Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Sunday, October 17, 2010

Kembali menulis

Beberapa cabaran perlu saya lalui dalam tempoh yang tidak terduga juga rotasi tenpohnya. Namun seperti biasa, cabaran dan dugaan itu sebenarnya satu situasi untuk terus mendidik dan membimbing hati kita ini agar tidak lalai dan cuai menangani setiap kerenah dan telatah dalam kehidupan. Ya...tak semua yg kita harap akan jadi kenyataan. Ada sebenarnya banyak hikmah serta teladan di sebalik kesusahan yang terjadi....tawakkal dan ikhlas berdoa serta giat berusaha merupakan laluan yang tidak boleh kita tinggalkan sebenarnya.

Tahniah kepada pelajar saya..Vivien How. Nama yang bagi saya begitu unik kerana nama itulah yg mengingatkan saya dengan kisah 'Pretty Woman'...satu movie yg memperkenalkan saya dengan pelakon bernama Julia Roberts. Namun pelajar saya ini begitu istimewa kerana telah dipilih sebagai pelajar terbaik dalam graduasi Pelajar Tahun Akhir sessi lalu bagi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM baru-baru ini. Jelas kegembiraannya bila dipilih sebagai pelajar yang terbaik antara yang terbaik. Namun di hati saya ini lebih tercuit bila mengingatkan kenangan semasa saya terlibat mengajarnya dalam salah satu subjek dlm program pengajiannya.

Jelas bagi saya, Vivien merupakan seorang yg berdisiplin serta bersungguh-sungguh. Pada satu ketika apabila saya mengesannya tidak hadir tutorial, beliau segera menemui saya untuk memohon maaf serta memberikan penjelasan apa sebenarnya yang beliau terpaksa harungi. Ibunya ketika itu sakit di Hospital Selayang yang berkemungkinan perlu dibedah serta memerlukan perhatian dan jagaan; sedangkan beliau hanya ada dua beradik yang saling bergilir. Ayahnya pula sudah meninggal dunia. Saya memandangnya sebagai seorang anak yang baik serta menjaga ibunya dengan begitu prihatin sekali. Hadiah pemilihan beliau sebagai pelajar terbaik bagi saya lebih merupakan anugerah Allah sebagai balasan untuk kebaikannya. Satu iktibar kepada saya dan juga kepada anak-anak pelajar saya yang lain.

Saya takkan lupa reaksinya yang begitu gembira apabila saya mengingati namanya dalam salah satu sesi pengajaran....dan saya juga takkan lupa untuk mendoakan kebaikan untuknya. Mudah-mudahan ada kebaikan yang mendekatkannya pada kebenaran yang hak di sisi Allah SWT. Sekali lagi...tahniah untuk Vivien..

Friday, October 8, 2010

Apabila laptop crashed...

Saya sebenarnya 'terduduk' selepas laptop yang selama ini merupakan antara 'tulang belakang' kerja2 saya mengalami masalah kerosakan hard disk. Kesemua file di dalamnya 'hilang'...perlu saya retrieve kan semula melalui mereka yg pakar dalam forensic data. Namun, lama juga untuk saya 'pulih' sepenuhnya dari kesan 'terduduk' itu.Selepas ini, saya perlu memastikan semua kerja/ file penting untuk saya simpan di virtual world (email kepada diri sendiri)...sebab banyak ancaman berpotensi yang boleh menyebabkan hasil kerja kita rosak. Apapun...ujian ini benar-benar mengajar saya erti sabar dan tabah....