Dari An Nawwas bin Sam'an r.a maksudnya dari Nabi SAW baginda bersabda, "Kebajikan (al bir) adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang membimbangkan dalam hatimu dan kamu tidak suka orang-orang melihatnya"
Saya tidak pernah memandang dengan perincian sedalam-dalamnya secara introspektif ke dalam hati sesuatu yang dimaksudkan dengan kejahatan di dalam jiwa. Apabila persoalan itu dilontarkan…(terdiam seketika)…
Owh..saya sebenarnya selama ini tidak memerhatikan aspek itu dengan pengenalpastian yang benar lalu membiarkan ada garis kelabu yang menyebabkan saya terkadang tidak menyedari bahawa ianya merupakan kejahatan di dalam jiwa. Kejahatan-kejahatan itu pula membenihkan dan mencambahkan dosa, lalu hati merasa tidak apa apabila diri sebenarnya terlontar 'kesakitan' di dalam dosa.
Kejahatan di dalam jiwa membawa maksud kejahatan jiwa yang dilakukan terhadap Allah SWT dan juga kejahatan jiwa yang dilakukan sesama manusia.
Kejahatan jiwa terhadap Allah SWT terlerai apabila hati dengan ikhlasnya tunduk (submit) menyerahkan hati dan kehidupannya kepada Allah SWT dan kejahatan jiwa pada manusia lebur apabila rasa diri lebih baik dari orang lain tidak lagi menguasai jiwa. Kedua-dua keadaan ini berpunca dari satu perasaan dalam diri iaitu takbur. Sifat yang diwariskan oleh ketua syaitan jin iaitu iblis (golongan yang menjauhkan kita dari kebenaran) kepada kita semua.
Kerendahan hati merupakan kunci untuk menangkis kejahatan di dalam jiwa.
No comments:
Post a Comment