Andai bayang-bayang itu berwarna,
lukiskan buatku segenap tona rindu dan cinta,
pada damai dan duka gulana.
Andai bayang-bayang itu bersuara,
muhasabahkan buatku tentang ilham rasa yang berdosa,
agar tidak gelisah jiwaku dalam kembara.
Andai bayang-bayang itu mampu tersenyum,
ajarkan aku untuk terus menuntun kasih,
pada jiwa yang acap resah bila diperselisih.
Andai bayang-bayang itu ikhlas tentang dosa dan pahala,
sebuah hati dan jiwa itu takkan mampu menghina,
atau berdendam pada siratan yang tidak pernah diketahuinya.....
Bayang-bayang yang hitam,
menurut langkah insan,
tanpa warna, suara mahupun senyuman,
setia imejnya memaut pilihan amalan insan,
itulah juga antara saksi di hari yang penuh dengan ketakutan yang sangat menakutkan...
1 comment:
jimi has left a new comment on your post "Sajak: Andai bayang-bayang itu...":
Terima kaish kerana menulis. Saya membacanya. Jemput datang ke teratak saya. Semoga sentiasa dilimpahiNya.
http://www.jimi-wiser.blogspot.com
Post a Comment