Saya tercari-cari foto kembara semasa menunaikan haji pada tahun 2012 dahulu. Kunjungan terkini ke haramain, memberikan persepsi landskap geografi yang agak berbeza. Perjalanan dari Mekah ke madinah bukan lagi dataran tandus berbatu. Kini penuh dengan rumput rampai hijau kekuningan serta di sebahagian tempat subur menghijau. Jujurnya semasa mula menyaksikan keindahan perjalanan dari saujana yang menyejukkan mata, hati saya seperti tercari-cari memori dahulu.
Rindu pada perjalanan tersebut...akhirnya saya menemui catatan saya menunaikan haji pada ketika itu. masyaaAllah sebahagian fotonya masih ada. ianya cukup mendamaikan. Alhamdulillah.
Sesungguhnya kembara haji dan umrah adalah satu musafir yang merupakan hadiah dari Allah swt. Bagaimana kita menjaga hadiah dari Allah swt...terpulanglah sepenuhnya bagaimana dan apa yang kita niatkan di dalam hati. Saat jiwa merindu, bagai tercium harumnya multazam dan wangian raudhah.. marilah kita berdoa untuk dijemput sebagai duyuf arrahman.
No comments:
Post a Comment