Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Monday, May 27, 2019

Orang tak suka jika kita 'tunjuk pandai'

Fitrahnya begitulah..adat orang melayu, lebih-lebih lagi jika berurusan dengan lelaki berbangsa melayu.
Orang melayu secara umum sangat sensitif... lebih-lebih lagi jika komunikasi melibatan perbezaan gender. Apa-apapun isu yang bakal dihadapi, cara 'berpolitik' untuk membetulkan keadaan adalah dengan tidak menyakitkan individu yang 'by default' merupakan seseorang yg perlu 'ditaati' suaranya.

Untuk anda yang baru terjun ke dunia pekerjaan..bertemu dan berbincang dgn pelbagai orang, jagalah tutur kata dan komunikasi. Buat kerja serta tata berurusan, fokuskan pada penyelesaian serta manfaatnya untuk siapa. Yg penting majoriti dapat manfaat. Kita tak perlu ego untuk menegakkan bahawa pilihan kitalah yg terbaik, yg penting organisasi dan matlamatnya. Ingatlah...mereka yang 'apparently' di atas kita; tak suka bila kita tunjuk pandai atau lebih baik dari mereka.

Abaikanlah sahaja...yg penting, buatlah sesuatu yang menggembirakan kita semua.

Pada usia dan waktu 10 ramadhan terakhir seperti ini, saya tak mampu membiarkan stamina saya hanyut 'ke laut' dek melayan isu  yang statusnya 'by default' adalah mutlak dan tidak boleh dicabar.

Biarkanlah.... dunia ini sifatnya sementara. Bila kita diam, bukanlah maknanya kita kalah selama-lamanya.
Dan ingatlah, bahawa setiap yg dilakukan tidak akan hilang begitu sahaja di 'bawah karpet', semuanya pasti akan ditanya.  Bahawa Tuhan yang Menciptakan kita semua, Maha Berkuasa atas segala-galanya.

Monday, May 20, 2019

Ujian zaman media sosial

Pergaulan hari ini bukan lagi seperti dunia 20-30 tahun lalu. Apa-apa sahaja boleh dimuatnaik yang kemudian dikongsikan info nya dengan seisi penduduk bumi. Hanya ianya dibaca , diviral atau disepikan begitu sahaja.

Lantas, kita perlu tahu skop apa sebenarnya kita berbicara. Sesuai dengan status 'sahabat' yang merupakan mereka yang menerima berita/status yang kita kemaskini. Adakala, status bersifat sangat peribadi yang hanya perlu diketahui keluarga terdekat. Lalu, ia tak perlu dikemaskini untuk maklumat satu dunia.

Jauhilah penyakit-penyakit yang bersabit dengan pandangan mata yang 'membenci'...(penyakit a'in) .sebutkanlah  sentiasa masyaaAllah wa tabarakallah.

Terkini, medan sosial media yang menjadi lubuk pasaran bagi mereka yang menceburi bidang perniagaan online; berdepan pula dengan situasi yang mencetuskan konflik dengan fakta perubatan dan kesihatan. Ini berkaitan produk-produk kesihatan yang didakwa mempunyai manfaat berlebihan serta dijual dalam julat harga yang 'luar biasa'. Sebagai pengamal perubatan, saya juga tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang mencari peluang atas sesuatu. Produk tersebut kebanyakannya tidak diuji malah berpotensi pula menyebabkan mudharat.

Ia tidak berakhir di situ sahaja...paling terkini, mereka yang menangguk keuntungan atas nama 'agama', anti vaksin, anti kelahiran di hospital, anti perubatan moden....mencetuskan polemik cyber bullying pula. Dengan menulis ayat-ayat syahdu seolah-olah  seperti ditindas, didakwa difitnah, kononnya menjadi mangsa dendam dan sebagainya, mereka mendakwa ditekan hebat dengan ayat-ayat  yang ditular dalam media sosial yang dikatakan  'membuli' mereka, lalu meletakkan pula kesalahan pada kelompok berilmu yang cuba menegakkan kebenaran.

Saya tidak menolak perubatan alternatif, namun timbang tara perlu lah adil pada semua terutama pada pesakit yang menanggung kesusahan kewangan serta kesengsaraan. Testimoni mungkin benar pada sebahagian individu, namun secara kolektifnya memerlukan kajian bersifat massa dan menyeluruh.
Janganlah mencipta kekayaan atas penderitaan, ketidakupayaan dan kemiskinan orang lain.

Tuesday, March 5, 2019

Bagaimana merujuk makna perkataan dalam Quran

Kita mempunyai Quran terjemahan, atau juga merujuk tafsir-tafsir sedia ada yang diterjemahkan ke Bahasa Inggeris atau Melayu.

Namun, selepas mempelajari Bahasa Arab, saya menyedari ianya bagai membersihkan kanta cerminmata yang selama ini berkabus. Memahami makna perkataan demi perkataan dalam ayat-ayat AlQuran adalah pengalaman yang menakjubkan..

Bagaimana kita boleh melakukannya..

1. Apabila kita membaca Alquran, kadang-kadang kita tak pasti bentuk perkataan yang sedang kita bacakan. Bahasa Arab sangat menakjubkan kerana ianya super padat, indah dan terjemahannya begitu mengkagumkan. Jika kita tak pasti bentuk perkataan berkenaan, boleh rujuk ke laman web Corpus Quran, click word by word.



2. Click word by word; dan pilih Surah serta nombor ayat.


3. Click 'Go'; Kemudian kita boleh lihat perkataan yang kita cuba cari maknanya



4. Click pada perkataan tersebut; dan kita akan dibawa ke laman yang menjelaskan asal huruf perkataan tersebut dan ia terdiri dari bentuk tatabahasa yang mana..sama ada nama, perbuatan atau partikel (seperti penyambung ayat dll)



5. Contoh di atas, perkataan yang saya cuba cari berasal dari 3 huruf iaitu ر ه ق.

6. Kita kemudian boleh proceed mencari makna perkataan melalui kamus arab online@ ejtaal.net atau melalui laman aratools.com atau laman almaany 




7. Atau boleh download Kamus Bahasa Arab untuk Fahmi Quran



Cubalah...




Wednesday, January 2, 2019

Tentang membanyakkan Doa..

Antara insan yang paling saya ingati sejak saya kecil dahulu adalah jiran arwah ayah dan ibu saya yang kami panggil sebagai 'Kak Esah'. Nama beliau yang sebenar ialah Aisyah...namun hingga kini, nama Kak Esah itulah yang lebih kami kenali.

Beliau sekeluarga tinggal berjiran dengan kami ketika tinggal di Majidee dahulu. Merupakan jiran yang sangat baik. Sehinggalah mereka berpindah ke beberapa tempat yang lain, kami pula sering bertandang menziarahi beliau sekeleluarga, Ibarat melepaskan rindu untuk saling berborak dan bertanya khabar, namun saya ingati saat-saat itu sebagai kenangan yang sangat indah. Biarpun kami ketika itu dalam keadaan yang masih jauh dari berpengalaman, namun tidak pernah ada sesuatu yang yang bagi saya merupakan perkara yang sering tidak disukai oleh kanak-kanak seusia saya yang beliau lakukan. Beliau biasanya akan melayani kami sebaik-baiknya.

Satu amalan beliau yang paling saya ingati ialah..setiap kali berjumpa dengannya, dia pasti mengucapkan perkataan yang baik-baik serta mendoakan dengan doa-doa yang sangat mententeramkan hati saya ketika itu. Tidak lain yang saya ingati apabila membacakan doa untuk seseorang dari satu amalan yang saya contohi dari apa yang sering dilakukan oleh Kak Esah.

Moga Allah sentiasa merahmati beliau dan memberkati kehidupannya sekeluarga. Aamiin..

Tuesday, January 1, 2019

Tahun 2019...Perjuangan Memilih 'Chapter' yang Terbaik..

Kita memasuki tahun yang baru; bermulalah era kita di usia pada dekad yang seterusnya. Waktu yang terus berlalu, saya juga bagai masih terpinga-pinga mengutip apa yang mampu saya terjemahkan sebagai kebaikan. Ibarat mereka yang empunya masa terhad, perlu menyudahkan pelbagai tugasan yang tersusun tidak berusik. Sering pula terlupa atau fokus yang lari dari apa yang diniatkan..




Tahun 2018 baru sahaja berlalu..sudah pasti kita semua telah mengetahui bab demi bab yang telah kita pilih sebagai 'cerita' dalam perjalanan hidup yang sementara pada tahun yang telah berlalu itu. Biar penulisan cerita yang kita pilih itu terkadang seperti sesuatu kebetulan..namun semoga kebetulan itu merupakan kebaikan demi kebaikan. Di satu hari nanti, pasti kita menemui jawapan bahawa yang kita anggap sebagai kebetulan itu sebenarnya merupakan jawapan pada doa-doa yang pernah kita titipkan.

Saya sebenarnya terkadang tidak prihatin untuk menetapkan fokus pada sesuatu yang perlu dilakukan. Dunia hari ini, kita maklum banyaknya lintasan-lintasan yang mengganggu fokus berkenaan, menyebabkan sebahagian yang saya niatkan sekadar tertinggal tidak disudahkan.

Setiap hari yang diizinkan Allah swt untuk kita temui sebenarnya merupakan 'chapter' terbaik untuk kita isikan. Semoga pada tahun yang baru dan bakal mendatang ini, hati-hati kita dipimpin hidayah Allah swt untuk melakukannya, dengan rahmat dan kasih-sayangNya.

Dalam masa yang sama, syaitan-syaitan menyesatkan dalam rupa manusia dan jin atau apa sahaja dalam rupabentuk 'gadget' atau perantis...sentiasa menghendaki 'chapter' kehidupan kita itu lopong kosong atau menjalin nota berupa dosa-dosa.

Adakah kita mahu memilih satu 'chapter' yang penuh nista dengan kesilapan dosa yang secara automatik dimuat turun dalam skala eksponen...ooowh.. saya tidak mampu memikirkan itu sedalam-dalamnya. Rasa gentar dan malu , andai tatkala 'chapter' seperti itu terbuka, lalu terburailah 'pekung hanyir' yang sebenarnya kita bagai tidak pernah memikirkan tentangnya.