Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Tuesday, January 27, 2015

Kunci-kunci kebahagiaan..

Kebahagiaan..sesuatu yang kita rasai dan nikmati di dalam hati. Unsurnya bersifat ghaib, sama seperti kegembiraan, kesedihan, geram, kecewa dan sebagainya. Terjemahan emosi dan perasaan itu berbekas di dalam hati.

Tidak ada kebergantungan hati yang lebih hebat dari menyerahkan hati sepenuhnya pada tarbiyah dan tazkiyah yang diajar kepada kita menerusi Alquran dan sunnah. Biar hebat sekalipun penanda aras golongan-golongan yang kita pandang sebagai elit, namun semuanya bagai debu berterbangan, tiada nilai malah menjadi unsur menghinakan apabila terus disasarkan pada pengiktirafan sesama manusia.

Sedikit perkongsian antara unsur-unsur yang diizinkan Allah SWT sebagai mata air yang menyuburi rasa kebahagiaan di hati:

1. Tiada dendam.


Dan janganlah orang yang dilebihkan dan dilapangkan di antara kamu bersumpah untuk tidak memberi bantuan pada keluarganya yang dekat dan orang miskin dan mereka yang berhijrah di atas jalan Allah SWT, dan maafkanlah dan bukalah lembaran baru (lupakan kesalahan) terhadap mereka, apakah kamu tidak suka Allah mengampunkan kamu dan Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Maksud ayat 22 surah AnNur


2. Memaafkan seseorang secara total.


3. Tidak berkira.
4. Bersyukur dengan apa yang ada.
5. Menghadkan angan-angan pada perkara yang realisitik dan bermanfaat kepada diri dan masyarakat.
6. Ihsan.
7. Menyempurnakan amanah.
8. Meninggalkan perkara sia-sia.
9. Meninggalkan perkara yang tiada kaitan dengannya.
10. Berpaling dari mereka yang jahil.
11. Diam apabila marah.
12. Doa, sambil meletakkan sandaran secara total pada Allah pada setiap kebaikan dan harapan.
13. Meninggalkan debat dan hujah sia-sia.
14. Fokus pada objektif kita dihidupkan Allah SWT.
15. Memelihara lisan dan kesopanan.
16. Tidak membandingkan pencapaian diri dengan orang lain.

Tuesday, January 6, 2015

Menangkis kejahatan di dalam jiwa..

Dari An Nawwas bin Sam'an r.a maksudnya dari Nabi SAW baginda bersabda, "Kebajikan (al bir) adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang membimbangkan dalam hatimu dan kamu tidak suka orang-orang melihatnya"

Saya tidak pernah memandang dengan perincian sedalam-dalamnya secara introspektif ke dalam hati sesuatu yang dimaksudkan dengan kejahatan di dalam jiwa. Apabila persoalan itu dilontarkan…(terdiam seketika)…

Owh..saya sebenarnya selama ini tidak memerhatikan aspek itu dengan pengenalpastian yang benar lalu membiarkan ada garis kelabu yang menyebabkan saya terkadang tidak menyedari bahawa ianya merupakan kejahatan di dalam jiwa. Kejahatan-kejahatan itu pula membenihkan dan mencambahkan dosa, lalu hati merasa tidak apa apabila diri sebenarnya terlontar 'kesakitan' di dalam dosa.

Kejahatan di dalam jiwa membawa maksud kejahatan jiwa yang dilakukan terhadap Allah SWT dan juga kejahatan jiwa yang dilakukan sesama manusia.

Kejahatan jiwa terhadap Allah SWT terlerai apabila hati dengan ikhlasnya tunduk (submit) menyerahkan hati dan kehidupannya kepada Allah SWT dan kejahatan jiwa pada manusia lebur apabila rasa diri lebih baik dari orang lain tidak lagi menguasai jiwa. Kedua-dua keadaan ini berpunca dari satu perasaan dalam diri iaitu takbur. Sifat yang diwariskan oleh ketua syaitan jin iaitu iblis (golongan yang menjauhkan kita dari kebenaran) kepada kita semua.




Kerendahan hati merupakan kunci untuk menangkis kejahatan di dalam jiwa.


Friday, January 2, 2015

SMITA 2015…selamat belajar untuk semua anak-anak yang dikasihi..



Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al Amin (SMITA) pada tahun ini memasuki tahun keempat penubuhannya. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit kewujudan sekolah tersebut nyata memberikan impak signifikan dalam persediaan kita menyediakan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan ummah secara kontemporari.

Saya jujurnya agak skeptikal semasa mula-mula saya mengenali SMITA pada tahun 2012. Saya masih ingat pesanan seorang yang saya hormati pandangannya, agar tidak 'mempertaruhkan' masa depan anak-anak terutama pada sekolah yang masih belum kita tahu tentang 'track record' dan latarbelakangnya…apatah lagi sekolah yang masih baru dan berusia 'setahun jagung'.


Latarbelakang pengajian saya dan suami jauh berbeza dengan apa yang ditawarkan di SMITA. Selepas browse secara tidak sengaja apabila saya dan suami tercari-cari option untuk anak kami yang sulung melanjutkan pelajaran, saya sendiri tidak pasti akan 'instinct' atau persepsi yang begitu kuat menyatakan bahawa sekolah ini (SIMTA) adalah sekolah yang baik. Namun, selepas belajar tentang doa dan juga tawakkal pada Allah SWT, saya yakin bahawa instinct itu sebenarnya adalah datang dari Allah SWT.


Saya adalah sebahagian dari ibu-ibu pelajar yang menghantar anak-anak ke SMITA. Pastinya kami berkongsi naluri yang serupa iaitu mengharapkan semoga anak-anak berpeluang menimba ilmu, berkongsi pengalaman serta menerima tunjuk ajar yang sebaik mungkin serta paling penting, bersandarkan quran dan sunnah.

Meskipun saya kini mempunyai kelulusan professional yang diberikan status tersendiri dalam senarai akademik yang diiktiraf, namun jauh di sudut hati..bahawa saya merasa begitu 'naive' sekali kerana tidak menguasai bahasa arab, quran dan pengajian sunnah. Owh…banyaknya yang saya tidak tahu sebagai seorang muslim. Andai diberi peluang sekali lagi untuk saya belajar di peringkat menengah..saya begitu berharap jika dapat melalui kurikulum seperti yang ditawarkan di SMITA.

Justeru saya tidak teragak-agak untuk memberikan a very strong recommendation untuk ibubapa yang mencari sekolah terbaik untuk penyediaan anak-anak di dalam lingkungan quran dan sunnah serta diberikan juga ilmu akademik untuk memilih SMITA sebagai pilihan paling atas dalam ranking pilihan…



Untuk anak-anak pelajar baru tingkatan satu SMITA 2015 serta para seniors semuanya, diucapkan selamat belajar. Moga perjalanan menimba ilmu dipermudahkan Allah SWT..



Tentang pelita...



Peluang hadir dalam satu sesi pengajian mengenai tafseer surah AnNur merupakan peluang yang sekian lama saya idam-idamkan.  Surah tersebut permulaannya agak unik iaitu dengan pengenalan surah sebagai suatu yang mulia, tinggi serta merupakan hidayah dari Allah untuk diamalkan; secara keseluruhan ia sering dikaitkan dengan hukum zina, fitnah terhadap Ummul Mukminin Aishah r.a serta ayat memberi arahan menundukkan pandangan serta menutup aurah bagi wanita.

Surah yang dinamakan AnNur ini, mengambil sempena ayat ke 35 iaitu:



Alhamdulillah, dengan penjelasan oleh Sh Kamal Al Makki itu, saya buat pertama kalinya baru faham apa yang dimaksudkan dengan nour ‘ala nour serta isi keseluruhan ayat tersebut.

Allah membuat perumpamaan cahaya yang menerangi dari minyak pohon zaitun yang diberkati itu..berkilauan menerangi ruang..analog buat hati yang diisi dengan kefahaman dan penghayatan Alquran dalam diri seseorang. 

Saya sebenarnya semasa zaman kanak-kanak dahulu diberikan tugas untuk menyalakan pelita untuk memanaskan anak-anak ayam yang dipelihara oleh keluarga saya. Saban petang menjelang senja, saya akan pastikan minyak tanh diisi, sumbu pelita berkeadaan baik dan kemudian meletakkanya dengan cermat di dalam reban untuk memberikan haba kepada anak-anak ayam yang baru menetas. Betapa saya sering merungut sendirian kerana bau minyak tanah itu sangat tidak menyenangkan dan saya perlu membasuh tangan berulang kali...saban petang itulah tugas saya secara rutin.

Jujurnya, saya pernah melihat pelita ayan yang dinyalakan menggunakan minyak kelapa. Pernah saya cuba menyalakan sumbu yang saya letakkan dalam piring yang mengandungi minyak kelapa/masak...namun tidak pula menyala. 

Saya tidak pula ‘bother’ untuk mencubanya semula; dan selama puluhan tahun ini saya hanya tahu sumber-sumber cahaya jika tiada elekterik hanyalah lilin, lampu picit atau lampu sumber bateri ‘rechargable’. Meskipun pernah membaca bahawa dalam zaman-zaman sebelum sumber bahan api yang digunakan pada masa ini, masyarakat bergantung pada lemak haiwan dan juga tumbuhan sebagai sumber bahanapi pelita yang mereka gunakan..namun saya sama sekali tidak terfikir untuk menggunakan pengetahuan berkenaan dalam praktis sebenar apabila keadaan memerlukan.

Apabila saya belajar mengenai ayat ke 35 surah AnNur itu, saya memasang niat untuk mencuba menyalakan pelita kaca yang menggunakan minyak zaitun sebagai ganti minyak tanah. Namun kesibukan saya dalam urusan pengajaran dan aktiviti rutin menangguhkan niat tersebut. Sehinggalah ditakdirkan Allah SWT berlakunya banjir besar di pantai timur...salah seorang pembaca berkongsi cara mudah membuat pelita apabila bekalan eleterik terputus.

Hanya perlukan minyak masak, tisu dan bekas kaca...katanya. Spontan, ingatan saya kembali pada ayat 35 surah AnNur.


Siang tadi, buat pertama kalinya saya mencuba. Satu ujikaji yang julung kali saya lakukan.. subhanaallah; pertama kali saya melihat pelita yang sebenarnya begitu mudah untuk dinyalakan. Tidak perlu lagi membeli minyak tanah/turpentine atau lilin

Berikut merupakan ringkasan ayat dari Surah AnNur menurut kluster pengertian dan tema ayat:


Ayat
Tema ayat
Konklusi pada hujung ayat
1-3
Isu zina, hukum
agar ambil peringatan
4-5
hukum terhadap orang yang menuduh muhsanat berzina
Allah 
Al Ghafur ArRahim
6-10
hukum li’an
Allah 
AtTawwab
Al Hakeem
11-21
Kisah fitnah terhadap Ummul Mukminin Aishah r.a dan pembelaan Allah terhadapnya
Ancaman terhadap mereka yg suka bergosip dan menyebarkan skandal tak betul

21: Jangan ikut langkah syaitan
Azab Allah yg sgt berat
Gosip dan skandal tanpa bukti sangat berat di sisi Allah

18: Allah
 Al ‘Alim AlHakeem

Allah maha Mengetahui apa yg kita lakukan

Allah
ArRauf
ArRahim

21: Allah
As sami’
Al ‘Alim
22
Perlu maafkan sesiapa sahaja sbgmn kita hendak Allah ampunkan kita

Allah 
Al Ghafur ArRahim
23-25
sekali lagi ancaman Allah terhadap orang yg menuduh para muhsinat - hukum dan kehinaan di dunia dan aklhirat utk mereka; anggota tubuh badan  menjadi saksi
Azab Allah yg sangat berat
25: Allah 
Al Haq
Al Mubin
26
Sesuatu yg baik lahir dari org yg baik; demikian sebaliknya
utk mereka yg baik keampunan dan rezeki yang baik
27-29
Fiqh memasuki rumah orang lain; rumah tidak berorang
Allah maha Mengetahui apa yg kita lakukan
Al A’leem
30
Perintah tundukkan pandangan utk mukminin

Allah maha Mengetahui apa yg kita lakukan
Al Khabeer
31
Perintah tundukkan pandangan dan berhijab utk para mukminat
Syor bertaubat secara keseluruhannya

32-34
Syor bernikah utk yg mampu ; bagi yg tidak mampu diperintahkan pelihara kehormatan sehinggalah Allah cukupkan keperluannya. Jangan jerumuskan mereka dalam kehinaan zina dan pelacuran
Allah Al wasi’
Al ‘Alim

Allah 
Al Ghafur ArRahim
35
Surah ini dinamakan sempena ayat ini; quran seperti nur dalam hati seorang mukmin
Allah Maha Mengetahui segala-galanya Al A’leem
36-38
Ciri-ciri mukmin hatinya yang diberikan hidayah nur (quran dan sunnah)

39-40
Orang kafir seperti berada di gurun yg berfatamorgana ada air, tapi sebenarnya tiada; Contrast dengan ayat 35..orang kafir yg berada dlm kegelapan bertimpa2. Ssesiapa yg Allah tidak beri cahaya, TIDAK akan dapat cahaya

41-45
Bayyinat dari penciptaan alam
Allah yang Maha cepat perhitungannya
46
Based on 41-45, Allah bentangkan argument tanda-tanda kekuasaannya utk manusia beriman
Allah maha Mengetahui apa yg kita lakukan
Kepada Allah kita kembali
Allah Al qadeer
47-57
Arahan ta’atkan Rasulullah SAW; ciri munafik dan penjelasan ciri mukminin; jgn takjub dengan orang kafir sebab tempat akhir mereka ialah neraka jahanam
Allah maha Mengetahui apa yg kita lakukan
Al Khabeer
58-59
Fiqh masuk bilik parents = ayat 27-29
Allah Al A’leem Alhakim - repeated in 58 and 59
60
Kelonggaran utk yg dah beyond productive age utk menanggalkan pakaian luar
Allah
As sami’
Al ‘Alim
61
Fiqh masuk/makan dalam rumah utk yg buta, sakit

62-63 
Adab bersama Rasulullah SAW; utk kita pula bagaimana seharusnya kita memperlakukan sunnah
Allah 
Al Ghafur ArRahim
Ancaman azab mereka yg mempersenda rasulullah SAW
64
Conclusion surah - Allah memiliki segala apa dilangit dan bumi; Maha tahu keadaan kita semua dan hari ketika kita dibangkitkan serta diberitahukan apa yg telah dikerjakan. 
Allah Maha Mengetahui segala-galanya
Al Aleem