak pernah saya mendoakan pula agar pelakunya mendapat hidayah serta memohon agar kesilapan yang melukakan hati/ perasaan saya adalah yang kesilapan terakhir yang dilakukannya terhadap sesama insan, agar dirinya dilimpahkan Allah dengan kebaikan dan rahmat...

Ya Allah...maafkanlah dan ampunkanlah diri kami...perbaikilah amalan kami..bantulah kami untuk terus melakukan kebaikan. Lindungilah kami dari perkataan-perkataan yang hina dan berdosa terhadap mereka yang melakukan sesuatu yang tidak kami sukai itu; jadikanlah kesilapan yang dilakukannya itu sebagai kesilapannya yang terakhir, dorongkan hati mereka menerima kebaikan dan hidayah..

NB: Pertama kali berkenalan dengan Puan Rina...anaknya Irfan yang turut hadir dalam majlis iftar berkenaan. Selepas 24 jam berita kematian wartawan Bernama yang ditembak di Somalia, saya mendapat berita bahawa Puan Rina merupakan isteri kepada wartawan berkenaan. Moga rahmat dan keampunan Allah buat almarhum suami beliau. Saya diizinkan Alah menemui Rina sebentar semasa berziarah jenazah suaminya; Rina masih mengingati saya walaupun kami bertemu sebentar cuma dalam majlis iftar berkenaan. Sayunya hati menatap ketabahan dan kesabarannya...di tengah2 kesesakan liputan media massa dan masyarakat yang hadir memberikan penghormatan terakhir...

Berkisah tentang kebaikan....



Setiap diri mempunyai hajat dan kecenderungan untuk melakukan sesuatu yang dikatakan baik. Setiap diri juga mempunyai definisi tentang kebaikan. Sesuatu yang baik pada seseorang, mungkin tidak sedemikian pada seorang yang lain.

Saya sebelum ini juga mempunyai tanggapan yang berbeza mengenai kebaikan. Kadang-kadang saya memberikan sendiri definisi atau kesimpulan akan sesuatu yang dikatakan baik. Dan...kadang-kadang menyebabkan saya sendiri keliru apabila berhadapan dengan situasi yang dikatakan kompleks...bagaimana kita menilaikannya sebagai sesuatu yang ‘baik’ dan yang ‘tidak baik’..

Pernah satu ketika dahulu, saya berkongsi pandangan mengenai seseorang yang memiliki harta yang banyak...rumah beberapa buah, kenderaan mewah bersusun serta mampu pula menunaikan umrah setiap tahun termasuk ibadah-ibadah lain yang nyata perlu diutamakan. Ada yang mengatakan tindakannya menunaikan umrah sunat saban tahun tidak wajar kerana ia perlu utamakan membantu masyarakat miskin dan kelaparan.....tambahan pula ada dikalangan ahli keluarganya yang tidak mampu menunaikan haji.

Juga ada keadaan di mana seseorang saban tahun menghantar sejumlah wang untuk berkorban/ menunaikan aqiqah ke negara jiran yang dikatakan lebih miskin; gigih mengutip derma untuk Palestin dan Somalia mahupun negara-negara Islam yang tertindas sosialnya...namun tidak pernah mengendahkan jiran-jirannya yang miskin papa kedana.


Diasak naluri keliru, atau juga pandangan yang kelabu, atau juga membuat kesimpulan yang jumud beku...lalu mentafsirkan sesuatu menurut sudut pandang atau skop yang diyakini benar sebagai sesuatu yang baik...namun asasnya tidak diketahui entah bagaimana ianya disandarkan.

Dalam setiap yang kita lakukan, nilai kebaikan itu serupa piawainya...hanya pada Allah timbangan dan neracanya. Ia juga, jika disandarkan pada pahala dan dosa, natijah hasil perbuatan menghasilkan praktis dan terjemahan yang serupa.

Sekali lagi...persoalan demi persolan sedemikian hanya terjawab apabila kita memahami Al Quran dengan ikhlas penuh penghayatan dan melaksanakan sunnah yang diterjemahkan oleh baginda rasulullah SAW.

Keutamaan melakukan kebaikan adalah berdasarkan ayat 177 Surah Al Baqarah.. iaitu Bukanlah kebaikan itu dengan menghadapkan wajahmu ke timur mahupun barat tetapi kebaikan itu ialah seseorang yang beriman kepada Allah, akhirat, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada keluarga yang dekat, anak yatim, mereka yang miskin, mereka yang meminta, memerdekakan hamba, yang menunaikan solat, zakat dan menepati janji apabila berjanji, dan mereka yang sabar dalam penderitaan dan kesusahan serta ketika berperang...

Rasulullah SAW pula mempamerkan terjemahan praktis kebaikan secara setempat; iaitu dalam lingkungan di mana baginda berada. Tidak terdapat nas atau athar sahabat yang menghantar bantuan zakat yang diutamakan ke jajahan baru ditakluki atau yang jauh dari masyarakat setempat... wallahua’lam.

Menterjemahkan kebaikan adalah di dalam lingkungan di mana kita berada, menyandarkannya terhadap hakikat keimanan kepada Allah dan akhirat serta keyakinan terhadap prinsip keimanan yang hakiki.


Setiap kebaikan yang dilakukan kerana Allah...biarlah Allah sahaja yang tahu dan memberikan balasan sebaik-baiknya. Tidak perlu rhetorik, tidak perlu publisiti, tidak perlu kamera, tidak perlu wartawan, tidak perlu mencari redha sesama manusia....biarkan sahaja terjemahan kebaikan itu dengan izin Allah menjadi ikutan tanpa kita sedari.

Friday, August 19, 2011

Memanfaatkan 10 Ramadhan terakhir...

Rahmah dan kasih sayang Allah utk kita semua nyatanya sangat luas dan tidak terbatas. Kehadiran 10 ramadhan terakhir yg kita nanti-nantikan, moga dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Jika dalam usia-usia sebelum ini saya manfaatkan akhir ramadhan utk berkira-kira menyediakan persiapan serta menghitung hari menjelangnya Aidilfitri, namun selepas memahami 'berharga'nya 10 Ramadhan terakhir dalam kehidupan sebagai muslim..saya berdoa moga Allah izin utk saya dapat memanfaatkannya dengan kesungguhan ibadat serta menjauhkan perkara-perkara yang melalaikan. Pertama kali dalam sejarah, saya mengambil cuti panjang sempena 10 Ramadhan terakhir (walaupun saya hampir terlupa sebenarnya ada tugasan yang perlu diselesaikan)...

Moga fokus beribadah kita ini, diskopkan perspektifnya terhadap diri kita sendiri. pandanglah pada hati dan diri...sejauh mana kesungguhan amalan kita ini dibina dan dilakukan atas rasa taqwa dan ikhlas...semata-mata mengharap keredhaan dan 'pandangan' Allah semata-mata.

Pembacaan Al Quran yang berulang-ulang benar-benar memberikan kesan pada jiwa...apatah lagi apabila ianya dilakukan dengan menterjemah dan men'internalisikan' dengan kehidupan. Bagi saya, itulah yang lebih utama untuk kita dahulukan dalam kehidupan dalam ramadhan ini dari kita berkejar untuk turut serta dengan majlis khatam quran. Jujurnya...saya tidak faham mengapa majlis khatam quran perlu diadakan...apakah rasional majlis itu dan di mana teladan sunnah yang memberi petunjuk untuk ianya diadakan...?

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW dahulu menghabiskan waktu seminggu untuk mengkhatamkan Quran yang mana ia kemudiannya diulang-ulang semula seterusnya..tanpa majlis khas berkhatam... sedangkan saya pula terkial-kial untuk cuba menghabiskannya dalam tempoh berbulan.

Wednesday, August 10, 2011

Tentang Juadah Berbuka

Saya adalah antara ibu-ibu bekerja yang saban hari bergelut berkejar pulang ke rumah untuk menyediakan keperluan apabila tamat waktu bekerja. Pada bulan Ramadhan ini pula, keperluan menyediakan juadah berbuka dan bersahur merupakan antara keutamaan yang perlu didahulukan. Dengan anak-anak yang turut berpuasa serta mereka pula menghadapi peperiksaan...

Apabila saya membaca post di FB yang memberikan pelbagai respon mengenai kualiti makanan di Bazar Ramadan...saya tidak berapa ambil berat kerana agak bertahun juga saya tidak mengunjungi Bazar ramadhan.Sejak pengalaman saya merantau dahulu menyaksikan betapa penyediaan makanan yang dijual di Bazar ramadhan disediakan seawal selepas bersahur...serta menyaksikan pelbagai teknik/ taktik yang tidak higenik dalam penyediaan makanan, saya memang tidak lagi memberi tumpuan ke Bazar Ramadhan ..apatah lagi harganya dikatakan melambung-lambung.

Jikapun pergi, langkah saya hanya tertumpu pada gerai yang dikendalikan oleh peniaga yang pada pengetahuan saya merupakan pengedali makanan yang 'ori'. Sehinggalah kes kematian yang dicatatkan di Meru semalam akibat keracunan makanan yang dikatakan berpunca dari makanan di Bazar Ramadhan...saya turut berdukacita atas kejadian berkenaan.

Fokus saya di sini ialah untuk berkongsi penyediaan juadah berbuka yang mudah disediakan yang mana ia lebih bersih, berkualiti dan sesuai dengan citarasa yang kita mahukan. Antara tips berkenaan:

1. Belilah lauk yang sedia di masak di restoren yang sudah kita yakin kualiti penyediaan makanannya; bila sampai di rumah..masakkan nasi sahaja serta hidangan kurma.
Jika teringin menjamah kuih muih, belilah di warung/kedai yang memang biasa kita membelinya pada waktu sarapan pagi.

2. Sesekali..sediakan nasi goreng atau mee hoon goreng atau mee goreng sebagai ganti juadah utama. Penyediaannya, tak sampai setengah jam.

3. Paling mudah...sesekali masakkan laksa. Penyediaan kuah sangat mudah dengan merebus ikan terlebih dahulu, diblend bersama ramuan serta seterusnya direbus. Sayur mayur adalah option, sediakan mana yg dirasakan mudah. Anak-anak biasanya memilih untuk makan sayur-mayur.

4. Cubalah spaghetti dengan kuah yang siap dibotolkan...masakkan kuahnya dengan ramuan tambahan seperti ayam/ daging/ bawang. Sediakan keju parmesan jika ada. Penyediaannya juga kurang setengah jam.

5. Roti piza, roti telor, roti john adalah juga juadah yang sangat mudah disediakan. Boleh digilirkan dengan hidangan yang lain terutama waktu sahur.

6. Belilah periuk bertekanan tinggi jika suka menghirup sup (saya biasanya beli sahaja di Restoren Kusuma..:)

7. Nasi arab/ beriyani...mudah diperolehi di restoren2 utama.

Oleh itu kesimpulannya... ibu-ibu bekerja insyaAllah mampu menyediakan juadah seadanya. Tak perlu bergantung pada bazar ramadhan... Namun, tiada siapa yang mampu menolak kekangan masa...yang kadang-kadang memudarkan harapan kita untuk beriya-iya menyediakan juadah yang diinginkan.

Wednesday, August 3, 2011

Tentang UKHUWAH

Ukhuwah didefinisikan sebagai saudara 'seibu sebapa' yang diikat oleh keterikatan aqidah. Ia mengikat kemuliaan kasih sayang, mengutamakan individu yang diiktiraf sebagai saudara seikhwah, keperluan utk kita pertahankan jiwa, nama dan maruahnya serta menutup keaifannya.

Saya mengenal erti dan terjemahan ukhuwah seawal usia 15 tahun. Ada antara ukhuwah yang pernah mengikat sanubari demi menyahut intisari da'wah dan amalan muslim itu berkekalan hingga ke saat ini meski sebahagiannya kini hanyalah kenangan yang mengujakan. 
Ada insan yang saya kembali temuinya, sama-sama mengikat kembali hubungan yang pernah terputus akibat logistik masa, ruang dan peluang. Ada juga yang baru saya kenali... pada hatinya saya berkongsi segenap rasa yang pernah saya lalui dalam medan da'wah ini.

Namun, pengalaman saya mengajar untuk berhati-hati dengan sesiapa juga serta tidak menaruh expectation yg terlalu tinggi. Meski paranoid atau berburuk sangka itu sama sekali tidak dibenarkan, namun tidak salah untuk kita berhati-hati dalam apa jua yang kita lakukan. 
Saya beberapa kali pernah terduduk kecewa dengan hasilan masalah dari konflik yang tidak diduga, akibat menaruh harapan kethiqahan (trust) dari satu lafaz yang disebut ukhuwah. Ya.. nyatanya manusia sebahagiannya begitu kompleks pendekatan dan tafsirannya. Kita ini tidak pernah sama dalam meluahkan citarasa, apatah lagi tatkala khilaf diharuk was-was syaitan lalu cemburu, irihati dan dendam.
Ukhuwah terbina atas naluri ikhlas dan tidak mengharap balas dan belas. Bukan lakonan, paksaan atau disandarkan pada 'udang sebalik batu'. Sesungguhnya saya mengharap dan rindu pada ukhuwah yang bersih dan mulia serta ikhlas kerana Allah. 
Atas keterikatan itu, saya yakin tidak didiskriminasikan ... baik pada lafaz salam, bicara yang dikongsi mahupun pada doa dan juga senyuman. Moga Allah terus melimpahkan rahmatNya untuk kita mengikhlaskan diri dalam menterjemahkan ukhuwah dalam kehidupan...

Monday, August 1, 2011

Mengisi Ramadhan...

Alhamdulillah...tiba semula ramadhan dengan izin Allah utk kita yang masih diizinkanNya bernafas.

Antara tazkirah yang saya dengar sebelum ini mengenai Ramadhan ialah, ramadhan sebenarnya bulan 'mendidik' iaitu untuk kita bawa syu'urnya sepanjang tahun. Jika mampu baca dan khatamkan quran..ia juga perlu berterusan, malah diperdalamkan dengan ilmu dan kebaikan-kebaikan di jalan da'wah.

Kita juga disyorkan untuk terus menambah kebaikan. Dalam hadith yang bermaksud ...jangan sesekali diremehkan kebaikan, kerana kita tidak tahu kebaikan yang mana bakal diizinkan Allah membawa kita ke syurga.

Nyatanya...satu pertarungan hebat yang mega untuk saya terus lalui... mengekalkan fokus dalam solat dan tadarus serta menghalang diri dan hati utk terheret dengan dosa-dosa lidah sesama insan.

Thursday, July 21, 2011

Mendefinisikan KEJAYAAN...

Jujurnya, saya penat bila mendengar pelbagai definisi tentang kejayaan. Apatah lagi bila seruan haiya 'alal falah (marilah kita merebut kejayaan) di dalam azan ditafsirkan oleh sebahagian pihak merujuk kepada definisi sebuah negara Islam yang berjaya iaitu mencapai negara maju.

Biarlah apa jua definisinya....namun secara umum, kejayaan sering diproksikan dengan nilai-nilai material dan falsafah yang menjadi imej kebanggaan dalam hidup seseorang. Itulah juga kehebatan yang dipandang, keunikan yang menjadi sebutan, serta status yang membezakan sesama insan dalam kehidupan kita yang sementara di dunia. Kejayaan dalam rantau geografi bersempadankan politik pula, didefinisikan melalui falsafah MAJU dan juga kemakmuran yang dinikmati oleh penghuni di dalamnya.

Mudah pula jika kita definisikan berjaya dan gagal dalam suatu peperiksaan akademik; atau juga keperluan penganugerahan sijil-sijil akademik.

Dalam arena politik pula, kejayaan dalam sesuatu pilihanraya atau pertandingan/ pemilihan dijadikan medan pertarungan dan perjuangan yang terus 'mengapi-apikan' emosi... sedangkan kejayaan itu hanya bertahan dalam tempoh tertentu serta tidak kekal sifatnya. Saya begitu berat menerima kegembiraan yang diraikan dalam pilihanraya apabila saya menyedari bahawa pengisian dan mendidik setiap hati mengisi erti kejayaan yang diredhai di sisi Allah merupakan siri mujahadah yang lebih mencabar dan konsisten sifatnya.

Di sisi Allah pula...bagaimana sebenarnya kejayaan yang perlu kita sama-sama usahakan? Sebelum saya mengenal hakikat keimanan dan hubungan antara kehidupan dengan akidah tauhid; skop pandangan saya sering terbatas pada nilai-nilai keduniaan yang menjadi rebutan. Kagumnya saya apabila dihadapkan dengan resepi kejayaan hebat manusia yang mampu mencipta jutaan ringgit dan siri kemewahan mahupun gedung kekayaan dan pengiktirafan. Sehinggalah Allah izin saya diperingatkan tentang kilauan perak tiruan berbanding nilai emas tulen...

Perak Tiruan dan Emas Tulen....Itulah yang menjadi perumpamaan kehidupan dunia dan balasan sebenar di akhirat. Lalu...insan 'alim berkenaan bertanya, apakah yang bakal kita pilih?? Katanya, selagi ada hayat dan usia diizinkan Allah untuk beramal, berusahalah untuk mendapatkan emas tulen (balasan hakiki di akhirat)...bukan berlumba-lumba berhambatan merebut jongkong perak tiruan (terpedaya dengan kehidupan dunia yang sedikit dan langsung tidak dipandang di sisi Allah SWT).

Di dalam surah As Sajdah di dalam ayat yang ke 28 dan 29, Allah telah mengingatkan tentang definisi kejayaan yang sebenarnya. "Dan mereka bertanya, bilakah kamu akan menang (berjaya) jika kamu orang yang benar. Katakanlah, kejayaan itu adalah pada hari dimana iman seorang yang kafir itu tidak lagi berguna (sia-sia)"... Lantas, kejayaan abadi tidak PERNAH ada di 'sini'.....

Monday, July 11, 2011

Siapa yang perlu BERUBAH...

Apabila saya diajak menyertai Kempen BERSIH baru-baru ini...saya sekadar menyatakan..jomlah kita BERSIHkan hati dan perbaiki hubungan kita dengan Allah SWT.

Biarlah apa sahaja pandangan atau persepsi yang bakal dilontarkan, namun saya punya pandangan tersendiri untuk sama-sama menangani isu menambahbaik 'logistik' dan susunatur pembinaan masyarakat.

Posisi saya di kedudukan pengurusan ini...diizinkan Allah untuk saya mencerap dan menjalani secara hands on banyak mekanisma-mekanisma yang nyata dalam menyampaikan apa sahaja perkhidmatan yang relevan untuk disampaikan kepada masyarakat awam.

Pernah satu ketika apabila saya bertugas sebagai doktor perubatan di klinik pedalaman, seorang wakil rakyat menelefon saya memohon untuk disediakan kemudahan ambulan di kawasan yang diwakilinya. Tambah wakil rakyat itu lagi, sejak beliau terpilih sebagai wakil rakyats, klinik di kawasannya tidak pernah mempunyai kemudahan ambulan. Padahal saya bukan merupakan agensi yang bertanggunjawab menyediakan kemudahan ambulan...ia memerlukan mekanisma yang sangat terperinci dan diputuskan oleh kuasa dan peruntukan pelbagai agensi dalam kerajaan .

Dalam satu situasi lain, boss saya ketika di Pejabat Kesihatan memaklumkan bahawa seorang wakil rakyat telah meminta pihak kesihatan menjalankan aktiviti semburan kabus (fogging) secara giat dan intensif untuk mengelakkan berlakunya wabak denggi. Pada hakikat sebenarnya...setiap individu dalam masyarakat perlu diberikan kesedaran yang benar-benar jitu untuk membolehkan mereka berubah menjadi insan yang giat membersihkan halaman masing-masing dan membantu masyarakat lain memusnahkan sebarang kawasan yang berpotensi membiakkan nyamuk..bukan membiarkan tanggungjawab itu pada satu agensi sedangkan mereka (masyarakat) masih bersukaria membuang sampah dan membiarkannya merata-rata...

Semasa saya bertugas di kawasan pedalaman itu juga...saya dihadapkan dengan pelbagai masalah pembaikan klinik yang banyak konflik dan isu (apatah lagi apabila salah seorang kontraktor utama menjalin hubungan pula dengan kakitangan di situ) sehingga menimbulkan banyak pembaikan yang berakhir dengan hasil yang mengecewakan. Pada ketika itu saya tertanya-tanya...mengapa keadaan sedemikan berlaku sedangkan pada ketika itu DSAI merupakan Timbalan Perdana Menteri yang sangat dihormati kewibawaanya sebagai Menteri Kewangan. Bukanlah niat saya di sini untuk memburukkan mana-mana pihak... cumanya keadaan-keadaan sedemikian memberikan saya input bahawa perlaksanaan untuk memberi kemudahan pada masyarakat bukannya ditentukan oleh rhetorik perubahan secara politik semata-mata...

Banyak juga contoh-contoh lain yang saya temui di mana kekangan dan hambatan dalam mewujudkan suasana yang proaktif dan progressif dalam menyampaikan objektif perkhidmatan kepada masyarakat berlaku akibat sifat individu yang tidak 'meng'internalisasi'kan nilai taqwa dan keimanan kepada Allah...lalu memperlakukan harta-harta yang dibeli atas dana awam pada kos yang melampaui kos sebenar, sebagai hartanya sendiri. Ada pula yang menyalahguna keperluan untuk kepentingan sendiri seperti ITAV untuk berkaraoke, serta bersuka ria membazirkan wang peruntukan untuk bermesyuarat atau berbengkel di hotel-hotel mewah pada aktiviti-aktiviti yang pada pandangan saya boleh dilakukan di dewan masjid/ kolej.

Kita dihadapkan dengan pelbagai rhetorik ikon-ikon tertentu yang diberikan 'hukuman' untuk berubah supaya masyarakat ditangani dengan lebih adil... namun bagi saya, setiap kita perlu berubah dan memBERSIHkan hati dengan nilai-nilai pengisian yang diredhai Allah... elakkanlah bersangka-sangka dan menyalahkan antara satu sama lain..

Friday, July 8, 2011

ESOK yang belum tentu kita jumpa....

Esok yang datang...adalah antara realiti ghaib yang tidak pernah kita ketahui tentangnya. Satu perjalanan yang belum pasti kita jumpa... dan semua kita nyatanya tahu dan sedar bahawa itulah realiti esok yang belum tentu datangnya.

Andai hari ini kita mampu sujud...mampu tersenyum...mampu mengisi waktu-waktu dengan kebaikan dengan izin dan rahmat Allah, sesungguhnya itu semua belum tentu mampu kita lakukan pada esok yang fitrahnya bakal datang.

Kita yang masih diizinkan sihat ini sering dilalaikan dengan nian harapan yang tidak berkesudahan...tentang apa yang kita impikan, apa yang kita kejar dalam kehidupan dan pada apa yang kita harap menjadi kenyataan. Terkadang juga, ada perkara-perkara penting yang sangat utama untuk kita berikan perhatian, tapi kita tangguhkan lantaran menyimpan perasaan bahawa masa esok itu masih ada dan wujudnya masih panjang untuk kita.

Antara perangkap-perangkap syaitan ialah mencenderungkan hati untuk terus bertangguh... dan melewatkan niat-niat baik untuk menjuruskan diri dalam kebaikan. Syaitan yang sudah pasti tempatnya di jahannam...berusaha dengan begitu kental (ia wujud di sisi kita dalam apa jua yang kita lakukan...mohonlah perlindungan dari Allah dari godaan dan hasutannya) untuk memaksimakan manusia-manusia yang bakal mengiringnya ke petaka azab yang tidak berkesudahan itu.

Tidak siapa antara kita yang tahu apa yang bakal diisi oleh esok-esok yang mendatang. Dan tak siapa juga pasti apakah esok yang mendatang itu bakal kita temui. Kesemua pengetahuan dan ketentuan milik Tuhan yang telah menciptakan kita...itulah Allah yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa.

Sama-sama kita isikan dan bina kehidupan dengan nilai-nilai dan kualiti yang mesti dimiliki sebagai muslim; sama-sama berdoa untuk ke syurga serta menjauhi neraka. Ketentuan syurga untuk mereka yang berat timbangan amal kebaikannya adalah juga dengan rahmat dan izin dari Allah.

Moga kita tidak meremehkan hari pembalasan dengan angan-angan tentang hari esok yang belum tentu datang.....

Sunday, July 3, 2011

Menterjemahkan sebuah 'maaf'

Mudahnya menuturkan maaf... semudah berbicara 1,2 dan 3. Namun intonasi kemaafan yang dilahirkan buat menyatakan penyesalan, kecewa dan keinsafan atas kesilapan yang terjadi apatah lagi apabila ikatan hubungan tercalar, bagi saya adalah suatu realiti yang sesungguhnya menuntut pengorbanan dan kedudukan hati yang benar-benar memahami apa yang dilafazkan. Ia pula, diilustrasikan dengan tekad kerendahan hati untuk menyatakan penuh ikhlas KERANA ALLAH betapa menyesalnya hati akan dosa dan kesalahan yang terlanjur dilakukan. Diiring pula dengan tekad untuk tidak mengulangnya....

Sesungguhnya saya berdepan dengan situasi yang sangat getir... apabila kemaafan yang dituturkan, diseret menjadi realiti yang begitu sarat untuk ditelan. Bagai menekan brek pada kelajuan kenderaan lampau pada gear 6.... saya tertekan untuk menghentikan 'inevitable irreversible damage' ... namun saya tidak mampu untuk terus mengungkit atau menjungkirkan sesuatu yang tidak begitu 'comfortable' untuk saya menghadapinya.

Teorinya....semua orang tahu bahawa maaf bukan retorik adat ..lafaz 'maaf' juga bukan alas bahasa untuk menyedapkan hati hati-hati yang telah terluka. Bukan juga alasan yang dicipta untuk menjustifikasi mengulang-siaran kesilapan lampau. Lafaz 'maaf' juga bukan mainan bibir dan bahasa ...lalu disongsangkan pula tatkala diri dilanda kekhilafan tidak menentu. Jangan pula selepas maaf...diikuti lagi dengan bicara umpat dan tangis 'menikam' dari sudut yang tidak diduga... sesungguhnya saya mengulang-ulangkan pengisian ini untuk hati saya sendiri...

Monday, June 27, 2011

Practising doctor...Practising Muslim...

Kembara yang diizinkan Allah untuk saya kembali meneliti nilai-nilai kebaikan dan pengisian sebagai muslim, kerap menemukan saya dengan para ilmuwan Islam yang memberikan analog seorang muslim itu hakikatnya seperti seorang doktor yang menggunakan ilmunya untuk merawat pesakit.

Menjadi muslim...bukan pada lafaz dan gelaran, bukan pada nama dan warisan DNA, bukan juga pada 'wishful thinking'...

Seperti juga seorang doktor yang melakukan tugas-tugas secara hands on... apa pandangan kita jika dalam keadaan pesakit yang alami luka trauma, datang ke klinik untuk mendapat rawatan...tetapi doktor yang bertugas hanyalah doktor yang mempunyai sijil perakuan dan Ijazah, kemudian terus bercakap-cakap bahawa dia adalah doktor, mempunyai gelaran dan kelayakan....terus bercakap tentang rawatan...tetapi duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa.....pastilah pesakit berkenaan mendapat komplikasi teruk dan mungkin boleh membawa maut!!

Menjadi muslim...syarat paling utama ialah terjemahan diri sebagai individu yang menyerah hati, diri dan hidupnya ke dalam penguasaan undang-undang Allah. Terjemahan yang nyatanya merupakan praktis yang membentuk rutin dan kehidupan.

Menjadi muslim bukan pada memenuhi ciri luaran..bukan tanpa ilmu, tiada kefahaman dan tiada keyakinan untuk melaksanakan amalan sebaagai muslim yang beriman.

Menjadi muslim bukan dengan angan-angan.....tetapi dengan realiti sebenar yang mendahulukan keredhaan Allah dalam setiap praktis dalam hidupnya.

Tuesday, June 21, 2011

Sengsaranya penghuni Neraka...

Di akhirat.... tiada lagi KEMATIAN; segala yang diperolehi bersifat mutlak dan kekal. Saya kongsikan tentang kisah penghuni neraka.. Saya kongsikan juga antara golongan yang disebut di dalam hadith tidak akan masuk syurga iaitu:

1. Peminum arak
2. Pemutus silaturrahim
3. Percaya kepada sihir
4. Sombong walau sebesar zarah/ debu

Maaf catatan kali ini bercampur dengan bahasa inggeris; Sebahagian rujukan merupakan dari alquran dan Kitab Malapetaka Menjelang Kiamat oleh Ibnu Kathir.

Ashabun Nar (dwellers of jahannam) was mentioned 20 times in Al Quran. The door of jahannam is a 70 year old travelling time. If the stone from its brim fell into the hellfire, it would take 70 years time to touch its base. The dwellers of jahannam will be increased in size; in one hadith - the distance between their ear and shoulder is 700 miles, their skin become 70 cubit and their teeth as big as jabal uhud.

Their clothing are made from hellfire (surah 22:19) and also pitch i.e. a sticky resinous black or dark brown substance that is semiliquid when hot, hard when cold (Surah 14: 50).

Their home setting in jahannam: It is the worst ever place to be resided; it is full of azab; which are getting more and more from day to day; and the feature is permanent; non stop at all. It is full of holes with snakes, scorpions and poisonous organisms.There is one place called Hole of sadness (Jubl Huzn) - reserved for those who read quran with riya’. Seas in jahannam are all boiling.

The rivers full of discharge from the jahannam dwellers - alcohol consumers will drink from al guthah i.e. the river which is formed from foul smelling discharge from vagina of sinful women. The jahannam is also full of extreme hot smoke. The dwellers resting place are all made of hellfire.

Their drinks are boiling drinks (melting iron) that destroyed their guts (Surah 47:15, Surah 18: 29); the dwellers will drink the drinks as the thirsty camels (Surah 56: 54-55). They will be also served with Ghislin - body discharge of the jahannam members (Surah 69:36) and Sodid - foul smelling purulent discharge (Surah 14: 15 -17) .

The jahannam dwellers food are from zaqqum tree - those who eat will have their guts instantly cut and destroyed; (Surah 37: 62-68; Surah 56: 52; Surah 44: 43); the food will be forced into their throat; never satisfy them; and food from dhari’ = the tree with thorns in the jahannam, it has the bittest fruit, very foul smelling, hotter than hellfire (Surah 88: 6).

In Jahannam, there will be an extreme hot temperature; under darkness of hellfire smoke (surah 56: 42-43);the confirmed dwellers will be welcomed with splashing of extreme hot raining water.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami; dekatkan kami dengan ilmu-ilmu benar yang membimbing kami ke syurga. Masukkanlah kami ke syurgaMu...jauhkanlah dan lindungkanlah kami dari azab neraka...tolonglah kami Ya Allah..

Tentang Kembara yang tiada penghujungnya (The Eternal Journey) I

Saya kongsikan di sini pengisian ilmu yang disampaikan oleh ilmuwan Tafseer Al Quran tentang intipati juz ke 29 (juga dikenali sebagai Juz Tabarak). Terus terang saya katakan, inilah pertama kali dalam hidup saya yang menerima ilmu dari mereka yang benar-benar memahami terjemahan, tafsiran (yang dirujuk berdasarkan ilmu-ilmu ulama’ muktabar) dan dirujuksilang secara langsung dengan ayat-ayat Al Quran serta kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat.... seperkara lagi yang sangat mengkagumkan saya...ilmuwan tersebut iaitu Prof.Dr.Reda Bedeir (pemegang dua ijazah PhD) itu mampu mengingati setiap ayat AlQuran iaitu nombor surah dan nombor ayat yang dirujuk untuk dikongsikan ilmunya dengan kami yang mendengar. Dibacanya pula ayat-ayat Allah dengan intonasi yang begitu menusuk kalbu dan diterjemahkan pula ayat demi ayat.. dan kemudian diberikan tafsiran mengikut konteks ayat dan teladan yang telah diterjemahkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Tentang Kembara yang tiada penghujungnya itu.....jika ada yang membuat anggapan bahawa kehidupan dunia bakal berakhir dengan kematian... dan peluang yang ada di dunia ini perlu dimafaatkan sebaik-baiknya untuk mencapai apa sahaja kehendak jiwa dan kehidupan .....maka sesungguhnya itu adalah TIDAK benar sama sekali.

Hakikat penciptaan kita dengan dua kali kematian dan dua kali kehidupan...merupakan satu konteks yang perlu kita sama-sama fahami dan ingati. Kita bermula dari tidak ada (out of nothing) iaitu dalam keadaan mati...dihidupkan sementara didunia, dimatikan untuk singgah di alam barzakh dan kemudian dihidupkan kembali di alam akhirat. Di alam akhirat... kematian yang merupakan makhluk yang diciptakan Allah, akan ditamatkan kewujudannya. Tiba sahaja hari pembalasan itu, kematian menemui ‘kematiannya’... Selepas itu tidak ada lagi apa yang disebut kematian.

Apakah maknanya kehidupan yang kita lalui ini? Apakah pengisiannya merupakan komposit yang menjadikan kita manusia paling gembira dan bahagia? Setiap insan mempunyai sasaran yang ingin dicapainya. Berbalik kepada matlamat yang ingin kita capai... seseorang pastinya mempunyai matlamat jangkapendek, jangka panjang dan matlamat yang mutlak (ultimate goal) yang ingin diterjemahkannya dalam kehidupan yang dilalui itu.

Kehidupan kita di dunia ini merupakan pentas yang memberikan peluang kepada kita melakukan sesuatu untuk mencapai objektif sebenar di alam yang abadi. Keyakinan tentang itu, bergantung pula sejauh mana keyakinan kita dengan kehidupan ghaib di alam akhirat. Itulah juga syarat sebagai muslim mukmin yang bertaqwa.

Apa sahaja yang kita punyai di dunia ini adalah ‘means’ iaitu di sebut juga sebagai wasilah (cara)...sesuatu yang membolehkan kita mencapai objektif abadi dalam kehidupan yang kekal tanpa kematian. Habuan kekayaan, wang, kenderaan, rumah dan apa sahaja di dunia ini., bukanlah objektif sebenar kehidupan..Hakikatnya dalam kehidupan muslim yang bertaqwa, kemewahan dan kekayaan hanyalah jalan-jalan untuk kita mencapai the 'ultimate goal' di akhirat nanti..

Buat meneruskan kehidupan, perjuangan dan keperluan berda’wah...wajarnya kita mengisi kehidupan kita ini dengan ‘good moral character’ serta memenuhi muamalat dengan insan dalam skop yang Allah benarkan. Apa sahaja yang dicapai, perlulah memfokuskan pada batas yang menterjemahkan hidup kita sebagai muslim yang menyerah kehidupannya kepada peraturan dan sistem Allah. Jangan lah pula kita meletakkan ‘ultimate goal’ dalam kehidupan ini sekadar kewujudannya dalam dunia yang sementara.... ia wajar kita fokuskan pada waktu di mana kematian itu sudah ditiadakan...satu alam kekal abadi selama-lamanya.

Yang dinamakan KEHIDUPAN di dunia....

Apakah yang didefinisikan dengan kehidupan kita di dunia? Meskipun saya sering diingatkan berkali-kali bahawa matlamat kehidupan di dunia ini adalah untuk mengabdikan diri (beribadah) pada Allah namun saya tidak pernah pula terfikir secara mendalam tentangnya. Meskipun saya faham dari segi literal dan konteks... dalam terjemahan praktis, saya jarang pula mengingatkan diri bahawa setiap yang saya lakukan adalah ibadah kepada Allah. Ada kala pula fakta tentang beribadah itu, saya sendiri keliru sehingga praktis harian saya tidak mencerminkan hakikat ibadah sebenar yang dikehendaki di sisi Allah.

Jujurnya, tanpa ilmu mengenai Al Quran, hati saya ini sering tewas dengan ‘gagah’nya kehidupan sekeliling yang mempamerkan pelbagai kehebatan dan kecemerlangan. Saban teori, ilustrasi mahupun paparan sebenar untuk ditatap dan diimpi.... saya juga jujurnya terus mengimpikan dan terus mengimpikan tentang hasrat-hasrat menjadi hebat sebagai insan yang berpengaruh dan hebat dipandang orang.

Kita semua mengimpikan kehidupan yang baik dan yang bahagia. Sudah pasti...kebahagiaan itu kuncinya mempunyai modal dan laba yang berupa wang dan harta. Tidak kena juga jika ada yang menafikan kepentingan wang untuk membina kehidupan dan kebahagiaan. Namun wang semata-mata bukanlah proksi untuk membuatkan kehidupan seseorang itu bahagia... kewujudannya dalam kadar yang diperlukan adalah ‘assurance’ dengan izin Allah bahawa diri seseorang itu tidak terhimpit dengan kemelaratan atau kelaparan yang menghinakan...

Kehidupan di dunia hanyalah ujian dan ketabahan mengharung cabaran (Life...is a test and a struggle). Tidak ada satu detikpun menurut penjelasan Allah dan sunnah, kita akan mencapai kemenangan yang mutlak. Kemenangan untuk memegang status hebat, memiliki wang yang banyak...saham yang tidak terkira banyaknya..... pada sisi Allah dan juga telah dibuktikan menerusi kehidupan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat bukan lah kemenangan hidup di dalam ‘kehidupan’ seseorang.

Kemenangan abadi hanyalah apabila kita diberikan pengesahan menerima kitab amalan dengan tangan kanan. Pada hari di mana maut itu sudah tidak lagi wujud....insan bakal berdiri sendirian menghadap Allah SWT...

Jika dirinya menerima kitab amalan dari tangan kiri...betapa kehebatan diri selama hidup di dunia dan timbunan harta yang menjadi simbol kebahagiaan dan kemenangannya di dunia tidak mampu menjadi taruhan ganti azab neraka yang kekal selama-lamanaya...betapa pula dirinya bakal merintih dengan kesal yang terlalu sesal...andai wujud lagi kematian yang akan mengakhirkan azab yang diperolehinya....

Monday, June 13, 2011

Sajak: Andai bayang-bayang itu...

Andai bayang-bayang itu berwarna,
lukiskan buatku segenap tona rindu dan cinta,
pada damai dan duka gulana.

Andai bayang-bayang itu bersuara,
muhasabahkan buatku tentang ilham rasa yang berdosa,
agar tidak gelisah jiwaku dalam kembara.

Andai bayang-bayang itu mampu tersenyum,
ajarkan aku untuk terus menuntun kasih,
pada jiwa yang acap resah bila diperselisih.

Andai bayang-bayang itu ikhlas tentang dosa dan pahala,
sebuah hati dan jiwa itu takkan mampu menghina,
atau berdendam pada siratan yang tidak pernah diketahuinya.....

Bayang-bayang yang hitam,
menurut langkah insan,
tanpa warna, suara mahupun senyuman,
setia imejnya memaut pilihan amalan insan,
itulah juga antara saksi di hari yang penuh dengan ketakutan yang sangat menakutkan...

Menulislah dengan objektif yang benar....

Resam individu... tatkala berhujah dan berfakta, ingin sekali didengar...Dalam dunia cyber yang memberi peluang semua orang menulis, juga memberikan harapan pada setiap diri agar tulisannya dibaca. Saya juga sedemikian...tinggal lagi, saya biasanya menjurus pada ‘learning curve’ yang saya harapkan untuk terus belajar dan diajar....bukan pula tujuan saya untuk mengheret sesiapa dalam kancah perdebatan sehingga membuka perselisihan.

Saya pernah tuliskan, bahawa setiap fakta yang kita komunikasikan...perlu mempunyai objektif. Mengapa ia disampaikan dan mengapa pula ia diharap dapat sampai ke hati insan lain yang membacanya. Sesuatu tulisan tanpa objektif, bakal terdorong untuk mengutarakan suatu pandangan yang tak perlu serta merapu.... lebih tidak perlu apabila ianya mencipta dosa terbitan yang boleh dielakkan.

Setiap kita punyai pandangan dan pendapat yang berbeza. Cara mana kita hendak menyempurnakan agar sesuatu pandangan itu diterima sehingga menghasilkan perubahan sikap dan praktis...bergantung pula sejauh mana objektif pencapaian yang kita harapkan.

Perkongsian apa jua pandangan... seringnya bersifat mendatar, tiada sentimen malah tidak perlu dihujahkan dalam skop yang dikira terkeluar dari tajuk. Tanpa objektif yang jelas, ia bakal memberikan impak berbeza sehingga ada yang terjurus pula dengan pandangan ‘terasa’ atau ‘tersindir’ atas perkara yang sebenarnya tidak ada kena mengena tentang dirinya.

Kita sebenarnya tidak perlu defensive jika suatu pandangan itu tidak selari dengan minda sendiri. Kita juga tidak perlu menjadi offensive apabila pandangan dan pendapat kita ditolak serta dibangkang oleh orang lain. Mengapa perlu berkecil hati sehingga tertulis' pula yang bukan-bukan serta tidak relevan dengan isu yang diperkatakan. .

Cumanya...dalam era di mana internet kini yang menjadi medan pertarungan yang semakin terbuka... saya nyatanya terkedu apabila terus menyaksikan bagaimana batas kesopanan seseorang idak lagi bersifat mutlak dan sahih......pada Allah saya bermohon dan berlindung...