Highlights -
Air tasik kering kontang


UDAIPUR - Tasik yang terdapat di sekeliling Hotel Lake Palace di Udaipur, India kering berikutan cuaca panas, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum ini, hotel mewah dengan kapasiti 83 bilik itu terkenal sebagai destinasi santai selebriti seperti Madonna dan bekas suaminya Guy Richie, aktres Nicole Kidman serta Mick Jagger.
Namun, musim kemarau yang melanda India menyebabkan hotel ternama di negeri Rajasthan itu terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk membawa penginap.
"Kami tidak lagi menggunakan bot seperti dahulu," kata pemilik hotel berkenaan, Lakshyaraj Singh Mewar.
"Tasik Pichola tempat hotel ini dibina kering berikutan hujan sedikit pada tahun lalu dan pengambilan air tasik untuk bekalan air minuman," tambahnya.
Turut terjejas adalah bandar Udaipur yang digelar Venice Timur di mana 2.5 juta penduduknya bergantung sepenuhnya kepada sektor pelancongan untuk menyara hidup mereka.
Hotel Lake Palace menjadi terkenal setelah ia disiarkan dalam filem James Bond, Octopussy pada 1983Wednesday, July 15, 2009
Role Model
Itu bukanlah sesuatu yang luarbiasa untuk dikongsikan. Cumanya, salah satu perbincangan di meja bulat; satu isu yang diutarakan oleh penceramah jemputan ialah tentang "Role Model". Menurut penceramah, konteks pendidikan hari ini melupakan peranan "Role Model" atau ikon yang menjadi fokus sebahagian besar pelajar. Beliau kemudiannya meminta kami sama-sama memberikan pendapat tentang kepentingan "Role Model".
Lalu bangunlah seseorang individu...antara kata-katanya, "Saya tidak perlukan "role model", saya tidak pernah percaya pada role model. Pada saya, jika saya ada "role model" itu maknanya adalah mustahil saya akan mencapai kecemerlangan dan saya tidak akan muncul sebagai yang No.1".
Saya agak terkejut dengan pendapat ini..bercampur-campur dalam fikiran dan emosi; seingat saya dahulu, saya sering menjadikan guru-guru saya sebagai role model/ ikon untuk saya contohi. Apa pula pendapat anda?
Thursday, July 9, 2009
Adab Berjamu...
Dalam apa jua majlis, wajarnya kita menghormati tetamu yang hadir, bakal hadir serta tuan rumah/host yang 'mempengerusikan' majlis berkenaan. Cumanya, ingin sekali saya berkongsi tentang beberapa pengabaian adab berjamu yang pada saya kadang-kadang menimbulkan kegusaran.
Makanlah seadanya; mengikut keperluan serta menghormati adab. Bagi saya, jika biasa kita makan dalam 'dos' tertentu; ambillah jumlah makanan mengikut serving yang menjadi kebiasaan; jangan pula 'ditamakkan' mengambil bahagian yang di reserve kan untuk orang lain yang bakal datang; apatah lagi jika kita ketahui hidangan agak terhad. Adapula yang teragak-agak mengambil hidangan....diceduk sedikit-sedikit; sehingga melemaskan mereka yang beratur panjang. Adapula yang mencium-cium makanan yang dihidangkan...dan adapula yang mencuit sedikit makanan dengan jari untuk merasa sedikit makanan yang dihidangkan.Ada pula yang mengambil diluar kemampuan tuanpunya badan yang mengambilnya.
Adapula yang merungut, jika hidangan tidak menepati seleranya; ada pula yang laser menegur jika ada yang berminat untuk menambah hidangan (selepas dipastikan memang ada yang berlebih).
Yang paling penting, jangan ambil hak orang lain dan jangan membazir untuk dimakan syaitan.....
Wednesday, July 8, 2009
Harta Intelek
Sering juga kita sama2 mendengar tentang budaya menciplak dan menempel sesuatu karya atau mungkin juga proposal atau apa sahaja yang kini sudah menjadi sesuatu yang bukan luar biasa.
Keperluan pempatenan sesuatu produk dijadikan pula penanda aras kebolehan seseorang dalam bidang penyelidikan dan seterusnya meraih hasil yang menjana ekonomi.
Saya sekadar ingin berkongsi...inteleknya sesuatu minda itu milik siapa sebenarnya? Apabila keupayaan minda dihartakan serta ditumpukan pula objektifnya kepada perkara-perkara yang merangsang perasaan hebat. Saya tertarik dengan buku hasil tulisan individu yang terserlah keilmuannya dalam bidang pengkhususannya. Penulis terus terang menggalakkan fotostat dilakukan demi perkongsian ilmu....sesuatu yang belum pernah saya temui dalam dunia moden hari ini.
Sunday, July 5, 2009
Memfokus kepada imej yang yang positif..
Dalam konteks ini juga, jika kita kaitkan pula dengan perlakuan negatif seperti ketagihan bahan terlarang dan apa jua yang boleh dimanakan...ianya juga melalui mekanisma 'enhancement' yang sama; sehingga menyebabkan berlakunya fenomena 'craving'.
Saban waktu jika kita terkejut dengan pelbagai outcomes mendukacitakan hasil dari perlakuan negatif, ia bermula dari pilihan terhadap nilai yang difikir 'menyenangkan' tetapi tidak mendalam kepada fokus kepada nilai baik yang sebenar (menurut relatif yang disarankan di dalam Alquran).
Sejak beberapa hari ini saya hadir dalam pelbagai majlis ilmu yang membimbing untuk membina perlakuan positif dan baik. Cumanya, satu perkara unik terhadap insan seperti Tony Buzan dan Edward De Bono, mereka ini memfokuskan bimbingan mereka dalam konteks menambahbaik diri individu yang mendengarnya tanpa sedikitpun mencelahkan dengan simbol atau konotasi yang berupa 'judgemental' terhadap mereka yang mempunyai pemikiran atau perlakuan negatif. Dalam beberapa pengucapan seperti pemenang Nobel laurette dan sebagainya, mereka yang terlibat juga tampil dengan imej serupa.
Dalam satu majlis lain, saya terpegun bila susunan imej jenazah dengan pelbagai imej ngeri dipertontonkan kepada pendengar sebagai pengajaran dari aktiviti berlumba secara haram...keadaannya dipertonton tanpa imej 'anonymous' (wajah yang sebenar ketika meninggal dunia); demikian juga imej anak-anak remaja yang disusun bergambar dengan pelbagai kesalahan dadah dan sebagainya. Saya termenung kerana keliru dengan tujuan penceramah....perlukah kita membuka keaifan orang lain demi mendorong pemikiran dan perlakuan yang positif? Moga hidayah Allah bersama-sama kita.....
Friday, July 3, 2009
Mengukur nilai taqwa...
Apapun, saya menghargai di atas usaha yang telah dibuat untuk memahamkan kami dengan apa yang diajar.
Cumanya saya agak terpegun juga apabila melihat satu kajian yang memaparkan satu konstruk yang cuba mengukur nilai ketaqwaan menggunakan program AMOS ini. Dalam contoh-contoh lain diutarakan kontruk kepuasan pelanggan, persepsi terhadap boss, tentang cinta dan beberapa lagi.
Betul atau tidak modus pengukuran tersebut....sebetulnya menyebabkan saya mengambil masa untuk memikirkannya semula....
Tuesday, June 30, 2009
Membaca dengan berkesan
Aktiviti membaca sebenarnya merupakan satu aktiviti yang kita lakukan dengan objektif dan minat tertentu. Pernahkah kita ambil peduli, berapa peratus dari apa yang kita baca mampu kita kelaskan sebagai pembacaan yang berkesan? Menurut Buzan, pembacaan boleh dibahagikan kepada tujuh taksonomi...yang mana kesemuanya perlu dikuasai sebelum kita mampu menguasai pembacaan dengan berkesan.
Taksonomi pembacaan yang berkesan termasuklah:
1. Mengenalpasti katakunci yang penting melalui perkataan unik ataupun simbol tertentu.
2. Assimilasi - menyisihkan/memilih perkataan untuk tujuan difahami
3. Comprehend - memhamkan fakta dalam konteks artikel atau bahan bacaan berkenaan
4. Understand - memahamkan fakta dengan menghubungkaitkannya dengan artikel-artikel lain yang mempunyai tema yang sama/ hampir sama.
5. Retention - memuatkan fakta secara sistematik untuk kekal diingat di dalam minda
6. Recall - mengingatkan semula data melalui tahap kefahaman - comprehend dan understand
7. Communicate - mampu untuk berkomunikasi melalui lisan dan tulisan kepada orang lain; apa jua yang bermanfaat atau isu dengan orang lain.
Sekiranya pembacaan kita tidak dapat menguasai kesemua taksonomi itu, menurut Buzan ianya bukanlah pembacaan yang berkesan.
Sejenak saya berfikir kembali, sesungguhnya banyak pembaikan dalam ibadah melalui pembacaan yang perlu kita lakukan.
"Bacalah...dengan nama Tuhanmu yang Maha Menciptakan" (Al A'laq:1)
Saturday, June 27, 2009
Distinguished appearance
Saya sebenarnya tidak mempunyai jawapan yang 'absolute'; sekadar relatif berdasarkan perkembangan kontemporari. Apa yang penting sebenarnya ialah matlamat sebenar kita dalam melakukan sesuatu perkara. Sesuatu perkara yang bersifat kepentingan diri sendiri biasanya tidak dinamik, berubah-ubah serta tidak meletakkan matlamat jangka panjang. ia juga kadang-kadang dicetuskan dalam keadaan tergesa-gesa tanpa memikirkan impak jangka masa panjang, apatah lagi jika impak tersebut tidak ada kena mengena dengan diri yang melakukannya.Hasil akhirnya, hanyalah tujahan dari kilas tindakan yang tidak memiliki nilai pengislahan ummah dan kebaikan sejagat.
Selain capaian minda dan kemampuan dalam pelbagai kemahiran yg unik sifatnya; ia juga bergantung bagaimana kita menangani sesuatu perkara khususnya pada perkara-perkara tidak formal. Rasanya, jika benar di dalam diri seseorang itu ada kehebatan, ia tidak perlu dicanangkan umpama gendang tin kosong. Sifat ilmuwan itu umpama air yang menyaliri ruang yang tandus. Hikmah kewujudan air dinikmati dengan suburnya tanaman yang ditanam di mana hasil akhir membuahkan hasil yang harum dan mengenyangkan; bukan dengan laungan bertalun-talun tanpa isi yang dapat dimanfaatkan.
Saya agak terpukau sebenarnya dengan presentasi seorang yang bernama Tony Buzan yang begitu terkenal dengan pemetaan mindanya. Satu aspek iaitu fokus (khusyu') dan usaha berterusan memperbaiki melalui self appraisal (muhasabah) ditekankan berulang-ulang dalam sesi mengenai pembacaan yang berkesan itu [...itu sebenarnya telah lama wujud dalam ibadah kita sehari-hari, cuma seringnya saya terlupa mengenainya....] Uniknya pula, di dalam CV yang dibentangkan oleh Pengerusi, tidak menyebut satupun kehebatan Buzan dalam bidangnya tetapi sekadar menyebut dengan penuh low profile apa yang Buzan lakukan di waktu bukan rasminya.....
Wednesday, June 24, 2009
Antara visi dan cita-cita....
Lebih kurang sepuluh tahun dahulu juga...sayapun kurang pasti mengapa setiap organisasi dianggap sangat mustahak untuk mendokumenkan apakah visi dan misinya...bagi saya, cukuplah dengan "terms of reference" serta objektif sesuatu organisasi untuk menyampaikan peranannya dalam masyarakat di ruang "expectation" optima yang diharapkan, dan ia perlu dilakukan menurut amanah serta rasa tanggungjawab terhadap kewajipan agama dan diredhai Allah SWT.
Pada hari ini...secara mudah; visi hanyalah satu cita-cita yang kita harapkan akan dapat direalisasikan selepas julat masa tertentu (timeframe should be determined). Umpama kita bercita-cita untuk menjadi ......ketika di alam kanak-kanak dahulu. Mempunyai visi dan cita-cita merupakan pencetus semangat untuk kita sama2 berusaha.Bagaimana pula untuk mencapainya...itulah antara misi yang perlu disenaraikan sebagai strategi.
Namun, apakah pula implikasinya jika cita-cita kita berubah-ubah? Demikian jika aplikasinya terhadap sesebuah organisasi? It creates 'headache'.....
Tuesday, June 23, 2009
Kak Long dan saya..
Cumanya, sejak beberapa hari lepas saya tidak begitu sihat dengan demam selsema dan batuk. Banyak juga tugasan yang tidak mampu saya siapkan. Sms yang kak long kirimkan sekadar saya jawab seringkas-ringkasnya. Di luar jangkaan saya, kak long datang ke rumah saya untuk berbincang tentang rancangan berkenaan secara terperinci. Ini kali kedua Kak Long dan keluarganya datang ke rumah saya dalam tempoh seminggu, demi untuk menemukan semula kami adik beradik dalam satu majlis.Kata Kak Long, kalau nak harap Raya, tak semua dapat berjumpa dalam waktu yang sama.
Kak Long usianya lebih 15 tahun dari usia saya. Sejak kecil saya memang agak rapat dengannya.Satu kenangan yang masih berbekas dalam fikiran saya ialah semasa Kak long menjaga saya pada usia 3 setengah tahun iaitu ketika ibu saya dimasukkan ke hospital untuk melahirkan adik saya Mahdzir.Saya masih boleh mengingati bagaimana saya asyik melentuk-lentukkan tangannya yang lembut yang pada ketika itu beliau sebenarnya sedang menela'ah buku pelajarannya sambil beliau tidakpun memarahi saya kerana melayan kerenah sebagai kanak-kanak yang entah apa-apa.
Seperti tulisan saya mengenai Bahasa tentang Sastera sebelum ini, kefahaman saya tentang sastera sebenarnya banyak dipengaruhi oleh cerapan saya dengan apa yang Kak Long ikuti dalam pengajiannya dalam bidang Sastera di sekolah menengah dan UKM. Inspirasi Kak Long yang begitu cekal belajar sendiri hingga ke peringkat STPM (saban pagi bangun awal sebelum subuh menolong emak mengisar beras untuk dijadikan kuih apam untuk dijual) dan akhirnya berjaya mendapat tempat ke UKM turut mempengaruhi minda saya untuk bersungguh-sungguh dalam apa jua peluang yang ada. Kak Long jugalah tempat saya mengadu apabila dilanda kesusahan atau diasak masalah emosi semasa belajar di kampus perubatan dahulu.
Begitulah agaknya kelebihan anak sulung berbanding adik-adik yang masih perlu untuk terus bermuhasabah. Cumanya pada usia saya yang genap 40tahun pada hari ini, entah kenapa saya begitu terkesan dengan kesungguhan Kak Long berusaha sedemikian. Buat majlis kali ini beliau sanggup bersusah mendapatkan sebutharga dan datang pula berbincang dengan adiknya (saya) yang sepatutnya melakukan itu semua. Bukan itu sahaja, kak Long sanggup mendahulukan wangnya untuk sebagai pendahuluan menempah tempat yang telah dipersetujui.
Bukankah sepatutnya yang yang lebih muda ini menghadap yang tua untuk meminta pandangan...tetapi karisma Kak Long mengatasi 'self pride'yang nyata begitu menyentuh emosi saya....
Sunday, June 21, 2009
Memahami BAHASA SASTERA
Sebetulnya, saya keliru dengan konsep penggunaan istilah sastera sejak saya kecil dulu. Dahulu, aliran pendidikan secara umumnya di bahagi kepada dua iaitu sains dan sastera...biasanya mereka yang lebih baik pencapaian akademiknya akan mengambil aliran sains manakala selainnya masuk ke aliran sastera.
Apabila bacaan yang dikatakan berunsur sastera dicadangkan kepada saya, biasanya saya mengambil masa yang lama untuk berfikir untuk cuba membacanya berbanding karya yang tidak dikonotasikan sebagai bahan sastera. Apa yang menarik perhatian saya tentang sastera ini ialah ketika perbahasan mengenai kelebihan Alquran berbanding bahan bacaan yang lain semasa saya di bangku sekolah dahulu. Salah satu yang dicirikan ialah tentang bahasa Alquran yang mengandungi nilai bahasa dan kesusateraan yang tinggi serta tidak boleh ditandingi oleh sebarang karya tulisan manusia. Berbalik semula kepada tanggapan sebahagian kita yang mana sering saya terbaca mengenainya iaitu...semakin sukar sesuatu bahan itu untuk difahami dengan selok belok bahasa sastera...makin semakin tinggilah nilai sasteranya.Ianya pula sering dirujuk kepada karya luar seperti Shakespear dan sebagainya.
Saya berpeluang berkongsi pengetahuan mengenai sastera ini dengan Sarjana Sastera di tempat saya bekerja. Sastera sebenarnya merupakan bidang yang memperagakan nilai bacaan/ tulisan yang mempersembahkannya dalam bahasa yang indah, bermanfaat serta menitik bertakan nilai-nilai kebaikan. Begitu mudah dan ringkas tetapi sarat dengan pengertian yang perlu dihayati. Jika itu pengertiannya, maka Alquran itu sememangnya menepati ciri-ciri yang memaparkan kandungan yang terlalu tinggi kesusasteraannya yang tidak boleh ditandingini manusia.
Berpandukan pengertian sebenar karya yang bersifat sastera, mungkin kita semua boleh memanfaatkannya dalam apa jua platform demi kebaikan sesama kita.
Friday, June 19, 2009
Banyaknya lagi ruang yang perlu diisi...
Saya juga berkesempatan mengenali salah seorang pensyarah yang asalnya bukan beragama Islam. Memeluk Islam tatkala berusia 12 tahun. Uniknya, kedua ibubapanya tiada sebarang bantahan malah memberikan tandatangan keizinan. Beliau memeluk Islam selepas mendapat hidayah hasil pergaulannya dengan kawan-kawan yang beragama Islam. Uniknya juga, beliau merupakan the only child dan juga telah membawa kedua-dua ibubapanya turut memeluk agama Islam dengan izin Allah.
Kedua-dua kisah ini sebenarnya membuatkan saya begitu kagum dengan inisiatif mereka yang mendapat hidayah melalui usaha yang agak sukar berbanding saya yang dilahirkan terus berada di dalam keadaan beragama Islam. Ya, banyak sebenarnya usaha yang boleh kita lakukan. Sesungguhnya usaha berdakwah itu terbuka luas untuk kita melakukannya.Kita semua perlu menumpukan usaha dakwah untuk berkongsi rahmat Allah dengan seramai mungkin manusia di dunia ini. Ia patut digandakan...bukan pada usaha mencari kesilapan atau kekhilafan sesama saudara seagama sehingga melemahkan perpaduan sesama ummah.Siapalah kita untuk menghakimkan insan yang lain, hak kita hanyalah berusaha tanpa menjatuhkan hukum kepada sesiapa.
Kukuhnya sesuatu umat adalah dengan perpaduan, yang disatukan hatinya dengan niat kerana Allah; niat selain itu membawa perbalahan/fitnah yang tidak berkesudahan. Pada setiap solat, uniknya semua kita menghadap satu arah ke kiblat yang sama. Mudah-mudahan visi dan misi dalam kehidupan turut diterjemahkan sedemikian demi maslahat Islam dan sejagat.
Tuesday, June 16, 2009
Penambahbaikan itu bermula dengan diri kita sendiri...
Mengimarahkan masjid umpamanya...satu inisiatif yang boleh kita sama-sama lakukan. Demikian juga konsep menjaga kebersihan alam sekitar setempat serta memerhatikan sistem saliran dapat mengalir dengan sempurna tanpa menimbulkan sebarang gangguan yang boleh membawa wabak akibat nyamuk yang banyak membiak.
Dalam banyak keadaan, saya dapati sebenarnya kita memainkan peranan utama dalam apa jua penambaikan bagi memperelokkan keadaan.Yang penting, kita mempunyai usaha dalam menambah kebaikan serta membantu memudahkan sesuatu keadaan.Setiap individu kita mempunyai peranan.
Namun, dalam banyak hal; disebabkan ada yang tidak faham rentak komunikasi atau tidak menyedari kewujudan sesuatu sistem menyebabkan sesuatu keadaan yang tidak disenangi ditangani dengan komen air liur serta kata-kata yang tidak membawa apa-apa yang konstruktif.Ada pula yang bertindak di luar lingkungan praktis yang menyusahkan orang lain. Ia bukan sahaja mengeruhkan keadaan, malah menyebabkan sesuatu perkara menjadi rumit...lalu menyebabkan penyelesaian yang diharapkan tidak ke mana.
Sunday, June 14, 2009
Fikiran positif versus Fikiran negatif
Dalam satu ceramah yang saya dengari, penceramah mengemukakan contoh antara pemikiran positif dan negatif.
Beliau bertanya kepada pendengar,"tebang pokok...mengapa kita tebang pokok". Beliau terus bertanya kepada pendengar...namun tiada respons. Beliau kemudian memberi contoh di Brazil di mana penduduknya membuat tunjuk perasaan di jalanraya untuk menghalang industri pembalakan di negara itu. Menurut penceramah, usaha kerajaan negara itu tidak berjaya untuk meyakinkan penduduknya mengenai kesan positif hasil dari pembalakan terhadap ekonomi. Akhirnya datanglah Edward Bono memberikan saranan kepada Kerajaan Brazil. Menurut Edwards Bono, memberikan alasan ekonomi atau manfaat dari aktiviti penebangan balak adalah merupakan pemikiran negatif.
Apa pula yang positif? Sambung penceramah, pemikiran yang positif akan memberikan idea berikut.Mengikut cadangan Bono, kita tak boleh tebang balak kerana balak itu tidak boleh dicabut. Menurutnya, selepas idea Bono itu disampaikan kepada penduduk Brazil; tiada lagi tunjuk perasaan yang dilakukan membantah aktiviti pembalakan.
Secara terbuka dan jujur, saya tidak bersetuju dengan pemikiran demikian. Ia hanyalah manipulasi kata-kata untuk membenarkan satu pihak meneruskan apa jua agenda tanpa melihat isu tersebut secara keseluruhannya. Atau juga, satu escapism bagi melayakkan seseorang/ sesuatu pihak untuk 'memperbodohkan' orang lain dalam suasana yang terhormat.
Pemikiran positif atau negatif sebenarnya bergantung kepada niat seseorang. Ada masanya matlamat tidak menghalalkan cara, ada juga matlamat negatif di approach melalui cara yang dirasakan menepati kehendak syari'i. Kita perlu merujuk kepada alquran, hadith sahih dan sumber muktabar...bukan kepada sumber selainnya.
Saturday, June 13, 2009
Tentang Kad Kredit
Penggunaan kad kredit yang sekarang ini pula saya lakukan disebabkan tiada yuran tahunan; bagaimanapun segala macam caj yang berkenaan termasuk interest tahunan 18% sama dengan kebanyakan bank2 yang lain. Namun, penggunaannya saya hadkan untuk penggunaan bagi pembelian barang2 keperluan yang memerlukan cash yang banyak atau tatkala ATM gagal digunakan perkhidmatannya. Berdasarkan pengalaman juga, pembelian barang keperluan harian seperti makanan atau minyak kereta seboleh2nya saya elakkan menggunakan kad kredit. Penggunaan kad kredit sebenarnya kadang-kadang memberikan kita gambaran palsu berkaitan tunai sebenar yang ada ditangan. Ia juga mendorong kita membeli barang keperluan tidak perlu serta menggalakkan pembaziran.
Bank yang menyediakan kemudahan kredit ini pula saban bulan mengirimkan brosur hidup mewah dengan menggalakkan penggunaan kad kredit secara berleluasa...yang kadang-kadang menyebabkan sebahagian pengguna memahamina dengan persepsi untuk berbelanja setara dengan saranan carahidup yang diiklankan. Itu belum lagi dengan special invitation ke majlis makan malam mewah atau konsert khas atau layanan VVIP ke majlis pelancaran sesuatu projek hartanah. Saya terbaca tentang tips berikut seperti yang ditulis di dalam akhbar tempatan hari ini iaitu:

Saya bersetuju dengan tips bagi penyelesaian bayaran bagi kesemua jumlah yang terhutang; menghadkan bilangan kad kredit serta mengutamakan bayaran kad yang mengenakan caj yang paling tinggi. Namun begitu, yang terbaik ialah berbelanja menurut keperluan (ukur baju di badan sendiri); menyelesaikan hutang segera; pasti dengan lebihan tunai di tangan sebelum berkira2 untuk berhutang (contohnya jika hendak membeli sesuatu, perlu dah ada budget; bukan sebaliknya), elak gunakan kad kredit untuk menampung belanja dapur atau minyak kereta, jangan pula berhutang untuk membayar hutang dan jangan galakkan anak2 kita turut terjebak dengan penggunaan kad plastik berkenaan.
Friday, June 12, 2009
Sekular, logik akal dan kecelaruan akidah...
Hujah kebanyak artikel berdasarkan rujukan terpilih tanpa melihat konteks berkenaan secara keseluruhan...ibarat kamera yang lensanya hanya memfokuskan pada satu skop pandangan; bukan keseluruhan senerio pemandangan.
Saya berpandangan bahawa kesan pendidikan sekular yang sekian lama berakar umbi menyebabkan lahirnya dengan menjadi-jadi generasi yang mentafsirkan akidah berdasarkan logik akal semata-mata. Merbahayanya golongan ini kerana mempamerkan karakter seperti orang yang berilmu; tetapi kalau dinilai kandungan gelintaran susatera nya (literature review) yang dijadikan asas rujukan hujah begitu bercelaru serta cenderung untuk menghakimi orang lain.
Seingat saya semasa bersekolah dahulu, seorang ustaz mengingatkan kami betapa umat yang hidup di akhir zaman menghadapi cabaran yang sangat hebat; keseluruhan rukun iman yang wajib kita percaya mengenainya memang langsung tidak boleh dilihat secara langsung oleh pancaindera kecuali kitab alquran; Kesemuanya ghaib termasuk para Rasul yang telahpun wafat sebelum ini serta kitab2 terdahulu yang telah diubah isi kandungannya kecuali alquran.
Saya sekadar berkongsi pandangan; sebagaimana mata kita yang tidak dapat melihat di dalam diri atau juga di luar skop dalam ruang yang kita duduki.....demikian juga sebenarnya bidang pengetahuan yang begitu terhad jika disandarkan pada logik akal semata-mata. Percayakah kita agaknya jika orang lain mengatakan kita mempunyai mata sedangkan kita sendiri tidak pernah melihat mata kita sendiri tanpa bantuan cermin/ bahan lain. Begitu juga dengan semua organ dalaman yang kita miliki...mekanisma dan sistem fisiologi dan anatomi yang tidak pernah kita melihatnya sendiri. Demikianlah analognya dalam konteks kita memahami akidah...logik akal semata-mata begitu terhad keupayaannya, kerana itu kita memerlukan sumber alquran dan rujukan sahih amalan Rasulullah SAW serta tafsiran para sahabat dan ulama' muktabar. Wallahua'lam.