Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Friday, December 6, 2013

Universiti yang bukan kilang...

Banyak sekali artikel-artikel yang menegur sikap para mahasiswa yang gagal berinteraksi dalam menyumbangkan idea dan kemampuan mereka dalam membangunkan masyarakat. Banyak pula tohmahan yang mengkritik pelajar yang dikatakan umpama robot serta item-item yang mekanikal, tidak mampu bertindak di ‘luar kotak’ serta dikatakan sangat terikat dengan aktiviti pengajian serta assignment yang diberikan.

Sayang sekali, kebanyakan artikel tersebut gagal mentafsirkan hakikat pembelajaran, penghayatan dan seterusnya penterjemahan ilmu dalam realiti yang dilalui oleh seseorang individu. Tambah mendukacitakan lagi, serpihan ilmu yang ditatap di dalam kelas...terus dikritik dengan label sekularisma serta mempunyai objektik materialistik. Memisahkan pula kelompok anak-anak ini dengan ikutan dan ikatan politik serta tidak malu menuding jari menyalahkan pihak lain apabila timbul isu yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan pendekatan konstruktif.

Individu amnya bukan merupakan komponen fikiran dan fizikal semata-mata. Namun, hakikat insan yang merupakan makhluk ciptaan Allah Al Khallaq adalah merupakan manusia, bukan haiwan dan bukan juga benda-benda tidak bernyawa. Manusia ada akal, emosi, perasaan, keinginan serta komposit-komposit lain yang membentuk dirinya menjadi manusia. Realiti dunia akademik ini yang menjuruskan kemahiran akademik melalui kecemerlangan akal secara majoritinya, menjadikan sebahagian individu pelajar gagal menggunakan akal mereka untuk membentuk sikap dan amalan masing-masing. Sebahagian besar keputusan akademik itu diberikan keutamaan, sedangkan kesan sikap mereka yang tidak diberikan tumpuan dengan niat dan motivasi yang betul...tertinggal dalam saki baki kehidupan.

Bagaimanakan seseorang itu mampu menyumbang apabila kedudukan dirinya sifar dari aspek niat, motivasi dan akhlak yang merupakan entiti utama dalam menterjemah sikap dan amalan terpuji? Bagaimana pula andai hakikat ilmu di dalam kelas kuliah di anggap ‘second class’ dalam membantu mereka mempelajari hakikat pendekatan penyelesaian masalah dunia sebenar berbanding usrah-usrah yang ‘mengapi-apikan’ semangat perjuangan atau ‘glamour’ menghitung sokongan, pujian mahupun undi pilihanraya? Glamour menghadiri workshop dan seminar kepimpinan dianggap keperluan mutlak, lalu ‘membakulsampahkan’ jadual-jadual pengajian dan peperiksaan serta memontengkan diri secara jijik melalui penipuan tandatangan kehadiran?
 Seolah-olah dosa dan pahala itu tersisih dalam amalan yang bukan merupakan solat, puasa, haji/umrah dan apa-apa sahaja yang ditakrifkan agamawan.


Mampukah individu yang tidak mampu menyusun jadual keutamaan dalam diri dan kehidupan dirinya sendiri, bangkit untuk membantu membangunkan sesuatu organisasi? Mampukah pula manusia yang menipu, berdalih dan tidak menunaikan amanah berilmu menjadi ikon dalam konteks kepimpinan?

Saya kecewa berhadapan dengan insan yang merasakan mereka ‘terpilih’ dalam barisan kepimpinan ini kelihatannya sukar dalam mengakui kesalahan..dan tidak segan ‘membengongkan’ para guru mereka apabila gagal hadir ujian atau kuliah dengan alasan meraban-raban!!

Hakikat ilmu membawa kita lebih dekat dengan Allah SWT...fokus ketaatan dan ta’abud yang menjadikan manusia itu lebih ‘humble’ dan terus memperbaiki dirinya dalam konteks menterjemahkan quran dan sunnah dalam amalan...

Dan universiti memang sebenarnya bukan kilang..

Friday, November 22, 2013

Sajak: Epilog dosa-dosa di hati...

Dosa di hati,
lahirnya tidak berwarna,
tiada bau,
tiada rasa.


Dosa di hati,
jika tidak disantuni munib dan suci,
atau dibiarkan menggunung tidak bergari,
berkeladak dan terus berombak,
lalu disahut lidah dan tindak,
tidak malu menghentak dan membentak.


Pekungnya tidak terkepung,
hanyirnya menghunus lapuk,
bisanya pedih terluka.

Dosa di hati
tidak mampu bersembunyi,
tidak juga bersanding dengan ikhlas yang suci,
satu waktu yang tidak ditunggu,
bakal terserlah juga aib jijiknya.

Dosa di hati,
tiada warna, bau dan rasa,
namun hina dan nistanya,
bagai satah bisul di balik tirai,
hanyir derai apabila terburai.


NB: Buat diriku yang selalu lupa




Wednesday, November 13, 2013

...erti sebuah perjuangan..

Semasa saya di pentas peperiksaan SPM 1986 dahulu, itulah mungkin satu dari perjuangan-perjuangan yang sering saya dengar konotasinya dalam perjalanan kehidupan ini.Era yang dikatakan 'menentukan' tempat di universiti atau juga saingan untuk mendapat tempat dalam memilih haluan kerjaya pada masa depan.

Apabila disebut perjuangan, minda kita nyata terkalih pada satu dimensi yang mana cabaran, halangan serta fokus mencapai sesuatu yang tidak terbatas pada apa yang ingin disempurnakan sebagai kejayaan diri sendiri. Dalam skop kefahaman seseorang muslim di negara ini pula, majoriti mempunyai persepsi bahawa dimensi haraki, tanzim dan siasah politik pula menjadi satu lagi dimensi yang sering diwar-warkan untuk diceburi bagi sesiapa yang inginkan hidupnya 'dikorbankan' dalam makna perjuangan.

Saya tidak begitu 'obsess' tentang apa yang disebut perjuangan, namun saya tahu bahawa setiap saat yang kita lalui ini merupakan pilihan sama ada memilih untuk mendapatkan redha Allah atau menolaknya....lalu hidup dalam keadaan nista dan dimurkaiNya. Fokus perjuangan hakikatnya merupakan 'ibadah hati yang memerlukan fokus ikhlas (tauhid sebenar kepada Allah SWT). Ia bukan rhetorik, bukan pula arahan jema'ah atau memandang sesuatu yang bersifat perjuangan dalam sesuatu organisasi sangat besar skala taklifnya berbanding perkara-perkara lain dalam kehidupan.

Ada masa, sesuatu dimensi dalam kehidupan ini digarap dalam perspektif yang bukan kebiasaan. Ada di kalangan kita yang 'mengorbankan' kerjaya demi keluarga dan anak-anak, tidak kurang saya ketahui barisan pemuda-pemuda yang kental jiwanya 'mengorbankan' masa muda, kerjaya dan hidup berkeluarga demi ibubapa yang uzur serta mengambil tanggungjawab membela adik-adik yang masih 'bertatih'... dan tidak kurang mereka yang melepaskan segala 'peluang-peluang' dalam membina kerjaya demi kasih kepada insan-insan yang sangat mereka kasihi seperti yang diamanahkan oleh Allah SWT..

Andai perjuangan itu didefinisikan sebagai konotasi mengangkat kepimpinan islam atau membina masyarakat muslim sahaja, tetapi meninggalkan asas-asas adab sebagai muslim dalam menyelesaikan tanggungjawab diri dan keluarga, saya berpendapat ianya ketidakseimbangan dalam mengambil makna sebenar sebuah perjuangan.Sambil tidak menafikan pentingnya sumbangan siasah politik yang dididik melalui Quran dan sunnah serta 'perjuangan' untuk memilihnya dalam konteks kebaikan masyarakat muslim...sesuatu kepimpinan dan asas terjemahan sebagai muslim tidak akan terjadi jika pengetahuan dan terjemahan kehidupan berasaskan pengetahuan alquran dan sunnah tidak sempurna. Berapa ramai yang begitu rhetorik lidahnya, namun sambang amalan adab dan lisan percakapannya..berapa ramai yang dilihat komited dalam amalan jama'i tetapi sombong dalam muamalah keluarga sendiri..betapa pula yang mengangkat dirinya dengan liputan amalan-amalan kebaikan tetapi tidak segan 'menindas' emosi dan perasaan insan-insan yang pernah berbudi padanya..

Perjuangan itu wujudnya di mana-mana jua dalam kehidupan ini. Selagi belum sampai ke garis 'penamat'(kematian) di situlah setiap insan akan terus berjuang mendapatkan apa yang diinginkan. Andai kehidupan dianggap sekadar kehidupan untuk dinikmati semata-mata tanpa tujuan atau sekadar memuaskan hatinya... maka jadilah kehidupan itu seperti makan minum haiwan ternakan.

Namun kehidupan penuh kebaktian ini adalah mendasari keyakinan lidah dan hati terhadap keimanan kepada Allah, hari akhirat, rasulullah SAW, para nabi, alquran, malaikat dan qadha' dan qadar serta ia diterjemahkan sepenuh dengan penuh adab dan akhlak mematuhi apa yang disuruh Allah dan Rasulullah SAW untuk dilakukan.

Sesungguhnya kekuatan memegang 'panji' perjuangan bermula dengan kefahaman jitu isi-isi AQuran dan kurikulum sunnah serta para sahabat. Perjuangan bukan rhetorik memegang bendera, mikrofon atau sekadar berslogan di tepi jalan...

Thursday, November 7, 2013

Berbicara dalam 'gaya bahasa Al Quran'...

Saya agak terpukau dengan penjelasan ringkas seorang sahabat mengenai ciri-ciri kita menggayakan bahasa serta kandungan yang perlu kita sampaikan isinya menurut yang diajarkan oleh Allah SWT di dalam Al Quran.

Ciri-ciri penuh kemuliaan yang disampaikan kepada kita di dalam Al Quran ialah:

1. Kebenaran (Qaulan sadida) Al-Ahzab:70 & An-Nisa':9

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah PERKATAAN YANG BENAR (Maksud Al Ahzab ayat 70)

...maka hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka berkataPERKATAAN YANG BENAR (maksud Surah An Nisa' ayat 9)


2. Mulia (Qaulan karima) Al-Isra':23

..dan ucapkanlah kepada keduanya PERKATAAN YANG MULIA (Maksud surah Al Isra' ayat 23)

3. Berbekas dijiwa (efektif) (Qaulan baligha) An-Nisa':63

Mereka itu adalah orang yang diketahui Allah apa yang ada di dalam hati mereka. Maka berpalinglah kamu dari mereka dan ucapkanlah kepada mereka dengan PERKATAAN YANG BERBEKAS DI DALAM JIWA MEREKA (maksud Surah An-nisa' ayat 63)

4. Bahasa yg baik (Qaulan ma'rufa) Al-Baqarah:235, An Nisa; ayat 5 dan Al Ahzab ayat 32

Dan tidak ada dosa bagimu untuk melamar wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu sembunyikan keinginan di hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu adakan perjanjian untuk menikahi mereka secara rahsia kecuali sekadar mengucapkan PERKATAAN YANG MA'RUF (maksud surah Albaqarah ayat 235)

Dan janganlah kamu serahkan harta kepada mereka yang belum sempurna akalnya (baligh) yang dijadikan Allah sebagai sumber kehidupan. Berikanlah mereka belanja dan pakaian dan ucapkanlah kepada mereka PERKATAAN YANG MA'RUF (Maksud Surah An Nisa; ayat 5)

Wahai isteri-iseteri nabi, kamu sekalian tidak seperti wanita yang lain; jika kamu bertaqwa' maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang berpenyakit hatinya dan ucapkanlah PERKATAAN YANG MA'RUF (maksud Surah AlAhzab ayat 32)

5. Bahasa yg lebih baik (Qaulan ahsan) Al-Isra':53 & Al-Baqarah:83

Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (ahsan). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. (Maksud surah Al Israa' ayat 53)

....dan ucapkanlah kepada manusia dengan kata-kata yang baik (husna) (maksud Surah Al Baqarah ayat 83)


6. Lemah lembut (Qaulan layyinan) Taha:44

Maka berbicaralah kamu berdua (Nabi Musa a.s dan Nabi harun a.s) kepadanya (Fir'aun) dengan kata-kata yang lemah lembut (Maksud surah Taha ayat 44)

7. Bahasa motivasi (Hikmah) An-Nahl:125

Serulah manusia ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana - wisdom) (Maksud Surah An Nahl ayat 125)

8. Kejujuran (adil) Al-An'am:152

...dan apabila kamu berkata, maka berbicaralahlah dengan ADIL walaupun mereka adalah kerabatmu... (Maksud surah Al An'am ayat 152)


9. Kemaafan Al-A'raf:199 dan Al Baqarah 109

...jadilah engkau seorang yang pemaaf dan suruhlah manusia melakukan ma'ruf dan berpalinglah dari mereka yang jahil (sangat bodoh) (maksud Surah Al A'raf ayat 199)

...maka ma'afkanlah mereka dan biarkannlah mereka sehingga didatangkan Allah perintahNya.." (Maksud surah Al baqarah ayat 109)



Seperti yang biasa kita dengar..Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi, Yang indah itu bahasa, yang elok itu budi. Namun bahasa-bahasa AlQuran tersangat jauh indahnya berbanding bahasa-bahasa yang tidak mempunyai kaitan dengan ajaran Al Quran.

Namun tak semua individu mampu membicarakan sesuatu dengan penuh indah. Kadang-kadang, bukan sekadar tidak mampu, namun nalurinya gemar membicarakan perkara=perkara yang menyakitkan, melukakan serta kadang-kadang memualkan. Adapula yang berbicara dalam nada yang tidak benar, acap berdalih serta menokok tambah apa yang sepatutnya tidak ada. Saya mohon perlindungan Allah moga kita terpelihara dari berbahasa sedemikian.

Demikian juga, dalam kemudahan teknologi menyampaikan maklumat dengan begitu mudah, pantas dan murah...whassap (applikasi Wahts App) bagi saya juga merubah lanskap komunikasi dan berbahasa. Majoriti menggunakannya untuk tujuan silaturrahim, persahabatn, groupwork.... dan tidak ketinggalan yang menggunakannya untuk 'menyiram kekeringan' perasaan yang terpendam; sehingga tidak mampu menolak dari berbahasa dalam nada yang sepatutnya menjadi hijab serta memalukan jika diluahkan.

Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus menterjemahkan bahasa-bahasa indah seperti yang diulang-ulangkannya di dalam Al Quran dalam rangka kita berbahasa sesama manusia... Allahul musta'an..

NB: Jazkillahu khairan sahabat saya Kak N yang berkongsikan nota ini..

Monday, November 4, 2013

Tahun hijrah..1435H

Alhamdulillah..diizinkan kita semua melangkah ke tahun baru. Perdebatan tentang persoalan bida'ah acara sambutan tahun hijrah ini dengan bacaan yasin dan doa-doa khas awal tahun, saya serahkan pada mereka yang lebih arif. Pertanggungjawaban yang sangat besar dipikul oleh ilmuwan agama di hadapan Allah SWT nanti...

Saya menjemput para pembaca untuk sama-sama kita menambah ilmu, mengambil langkah-langkah utk menterjemahkan ilmu tersebut dalam kehidupan, berkongsi pula kebaikannya serta disampaikan kepada orang lain. Tiada pula kebaikan yang lebih baik selain dari seruan untuk sama-sama kita kembali beramal di atas jalan Allah SWT.

Menurut Ustaz Nouman Ali Khan, terdapat 4 perkara pokok yang sangat terabai di kalangan individu muslim pada hari ini.

Semoga kedatangan tahun baru ini membuka lembaran semangat di hati kita semua untuk berusaha bersungguh-sungguh. Saya sangat menggalakkan pembaca untuk mempelajari Al Quran; antara website yang sangat berguna ialah Bayyinah TV.

Kita yang semestinya berbezadari mereka yang kafir dengan ciri-ciri sebagai muslim; antara ciri pembeza itu ialah kefahaman dan penghayatan alquran...

Tuesday, October 15, 2013

Haji - Sebuah kembara dan iktibar kehidupan...

Ingatan yang masih kekal berbekas dalam kembara yang diziinkan Allah untuk saya lalui setahun lalu, menggamit rindu demi rindu untuk kembali melalui pengalaman sebuah kembara suci. Padanya terhimpun motivasi dan aura teladan...sumber ilham yang saban mengingatkan apabila diri diuji dan dilanda pelbagai keributan. Saya rindukan dua tanah suci, rindukan perjalanan yang membawa kembara hati 'dekat' menuju Allah SWT, rindukan suasana yang meremukkan 'keegoan' dan dendam, juga rindu benar untuk melalui kembali ritual-ritual yang membawa saya kenal pelbagai insan yang singgah bertandang membawa perkenalan.

Kembara yang dihadiri bersama bekal, juga padanya terdapat bekalan-bekalan untuk dibawa kembali dalam 'kehidupan' sebenar (apabila berada di luar musim haji)...yang mana juga, itulah bekal 'hakiki' yang bakal dibawa 'pulang' tatkala berhadapan secara sendiri-sendiri di hadapan Tuhan Rabbul Jalil... penuh iktibar dan juga membawa diri yang pernah merasainya (melalui kembara) untuk terus bermuhasabah demi bermuhasabah.

Tatkala saya merenung jam ketika ini, di Tanah Suci Makkah pada waktu ini juga, para jemaah haji kini sedang bergerak menuju ke Mudzalifah dan kemudian ke Mina. Perjalanan berbentuk fizikal itu bagi saya juga merupakan satu manifestasi 'ibadah hati'... yang mana pengorbanan demi pengorbanan dalam melaluinya dengan penuh emosi, kekuatan psikologi dan apa yang termampu digalas.

Itulah juga sebahagian dari wadah yang perlu juga untuk kita renungkan dalam memuhasabah kembali diri akan nilai pengorbanan yang selama ini dilakukan penuh rela dan redha di hati.

Apa sebenarnya dalam kehidupan ini telah kita 'korban'kan sepenuhnya dengan rasa sukar (terasa seperti terpaksa) mahupun penuh kerelaan demi meraih redha dan rahmat Allah SWT..? Andai manifestasi perjalanan (dalam kembara haji) mahupun juga sedikit wang utk korban haiwan ternak sebagai ritual kita dalam syarat muslim meraikan hari raya korban penuh mulia ini, namun keinsafan dalam meng'internalisasikan' hakikat pengorbanan sebenar melontarkan jiwa ini kembali merenung jauh... Andai kerinduan saya pada manifestasi fizikal 'ibadah haji dan umrah begitu menggunung nalurinya, bagaimana pula 'aura pengorbanan' yang nyata perlu didahulukan dengan segenap rindu demi rindu pada kebaikan...?

Bumi Arafah, Mudzalifah dan Mina serta sekitar masjidilharam, adalah medan yang mendidik manusia dalam menilai 'erti pengorbanan' dalam kehidupannya...

Thursday, October 3, 2013

Dalam membuat kesimpulan sesuatu DATA...

Dalam minggu ini, suasana umumnya sangat hangat dengan laporan-laporan yang disiarkan oleh Pejabat Audit Negara.

Lalu terserlah pelbagai kelemahan dan kepincangan dalam urus tadbir kewangan agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Sebahagiannya sangat mengejutkan, dan sebahagian lagi memaparkan ketidakkompeten (incompetence) ketara dalam pengendalian tugas dan tanggunjawab yang dilakukan.

Saya kongsikan maklumat yang saya jenguk di FB sebentar tadi.


Ini merupakan ringkasan yang dipetik dari laporan berkenaan. Saya mohon maaf tidak dapat mengesahkan sama ada maklumat berkenaan benar dari segi sahihnya, namun jika dianggapkan benar sekalipun; kesimpulan di akhir jadual tersebut merupakan rumusan yang SALAH.

Pentafsiran sesuatu data perlu dilihat dari sumber dan objektif mengapa data itu hendak dibentangkan. Rumusan yang sangat GROSS tanpa melihat aspek mikro (perincian) menyebabkan kesimpulan dan taksiran serta inferen berikutnya silap; serta berpotensi membawa kepada BENCANA, sama ada menjejaskan keharmonian, mahupun kesilapan bicara yang membawa kepada DOSA..[saya memperingatkan diri sendiri terutamannya untuk tidak meremehkan dosa.. hakikat yang menghumbankan manusia ke neraka dalam keadaan disembamkan wajahnya, diikat dan diseret serta dipakaikan oleh lelehan tembaga yang mendidih, azab yang dijanjikan Allah sentiasa bertambah dari hari ke hari...kekal tanpa berkurang sedikitpun].

Jika kita melihat isu ini secara terbuka, agensi kerajaan pada hari ini merupakan komposit yang didirikan oleh organisasi kakitangan kerajaan yang TIDAK mempunyai hubungan langsung dengan kaitan politik. Kakitangan kerajaan berurusan untuk menterjemahkan sesuatu polisi yang telah disahkan dari segi undag-undang untuk disampaikan kepada masyarakat umum (rakyat). Nyata peranan pembuat polisi, penggubah undang-undang serta peranan ahli politik serta mereka yang berurusan dalam organisasi sesebuah agensi tidak difahami secara benar sehingga membuat kesimpulan yang sangat tidak tepat.

Urusan pembelian, pembayaran dan pengurusan segala kewangan rakyat untuk digunakan di jabatan-jabatan kerajaan diuruskan sepenuhnya oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)iaitu Ketua Jabatan yang secara eksekutifnya ia dilaksanakan oleh kerani/ pegawai kewangan. Cara bagaimana ianya diuruskan terkandung secara sistematik dalam Arahan Perbendahaaraan mahupun dalam buku Perintah Am.

Andai didapati berlaku ketirisan atau ketidak-seragaman dalam prosedur kewangan seperti yang di'higlight'kan dalam laporan AG berkenaan, ianya merujuk terus kepada organisasi kerjaan yang diketuai oleh Ketua Jabatan masing-masing yang gagal melaksanakan amanah pentadbiran.

Fokus penyelesaian adalah dengan memberikan 'insight' tentang tugas/ rutin kerja YANG TIDAK PERNAH TERPISAH dengan aqidah iaitu beriman kepada Allah dan hari akhirat serta semua perkara asas sebagai seorang muslim. Islah sepenuhnya menuntut penyelesaian secara individu, yang mana setiap individu diperingatkan dari masa ke semasa tentang amanah dan tanggungjawab yang perlu disempurnakan.

Amalan menuding jari terus kepada Parti Pemerintah merupakan mentaliti dari individu yang gagal berfikir menggunakan akal secara benar dan dalam masa yang sama menyebarkan makluman palsu; dan ianya amalan yang perlu diperbetulkan. Ia hakikatnya, merupakan kesimpulan untuk mereka yang gagal membuat pentafsihan sesuatu fakta (TAK FAHAM DATA).

Lebih teruk lagi...apabila kesilapan seperti ini yang sebenarnya perlu bermula dari kefahaman agama dan amanah yang sangat bersungguh-sungguh; diberikan cadangan penyelesaian dengan membuat demonstrasi di jalanan.

Setiap sen dan juga semua harta awam di pejabat KERAJAAN adalah kepunyaan setiap individu rakyat di negara ini; tidak boleh dipunyakan; tidak boleh disalahgunakan dan sekali-kali tidak boleh dikhianati demi kepentingan peribadi. Satu tazkirah terutamanya untuk saya yang juga merupakan 'khadam' kepada INDIVIDU rakyat di negara ini...

Sunday, September 29, 2013

Mengisi kekosongan di hati...

Saya sekali sekala menjenguk kembali buku-buku rujukan semasa zaman saya menghadiri kumpulan usrah semasa zaman belajar dahulu. Rindukan pada suasana itu sering bercambah..apatah lagi apabila mengingatkan betapa pada zaman itu kemampuan berada dalam keadaan yang begitu optima, dengan tenaga dan pemikiran.

Namun, dalam banyak keadaan...saya cerap berulang-ulang bagaimana suasana hati yang kadang-kadang 'kering' serta tidak mampu meng'hadam'kan apa yang disampaikan di dalam usrah. Ada masa juga, saya merasakan betapa hati saya seperti 'kosong' namun dipenuhi dengan dogma "Apa yang perlu dibuat" dan "Apa yang mesti ditinggalkan"...Ada pula dalam perjalanan tersebut, sebahagian sahabat-sahabat saya 'berundur diri' dari apa yang saya sifatkan sebagai kehilangan besar dalam perjuangan di medan da'wah.

Ada masa..saya seperti mengakui betapa hati saya masih memerlukan "kedamaian" dengan lagu-lagu muzik, masih menghabiskan masa dengan menonton kisah atau cerita yang tidak berkaitan dengan aqidah...serta dalam kebanyakan masa, banyak tenggelam dengan situasi yang nyata tidak parallel dengan keutamaan sebagai seorang muslim yang menyerahkan hati dan kehidupannya kepada Allah SWT. Ada masa pula sebagai remaja, saya memerlukan perhatian... perlukan kasih sayang serta memerlukan tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi insan yang lebih baik. Tidak kurang juga cabaran dari tarikan berlainan jantina serta keindahan demi keindahan yang saban datang melanda.

Saya diperkenalkan dengan Islam melalui definisi; teori dan fakta.... namun bagaimana mengisi jiwa muslim itu hakikatnya tidak saya fahami. Lalu menjadilah keadaan saya yang mengejar sesuatu yang lain selain dari wahyu Allah dan petunjuk rasul untuk mengisi kekosongan jiwa... itulah sebenarnya kadang-kadang membawa diri kepada kekaburan.

Saya kongsikan sedikit kefahaman ini untuk sama-sama kita jiwai dan amalkan..

Terdapat 4 perkara asas dalam menjadikan seorang itu muslim yang menjiwai 'label' sebagai muslim. 4 perkara asas itu ialah:

1. Mempelajari dan mengamalkan quran (dari kulit ke kulit) secara keseluruhannya.
2. Solat [fokus yang mengulang-ulang ingatan Allah melalui bacaan Al Quran di dalam solat)
3. Menterjemahkan pengisian hidup berkomuniti melalui tadabbur solat jumaat.
4. Mempelajari dan mengamalkan sunnah dan seerah.

(Ustadz Nouman Ali Khan)

Menurut Ustadz Nouman lagi, punca korup nya pemikiran muslim hari ini ialah apabila pengetahuan mengenai AlQuran serta tafsir mengenainya dijadikan 'divine knowledge' yang dikatakan hanya LAYAK untuk mereka yang menguasai aliran agama. Ilmu AlQuran dikatakan hanya merupakan urusan para sarjana yang mahir dalam bidang keagamaan. yang mana akhirnya; hasilan itu kita cerap dalam majoriti muslim hari...hatta untuk pelajari membaca Alquran memerlukan 'endorsement' mereka yang bergelar ustaz atau ustazah. Masyarakat di'galak'kan untuk terus bergantung kepada Ustaz dan Ustazah meskipun dalam perkara-perkara simple untuk diselesaikan.

Saya utarakan hakikat yang selama ini tidak saya fokuskan sepenuhnya. Hakikat yang juga merupakan asas kepada kacau bilau cara penterjemahan Islam dalam kebanyakan kita. Itulah merupakan pengisian hati dengan kefahaman mendalam isi-isi Al Quran dan seterusnya kesungguhan mengamalkan dan berjuang untuk menyampaikan kebenarannya.

Majoriti masyarakat hari ini, termasuklah saya begitu jauh dari penterjemahan secara praktikal isi AlQuran sepertimana yang difahami oleh para sahabat dan tabi'in. Hakikat ini juga membawa sebahagian kita saban melatah dan ber'tekak' sesama sendiri apabila timbul isu-isu kontemporari. Dan penyelesaian mudah biasanya diambil BUKAN dari 'tazkiyyah' yang datang secara asal dari sumber AlQuran.

Lalu majoriti yang mencari penyelesaian pada jalan popular melalui bahas dan debat, pemikiran kritis yang tidak berasakan aqidah, hiburan yg di'islam'kan,demo dan rhetorik, pada publisiti, pada ruang-ruang yang dikatakan mampu membawa ketenangan hati melalui lagu-lagu nasyid yang di'islam'kan liriknya; atau juga zikir-zikir yang dicipta (dengan tambahan lagu dan irama).

Mempelajari AlQuran bersungguh-sungguh dan menguasai ilmu Alquran merupakan keperluan setiap individu muslim; pengetahuan mengenainya mendefinisikan diri seseorang individu itu sebagai muslim yang sebenar-benarnya..satu pengisian yang perlu kita utamakan dari segala-galanya di dunia ini...

Friday, September 27, 2013

Memurnikan suatu bahagia...

Stress dalam bekerja, hampir semua dialami oleh kita yang saban hari berjuang di medan berkenaan. Suka atau tidak... dipaksa atau terpaksa, stress hadir dalam pelbagai rupa. Kadang dikaburi indah keselesaan penuh senyuman (tetapi berbisa tatkala tertekan) atau mungkin dihunjam pula pelbagai tindakbalas dari sekeling mahupun tugas demi tugas.

Saya mungkin mempunyai pandangan berbeza mengenai tafsiran budaya kerja. Alhamdulillah, syukur kepada Rabb AsySyakur di atas kurniaan anak-anak pelajar disekeliling saya yang banyak memberikan ruang untuk saya 'bernafas'; tatkala duka menahan stress bekerja...respon dari mereka merupakan sinopsis sebuah sketsa yang sangat mengujakan.

Keindahan berkongsi ilmu, adalah satu aura yang sangat luarbiasa. Pada kegembiraan dan senyuman mereka adalah rindu yang menenangkan pelbagai rintangan atau duka kecewa yang melanda dengan izin Rabb yang Maha Penyayang.

Apabila saya dikunjungi sahabat-sahabat yang berbicara tentang suasana kerja yang cukup tertekan... saya nyata kelu, gerak bicara saya tidak lincah dan ilham penyelesaiannya lesu. Kesedihan saya terus ditenun erat apabila saya tidak mampu memberikan ilham solusi pilihan...ditambah pula lantaran bicara berkongsi stress sedemikian seringnya bercampur aduk dengan luahan geram, tidak puashati dan 'sering terlajak' apabila umpatan dan perkara yang sering cuba saya elakkan terus berlaku.

Saya tidak pasti...bahagiakah yang bakal diperolehi apabila stress sedemikian diulang dan diulang tanpa strategi penyelesaian. Kita nyatanya memerlukan 'ventilasi' pada suasana yang begitu tertekan, namun gaya mana untuk dihadapi bagi saya memerlukan ilham petunjuk dari rabb yang Maha Adil dan Bijaksana.

Medan bekerja, bukan amalan yang tidak ada pahala dan dosa. Ganjaran dari Allah untuk bekerja penuh ikhlas dan redha berbanding ibadah solat atau lain-lain ibadah yang kita lakukan.... termasuk amalan dalam kehidupan yang sama pemberatnya. Kedua-dua medan itu berkait satu sama lain...bergantung pada niat dan objektif yang hendak dicapai.

Saya sentiasa mencari bahagia; dan saya juga berharap orang lain juga tumpang bahagia apabila berurusan dengan saya. Moga dalam apa jua perkongsian sesuatu derita... adalah merupakan perkongsian yang membuka jalan kita untuk bahagia; iaitu di alam yang tidak kekal ini mahupun tatkala kita dibangkitkan semula. Bantulah saya untuk tidak terjebak dalam dosa-dosa lidah mahupun pendengaran.....

Ya Allah, ampunkanlah individu-individu yang secara sengaja dan tidak sengaja telah kami hinakan atau remehkan mereka, dalam umpatan mahupun cercaan lidah dan pendengaran. Anugerahkanlah kami hidayah dan taufik untuk berubah. Lindungi kami, bantulah kami untuk tidak mengulang kesilapan demi kesilapan...Aamin

NB: Termasuk juga perkara yang sangat stress apabila bertemu insan yang mengenali kita apabila dirinya dilanda kesusahan yang dibincangkan melalui sms...tetapi diperlakukan seperti insan yang tidak dikenali apabila sama-sama berhadapan di dunia nyata... mungkinkah saya berhadapan dengan seseorang yang BUKAN manusia?

Tuesday, September 24, 2013

Tentang khusyu' di dalam solat...

Saya menerima hadiah istimewa, yang diletakkannya secara 'rahsia' di bilik pejabat; tanpa nama dan tanpa sebarang nota catatan. Hadiah istimewa yang merupakan buku mengenai Rahsia khusyu' di dalam solat.

Puluhan tahun saya mendirikan solat dalam keadaan yang 'jarang bersedia'; litupan hati yang saban tersadung dengan lintasan dan fikiran sesuatu yang tidak sepatutnya difikirkan.Di tambah terkadang, tatkala solat yang didirkan dalam keadaan penat mengharung ujian, letih melayan tugasan wajib untuk dilakukan atau juga apabila sendi-sendi kesakitan.

Ungkapan berulang yang saya dengar dari ayat kedua surah Al Mukminun, menusuk-nusuk sayu ke dalam hati...Allahu akbar, solat saya yang kebanyakkannya masih tidak khusyu' sepenuhnya.... saya yang masih 'timbul tenggelam' dalam menterjemahkan sesungguhnya secara nyata solat yang khusyu'..

Apabila disuakan tentang makna kebahagiaan, tanggapan norma yang biasa saya cerap hanyalah pada deretan yang berupa kebahagiaan yang diukur pada batas material yang disenangi manusia sejagat secara umum... menerima anugerah, hadiah, sesuatu yang diidam menjadi nyata, percutian ke tempat yang dianggap 'syurga', rumah indah gaya astana, deretan 'kuda-kuda' moden mahupun kenderaan yang menjadi tatapan segenap mata...

Jarang sekali saya mendengar kisah atau menatap kebahagiaan individu yang diraut dari solat yang penuh bahagia. Adapun...ianya wujud dalam rangka yang terkadang dianggap mitos oleh majoriti muslim 'average' seperti saya. Sering disuakan dengan kisah sahabat di zaman Nabi yang diceritakan kakinya dipotong (saya tidak pasti kisah ini sahih atau sebaliknya) untuk rawatan tatkala solat lantaran khusyu' yang begitu hebat...lalu siapalah kita yang hendak dibandingkan khusyu' yang sedemikian?

Penjelasan berbelit serta tidak konsisten, menjadi hijab yang banyak menghalang hati-hati yang ingin dekat kepada solat dan doa yang penuh khusyu'... ditakutkan pula andai tersalah baca bakal mengundang padah mengundang sesuatu yang tidak diinginkan..

Alhamdulillah..kesusahan mencari erti dan terjemahan khusyu' ditemukan Allah kepada saya melalui nota "Perfecting your solat" oleh Ustaz Abdul Nasir Jangda. Saya tidak pernah hadir ke kursus berkenaan, namun penjelasan mudah dari instructor yang berkenaan, diizinkan Allah sampai jauh ke sudut hati untuk memahami dan menterjemahkannya secara faham dalam solat-solat yang dihadiri.

Kunci khusyu' di dalam solat dan doa...ialah hati yang hadir penuh kerendahan (menyedari dirinya sebagai hamba yang dicipta) terhadap Tuhan yang Maha Penguasa yang menguasai segala-galanya...






Monday, September 2, 2013

Optimakan niat dalam semua amalan kebaikan - Petikan Artikel

Saya kongsikan di sini artikel yang sangat baik, suatu yang pernah saya tahu namun tidak saya panjangkan pada amalan seharian yang lain.Moga kita sama-sama dapat beramal dengannya.

Why do you recite the Qur’an?
Posted August 13, 2013 by admin & filed under Articles.

The Prophet (SallaAllahu ‘alayhi wasallam) said, “Verily actions are but by intentions, and every person shall have (be rewarded for) what they intended” [Reported in Bukhari & Muslim].

Maximising the intentions is the trade of the hearts of the sahabah (May Allah be pleased with them) and the scholars, and those who know Allah very well. They used to carry out one action whilst having many intentions behind this action, so that they are rewarded abundantly for every intention. It is due to this that Ibn Kathir said, “The intention reaches further than the action”.

Below are some intentions that would maximise our reward if we have them when reciting the Qur’an:

1. For it to intercede for us on the day of judgement. The prophet (SallaAllahu ‘alayhi wasallam) said, “Recite the Qur’an for it will come as an intercessor for its people on the day of judgement” [Reported in Muslim]

2. So that we can increase in reward. Abdullah ibn Mas’ud narrated the prophet (SallaAllahu ‘alayhi wasallam) mentioned that “whoever recites one letter/word from the book of Allah, then for him is a reward, and a reward is multiplied by ten” [Reported in Tirmidhi]

3. For it to fill our heart. The prophet (SallaAllahu ‘alayhi wasallam) said, “The man who has nothing of the Qur’an inside him is like a ruined house” [Reported in Tirmidhi]

4. For us to memorise and act on every verse we recite so that we can ascend in Jannah. The prophet (SallaAllahu ‘alayhi wasallam) said, “It is said to the one who recites the Qur’an, recite and ascend, and read like you used to read in the dunya, for your place (in Jannah) is at the last verse you recite” [Reported in Abu Dawud and Tirmidhi]

5. For it to remove the illnesses from our hearts and cure our bodies, and for mercy to envelope us. Allah says in Surah Al-Israa’ [17:82] {We send the Qur’an as healing and mercy for those who believe}

6. For it to give our hearts tranquility and peace. Allah says in Surah Al-Ra’d [13:28] {Verily in the remembrance of Allah do the hearts find rest}

7. For it to give life to our hearts, light to our chest, and to remove our anxieties and worries. The Qur’an is the spring of the believer, as rainfall is the spring of the Earth. The prophet (SallaAllahu ‘alayhi wasallam) used to say in his Du’aa “..that you make the Qur’an the spring of my heart, the light of my chest, the remover of my sorrow, and the remover of my worries” [Reported in Ahmad]

8. For it to guide us. Allah says in Surah Al-Baqarah [2:2] {This book of which there is no doubt, (is) guidance for the pious}. And in a hadith Qudsi, Allah says, “Oh my slaves, you are all astray except those whom I guide, so seek my guidance and I will guide you” [Reported in Muslim]

9. For us to die while reciting the Qur’an as Uthman (RadhiyAllahu ‘anhu) became a martyr whilst reciting the Qur’an. Ibn Kathir said, “Whoever lives upon something will die upon it, and whoever dies upon something will be resurrected upon it”. He based this on the verse in Surah Al-Jathiyah [45:21] {Do those who commit evil deeds really think that We will deal with them in the same way as those who believe and do righteous deeds, that they will be alike in their living and their dying? How badly they judge!}

10. For it to bring us closer to Allah by loving His words. The prophet (SallaAllahu ‘alayhi wasallam) said, “You are (on the day of judgement) with whom you love” [Reported in Muslim]

11. For it to increase our Iman. Allah says in Surah At-Tawbah [9:124] {And when a surah is revealed, some of them ask “which of you did this increase him in Iman?”. As for the ones who believe, it increased them in Iman and they rejoice}

12. So that we can increase in our knowledge of our Lord so that we can increase in showing humility before Him and manifesting our need for Him, so that we can rely on Him at all instances

13. For it to be a reason for Allah to make us from His people. The prophet (SallaAllahu ‘alayhi wasallam) said, “Allah has His people (from the creation)”. The sahaba asked, “Who are they?”. He (SallaAllahu ‘alayhi wasallam) replied, “They are the people of the Qur’an. They are Allah’s people, and His close ones” [Declared Sahih by Al-Albanee]

14. For you to fulfil the purpose of the revelation of the Qur’an by contemplating on its verses and acting upon it. Allah says in Surah Sad [38:29] {A blessed book we have revealed to you so that they may ponder over its verses and so that it serves as a reminder for those with a heart}

15. From the greatest intentions that we can have and the most important one is to intend to this as an act of worship, as it was commanded and legislated by Allah. Allah says in Surah Al-Muzzamil [73:4] {And recite the Qur’an}

After reading all of this, have you ever asked yourself what your intention is when reading the Qur’an? And will you carry on constraining it to just one intention only?

- See more at: http://www.alkauthar.org/blog/why-do-you-recite-the-quran/#sthash.Er3SEHaT.dpuf

Tuesday, August 20, 2013

Kita yang didatangi ‘utusan’ syaitan…


Antara satu peristiwa sangat besar dalam kehidupan ini yang sering saya abaikan ialah tentang perjuangan syaitan dalam bersungguh-sungguh menunaikan janjinya untuk menyesatkan, melalaikan serta menghasut manusia untuk menyertai mereka ke neraka secara kekal.

Umat muslimin baru sahaja menamatkan proses ‘pembersihan’ jiwa, mengumpul segenap kebaikan dalam bulan ramadhan serta meneruskan kebaikan dengan aura-aura yang sangat kita hargai dan syukuri nikmatnya; tiba-tiba dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan massa tanpa kasihan di bumi Egypt. Pembunuhan demi pembunuhan yang masih diteruskan serta didokumentasikan dengan jelas dalam apa jua media(terutama tweeter dan facebook); situasi yang cukup berbekas dan tidak dapat diungkapkan kesedihan. Airmata yang terus bergenang dan terus bergenang tatkala setiapkali menatap kedukaan dan penindasan yang menimpa mereka.

Namun… satu peristiwa yang menyedihkan saya apabila kita umat muslim ini dikelirukan pula dengan kekhilafan kesimpulan hukum perjuangan, pembunuhan serta saling tuduh menuduh menyalahkan satu pihak dengan pihak yang lain. Ada pula yang tidak kita fahami doktrinnya yang mendefinisikan rakyat yang tidak bersenjata dan berhimpun secara aman sebagai ‘terrorist’; dan terus menerus menyalahkan rakyat yang wujudnya sekadar menuntut keadilan secara aman yang ‘menyebabkan’ mereka dibunuh dan terus dizalimi. Ironinya pula, tiada teguran langsung dari individu yang dipandang hebat sebagai ‘golongan agamawan’ itu pada sifat kezaliman individu yang merampas kuasa politik menggunakan kuasa tentera secara tidak sah; kemudiannya menyiksa dan membunuh pula rakyat yang tidak bersetuju dengan mereka.

Saya secara umumnya bersetuju bahawa setiap perjuangan memerlukan strategi, setiap individu perlu di’islah’kan serta objektif perjuangan disandarkan pada pembetulan aqidah dan pengukuhan ilmu sebagai individu muslim yang ‘abid; bukan bercakaran merebut ‘keagungan survival politik’. Demikian juga, saya juga cenderung untuk memilih keputusan yang lebih ringan mudaratnya berbanding kemudaratan yang lebih hebat sehingga menjerumuskan ummah secara massa kepada tribulasi dan kekejaman.

Di US atau Negara barat yang lain, umum mengetahui bahawa demonstrasi secara aman berlaku saban waktu…namun tidak pernah kita mendengar pembunuhan massa kepada mereka yang membuat tunjuk perasaan hatta demo itu ditujukan kepada presiden atau ketua Negara mereka. Secara umum, pada hari ini demonstrasi dianggap norma masyarakat; yang saya sebenarnya secara umum tidak pernah bersetuju dengan sebarang demonstrasi dan tunjuk perasaan yang diadakan. Ia sebahagian besarnya membuang masa (yang sepatutnya dihabiskan dengan berzikir, mendalami ilmu dan mengamalkan kebaikan), dan langsung tidak menjejaskan keputusan polisi atau pentadbiran sesebuah Negara yang dibina mengikut sistem yang sah menurut undang-undang.

Namun, berdasarkan situasi hari ini demonstrasi aman merupakan satu dari pendekatan yang diterima secara umum untuk menuntut keadilan. Siapa duga darah dan hak sebagai manusia yang tiada niat langsung untuk berperang (sekadar menuntut keadilan secara aman) itu dianggap seperti langsung tidak mempunyai harga serta dilabel sebagai pemberontak dan dijatuhkan hukuman menyalahi aqidah sunnah wal jama’ah. Berdemo secara aman dihukumkan sebagai pemberontakan terhadap pemerintah; namun penipuan terang-terangan oleh pihak yang menindas dan mengangkat dirinya sebagai pemerintah; yang bukan berlaku secara rahsia dan tersebar secara umum dianggap ‘mulia’ dan tidak boleh disanggah sebagai ‘pemerintah yang sah’?

Beberapa hari selepas pembunuhan massa di Misra (Egypt) itu membuatkan saya termenung panjang. Sebak setiap kali menatap outcomes penuh zalim yang menimpa rakyat terutama wanita dan kanak-kanak. Dan, terus sebak apabila manusia agamawan di Malaysia saling bercakaran sesama sendiri dengan hujah yang saya sifatkan sebahagiannya sangat ‘meraban’ dan tidak ubah seperti para ‘utusan’ syaitan. Manusia apakah mereka itu sehingga tiada langsung simpati dan kasihan dengan mereka yang dizalimi sedemikian rupa? Lebih teruk, mereka yang dizalimi itu disalahkan pula; dan lebih teruk mereka yang tiada kena mengena dengan demonstrasi aman turut dibunuh dan dizalimi namun langsung tidak diberikan komen oleh agamawan berkenaan.

Dalam surah Al Baqarah ayat 266 Allah berfirman maksudnya,
Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; dia mempunyai kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada seseorang itu sedang dia mempunyai keturunan yang kecil-kecil, Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandung api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepada kamu supaya kamu memikirkannya.

Tafseer ayat ini dari Kitab Tafsir Ibnu Kathir menukilkan Ibnu Abbas menjelaskan perumpamaan yang disampaikan Allah dalam ayat berkenaan ialah mengenai seorang kaya yang beramal dengan ketaatan kepada Allah. Lalu Allah mengirimkan syaitan kepadanya, maka iapun berbuat banyak maksiat sehingga semua amalnya terhapus. Penjelasan berkenaan dinyatakan melalui hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, satu ayat yang yang memberikan perumpamaan tentang seseorang yang pada permulaan hayatnya dipenuhi oleh amal yang baik, namun ia mengganti amalnya dengan amalan yang jahat penuh berdosa (moga kita semua dilindungkan Allah).

Dalam tafseer ayat Kursi sebelum itu, dijelaskan pula oleh Rasulullah SAW bahawa syaitan itu ada yang berupa manusia.

Fokus penyelesaian memerlukan analisa jiwa manusia yang wujudnya sebagai manusia. Bukan dalam bentuk saduran manusia oleh hati yang sebenarnya merupakan utusan para syaitan! Doa saya untuk semua saudara-saudara saya di Misra…moga Allah amankan semula situasi dan keadaan mereka.

NB: Selain dari doa dan bantuan kemanusiaan, saya berkongsi pandangan seorang aktivis Palestin iaitu antara cara terbaik untuk kita membantu mereka ialah dengan memperkukuhkan ilmu dan amalan sebagai muslim (baca alquran dan dalami sunnah serta amalkan), meninggalkan perkara yang sia-sia (tinggalkanlah lagu-lagu hiburan, drama-filem yang melalaikan ) serta tidak menjadikan mereka yang jelas kekafirannya sebagai rujukan, ikon atau ikutan.

Thursday, August 15, 2013

Darah di Misra


Hiba di bumimu Misra,
ulangan sejarah manusia-manusia bacul,
gamat menyeksa jiwa-jiwa luhur,
ganas membunuh dan melebur,
penuh fitnah,
pilu berdarah.

Darah membanjirimu Misra,
nafas juang saudara-saudaraku yang syahid dibunuh,
tafsih bangkit membakar perjuangan,
juga....
pada hentaman peluru yang menikam ulama',
pada nadi yang terbujur tanpa kasihan,
adalah aura dari Tuhan AlJabbar yang memanggil kami berdoa,
tidak terluah tangis ratapan,
kesedihan dihimpit kesedihan,
Ya Allah... bantulah saudara-saudara kami di Misra.

Sesungguhnya darah di Misra,
menyeka warisan zalim kerajaan silam,
14 Ogos yang benar-benar suram...

Wednesday, August 14, 2013

Hukum agama: Dipelihara jidar kemuliaannya, BUKAN untuk di'jidal' kan

Ya, saya bukan ustazah. Jauh sekali untuk bercakap tentang hukum-hakam yang tidak pernah saya tela'ah sepertimana saya menatap kitab-kitab perubatan moden mahupun lembaran biostatistik dan penyelidikan penyakit berjangkit.

Mereka yang dimuliakan Allah dengan ilmu Bahasa AlQuran, memahami kitab-kitab bahasa Arab serta memanfaatkan pula isinya dengan rujukan silang secara langsung dengan tafsir muktabar AlQuran serta terjemahan sunnah dan kehidupan sahabat dan tabi'in serta tabi'ut tabi'in...nyata adalah insan yang unggul dan istimewa di mata masyarakat.

Nyata kedudukan saya untuk bercakap tentang isu semasa (poligami) yang berkait hukum syari'e yang seringnya 'gamat'; tidak memenuhi kriteria 'qualified' ; apatah lagi membincangkan polemik yang disensasikan serta mengundang pula perbahasan dan ketidakselesaan ruang peribadi mereka yang terlibat.

Izinkan saya berkongsi apa yang saya rasa perlu untuk kita sama-sama menterjemahkannya dalam amalan kehidupan. Perhatikanlah hikmah pentarbiyahan Alquran; dimensi persembahannya yang jauh menusuk ke sanubari. Ungkapan kisah yang berulang-ulang, skop yang terkadang dirasakan tidak terjangkau batas fikiran (saya merasakannya setiap kali membaca surah Al-fil), dengan pemilihan kalimah yang sangat agung untuk dihayati serta diamalkan. Dan tiada siapa yang mampu mengambil hidayah Alquran jika hati tidak 'submit' sepenuhnya kepada Allah SWT.

"Apakah kamu tidak mahu masuk islam? Jika mereka menyerahkan diri sepenuhnya (islam) kepada Allah, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk..." Ali 'Imran maksud ayat 20.

"Katakanlah, "Ta'atlah kepada Allah dan rasulNya, jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir" ..Ali 'Imran maksud ayat 32.

Fokus seseorang yang sedar dirinya muslim adalah pada keredhaan Allah. Apa keperluannya 'berdebat' tentang rumahtangga atau keluarga orang lain sekadar untuk menambah 'juice'(ghibah atau sarcastic remarks) sosek-sosek bicara yang cenderung membawa dosa? Lebih mengejutkan, lantang pula berbahas/ berdebat/ berbantahan (jidal) dengan ilmuwan agama yang nyata tersohor ilmunya.

Hukum agama adalah 'jurisdiction' mereka yang diamanahkan untuk memelihara kemuliaan peraturan dan undang-undang Allah, sesuai ditempatnya. Bukan hak sebarangan indidivu yang mengaku muslim (individual rights) yang sesuka hati meluahkan penuh emosi setuju atau tidak setuju. Sesuatu yang pada pandangan saya tidak logik apabila individu yang tiada mengena dalam lingkungan peribadi memberikan komen / luahan negatif sesuatu yang tidak pun berlaku pada dirinya.

Sebagai muslim, hukum agama seperti isu poligami sepatutnya sama-sama kita pelihara kemuliaan hukum dan amalannya; bukan diperdebat/ diremeh sehingga membawa 'outcomes' yang menimbulkan persepsi yang bukan-bukan...

Monday, August 12, 2013

Eid mubaraq- manifestasi 'ibadah, keluhuran aqidah dan da'wah..

Saya agak terkedu tatkala disapa oleh seorang rakan non muslim yang begitu gembira mengucapkan selamat bercuti kepada saya...namun diakhir kalam beliau, "Okay...enjoy yourself".
Semasa menuruni anak tangga perlahan-lahan, hati saya nyata berbaur emosi. Gembira menjalani saat akhir mulianya ramadhan serta menantikan indahnya eid mubaraq namun sedu seketika bila dilontarkan dengan kalimah perkataan sedemikian.

Saya mungkin mendefinisikan 'enjoy' dalam frasa serta orientasi yang berbeza; namun ia bagi saya dikaitkan dengan simbol ciri-ciri yang sering dikaitkan dengan sambutan aidilfitri. Sehingga majoriti beranggapan aidilfitri adalah sambutan kegembiraan yang diwarnai oleh lazatnya makanan, merdu dan meriahnya aura muzik lagu raya, dentuman mercun yang sinonim dengan kedatangan syawal, pesta bunga-bunga di kuburan, saling bertukar juadah raya serta saling kunjung mengunjung di kalangan kerabat dan teman. Tidak lupa pula pada siaran demi siaran di TV mahupun pawagam yang dikatakan menambahkan lagi kemeriahan perayaan.

Sesungguhnya saya mengambil masa yang agak lama untuk memahami bahawa sambutan eid mubaraq sebenarnya adalah manifestasi kesyukuran seorang hamba kepada Tuhan Azza wajala Maha Pencipta. Ia merupakan ibadah iaitu bentuk ubudiyah yang ikhlas kepada Allah SWT, yang mana kembalinya kita kepada fitrah semulajadi sebagai insan tanpa larangan serta ditahan pada julat waktu tertentu.

Apabila kita meluruskan pandangan dan fokus pada definisi Islam (total submission to Allah SWT), kita pasti sedaya upaya berusaha untuk mengisi sambutan eid itu 'in-line' dengan fokus untuk mengabdikan diri kepada Allah, memurnikan tauhid serta membersihkannya dari segenap kemungkaran dan 'sembahan-sembahan' yang melupakan kita pada Allah SWT.

Saya masih ingat, betapa 'tersiksa'nya jiwa saya apabila menyedari waktu yang begitu pantas berlalu selepas 1 syawal mula di sambut. Saya ketika itu begitu berharap agar biarlah pagi 1 syawal itu 'lama' sedikit supaya sentimental dan nostalgianya dinikmati sepenuhnya. Namun...waktu terus berlalu...sehingga menjadikan lagu-lagu dan ketupat raya menjadi kenangan 'nostalgia' apabila berlalunya waktu dan hari demi hari. Dan silap saya, yang langsung tidak mempedulikan definisi ubudiyah kepada Allah SWT yang sebenar dalam memanifestasikan segenap kesyukuran yang sepatutnya disandarkan pada kekuatan 'aqidah.

Lebih dukacita apabila sambutan 'eid mubaraq yang sepatutnya menjadi platform menobatkan syi'ar da'wah melalui takbir dan solat berjemaah (afdalnya di tempat terbuka) bukan priority dalam kehidupan saya ketika itu.

'Eid mubaraq bukanlah hari yang penuh sentimental, penuh nostalgi dan disulam dengan kesedihan demi kesedihan mengenang silam mahupun insan yang telah tiada; ia juga bukan pesta makanan demi makanan serta lagu-lagu yang tiada kaitan dengan 'ibadah dan 'aqidah.

Tidak perlu kita mengenang zaman silam, nostalgi mengenang bau asap 'kuih bahulu' atau leka menitip 'tepung di jemuran' atau merenung sedih teratak tinggalan keluarga serta kematian insan-insan tertentu; lalu melupakan tanggungjawab utama yang perlu diisi dan didahulukan. Ya, sesungguhnya tanggungjawab da'wah ini merupakan sesuatu yang begitu berat apatah lagi untuk membetulkan persepsi "Enjoy yourself" seperti yang sering dikaitkan dengan perayaan yang penuh mulia ini..

Memahami asas sambutan aidilfitri ini sepatutnya membawa jiwa dan semangat kita yang terus bermotivasi untuk bersungguh-sungguh bekerja dan menyambung tugasan seperti biasa, bukannya 'liat' untuk kembali bertugas. Sehingga ada yang sepatutnya kembali bertugas, masih meneruskan cuti, sehingga 'menyusahkan' pula insan lain yang mempunyai dateline dan sebagainya. Sesungguhnya sambutan aidilfitri itu hanya pada 1 Syawal sahaja..

Friday, August 2, 2013

Sajak: Akhir-akhir ramadhan...

akhir-akhir ramadhan,
bersilih pantas berganti jernang,
bagai tak terkejar liputan warnanya,
penuh barakah, penuh mulia.

detik-detik akhir ramadhan terus menjalur rindu,
mendatangi hati-hati munib yang berbisik sayu,
namun....
letih lesu kadang sarat membahu,
atau juga keinsafan yang kalis membisu,
fokus'ibadahku dihambat rencam sms/ email seribu satu.

Aku berbicara disisimu ramadhan,
mengadu merayu pada Tuhan ArRahman,
pada menyusun pengisian demi pengisian,
sering digamit lalai yang kunjung bertandang,
terlalu jauhnya 'mihrab' hati ini berbanding Maryam a.s.

Lalai dan susah yang datang bertindan,
terus bersilih berganti ruang,
namun itu Ya Tuhan...
pada amalan sia-sia tanpa nilai dan penuh sambang,
bebannya jauh lebih sukar untuk kutanggalkan...


[NB: Tazkirah untuk diri saya terutamanya untuk meninggalkan amalan sia-sia yang tidak berkaitan dengan ramadhan dan sambutan syawal; tetapi masih giat diamalkan sebahagian majoriti masyarakat, lebih mendukacitakan...bulan mulia tersebut begitu giat dikomersilkan serta dilagu-lagukan dengan hiburan demi hiburan]

Wednesday, July 31, 2013

Laylatul Qadr..moga satu hari nanti 10 ramadhan terakhir diisytiharkan cuti khas

Saya kehilangan kata bicara apabila majoriti respon terhadap cuti panjang saya dikaitkan dengan sambutan hari raya atau bercuti ke luar negara...."Wahhh! awalnya cuti raya"..."

Betapa janggal pula untuk saya secara 'izzah memaklumkan bahawa cuti saya itu adalah untuk merai'kan kedatangan 10 malam ramadhan yang terakhir, dan ianya tiada kena mengena dengan sambutan hari raya. Dalam intonasi yang kebanyakannya bernada rendah dan hampir tidak terdengar, saya sekadar menyatakan bahawa saya perlu menghabiskan bacaan alquran dalam bulan yang mulia ini. Dan seperti jangkaan saya, ada ekspresi wajah yang tidak dapat menerima jawapan yang begitu simple untuk menjustifikasi cuti saya yang begitu panjang.

Tahun demi tahun ramadan Allah kurniakan kepada kita dengan izinNya. Betapa gembira dan bersyukurnya kita. Alhamdulillah, pada penampilan diri yang semakin berusia, serta menyedari banyaknya amalan-amalan di bulan penuh mulia ini tidak selari dengan tuntutan sebenar pengisiannya..sahabat-sahabat saya sering berkongsi nasihat untuk untuk beramal sebaik-baiknya di bulan penuh barakah ini.Apatah lagi tatkala tibanya malam laylatul qadr yang sangat hebat anugerahnya di sisi Allah SWT. Kita tidak tahu..entah berjumpa lagikah kita dengan ramadhan yang akan datang.

Satu keputusan yang berat sebenarnya untuk 'menggantung' sebentar segala transaksi/ urusniaga/ konsultasi rutin kerja yang pada tanggapan saya sangat memerlukan kehadiran saya di tempat kerja (mungkin sekadar tanggapan saya yang perasan penting; namun kotak email dan sms terus dikunjungi permintaan demi permintaan). Kebetulan banyak pula dateline tugasan yang memerlukan jawapan SEGERA dan dianggap PENTING.

Cuma dalam perkongsian kali ini, saya sangat berharap moga satu hari nanti agar ada polisi yang memberikan cuti umum (cuti berganti pun ok) setiap kali tibanya 10 ramadhan terakhir ini, moga suasana hebat ber'ibadah dalam tempoh ini dapat sama-sama kita raikan aura dan penghayatannya...

Monday, July 29, 2013

Antara i'tiqaf dan bazar ramadhan...

Isu ini menarik minat saya untuk berkongsi sedikit pandangan mengenainya. Isu ini demikian hebatnya di 'update'kan sebagai tazkirah serta lebih menarik ia ditujukan khas kepada golongan muslimat...yang memang pada hakikatnya, jika bukan pada isu i'tiqaf atau 'ziarah' ke bazar ramadhan; fokus terhadap wanita sering menarik minat majoriti agamawan untuk berbincang mengenainya.

Izinkan terlebih dahulu saya berkongsi dengan ayat Allah dalam surah Asy Syua'ara' ayat 214 maksudnya, "Dan berilah peringatan kepada kaum kerabatmu yang terdekat". Tazkirah atau apa jua kebaikan dalam hidup melaksanakan deen sebagai cara hidup ini lebih utamanya disampaikan serta diterjemahkan dalam keluarga yang terdekat.

Semasa saya masih dibangku sekolah dulu, saya selalu merasa hairan mengapa di kalangan sebahagian ahli agama yang mempunyai jawatan dan status serta sering kali pula keluar di televisyen dan popular pada pandangan umum, namun isteri dan anak-anak perempuan mereka tidak memakai pakaian yang menutup aurat seperti yang sepatutnya. Pada waktu itu juga, saya dapati, fokus di kalangan agamawan yang menyedari bahawa adab dan akhlak wanita yang membawa dimensi istimewa serta tertakluk dalam peraturan Quran dan sunnah, ditujukan khas secara langsung dalm tazkirah mereka. Sehinggalah ke hari ini, sebahagian agamawan apabila bercakap tentang isu wanita, kadang-kadang bercakap tanpa memikirkan asas emosi dan psikologi mengapa sebahagian wanita kelihatan 'degil' serta masih terus menarik minat 'mata-mata' sekeliling untuk memandang terhadap mereka. Lebih mendukacitakan, apabila isu mengenai wanita termasuk yang telah berumahtangga/ berkeluarga menjadi gurauan dan diremehkan dengan jenaka yang ditertawakan.

Saya jarang melihat wanita yang bertindak secara sendirian dalam meneladani rutin hariannya. Maksud saya, setiap yang dilakukan oleh seseorang wanita, jarang dilakukan oleh individu wanita itu untuk kepentingan dirinya sendiri. Majoriti di kalangan mereka sentiasa memikirkan..bagaimana untuk 'membahagiakan' insan-insan yang disayanginya. Silapnya pula, kadang-kadang persepsi mereka dibendung oleh emosi dan perasaan mereka, iaitu sering pula beranggapan sesuatu yang membahagiakan dirinya, akan turut membahagiakan insan-insan lain yang dikasihinya.

Itulah sebabnya, betapa ramai wanita yang 'berjuang' membeli itu dan ini sempena apa-apa perayaan; untuk menyiapkan apa yang dirasakan membahagiakan individu dan juga dirinya. Demikian jua pada penampilan dirinya; andai suami atau teman lelaki atau adik-beradik serta ahli keluarga menyanjung dengan rekabentuk pakaian yang dipakainya, pasti beliau akan memilih design atau fesyen tertentu untuk dikenakan pada rutin hariannya. Demikian pula, andai mereka ditegur oleh insan yang dikasihi supaya jangan berpakaian yang tidak sepatutnya..secara umum beliau akan memilih menurut pandangan insan yang dikasihinya.

Tidak dinafikan pula, ada sebahagian wanita yang dilihat 'agak degil' serta bersikap 'outstanding' untuk mempertahankan apa yang difikirkannya benar. Golongan seperti ini sebenarnya pada pendapat saya berlatarbelakangkan sosial yang kurang kasih sayang, sangat menumpukan kepada kerjaya serta sering mempunyai sejarah kegagalan dalam hidup mereka iaitu mungkin ada peristiwa yang menyebabkan mereka menjadi 'degil' serta enggan mendengar nasihat. Antara sebab-sebabnya ialah apabila bicaranya tidak didengar, cinta dihatinya tidak dibalas atau sesuatu harapan pada emosi dan perasaan tidak tertunai.

Demikianlah indahnya jika kita hayati hadith Rasulullah SAW bahawa mereka yang memelihara anak-anak perempuan sehingga mereka baligh dan mendirikan rumahtangga dijanjikan syurga. Ini cukup untuk memberikan isyarat kepada kita bahawa hati dan perasaan wanita perlu sentiasa diberikan perhatian kasih sayang sehinggalah diri wanita itu dewasa serta menemui lelaki yang menjadi suaminya.

Berbalik kepada isu i'tiqaf dan ziarah bazar ramadhan... isunya pada saya bukan pada hukum beri'tiqaf untuk wanita; iaitu mengapa agamawan dilihat begitu 'strict' untuk membenarkan wanita beri'tiqaf di masjid tetapi nadanya tidak begitu lantang apabila membicarakan rutin wanita ke bazar ramadhan, pasar-pasar atau ketika keluar dari rumahnya.

Namun isu yang sebenar ialah... apakah perasaan kasih dan sayang kita telah kita kongsikan sepenuhnya dengan jiwa insan bernama wanita itu sehingga dirinya mampu memilih 'jalan-jalan' dalam rutin kehidupan untuk mendekatkan dirinya dengan Allah SWT serta membahagiakan insan-insan yang dikasihinya? Lebih afdhal apabila wanita itu adalah saudara terdekat dalam keluarga kita sendiri....

Thursday, July 25, 2013

Jangan biarkan yang MINORITI terus memperbodohkan ummah...

Isu ratu cantik berulang lagi; demikian juga perkara-perkara yang berkait rapat dengan aqidah sebagai individu muslim.


Sedih dan kecewanya..apabila isu yang melibatkan aib wanita ini digembar-gembur (dipopularkan) dalam bulan yang penuh barakah ini. Lebih geram apabila individu yang SANGAT MINORITI itu diberi ruang dalam media massa untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka pada sistem yang dipandu oleh wahyu Allah SWT ini. Ia disensasikan pula dalam dimensi sehingga menampakkan betapa 'rendah' dan 'hina'nya peraturan yang melarang mereka menyertai aktiviti yang berkenaan.

Cuba perhatikan, bagaimana mereka yang minoriti itu terus memegang psikologi majoriti umat Islam terutama wanita. Perhatikan papan-papan iklan, penampilan dalam majalah dan akhbar serta TV atau juga bagaimana minoriti wanita 'didedahkan' auratnya dalam keadaan yang memalukan atas dasar 'sedap dipandang mata' serta menjanjikan pulangan keuntungan yang lebih baik. Fokus dan imej wanita muslimat menurut garispanduan quran dan sunnah terus dipandang remeh dan disembunyikan dari imej massa; dan di'cop' secara tersirat sebagai perwatakan yang dipandang 'selekeh'.

Namun, umat wanita muslim di negara ini secara majoritinya menutup aurat serta sopan dan patuh kepada peraturan masyarakat. Hanya segelintir yang redha tubuh mereka ditatap penuh minat; dengan bangga menobatkan kebanggaan mereka melalui minda wartawan mahupun kelompok insan yang menulis tanpa mempedulikan sama ada gaji yang diterima itu halal atau haram dari pandangan Allah SWT. Mereka yang MINORITI ini dengan lantang dan berani memperbodoh-bodohkan majoriti masyarakat muslim yang taat dan patuh kepada peraturan pihak berkuasa.

Saya berpandangan untuk kita sebagai muslim (those who submit to Allah) untuk memboikot produk yang memaparkan wanita dengan imej tidak/kurang sopan; jangan beli atau peduli pada produk-produk sedemikan...ini termasuklah hiburan di TV, majalah, buku dan apa sahaja yang membantu populariti mereka. Jangan lagi biarkan mereka yang menjadi ikon kepada anak-anak generasi muslim kita.

Wednesday, July 24, 2013

‘Fikh perubatan Islam’ 20/7 FPSK UPM (by Dr.MAZA) - Notes by Dr Suriani Ismail



Some of my notes to share.

1. RasulAllah s.a.w. promotes us to seek treatment when sick. The hadiths

a. They asked him: 'O Allah's Messenger! Should we seek medical treatment for our illnesses?' He replied: 'Yes, you should seek medical treatment, because Allah, the Exalted, has let no disease exist without providing for its cure, except for one ailment, namely, old age'."
b. "Verily, Allah has not let any malady occur without providing its remedy.

(There is cure for every disease but we do not know or found ‘all’ cure yet)

2. The Islamic medicinal claims of fall into 3 category

a. Ist
Agreed by all scholars- mentioned in al Quran – ONLY ‘honey’. The verse surah al nahl (16:69) Then eat from all the fruits and follow the ways of your Lord laid down [for you]." There emerges from their bellies a drink, varying in colors, in which there is healing for people. Indeed in that is a sign for a people who give thought.

(However the method i.e. the frequency and the amount is not mentioned. Some scholar did say that for local illness use local honey etc. but we have to be clear that the ‘method’ was not mentioned…may need research).

b. 2nd.
Mention in good hadith. i.e. ‘habatus sauda, berbekam dan kencing unta’. However scholar differs in opinion

i. 1st opinion -It is wahyu, since the RasulAllah s.a.w. mentioned them
ii. 2nd opinion - It is not wahyu but a commonly practiced at that time - Arab cultural medication which was appropriate for the local Arab climate at that time. Why not wahyu? Because RasulAllah s.a.w. was sent to teach us our religion, thus in matter of ‘dunia’ like ‘this’ is not wahyu. The hadith:

After arriving in Medina, the Prophet s.a.w. passed by some people who were fecundating some date palms, so he asked them what they were doing. When they told him, he said, “I don’t think that will provide any benefit,” or in another narration, “It would be better if you didn’t do that.”
So they refrained from doing it, and that year the crop was not as good. They mentioned it to him s.a.w. and he replied:
“I am only a human: if I command you to do something in your religion, then take it; but if I tell you to do something based on personal opinion, then [realize] that I am only human,” and in another narration, “Yet if I inform you of something from Allah, then do it, for indeed I will never convey an untruth on behalf of Allah Mighty and Majestic,” and in yet another narration, “You know better of your worldly affairs.” (Sahih Muslim, Sunan Ibn Maja, Sahih Ibn Hibban, Musnad Ahmed)

c. 3rd
‘Hadis palsu’ i.e. about ‘terung’, labu, ‘ikan/kepala ikan’, ‘ayam putih’, ikan tak boleh makan dengan daging’..

3. Common exploitation of religion (claiming that Islam /RasulAllah s.a.w. promotes …) by some ‘ustaz’s

a. Kismis dibaca quran
b. Air dibaca quran
c. Susu unta

The ‘ustaz’s/doctors can claim that ‘kismis’ is good for memory from his research BUT he/she can’t claim that it is promoted by Islam or by RasulAllah s.a.w. Linking the product with Islam or RasulAllah s.a.w. without authentic evidence is a lie. Surprisingly there are qualified doctors who promote these ‘medicine/medication’ as well!!

Extreme exploitation!

d. Anai-anai makan 30 juzuk mushaf al quran
e. Ayam/serunding yang didengarkan al quran

(Quran is for us to read, understand and TO GUIDE us. Quran is not mean to be eaten or as drinks!)

4. The ruling –‘seeking treatment when sick’ is ‘sunat’ i.e. if we seek treatment when we fall sick, we will be rewarded. If we do not seek treatment, there is no sin on us but we have left what is better to do.

5. Why not wajib? Isn’t it the same as ‘throwing yourself into destruction’?
No, it is not the same. When you yourself ‘DO THE ACTION’/SEEK FOR THE DANGER e.g. ‘smoking’ , then it is ‘throwing yourself into destruction’ = haram
But when you fall sick without you seeking for it, it is not the same as ‘throwing yourself into destruction’. Better for you to seek treatment BUT it is not haram if you wish not to.

6. Ruling on medicine/ treatment from/using ‘non halal’ product

a. In general all products are halal ‘until’ proven ‘not halal’. If ‘syak’ - leave it
b. If no other alternative, use the ruling on ‘darurat’ – permissible for minimal amount needed to survive
c. There is also a ruling – when a ‘non halal’ changed form; it is not considered as ‘it’ original ruling. e.g. faeces use as fertilizer for ‘pokok pisang’, the ‘pisang’ is ok to eat.
d. Not all that is haram is ‘najis’. e.g. silk is haram for men but it is not ‘najis’


7. Rukyah. Using Bismillah, surah, doa or other ‘jampi’ is ok ONLY if there is NO SYRIK wordings. Using ingredient such as ‘some kind of leaves or black paper or etc. which is KNOWN to be dislike by the ‘jin’ is ok. Just like any other creations (just like us) there are certain ‘odours’ or ‘sounds’ that the jin dislike/hate or can’t stand (although these ‘ordours’ and ‘sounds’ has no effect on us). However using ‘bigger/stronger jin’ to overcome ‘small/weaker jin’ is not allowed!


8. How should a Muslim doctor advise a dying non-Muslim patient about seeking spiritual help?
Answer: Give a general encouragement e.g. ‘Pray to God. May He cure you/make it easy for you.’


JazakAllahukhir for reading.

Sunday, July 21, 2013

Tentang 'Waqaf'...

Selama ini, saya tidak pernah tahu perincian mengenai WAQAF. Kefahaman dangkal dan agak mendatar itu sering membawa saya kepada fakta-fakta yang menimbulkan konflik apabila kita bercakap tentang berlumba-lumbanya pihak tertentu mencipta keuntungan tanpa mempedulikan nasib sebahagian individu yang masih dicengkam kesusahan dan kemiskinan.

Antara perbahasan yang pernah saya bincangkan dengan panjang lebar ialah tentang skop ibadah haji yang begitu 'hebat' dikomersialkan sehingga 'mengorbankan' sebahagian peluang individu untuk menunaikan haji kerana perlu memberi laluan kepada syarikat-syarikat tertentu yang menawarkan pakej mewah dengan bayaran berlipat kali ganda. Lebih mendukacitakan apabila dana yang disimpan sebahagian besar oleh bakal-bakal haji dilaburkan untuk tujuan komersial serta pulangan diberikan dalam bentuk dividen, yang mana wujudnya sama seperti syarikat-syarikat pelaburan konvensional.

Berbalik kepada isu WAQAF atau dikenali sebagai ENDOWMENT di kalangan bukan muslim; konsep waqaf sebenarnya merupakan sedekah jariah KEKAL yang diinfakkan untuk kegunaan jangkapanjang serta dimanfaatkan untuk masyarakat sejagat.

Secara umum infaq harta dibahagi tiga iaitu sedekah (dirujuk sebagai untuk kegunaan one-off dan boleh dipindah milik), zakat (sedekah wajib) dan satu lagi waqaf (sedekah kekal). Umum memahami wakaf biasanya dirujuk kepada harta kekal seperti tanah,bangunan dan peralatan serta sebagainya namun dari tazkirah yang saya dengar sebelum ini; ianya juga meliputi kepada dana tunai yang dikumpul dimana jumlah yang telah dikumpul tersebut di'lock' dalam skim simpanan (umpamanya simpanan tetap) / pelaburan tertentu yang mana hanya hasilnya boleh digunakan untuk manfaat masyarakat.

Universiti ternama dunia seperti Universiti Oxford, Universiti harvard dan AlAzhar; turut memanfaat skim waqaf. Universiti Harvard umpamanaya, dilaporkan mempunyai puluhan billion USD yang merupakan dana waqaf (endowment) untuk pengurusan universiti berkenaan. Begitu juga institusi seperti Mayo clinic dan Cleveland Hospital yang turut memanfaatkan konsep waqaf dalam pentadbirannya. Di Malaysia, klinik AnNur KPJ merupakan satu-satunya institusi swasta di Malaysia yang melaksanakan konsep waqaf dalam menjalankan aktiviti perubatan secara percuma kepada masyarakat.

Fokus waqaf sebenarnya sangat luas. Kewujudannya didorong oleh hati-hati yang ikhlas menginfaqkan harta demi untuk mendekatkan dirinya dengan Allah SWT serta memaksimakan kebaikannya sesama manusia. Antara contoh-contoh yang telah ditunjukkan oleh pakar dalam bidang berkenaan termasuklah pembinaan masjid yang dibina atas dana waqaf, pembinaan sebuah bandar seperti di Turki, pembangunan pusat pelancungan di Turki, Bazar tempat membeli belah, restoren yang menyediakan makanan percuma kepada orang ramai, pusat rehat untuk musafir (seperti R&R di lebuhraya Malaysia), hospital/ klinik, jalanraya serta sekolah-sekolah dan universiti.

Dalam konteks ini juga saya terfikir tentang entiti ibadah haji yang memerlukan pelbagai prasarana untuk membantu ibadah tersebut disempurnakan. Ianya termasuklah pengangkutan, hotel tempat kediaman, kemudahan pengangkutan serta keperluan makan dan minum. Berdasarkan sejarah penubuhan pengurusan haji yang begitu lama di negara kita, pasti dana pelaburannya begitu banyak. Saya terfikir pula, andai dana keuntungan tersebut dimanfaatkan menurut konsep waqaf, bayangkan betapa banyak hotel-hotel yang dapat dimiliki menerusi konsep ini seterusnya digunakan untuk kegunaan jemaah secara percuma, begitu juga dengan khidmat katering, perubatan dan kemudahan pengangkutan. Bayangkan pula, betapa hebatnya pulangan pahala dan ganjaran dari Allah SWT... subhana Allah...

Wednesday, July 17, 2013

10 Descriptions of the Disbelievers Hearts in the Quran


1. Sickness/Illness –



[Surah Al Baqarah Ayah 10]

2. A seal that isn’t completely closed for good –



It has a possibility of coming off because from some of these types of people is some that will think and ponder and return to their Master in repentance.

[Surah Al Baqarah Ayah 7]

3. A seal that is completely closed off -
َ



[Surah Al Munaafiqoona Ayah 3]

4. Tightness/Narrowness/Constriction–
ِّ


Whoever Allah misguides their chest becomes tight and he feels restricted as though he was climbing a mountain. As you go higher up the air is thinner so it is difficult to breathe and it becomes increasingly uncomfortable. This is used to depict how the unbeliever feels a feeling of great discomfort when religion is mentioned.

[Surah Al An’aam Ayah 125]

5. A sense of self-worth/prejudice - the gang mentality of ignorance [racism, nationalism etc.


Something you are very protective over and take great pride in. Like an elite restaurant can't possibly allow entrance to someone dressed like a beggar.


[Surah Al Fath Ayah 26]

6. Denial -


[Surah An-Nahl Ayah 22]

7.Leaving and turning away–
ُ

Their hearts turned away from the deen/truth.



[Surah At-Tawbah Ayah 127]

8.Hardness -


[Surah Az-Zumar Ayah 22]


9.Dead/No life –
 ََ


[Surah Al-An’aam Ayah 122]

10.
- In the Arabic Language it means rust on top of something
. It is used to describe a blackened heart due to sins that forms a covering.

[Surah Al Mutaffifeena Ayah 14]

Tafseer Al Qurtubi
Abu Ezra ٔاَبوُعَزيْرُ

http://qurangems.com/wp-content/uploads/2013/07/10-Descriptions-of-The-Disbelievers-Hearts-PDF.pdf

Sunday, July 14, 2013

Bakal-bakal Haji ...moga dipermudahkan Allah perjalanan..

Saya kongsikan di sini beberapa tips dan nasihat untuk semua bakal-bakal haji yang bakal berlepas selepas hari raya aidilfitri nanti, insyaaAllah.

1. Persediaan untuk beribadah PERLU bermula sekarang. Banyakkan amalan berzikir, membaca alquran serta solat-solat sunat. Persediaan tersebut insyaaAllah membolehkan bakal haji menjalani rutin harian yang agak lama ketika di Tanah Suci tanpa membazirkan masa dengan amalan yang sia-sia.

Jangan sesekali berharap keajaiban akan berlaku ketika berada di Tanah Suci iaitu kemampuan beribadah dengan penuh khusyu' atau meenjalani perubahan melakukan ibadah lebih baik apabila di sana seandainya TIADA persediaan yang dilakukan.

Latihlah diri untuk sentiasa meniatkan apa sahaja yang dilakukan sebagai ibadah IKHLAS kerana Allah.

Ketika berada di Tanah Suci, buatlah jadual harian sebaik-baiknya untuk mengisi waktu sepanjang berada di sana. Contohnya, khaskan waktu berzikir, mebaca alquran serta solat sunat. Sebaik-baiknya pergilah melakukan ibadah berkenaan di masjid Nabawi (ketika di Madinah) atau masjidil haram (ketika di Makkah).

Elakkan bercakap yang tidak perlu, elakkan juga tidur atau rehat sepanjang hari tanpa sebarang aktiviti khusus.Elakkan juga berbelanja berlebihan dan juga barangan yang tidak perlu.

Rakaman kuliah agama dalam bentuk MP3 yang disediakan sebelum ke Tanah Suci adalah sangat membantu untuk mengisi waktu lapang.


2. Amalkan semua ibadah khusus sebagai amalan yang difahami serta ditadabbur dan dihayati. Jangan lakukan ibadah sekadar menurut (lurus bendul) tanpa difaham. Khusyu' dan juga tertib dalam melakukan ibadah termasuklah memahami setiap bacaan dan perlakuan, begitu juga lafaz dan juga makna-makna serta iktibar di sebaliknya.

Jangan keterlaluan menumpukan isu-isu pada haram, halal atau perkara-perkara yang menyebabkan ibadah umrah/haji/ solat menjadi batal atau tidak sah sehingga membuat tanggapan ibadah-ibadah tersebut sebagai sangat payah dan berat untuk dilakukan. Fokus ibadah perlu difahami, jangan sekali-kali mengikut-ikut tanpa jelas dan faham apa yang dilakukan.

Elok juga jika jemaah bakal haji menyediakan sasaran yang ingin dicapai sebelum ke Tanah Suci, contohnya menetapkan azam khatam alquran sebanyak 2 kali, menghabiskan bacaan buku hadith terjemahan, puasa Isnin Khamis mengikut kemampuan, umrah sebanyak sekurang-kurangnya dua kali dan bersedekah sebanyak 500 riyal kepada mereka yang memerlukan.

Bagi yang merokok, berhentilah merokok dari sekarang. Cuaca dan keadaan di Mekah terutamanya yang agak berhabuk, kering serta kepadatan bakal haji dari seluruh dunia menyebabkan udara mudah tercemar dengan kuman tertentu. Menghisap rokok menyediakan lagi peluang paru-paru terus rosak atau dijangkiti dengan kuman berbahaya.

3. Situasi udara berhabuk serta kesesakan bagi saya perlu ditangani secara baik. Pakailah penutup hidung seperti mask bagi lelaki atau niqab/ purdah bagi wanita atau penapis udara yang diletakkan di dalam liang hidung untuk mengelakkan diri dari pendedahan kepada udara yang tidak begitu sihat.

Bagi yang mendapat jangkitan kuman pada hidung dan tekak seperti batuk berkahak, selsema dan demam; elok berehat dan banyakkan minum air serta mengambil vitamin C.

Bagi yang alami batuk berkahak dan selsema, jangan ludahkan kahak atau membuang hingus ke dalam tong sampah yang disediakan untuk sampah. Bawalah tisu/ sapu tangan serta plastik kecil untuk membuang atau meletakkan tisu dan sapu tangan yang mengandungi kahak dan hingus serta dibuang atau dibersihkan secara berhemah dan baik tanpa mendedahkan cairan itu kepada masyarakat awam. Atau, keluarlah sekejap ke tandas atau bilik air untuk membersihkan hidung dan mulut serta tangan.

Sesungguhnya meludah dan membuang kahak ke dalam tong sampah terutama di dalam surau, masjid dan juga tempat makan adalah perbuatan yang tidak sopan dan tidak higenik. Seandainya individu tersebut mendapat tuberkulosis (batuk kering), meludah ke dalam tong sampah atau di sekitaran tanpa peduli bakal haji sekeliling meningkatkan risiko jangkitan kepada jemaah lain.

4. Jangan bawa keperluan pakaian yang berlebihan. Tiga pasang untuk pakaian luar (iaitu untuk ke masjid dan berada di luar hotel kediaman) dan 2 pasang untuk pakaian tidur/ rehat adalah mencukupi. Selain itu, bawalah tuala mandi yang tidak terlalu besar (memadai saiznya) serta kain sarung 2 helai. Seandai jumlah yang disyorkan tidak cukup, tuan/puan sentiasa boleh membelinya di kedai-kedai berkenaan sama ada di Madinah atau Mekah.

Elakkan juga membawa beg terlalu besar dan tidak stabil sehingga menyusahkan untuk dibawa/ dialihkan dari satu tempat ke satu tempat. Jika tiada pengalaman, berkongsilah dengan mereka yang biasa melakukan perjalanan di dalam atau ke luar negara iaitu bagaimana memilih beg pakaian yang sesuai. Bagi jemaah berusia lanjut, bantuan anak-anak sangat diperlukan. Beg yang besar juga menyebabkan ruang dalam bilik hotel menjadi 'penuh' serta mengurangkan ruang berehat/ berjalan.

5. TIDAK PERLU mandi dan membasuh pakaian setiap hari. Cuaca di Arab Saudi panas dan kering; pakaian dan badan biasanya tidak berbau seperti yang kita alami di Malaysia. Saya juga mengesyorkan bakal haji untuk menggunakan perkhidmatan dobi yang disediakan dikebanyakan hotel kediaman; keadaan ini membolehkan air dijimatkan serta tidak menyusahkan jemaah haji lain yang ingin menggunakan bilik air. Bagaimanapun, pakaian dalam jika boleh perlu dibersihkan sendiri; namun jangan sesekali disidai di tempat awam.

Bawalah penyangkut baju biasa dan juga penyangkut berbentuk 'S' serta tali untuk menyidai tuala dan juga pakaian yang telah dibasuh. Hormati hak jemaah lain, JANGAN sesuka hati menggunakan baldi, sabun serta hanger (penyangkut baju/ penyepit) jemaah lain tanpa izin dan kebenaran. Begitu juga dengan selipar, kasut, cawan, sudu dan apa sahaja keperluan, Mintalah izin terlebih dahulu dari pemilik barang berkenaan.

6. Untuk keperluan di Arafah dan Mudzalifah serta Mina, jemaah haji dinasihatkan menggunakan beg galas seperti beg sekolah (knapsack) yang mudah diletakkan di bahagian belakang badan. Saya tidak pasti beg yang akan disediakan oleh tabung haji atau syarikat pakej untuk musim haji kali ini, namun andai beg yang sama seperti tahun lepas iaitu beg 5 kg; ianya sangatlah TIDAK SESUAI. Ini kerana, bas yang disediakan tiada kemudahan tempat menyimpan beg. Jemaah perlu memangku beg masing-masing. Bagi jemaah berusia atau alami masalah fizikal, mereka menghadapi masalah di dalam bas iaitu kedudukan badan yang mudah jatuh serta tiada siapa yang dapat membantu sebaik-baiknya kerana laluan dalam bas yang sempit serta menyukarkan seseorang berjalan dengan membawa beg 5kg tersebut.

Ketika di Arafah, Mudzalifah dan Mina juga, jemaah haji digalakkan tidak membawa pakaian berlebihan, CUKUP satu beg sahaja. Ini kerana khemah di Arafah dan Mina agak sempit, jemaah akan tinggal di khemah bersama beg masing-masing. Jika beg yang dibawa lebih dari satu, ruang untuk berehat akan menjadi terlalu sempit serta tidak selesa untuk berehat dan beribadat.

Jemaah juga digalakkan membawa pakaian dalam pakai-buang (disposable) secukupnya serta membawa sprayer (penyembur air) untuk berwuduk. Elok juga membawa plastik sampah untuk membantu mebuang sampah yang bersepah di samping memastikan sampah kita sendiri dibuang dengan baik. Juga di Mina, elakkanlah berkahak/ meludah di merata-rata tempat dan juga jangan membuang kahak/ ludah di dalam tong sampah.

7. Bergeraklah dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tenang. Jangan berebut-rebut serta menolak sesama sendiri. Penggunaan lif contohnya; lebih baik jika setiap jemaah dapat beratur serta mendahulukan mereka yang uzur.

Sebaik-baiknya juga, jemaah lelaki dan wanita perlu mempunyai sifat MALU antara satu sama lain. Andai sesuatu lif sudah dipenuhi jemaah wanita, harapnya jemaah lelaki tidak bertolak-tolak ingin juga masuk sehingga bergesel dan berlanggar dengan wanita-wanita yang bukan mahramnya.Begitu juga dengan jemaah wanita, jangan menyerbu lif yang sudah dipenuhi jemaah lelaki. Ingatlah bahawa ketika di Tanah Suci, niat kita semua adalah untuk beribadah. Jangan dicemari dengan perlakuan yang tidak mencirikan ibadah haji itu sendiri.

Bagi yang masih bertenaga, gunakanlah kemudahan tangga. Berikanlah laluan bagi yang memerlukan menggunakan lif.

Ketika di masjid, jangan bertumpu dekat dengan pintu utama. Teruskan laluan hingga ke saf yang paling depan sekiranya available. Jangan sesekali berdiam/ duduk di tempat yang merupakan laluan kepada jemaah haji yang lain. Berkongsilah tempat solat, jangan 'punyakan' kawasan sejadah kita seorang diri. Pastikan saf dirapatkan kaki ke kaki; bahu ke bahu.

Bertanyalah pada jemaah lain jika tidak pasti atau tidak tahu laluan ke sesuatu tempat.

8. Para suami dan isteri disyorkan untuk sentiasa menjaga adab dengan jemaah sebilik masing-masing. Setiap suami dan isteri dinasihatkan mempunyai telefon bimbit masing-masing untuk saling berkomunikasi. Jangan berkomunikasi sesama sendiri melalui orang tengah (jemaah lain) sehingga kadang-kadang menimbulkan situasi yang tidak selesa dan salah faham. Di Arafah dan Mina, khemah yang menempatkan jemaah wanita BUKAN merupakan bilik peribadi mereka sehingga boleh diselak tirai atau pintu sesuka hati untuk memanggil isteri masing-masing. Bukan sekali dua insiden di mana tirai khemah wanita disingkap oleh para suami yang mencari isteri tanpa mempedulikan jemaah wanita yang sedang berehat dan berpakaian tidak formal (ketika itu ada yang membuka aurat).

9. Para jemaah bakal-bakal haji lelaki dan wanita juga disyorkan untuk menjaga adab pergaulan sesama sendiri. Menjaga komunikasi, dan juga batas-batas aurat yang sepatutnya sentiasa dipelihara sepanjang tempoh berada di Tanah Suci, terutama ketika berada di hotel kediaman. Tipsnya mudah, bagaimana aurat kita di dalam solat, demikianlah juga apabila kita berhadapan dengan individu yang bukan mahram.

10. Pek makanan yang disediakan biasanya lebih dari mencukupi; begitu juga air minuman yang disediakan. Jemaah haji disyorkan sentiasa bersyukur dengan makanan yang dihidangkan. Jangan berebut-rebut sehingga membawa pertelingkahan. Kedai-kedai berhampiran banyak menjual makanan dan minuman, terpulang kepada jemaaah untuk memilih. Namun, pek yang disediakan tabung haji memadai dan mencukupi. Alhamdulillah..

11. Saling bertolak ansur menggunakan bilik air. Pada waktu puncak, jangan pula sibuk membasuh baju, ianya sangat menyusahkan jemaah lain yang memerlukan tandas dan bilik air pada waktu berkenaan.

Di Arafah dan Mina; keperluan tandas sangat kritikal. Bilangan tandas sangat terhad. Keadaan lebih terhad ketika di Mina, mungkin perlu beratur sehingga 2 hingga 3 jam untuk masuk ke tandas. Di sini banyak menguji kesabaran. Ada individu yang tidak mampu bertahan sehingga 'rasa tidak kisah' memotong barisan. Namun perlu saling bertolak ansur, dan doa moga Allah bagi diberi kesabaran. Seboleh-bolehnya, berilah laluan pada mereka yang tua dan uzur. Bayangkan bagi mereka yang sudah tua, tidak mampu berdiri lama, badan 'bergoyang-goyang' serta alami masalah buang air tidak lawas..

12. Bawalah bekalan ubat secukupnya iaitu ubat untuk demam (paracetamol/ panadol), sakit kepala/ badan/ urat (ponstan/ voltaren dan sebagainya), ubat sapu untuk legakan sakit badan (Voren/ flanyl/ koyok ubat tahan sakit), ubat batuk dan selsema, ubat sakit perut (buscopan/ ORS), krim antiseptik, minyak gamat dan bekalan antibiotik (untuk demam selsema). Mereka yang mempunyai penyakit kronik, pastikan bekalan ubat cukup untuk tempoh sepanjang berada di Tanah Suci.

Bagi yang memakai cermin mata, dinasihatkan menyediakan cerminmata simpanan (reserved spectacles) disamping cerminmata yang biasa dipakai. Andai berlaku sesuatu kepada cerminmata yang dipakai, saya difahamkan kos membuatnya sangat tinggi di Arab Saudi (wallahua'lam).

13. Semasa saya berada di sana, sering kami dinasihatkan untuk menjaga kesihatan. Ya, berdasarkan pengetahuan perubatan dan juga syor-syor kesihatan, terdapat langkah-langkah untuk mengelak dari mendapat penyakit tertentu. Namun, sesungguhnya sihat itu sebenarnya adalah anugerah dan kurnia Allah SWT. Pengalaman saya sebagai seorang doktor perubatan, betapa kadang-kadang saya juga terlupa hingga 'bergantung' pula pada fakta dan ilmu serta akal fikiran sendiri...dengan harapan kita sihat dan terhindar dari sakit...padahal hakikat kebergantungan yang mutlak sepatutnya disandarkan pada Allah Al Wakil sahaja. Kita hanya mampu lakukan usaha, namun sihat itu hanya datang dengan izin Allah.

Oleh itu, jangan mengeluh jika didatangi pelbagai sakit atau keadaan yang tidak diduga, namun jangan putus-putus berdoa semoga Allah sentiasa anugerahkan kesihatan yang memudahkan ibadah haji dilakukan.

14. Jarak perjalanan berjalan kaki untuk melontar jamrah pada anggaran saya ialah kira-kira 7 km. Ditambah dengan kesesakan jemaah yang tertumpu disitu mungkin juga gangguan emosi/ fikiran akibat keadaan yang kurang selesa di khemah mahupun keperluan menggunakan bilik air/ tandas; mungkin sedikit sebanyak menguji kekuatan minda dan fizikal para jemaah.
Di Mina, JANGAN PUTUS-PUTUS berdoa untuk dianugerahkan Allah kesihatan yang optima serta kemampuan berjalan jauh tanpa sebarang kesukaran. Habiskanlah masa selain pergi melontar dengan zikrullah, membaca quran serta bercakap perkara yang baik-baik. Di Mina juga, jangan sesekali mengeluh tentang makanan, insyaaAllah jemaah dinasihatkan memakan apa sahaja yang disediakan.

15. Ibadah Haji adalah ibadah yang dilakukan secara jama'i (beramai-ramai). Elakkanlah budaya mementingkan diri sendiri atau kelompok/ kumpulan masing-masing, saling berebut-rebut serta tidak mengendahkan individu lain yang mungkin turut memerlukan kerjasama sesama kita. Dalam masa yang sama, jangan pula ada yang menggunakan kebaikan orang lain tanpa memikirkan kesusahan yang ditanggung oleh individu berkenaan. Contohnya meminta jemaah lain mencarikan beg yang hilang tanpa dirinya turut berusaha mencari beg berkenaan.

16. Jemaah yang berusia, uzur dan menghidap penyakit kronik, saya mohon agar tuan/puan meminta kebenaran pihak Tabung Haji untuk membawa anak-anak/ mahram yang mampu menguruskan mereka ketika berada di Tanah Suci. Satu kelebihan juga membolehkan anak-anak mereka/ mahram menunaikan haji pada usia muda. Pemerhatian saya, sebahagian besar jemaah haji uzur dan tidak berdaya mengalami masalah sama ada fizikal, emosi dan juga fikiran ketika berada lama di Tanah Suci.

17. Sepanjang musafir dan rutin melaksanakan ibadah haji...Walau apa dan di mana jua tuan/puan, sdr/i berada di Tanah suci, jangan sesekali diabaikan solat fardhu. Ikutlah nasihat para pembimbing haji, dan yang utama pastikan urusan berkaitan solat disempurnakan sebelum memulakan langkah atau sebarang aktiviti ketika di sana. Saya secara peribadi berasa sedih apabila ada di kalangan jemaah yang tidak menjaga solat pada waktunya; ini ketara ketika 'ibadah jamrah, pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain serta semasa dalam penerbangan balik ke Malaysia.Semasa dalam penerbangan, jemaah boleh mengambil wudhu' dengan meminimakan basuhan ke atas anggota wudhu, seperti menggunakan kain lap/ penyembur (spray). Anak-anak kapal sepanjang pengalaman saya sangat membantu dan dalam kapalterbang yang saya naiki, mereka menyediakan ruang dalam kabin untuk jemaah menunaikan solat; malah pilot kapalterbang sendiri mengisytiharkan sudah masuk waktu sesuatu solat fardhu.Sesungguhnya solat adalah taklif dalam waktu yang ditentukan. Tidak ada qadha' kecuali pada uzur syari'ie; dan menurut pandangan agamawan secara sahihnya; TIDAK ada apa yang disebut solat menghormati waktu.

18.Akhir sekali, saya berdoa moga tuan/puan bakal haji diberi Allah kekuatan dan kemudahan dalam beribadat serta mendapat haji yang mabrur. Tingkatkan kesabaran dan terus bersabar, serta tumpukan fokus dalam ibadah, jangan pula 'tenggelam' dengan isu sesama jemaah sehingga melupakan tujuan sebenar ke Tanah Suci. Allahul Musta'an