tag:blogger.com,1999:blog-12559319203046685442024-02-08T12:36:17.589+08:00tinta penditatintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.comBlogger425125tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-36262813140639641642023-05-29T07:48:00.002+08:002023-05-29T07:48:29.743+08:00Imbauan Musim haji 2012
Saya tercari-cari foto kembara semasa menunaikan haji pada tahun 2012 dahulu. Kunjungan terkini ke haramain, memberikan persepsi landskap geografi yang agak berbeza. Perjalanan dari Mekah ke madinah bukan lagi dataran tandus berbatu. Kini penuh dengan rumput rampai hijau kekuningan serta di sebahagian tempat subur menghijau. Jujurnya semasa mula menyaksikan keindahan perjalanan dari saujana yang menyejukkan mata, hati saya seperti tercari-cari memori dahulu.

Rindu pada perjalanan tersebut...akhirnya saya menemui catatan saya menunaikan haji pada ketika itu. masyaaAllah sebahagian fotonya masih ada. ianya cukup mendamaikan. Alhamdulillah.

Sesungguhnya kembara haji dan umrah adalah satu musafir yang merupakan hadiah dari Allah swt. Bagaimana kita menjaga hadiah dari Allah swt...terpulanglah sepenuhnya bagaimana dan apa yang kita niatkan di dalam hati. Saat jiwa merindu, bagai tercium harumnya multazam dan wangian raudhah.. marilah kita berdoa untuk dijemput sebagai duyuf arrahman.

tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-68900864182565571232022-10-21T11:55:00.006+08:002022-10-21T12:01:07.014+08:00Tentang hubungan hati dengan Allah swt
Kelmarin, saya menzirahi seorang sahabat yang lama saya kenal iaitu sejak di zaman universiti. Beliau banyak memberi input dalam pembentukan cara pemikiran saya ketika di zaman itu. Meskipun pola semasa bagaimana kami meneladani cara hidup Islam sedikit berbeza (saya tidak lagi berusrah, sedangkan beliau kekal dengan usrah mingguan), namun ia tidak menjarakkan sama sekali hubungan ukhuwah antara kami.

Perjumpaan petang itu dengan seorang lagi sahabat saya, Tina; berlangsung dengan begitu santai sekali. Namun ungkapan hubungan hati dengan Allah yang mendasari frasa utama serta menjadi 'tagline' zaman usrah dahulu mengingatkan kembali jalan kehidupan yang pernah saya selusuri.

Saya terimbau sekali dengan apa yang pernah saya lalui. Jujur sekali, dalam usia remaja dan awal dewasa dulu..ungkapan itu saya faham secara literal sahaja. Dalam praktis, saya tidak tahu bagaimana untuk mewujudkannya secara realiti sehingga memberikan kesan dalam apa yang saya amalkan. Cuma pernah saya tertanya-tanya...mengapa tiada pembelajaran tentang memahamkan Quran secara intensif jika benar 'jalan usrah' ini adalah jalan para sahabat sebelum ini.

Soalan tersebut dijawab dengan mudah sekali oleh mereka yang saya ajukan persoalan itu. Kata mereka' itu adalah tanggungjawab individu untuk mencarinya'.

Alhamdulillah, sesungguhnya niat kita untuk mencari, pasti Allah mempermudahkan laluan itu menurut apa yang kita niatkan. Sesungguhnya niat di hati saya adalah untuk dekat dengan Quran. Dengan dengan amalan sunnah.

Persoalan itu sebenarnya diizinkan Allah terjawab apabila saya mula intensif belajar tentang Alquran. Bagai bertemu dalam dunia baru...saya terkesima apabila menyedari betapa 'kosong'nya jiwa dan kehidupan saya dari quran dan sunnah pada waktu itu. Pelbagai falsafah bercampur aduk sehingga ayat-ayat Allah tidak dapat sampai ke dalam jiwa secara langsung.

Perubahan sebenar apabila saya mula belajar bahasa arab untuk memahami quran. Saya ikhtiar juga untuk membaca hadith Nabi SAW dari Teks Riadus Salihin. ia merupakan pengalaman yang sangat luar biasa di samping rutin saya mendengar majlis-majlis ilmu.

Berbeza sebenarnya apabila hati dan minda dapat terus berinteraksi dengan isi Alquran dan hadith nabi SAW. Kalimah suci Alquran andai difahami dan ditadabbur.. berlaku secara spontan perubahan emosi penuh keinsafan dengan linangan airmata. Berdasarkan pengalaman..pola perubahan emosi tersebut begitu 'amazing'. Ia bukan ikutan, namun atas kefahaman yang dijalinkan terus ke dalam hati. Saya meyakininya sebagai satu dari mukjizat Alquran.

Itulah sebenarnya konteks hubungan hati dengan Allah. Kefahaman sejati yang kemudiannya diterjemahkan dalam praktis amalan.

Dunia semalam saya yang 'kosong' tanpa realiti itu sebenarnya didasari oleh hati yang tidak memiliki apa-apa. Bagaimana hati yang kosong dapat berinteraksi dengan kalam Allah serta sunnah Nabi SAW? Kita wajarnya berhenti dari berteori..pelajari dan amalkan semuanya menurut konteks sebagai hamba Allah yang sebenarnya.
tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-91143534630065459422019-10-12T22:44:00.003+08:002019-10-12T22:44:49.203+08:00Keresahan yang tidak lagi terbendung..Moga Allah memperkuatkan iltizam saya untuk tekun menulis.

Berlalunya waktu demi waktu...saya bukan tidak mempunyai niat untuk berkongsikan sesuatu, namun jauh di sudut hati, saya bimbang andai apa yang ditulis itu bukanlah yang datang dari sesuatu yang ikhlas kerana Allah swt. Saya bimbang dengan sesuatu tulisan yang mungkin membawa saya kepada dosa dan neraka.

Menyusun kata-kata memerlukan mujahadah. Bukan semudah saya menyusun ayat-ayat kuliah dalam dunia ilmiah, atau tatkala saya menyusun ayat mendrafkan soalan dan kertas kerja. Kata-kata penulisan mengenai kehidupan, terlalu luas konteksnya, terdedah kepada kesilapan dan penyelewengan. Dan lebih-lebih lagi pada hati yang mungkin terpukau dengan hasutan jin dan syaitan serta keindahan-keindahan dunia yang tidak benar.

Namun, banyak kronologi yang dapatannya berpunca dari sikap saya yang tidak 'bersuara'; atau saya seperti menjadi bisu dalam mengenengahkan sesuatu pandangan yang sewajarnya diberikan mandat untuk dihujahkan. Saya hanyalah insan biasa yang mempunyai 1001 atau lebih kelemahan...namun keresahan di jiwa akibat korupsi demi korupsi dari sudut emosi, fikiran, ilmu dan sasaran sesat yang semakin menguji Islam dan Iman; saya tidak boleh lagi membiarkan tulisan saya bagai dakwat ghaib tidak terlihat. Moga aksara merupakan kebaikan demi kebaikan yang bermanfaat untuk semua.

Allahul musta'antintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-40165256536119755602019-05-27T11:28:00.002+08:002019-05-27T11:38:29.787+08:00Orang tak suka jika kita 'tunjuk pandai'Fitrahnya begitulah..adat orang melayu, lebih-lebih lagi jika berurusan dengan lelaki berbangsa melayu.

Orang melayu secara umum sangat sensitif... lebih-lebih lagi jika komunikasi melibatan perbezaan gender. Apa-apapun isu yang bakal dihadapi, cara 'berpolitik' untuk membetulkan keadaan adalah dengan tidak menyakitkan individu yang 'by default' merupakan seseorang yg perlu 'ditaati' suaranya.

Untuk anda yang baru terjun ke dunia pekerjaan..bertemu dan berbincang dgn pelbagai orang, jagalah tutur kata dan komunikasi. Buat kerja serta tata berurusan, fokuskan pada penyelesaian serta manfaatnya untuk siapa. Yg penting majoriti dapat manfaat. Kita tak perlu ego untuk menegakkan bahawa pilihan kitalah yg terbaik, yg penting organisasi dan matlamatnya. Ingatlah...mereka yang 'apparently' di atas kita; tak suka bila kita tunjuk pandai atau lebih baik dari mereka.

Abaikanlah sahaja...yg penting, buatlah sesuatu yang menggembirakan kita semua.

Pada usia dan waktu 10 ramadhan terakhir seperti ini, saya tak mampu membiarkan stamina saya hanyut 'ke laut' dek melayan isu yang statusnya 'by default' adalah mutlak dan tidak boleh dicabar.

Biarkanlah.... dunia ini sifatnya sementara. Bila kita diam, bukanlah maknanya kita kalah selama-lamanya.

Dan ingatlah, bahawa setiap yg dilakukan tidak akan hilang begitu sahaja di 'bawah karpet', semuanya pasti akan ditanya. Bahawa Tuhan yang Menciptakan kita semua, Maha Berkuasa atas segala-galanya. tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-1710341386117141272019-05-20T06:10:00.002+08:002019-05-20T06:21:13.972+08:00Ujian zaman media sosialPergaulan hari ini bukan lagi seperti dunia 20-30 tahun lalu. Apa-apa sahaja boleh dimuatnaik yang kemudian dikongsikan info nya dengan seisi penduduk bumi. Hanya ianya dibaca , diviral atau disepikan begitu sahaja.

Lantas, kita perlu tahu skop apa sebenarnya kita berbicara. Sesuai dengan status 'sahabat' yang merupakan mereka yang menerima berita/status yang kita kemaskini. Adakala, status bersifat sangat peribadi yang hanya perlu diketahui keluarga terdekat. Lalu, ia tak perlu dikemaskini untuk maklumat satu dunia.

Jauhilah penyakit-penyakit yang bersabit dengan pandangan mata yang 'membenci'...(penyakit a'in) .sebutkanlah sentiasa masyaaAllah wa tabarakallah.

Terkini, medan sosial media yang menjadi lubuk pasaran bagi mereka yang menceburi bidang perniagaan online; berdepan pula dengan situasi yang mencetuskan konflik dengan fakta perubatan dan kesihatan. Ini berkaitan produk-produk kesihatan yang didakwa mempunyai manfaat berlebihan serta dijual dalam julat harga yang 'luar biasa'. Sebagai pengamal perubatan, saya juga tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang mencari peluang atas sesuatu. Produk tersebut kebanyakannya tidak diuji malah berpotensi pula menyebabkan mudharat.

Ia tidak berakhir di situ sahaja...paling terkini, mereka yang menangguk keuntungan atas nama 'agama', anti vaksin, anti kelahiran di hospital, anti perubatan moden....mencetuskan polemik cyber bullying pula. Dengan menulis ayat-ayat syahdu seolah-olah seperti ditindas, didakwa difitnah, kononnya menjadi mangsa dendam dan sebagainya, mereka mendakwa ditekan hebat dengan ayat-ayat yang ditular dalam media sosial yang dikatakan 'membuli' mereka, lalu meletakkan pula kesalahan pada kelompok berilmu yang cuba menegakkan kebenaran.

Saya tidak menolak perubatan alternatif, namun timbang tara perlu lah adil pada semua terutama pada pesakit yang menanggung kesusahan kewangan serta kesengsaraan. Testimoni mungkin benar pada sebahagian individu, namun secara kolektifnya memerlukan kajian bersifat massa dan menyeluruh.

Janganlah mencipta kekayaan atas penderitaan, ketidakupayaan dan kemiskinan orang lain.tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-69606200443774815982019-03-05T22:30:00.001+08:002019-03-05T22:43:26.439+08:00Bagaimana merujuk makna perkataan dalam QuranKita mempunyai Quran terjemahan, atau juga merujuk tafsir-tafsir sedia ada yang diterjemahkan ke Bahasa Inggeris atau Melayu.

Namun, selepas mempelajari Bahasa Arab, saya menyedari ianya bagai membersihkan kanta cerminmata yang selama ini berkabus. Memahami makna perkataan demi perkataan dalam ayat-ayat AlQuran adalah pengalaman yang menakjubkan..

Bagaimana kita boleh melakukannya..

1. Apabila kita membaca Alquran, kadang-kadang kita tak pasti bentuk perkataan yang sedang kita bacakan. Bahasa Arab sangat menakjubkan kerana ianya super padat, indah dan terjemahannya begitu mengkagumkan. Jika kita tak pasti bentuk perkataan berkenaan, boleh rujuk ke laman web Corpus Quran, click word by word.

2. Click word by word; dan pilih Surah serta nombor ayat.

3. Click 'Go'; Kemudian kita boleh lihat perkataan yang kita cuba cari maknanya

4. Click pada perkataan tersebut; dan kita akan dibawa ke laman yang menjelaskan asal huruf perkataan tersebut dan ia terdiri dari bentuk tatabahasa yang mana..sama ada nama, perbuatan atau partikel (seperti penyambung ayat dll)

5. Contoh di atas, perkataan yang saya cuba cari berasal dari 3 huruf iaitu ر ه ق.

6. Kita kemudian boleh proceed mencari makna perkataan melalui kamus arab online@ ejtaal.net atau melalui laman aratools.com atau laman almaany

7. Atau boleh download Kamus Bahasa Arab untuk Fahmi Quran

Cubalah...

tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-50120699599569548322019-01-02T20:13:00.003+08:002019-01-02T20:13:54.959+08:00Tentang membanyakkan Doa..Antara insan yang paling saya ingati sejak saya kecil dahulu adalah jiran arwah ayah dan ibu saya yang kami panggil sebagai 'Kak Esah'. Nama beliau yang sebenar ialah Aisyah...namun hingga kini, nama Kak Esah itulah yang lebih kami kenali.

Beliau sekeluarga tinggal berjiran dengan kami ketika tinggal di Majidee dahulu. Merupakan jiran yang sangat baik. Sehinggalah mereka berpindah ke beberapa tempat yang lain, kami pula sering bertandang menziarahi beliau sekeleluarga, Ibarat melepaskan rindu untuk saling berborak dan bertanya khabar, namun saya ingati saat-saat itu sebagai kenangan yang sangat indah. Biarpun kami ketika itu dalam keadaan yang masih jauh dari berpengalaman, namun tidak pernah ada sesuatu yang yang bagi saya merupakan perkara yang sering tidak disukai oleh kanak-kanak seusia saya yang beliau lakukan. Beliau biasanya akan melayani kami sebaik-baiknya.

Satu amalan beliau yang paling saya ingati ialah..setiap kali berjumpa dengannya, dia pasti mengucapkan perkataan yang baik-baik serta mendoakan dengan doa-doa yang sangat mententeramkan hati saya ketika itu. Tidak lain yang saya ingati apabila membacakan doa untuk seseorang dari satu amalan yang saya contohi dari apa yang sering dilakukan oleh Kak Esah.

Moga Allah sentiasa merahmati beliau dan memberkati kehidupannya sekeluarga. Aamiin..tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-26920233053231894692019-01-01T18:58:00.001+08:002019-01-01T19:05:51.440+08:00Tahun 2019...Perjuangan Memilih 'Chapter' yang Terbaik..Kita memasuki tahun yang baru; bermulalah era kita di usia pada dekad yang seterusnya. Waktu yang terus berlalu, saya juga bagai masih terpinga-pinga mengutip apa yang mampu saya terjemahkan sebagai kebaikan. Ibarat mereka yang empunya masa terhad, perlu menyudahkan pelbagai tugasan yang tersusun tidak berusik. Sering pula terlupa atau fokus yang lari dari apa yang diniatkan..

Tahun 2018 baru sahaja berlalu..sudah pasti kita semua telah mengetahui bab demi bab yang telah kita pilih sebagai 'cerita' dalam perjalanan hidup yang sementara pada tahun yang telah berlalu itu. Biar penulisan cerita yang kita pilih itu terkadang seperti sesuatu kebetulan..namun semoga kebetulan itu merupakan kebaikan demi kebaikan. Di satu hari nanti, pasti kita menemui jawapan bahawa yang kita anggap sebagai kebetulan itu sebenarnya merupakan jawapan pada doa-doa yang pernah kita titipkan.

Saya sebenarnya terkadang tidak prihatin untuk menetapkan fokus pada sesuatu yang perlu dilakukan. Dunia hari ini, kita maklum banyaknya lintasan-lintasan yang mengganggu fokus berkenaan, menyebabkan sebahagian yang saya niatkan sekadar tertinggal tidak disudahkan.

Setiap hari yang diizinkan Allah swt untuk kita temui sebenarnya merupakan 'chapter' terbaik untuk kita isikan. Semoga pada tahun yang baru dan bakal mendatang ini, hati-hati kita dipimpin hidayah Allah swt untuk melakukannya, dengan rahmat dan kasih-sayangNya.

Dalam masa yang sama, syaitan-syaitan menyesatkan dalam rupa manusia dan jin atau apa sahaja dalam rupabentuk 'gadget' atau perantis...sentiasa menghendaki 'chapter' kehidupan kita itu lopong kosong atau menjalin nota berupa dosa-dosa.

Adakah kita mahu memilih satu 'chapter' yang penuh nista dengan kesilapan dosa yang secara automatik dimuat turun dalam skala eksponen...ooowh.. saya tidak mampu memikirkan itu sedalam-dalamnya. Rasa gentar dan malu , andai tatkala 'chapter' seperti itu terbuka, lalu terburailah 'pekung hanyir' yang sebenarnya kita bagai tidak pernah memikirkan tentangnya.

tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-39606602024725416002018-12-30T07:55:00.002+08:002018-12-31T19:10:07.869+08:00Subang Bistari dalam kenangan...selamat datang ke MISS Hulu LangatHari ini, puteri-puteri kesayangan SMITA (P) akan kembali mendaftar di kampus mereka yang baru. Bakal dijenamakan semula sebagai Mutiara Integrated Secondary School (MISS), hati saya turut teruja untuk berkongsi kegembiraan mereka.

Dalam tempoh cuti sekolah sebulan ini, kami sekeluarga menyusuri jalan di Subang Jaya. Terseka pula kenangan semasa bersesak-sesak ke arah Kampus sekolah sementara di Subang Bistari. Pasti kami merindukan persinggahan di Masjid AnNur di Glenmarie, atau Masjid Lapangan Terbang Subang atau juga semasa membeli barang keperluan anak-anak di Star Avenue dan singgah ke beberapa restoran di sekitarnya .....

Pantas sekali masa berlalu. Kitalah juga yang mengisi sebaik-baiknya. Puteri-puteri SMITA semakin mekar usia mereka, moga kampus baru memberikan inspirasi dan motivasi untuk mereka terus berusaha sebaik-baiknya.

Dalam kesibukan debat antara sekolah berasrama penuh, kelayakan mengikut pendapatan keluarga dan sebagainya...saya berpendapat matlamat pendidikan kita adalah mengisi jiwa anak-anak dengan ilmu bermanfaat dan suasana persekitaran yang memberikan mereka peluang untuk berdaya saing dengan sekitaran yang nyata semakin mencabar.

Sayapun tidak pasti untuk apa diperdebatkan isu berkenaan. Banyak sebenarnya institusi persekolahan yang menawarkan suasana yang baik dan kondusif untuk anak-anak remaja.

Saya pernah menuliskan sebelum ini, kedua-dua setting antara sekolah biasa dan sekolah berasrama ada kelebihan dan kekurangannya. Bagi saya tiada yang mengatasi antara satu sama lain, melainkan niat seseorang untuk berusaha sebagai insan berilmu.

Tahniah kepada pengurusan AlNida yang diizinkan Allah merealisasikan impian membina sekolah untuk anak-anak remaja puteri berlandaskan priinsip yang disyorkan; juga merangkumi keperluan anak-anak yang bukan muslim.

Anak-anak ini turut didedahkan dengan pengalaman sebagai persediaan mereka menjadi generasi dewasa muslimah yang didoakan mampu berfungsi sebaik-baiknya dalam organisasi masyarakat.

Untuk puteri-puteri SMITA (P) @ MISS...selamat belajar semuanya..

tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-29001384347586083802018-12-26T23:04:00.001+08:002018-12-26T23:04:22.855+08:00Peliharalah jidar-jidar bahasa..Bila kita menulis, dalam mukasurat untuk kita susun ayat dan perenggan..ada batas jidar yang tidak boleh kita langkau. Dalam peperiksaan, rantau di sebalik jidar adalah kawasan larangan. Apa-apa yang tertulis di ruang itu, tidak membawa sebarang markah serta tidak di kira dalam hujah perbahasan.

Susunan dalam sesuatu ayat dan perenggan, membawa maksud untuk difaham. Sesuatu penulisan itu membawa konotasi suatu tanggungjawab, adakah ia membawa kebaikan atau kekeliruan atau dosa penuh kejahatan. Yang pasti, kita tiada hak untuk menghukum sesiapa.tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-27037734571167956652018-12-03T14:35:00.001+08:002018-12-03T14:39:42.124+08:00Warkah untuk RoxySalam Roxy..walau dimana dirimu kini bertugas menabur bakti, doa-doa terbaik buatmu moga sentiasa dirahmatiNya.

Aku terkedu tatkala berhadapan dalam suasana yang sebelum ini hanya bermain dalam pemikiran dan telahanku. Betapa susunan insan yang melirik mengiringi pertemuan kami, tersenyum dengan senyum penuh harapan. Air mataku hampir terseka, namun suara dan senyuman mereka menutup sementara kesedihanku.

Suasana kelas pelarian masyarakat Rohingnya itu sekadar dipenuhi oleh anak-anak yang bersila menjamah hidangan tengahari mereka. Para Ustaz dan guru mereka menatap dari birai kerusi yang tersusun. Seorang demi seorang anak-anak itu datang menghampiriku lalu kami bersalam. Aku hanya mampu berkongsikan senyum sambil dalam hati berdoa dengan doa yang sebaik-baiknya buat mereka.

Suara pengetua yang bagiku agak tegas menyuarakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dalam bidang yang mampu aku kongsikan tanpa kami mengganggu kurikulum, terus terbayang dalam kotak fikiran. Lebih kecewa apabila ada NGO yang menggunakan nama mereka untuk mengutip derma dan sumbangan, namun satu senpun tiada diagihkan kepada organisasi itu.

Masuk bulan disember ini, sewa sekolah mereka telah tertunggak selama hampir 4 bulan. Gaji guru-guru juga sudah 4 bulan tidak berbayar. Aku sukar memahami mekanisme perjalanan sekolah tersebut, namun kesungguhan mereka sebagai Masyarakat Rohingnya untuk memantapkan kebolehdaya upaya mereka sebagai masyarakat terdidik, mengkagumkan sesiapa sahaja yang menyaksikan keikhlasan mereka.

Masyarakat Rohingnya telah lebih ratusan tahun ditindas. Hak mereka sebagai bangsa merdeka dinafikan. Anak-anak seusia 14 tahun, biasanya meninggalkan sekolah untuk mula mencari kerja. Sekolah itu sekadar teduhan untuk mereka mengenal huruf dan belajar tentang quran dan addin Islam ini.

Lalu aku melihat diriku. Seorang ilmuwan yang nyata tidak mampu berbuat apa-apa.Mereka datang dan pergi sekdar persinggahan untuk kesusahan seterusnya. Sistem pendidikan mereka tidak ke mana, Dan dalam sistem kita juga, kita tidak mampu berbuat apa-apa. Masyarakat itu bergelut penuh kesusahan antara survival untuk keluar dari belenggu kemiskinan dan buta huruf. Airmataku terus bergenang.

Roxy..mereka itu bercakap tentang masa depan yang masih belum tentu ada buat mereka. Namun, aku pula terbelenggu dikelililngi insan-insan elite yang berkira-kira beg tangan jenis apa yang hendak digayakan di majlis 'dinner'. Lantas kurasakan diriku kaku tidak mampu untuk bersuara...menahan sebak dalam perasaan yang tidak mampu kutuliskan.

Salam sayang dariku,

tinta..tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-23971675560190849882018-08-27T20:55:00.004+08:002018-08-27T20:55:41.212+08:00Langkah yang makin perlahan..Saya duduk bersimpuh bersama hati-hati yang kembali mempelajari Quran. Betapa rindunya pada banyak suasana-suasana itu. Dan betapa pula hati ini yang kadang kelabu dan keliru dengan pelbagai laluan harian yang menjauhi kalam Allah itu.

Rentak serba serbinya kian perlahan. Lambatan dalam mengorak stamina dan kemampuan 'berjuang'. Usia saya menuju era ke 50an. Terlalu pantas waktu-waktu berubah. Dalam keadaan seperti ini, saya tahu banyak lagi yang tidak termampu dan belum saya lakukan.

Jika dibandingkan dengan hayat Rasulullah SAW...usia 50 tahun merupakan kemuncak perjuangan dakwah di Makkah. 'Era berhijrah ke Madinah' kian hampir..namun banyak ayat-ayat Makiyah yang masih belum 'tertanam' di dalam jiwa ini.

Kami saling berbicara. Betapa pada usia yang kian sedikit. Stamina yang kian mengurang. Pada kesempatan hari-hari yang sangat sedikit, ambillah peluang itu untuk menghafaz Alquran. Hafazan yang kita lakukan sebagai niat mendekatkan diri dan hati pada Allah swt. Ingatan yang kita surih di dalam hati sebagai bekal menghadapi gelodak fatamorgana. Betapa pula akhlak yang baik merupakan sandaran mizan yang paling berat timbangannya.

Saya ditanya tentang redha Allah swt. Bagaimana kita tahu kita ini diredhai Allah..? Saya tertunduk menahan getar perasaan. Lalu saya bacakan Ayat-ayat terakhir Surah Alfajr... Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha (dan) diredhai..

Selagi hayat diizinkan buat kita...kita tidak tahu kedudukan di mana.tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-338500940823567982018-07-12T10:16:00.001+08:002018-07-12T10:19:49.157+08:00Pasca Pilihanraya 14- Berhentilah dari saling menyalahkan.Ketakutan dan kebimbangan di kalangan Pro Melayu Islam terus terserlah dengan pelbagai hidangan maklumat yang mereka viral kan untuk terus mencetuskan kegusaran di hati rakyat. Di kalangan yang pro sekular pula, mempunyai pendekatan untuk tidak menyokong sebarang usaha memartabatkan kewujudan Allah swt dalam kehidupan.

Kewujudan media sosial..menyemarakkan sentiman dan aura kebimbangan itu. Terkini...dengan perlantikan 'topgun' yang dilihat mula membariskan para non-muslim; lalu membuka ruang pelbagai telahan dan cakap-cakap untuk mencalarkan lagi rasa kerisauan itu.

Mereka yang melihat isu Melayu Islam itu lebih besar..terus menggoncang pemikiran rakyat untuk terus menyalahkan rakyat yang memilih Pakatan harapan...menyalahkan Kerajaan Pakatan Harapan.

Tidak pernah pula saya lihat mereka membela hak rakyat yang telah diambil secara haram oleh kelompok yang menyalahguna kuasa atas nama Melayu Islam.

Isu Murtad bukan isu yang yang keluar dari meja Ketua Hakim atau paraHakim yang membenarkan ianya berlaku. Di mana bermulanya murtad? Dari sistem pendidikan sekular yang menafikan Tuhan, dan kemudian persekitaran yang langsung tidak memberikan keutamaan kepada aqidah dan tanggunjawab sebagai muslim.

Bila pula murtad mula berlaku? Ia telah bermula sejak manusia yg memilih murtad itu mula membuat keputusan menjadi murtad. yang mana keputusan itu tidak mungkin berlaku hanya selepas pasca pilihanraya ke 14. Sebahagian telahpun memilih murtad dalam era kerajaan terdahulu.

Terdapat banyak faktor menyumbang kepada murtad. Antaranya, apabila kita yang dalam usia seperti saya yang masih memandang mudah pendidikan alquran dan sunnah dalam kehidupan. Betul mereka memilih kehidupan yang lebih dekat kepada Tuhan pada saat beribadah, namun dalam realiti kehidupan sebenar...seolah-olah Allah tidak ada dalam kehidupan mereka.

Bila diajak hadir majlis ilmu...penuh dengan pelbagai alasan dan kesibukan yang tidak pernah habis. Bila diajak belajar bahasa arab..oh takpe..itu nanti bila saya dah bersara. Bila diajak belajar alquran...oh takpe..saya nak belajar dengan format yang lebih cepat dan berkesan. Akhirnya saya tahu.. saya perlu lagi lebih resilient utk menghadapi situasi ini.

tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-53302620515488585952018-05-17T13:53:00.000+08:002018-05-17T13:53:04.038+08:00Pasca Pilihanraya 14 (Bhg1)Hanya Allah tahu kedudukan jiwa saya sebelum musim pilihanraya yang lalu. Hati saya bercampur baur. Untuk mengelak saya terlalu 'menghayati' isu semasa, saya meletakkan cabaran untuk saya buat beberapa assignments utk menghafaz ayat-ayat quran atau membuat aktiviti lain yang lebih berfaedah.

Falsafah mengenai pilihanraya terlalu kuat getarnya. Walaupun saya memahami bahawa membangunkan masyarakat itu memerlukan tamadun dari asas mikro; disempurnakan pula oleh asas pentadbiran makro yang cekap dan berkesan; ditunjangi pula oleh akidah yang benar. Jadi, masing-masing mempunyai peranan. Tidak ada yang tertinggal. Namun, bahang pilihanraya kali ini begitu kuat. Tak tertahan oleh stamina saya pada umur seperti ini. Namun pejuang-pejuang dalam arena politik nampaknya semakin optimis; dan yang masih bergelut dengan identiti muslim melayu, memupuk kekuatan dalam bicara sesama sendiri.

Semakin dekat pilihanraya, saya terus membanyakkan doa. Jika dalam pilihanraya sebelum ini saya tidak pernah mengambil inisiatif untuk berdoa bersungguh-sungguh, namun kali ini saya berdoa dengan linangan airmata. Saya harap kesusahan dan ketegangan dari isu-isu kritikal negara tidak diwarisi oleh generasi saya yang akan datang. Andai berlaku sebaliknya...saya mungkin antara yang menyesal tidak melakukannya.

Namun di satu pihak, kumpulan mendakwa sebagai berpegang pada agama, gigih berjuang dalam skop dan konotasi yang tersendiri. Sejak isu baiah talak tiga dan kepimpinan mereka yang ProIran, saya sudah tidak lagi menyokong perjuangan mereka walau dari segi sosial, mereka ada sahabat dan tetangga yang baik.

Perjuangan memangkah parti mana...adalah perjuangan mempertahankan kedaulatan negara. Saya lihat isu-isu lain seperti masalah dadah, LGBT, dan isu sosial yang lain merupakan isu yang perlu ditangani dalam keluarga, masyarakat dan usaha para pendidik murabbi di lapangan. Keutamaan pilihan raya kali ke 14 itu adalah untuk memilih pemimpin yang amanah dan mampu menggalas tanggungjawab negara menurut undang-undang yang adil.

Saya tidak banyak bercakap pada era sebelum pilihanraya; saya tidak optimis rakyat akan menang. Namun sekurang-kurangnya saya sudah nyatakan pendirian saya bahawa saya bersama individu yang amanah, meskipun dirinya berlainan akidah kerana sistem negara kita bukan sistem pentadbiran mutlak. Islam tetap terpelihara dalam perlembagaan dan kuasa raja-raja.

Pagi mengundi, saya keluar awal sebelum subuh. Selepas solat, saya mencari ruang rehat sebentar sebelum mula beratur. Sangka saya, saya hanya segelintir individu yang memprotes secara senyap. Namun, dalam barisan panjang yang sabar beratur, rupanya telahan saya silap. Mereka semua adalah majoriti yang senyap seperti saya. Yang akhirnya dengan izin Allah, menjadikan harapan kami menjadi kenyataan. Tarikh 9 dan 10 Mei 2018 yang kekal sebagai ingatan. Betapa bersyukurnya kami rakyat jelata.

tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-66833079663534467572018-04-10T19:05:00.002+08:002018-05-17T12:25:34.409+08:00Tatkala hati dirundung duka..Saya mengambil masa yang agak lama untuk bangkit memilih jalan sebagai da'i. Tugas yang selama ini saya pendamkan dalam diam. Saya tahu ianya ntara yang perlu saya lakukan, namun saya letakkan perkara lain sebagai prioriti utk saya kejar dan dapatkan sebagai sesuatu yang dihajatkan.

Betapa saya membuat banyak kesilapan. Selalu tidak yakin utk bercakap untuk menyeru kepada Allah swt. Menyeru orang lain kepada akidah yang benar. Saban hari saya berhadapan dengan populasi yang sarat dengan diskusi ilmiah...namun semuanya hambar tanpa dimensi untuk mengingati kewujudan Tuhan dalam kehidupan.

Tanpa saya sedari, selama berpuluh tahun ini saya mendokong agenda sekular yang menjadi tonggak kefahaman atheism. Bergelumang dengan deduksi ilmu, perbincangan, hafalan dan carahidup yang sama sekali terkongkong dalam aliran yang memisahkan batas solat dan ritual ibadah dari dimensi keilmuan dan kehidupan.

Hari ini, saya dikejutkan dengan peraturan yang saya anggap memadamkan sementara langkah-langkah awal saya untuk menjadi da'i. Saya terpempan. Terpegun sementara. Dan jiwa saya dirundung kedukaan tiba-tiba.

Batas yang saya harapkan menjadi medan untuk memulihkan keletihan saya bergelut dengan atheism kini tidak lagi dibenarkan untuk saya menghadirinya sesuka hati. Saya terikat dengan peraturan yang menobatkan saya adalah pakar dalam bidang bukan da'i. Kenyataan yang sangat mendukacitakan.

Allah maha mengetahui apa yang saya lakukan demi memenuhi amanah dan tugas saya. Ada waktu di luar keterbatasan formal ini saya lakukan tugas-tugas yang perlu saya siapkan. Saya yakin, saya tidak menyusahkan sesiapa. Namun, sesungguhnya kerja-kerja da'wah ini bukan tugas seperti yang penuh keindahan bagai melalui permaidani indah dan disambut megah. Sayalah yang perlu terus berdisiplin untuk tidak 'mengusik sesuatu yang menghalang jalan da'wah ini. Perlu bersedia dengan ujian yang sering datang dari pelbagai sudut.tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-66530124950588038902018-04-03T13:37:00.002+08:002018-04-03T13:37:47.003+08:00Mengapa saya hantar anak saya bersekolah di SMITA (Sek Men Islam Tahfiz Al Amin di bawah Al Nida')...Seorang ibu mendekati saya..kami berborak biasa. Akhirnya beliau bertanya, "Why you sent your daughter here?"

Satu soalan yang saya anggap tidak perlu saya hebahkan. Saya ada sebab tersendiri mengapa saya memilih SMITA. Anak-anak saya, semuanya bersekolah di SMITA [(SMITA(L) di Teluk Intan dan SMITA (P) di Subang], di bawah keloalaan Pertubuhan Kebajikan Al Nida'.

Berikut merupakan persepsi saya yang ketika itu saya simpan di dalam hati;

Al Nida' memberikan pendekatan kontemporari tanpa melupakan nilai tradisi sebagai masyarakat melayu yang ada agama. Pendekatan sederhana serta berketrampilan untuk mendidik anak-anak sebagai muslim yang beramal. Ada usrah, ada pembangunan sahsiah, kreativiti serta membantu anak-anak yakin pada kemampuan diri sendiri. Paling saya suka..bila anak-anak SMITA gembira tersenyum sesama sendiri..

Dari masa ke semasa, saya ada isu tertentu yang saya juga tidak
bersetuju dengan sebahagian kecil tindakan sekolah atau guru tertentu.
Namun, kebanyakkannya saya diamkan sebab saya tahu mereka yang lebih dekat dengan
anak-anak saya. Saya percaya, mereka ada sebab tertentu untuk
melaksanakan sedemikian. Seperti juga yang saya lakukan terhadap
anak-anak pelajar saya di sini.

Saya bukan ahli Al Nida' yang diberi diskaun khas atau mempunyai keahlian yang istimewa utnuk mendapat potongan khas. Saya hanyalah insan biasa seperti ibubapa muslim lain yang bercita-cita untuk membentuk anak-anak mengikut acuan quran dan sunnah. Saya tidak pernah meletakkan harapan terlalu tinggi seperti mereka yang menghantar anak-anak ke sekolah kluster, MRSM atau sekolah-sekolah elite yang berpencapaian tinggi. Biarlah tinggi macamanapun. Namun, saya mengimpikan anak-anak yang melalui zaman remaja yang dikelilingi sahabat dan guru-guru yang mendidik. Tahu berkomunikasi dan tahu nilai sebenar sebagai seorang pelajar. Yang penting, mereka mempunyai nilai-nilai agama dan menyandarkan harapan pada Tuhan Rabbul Jalil atas apa jua yang mereka lalui.

Kepada ibu yang bertanyakan soalan kepada saya tadi...saya bertanya beliau kembali." I refuse to give any explanation, but would like to listen, why you too did send your daughter here". Saya tiba-tiba menjadi melayu elite yang bercakap bahasa Inggeris. Lalu dia juga tidak menjawab...Dari gestur dan bahasa tubuh, saya tahu ada perkara yang hendak diperkatakan. Lalu kemudiannya ada soal jawab yang saya tidak selesa untuk meneruskannya. Betul..saya tidak suka menunjukkan saya ini siapa, namun bila diuji bertalu-talu, terlepas juga bahasa "mombastic" yang biasanya saya perdengarkan di pentas rostrum sebagai ahli akademik. Betapa saya berharap ianya tidak terjadi...

tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-16162198854039666452018-03-31T21:59:00.003+08:002018-04-03T13:17:16.094+08:00Tentang kucingSaya tidak ingat andai sebelum ini saya pernah menuliskan tentang kucing. Sifat saya, jinak bila berhadapan dengan kucing. Kucing-kucing yang singgah bertandang menumpang makan, sering menjadi tempat untuk mendengar leteran atau luahan perasaan saya.

Meskipun mereka hanyalah haiwan, namun sifat lembut dan sering memandang ke arah saya bila saya bercakap, menjadikan saya sayangkan kucing-kucing itu.

Saya tumpang gembira memberi makan serta tempat untuk kucing jalanan itu berteduh sejak beberapa tahun berlalu. Pernah berlaku pergeseran...dalam grup whassap. Ada di kalangan jiran yang tidak senang. Memberi ungkapan yang tidak sedap untuk dibaca. Akhirnya ada beberapa ekor kucing yang saya 'hantarkan' ke tempat lain...memberikan impak kedukaan yang sangat mendalam di jiwa saya.

Dan berlalulah waktu..masih ada beberapa ekor lagi yang tinggal. Akhirnya jiran saya yang terdekat membuka mulut. Tidak senang dengan kehadiran kucing-kucing itu yang dikatakan mengotorkan halaman jiran-jiran sekeliling. Saya akur. Hadith 40 yang ke 15 antara maksudnya "...Whoever believes in Allah and the Last Day should becourteous and generous to his neighbor.." Ya betul..saya perlu mendahulukan jiran. Jiran-jiran perlu saya dahulukan.

Walaupun saya bukanlah komander yang dapat mengarahkan kucing-kucing jalanan itu untuk tidak berak atau kencing merata-rata, saya perlu bertanggungjawab seolah-oleh kucing jalanan itu saya yang punya. Hati saya menangis. Rentetan itu menyebabkan jiwa saya bagai 'terperosok' melawan pelbagai kesukaran sehingga menyebabkan saya sukar memahami bacaan alquran.

Kucing-kucing itu akhirnya (kecuali seekor)...saya pindahkan ke tempat lain. Dalam hati, saya berdoa moga Allah memelihara kucing-kucing itu semua.

Selepas melalui episod penuh duka itu, satu hari seorang sahabat saya menyapa sambil menegur saya..."Malina, you perasan tak mata I bengkak"...saya sekadar mengangguk. Wajah sahabat saya yang memang penuh ceria dan begitu menawan itu tampak letih. Saya bertanya ...kenapa..? Katanya.."My cat is dying"..jawabnya sayu. "Kucing I tu dah 13 tahun dengan we all...anak-anak I membesar dengan kucing tu", katanya lagi.

Lalu saya berkata padanya.."I pun sedih juga... baru 'transfer' kucing-kucing yang dah bertahun I share makanan sebab my neighbour complaint". Wajahnya terkejut...lalu bertanya,"berapa kucing you?". Saya jawab dengan jumlah yang saya anggarkan lebih kurang 10 ekor. Mukanya nyata terkejut dan tumpang sedih dengan apa yang saya sampaikan. Saya tahu dia memahami betapa stress nya saya melalui kedukaan itu. Namun apakan daya...saya serahkan kepada Allah swt segala-galanya.

tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-34039241380008380762018-01-09T16:04:00.003+08:002018-01-09T16:07:36.808+08:00Tribut tentang kematian yang 'menghidupkan', satu refleksi dan indahnya Akhlak yang BaikSelama ini, saya jarang menitipkan hati sepenuhnya pada isu dan dimensi tentang akhlak yang baik. Seketika, ada waktu terluang untuk saya baca semula sebahagian dari isi Kitab Hadith 40 susunan Imam AnNawawi.

Sejak itu, sedikit demi sedikit, saya mulai menyedari betapa akhlak yang baik merupakan teras dalam kehidupan insan.

Berita kematian bekas sahabat sekampus saya Almarhum Dr Nazri Omar, menyentap kecuaian saya dalam memfokuskan apa yang saya lakukan sebagai amalan yang selama ini cuba saya rutinkan. Berita kematiannya hadir terlalu mengejut, tidak diduga serta berlaku dalam situasi yang tidak dijangka. Khabar kematiannya yang menemui ajal di atas Gunung Kinabalu didokumentasi di dalam akhbar-akhbar utama. Selama ini, andai ada berita sedemikian jarang saya pedulikan, namun kali ini. Ia menyentap kealpaan saya yang masih tidak keruan mengisi hidup dengan apa yang dikatakan kebaikan.

Almarhum Dr Nazri memiliki keperibadian yang disenangi, mudah tersenyum, senang difahami bahasa komunikasinya serta tidak pernah lupa melontar senyum tatkala berselisih berjumpa. Testimoni mulia peribadi dan kebaikannya di mana-mana. Saya begitu terkesan bila mengingatkan kembali satu dari hadith Rasulullah SAW yang bermaksud amalan yang paling berat pada neraca mizan adalah akhlak yang baik.

Berbicara tentang akhlak yang baik, merupakan samudera yang bagai tiada noktahnya. Perjuangan istiqamah di atas landasan dan cakupan apa yang dikatakan akhlak yang baik itu pula merupakan mujahadah yang terlalu mahal dan tidak ternilai harganya.

Jauh saya merenung..pada kesilapan saya berbicara, pada raut muka penuh dengan kemarahan masam mencuka atau pada respon yang menyebabkan banyak hati terluka.

Terasa benar diri ini yang sangat jauh dari mutiara-mutiara kerlipan indahnya akhlak yang baik.

Pada penulisan kali ini, saya memohon maaf atas semua kesilapan saya sebelum ini, atau juga mungkin kesilapan berulang yang tidak saya sedari. Moga Allah menguatkan hati-hati kita bersungguh-sungguh untuk memiliki akhlak yang baik.

Doa buat Almarhum Dr Nazri Omar, moga sentiasa dirahmati Allah SWT dan diampunkanNya; juga buat semua sahabat-sahabat yang telah pulang menghadap ilahi. tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-74203564845013633652017-10-16T12:12:00.001+08:002017-10-16T17:09:04.774+08:00Pantun seloka KETAWAJangan dileka penganan nenda,

Hiris serawa bersama gula,

Jangan dilupa pesanan bonda,

Sinis ketawa janganlah alpa.

Hiris serawa bersama gula,

Dingin berpantang tidak keruan,

Sinis ketawa jangan di alpa,

Mungkin terkekang dek kekeliruan.

Jerang serawa bersama halwa,

Dingin baklawa di tengah kota,

Orang ketawa kita ketawa,

Mungkin yang ditertawa adalah kita.

Bakar baklawa di tengah kota,

Sandar dibentang di hadapan bara,

Biar yang diketawa adalah kita,

Sabar dan kemaafan..tinggalkanlah bicara.

tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-43793538064767944032017-10-01T08:21:00.002+08:002017-10-01T08:22:20.016+08:00Tentang syaitan yang menunggu-nunggu peluang

Dari sahabat saya yang banyak kongsi tazkirah dari pembacaan beliau (Ustazah Umm Abdullah)

Dalam kitab mukhtasar minhaj alqasidin disebut, syaitan masuk ke dalam hati manusia melalui sifat manusia itu sendiri.

Ibnu Qudamah sebut cara syaitan masuk ke dlm hati kita adalah melalui sifat2 yg ada pd hamba. Contohnya masa tengah marah, tengah hasad, cintakan harta dll.

Hati ni ibarat kubu. Syaitan sebagai musuh kita memang nak masuk nak menawan kubu tersebut utk jatuhkan kita. Jadi cara utk elakkan syaitan masuk ke kubu adalah dgn cara menjaga pintu masuk.

Menurut ibnu Qudamah antara pintu masuknya adalah sifat hamba. Sebab itu kitab minhaj alqasidin memfokuskan ttg akhlak. Mcm mana nak exercise hati dan jiwa.

Syaitan lebih mudah menawan kita bila akhlak kita buruk. Kalau kita jaga akhlak kita, syaitan boleh dijauhi dgn zikir. Conthonya kalau ada anjing nak dekat dgn kita, dan di tangan kita ada makanan, tak cukup kalau kita hanya halau dengan 'syuuhh', anjing itu akan datang semula. Tapi kalau di tangan kita tidak ada makanan, dia akan pergi dengan sekali ‘syuuh’.

tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-26967341384488800312017-09-30T13:37:00.000+08:002017-10-01T08:43:16.155+08:00Keserabutan, kesilapan dan harga sebuah diam..Bertalu-talu intensiti stress melanda segenap penjuru tanpa diduga. Ada dimensi yang tiada kena mengena dengan diri saya, namun keperitannya membakar emosi dan jiwa. Ada pula yang terjadi atas kekhilafan manusia lain yang mengambil mudah apa yang perlu dilakukannya, namun kesilapan itu menyebabkan saya 'terjun' dalam konklusi bicara yang tidak disukai.

Di satu dunia yang lain, ada manusia yang tidak jemu mencari sesuatu yang baru untuk mengangkat dirinya....walau ditemui berdalih dan meninggalkan 'seseorang yang pernah dijanjikan berjuang bersama.

Atau ada manusia yang terhutang budi, lalu melanggar hukum bicara menyebabkan kejengkelan meratah setiap jiwa yang memandang.

Keserabutan menjadi simpulan yang memedihkan. Membuka pekung kekecewaan, menambah pedih luka semalam dan menyentap banir kesabaran. Betul...saya sepatutnya DIAM.

Dalam satu masa, saya tidak mampu untuk berada di hujung perspektif sebagai mangsa oportunis. Namun, saya berdoa untuk tidak menjadi oppressor. Hati bergelut mencari arah terbaik untuk membuat keputusan terbaik dan paling harmoni. Namun, jejak berhati-hati dijadikan sandaran pula orang lain yang merasa tidak bersalah menggunakan peluang untuk terus menjadi mangsa kebodohan dan kesombongan diri sendiri.

Di akhir renungan, saya tidak mampu untuk terus membuat kesilapan. Padanya ada dosa yang meresahkan. Dosa yang menyebabkan niat kebaikan terhalang. Dosa yang menjarakkan saya dengan hubungan dengan ArRahman dan sesama insan. Renungan tentang kesilapan mengajar begitu tingginya harga sebuah diam.

tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-56387876248910919562017-09-20T10:56:00.003+08:002017-09-20T10:58:30.392+08:00Tentang 'mengejek' dan 'diejek'Insiden 'membakar Tahfiz', jumlah kematian dan individu remaja yang menunggu sabitan hukuman sangat mengejutkan dan melukakan hati sebahagian majoriti kita ibubapa di Malaysia. Saya tiada kata-kata bicara untuk mengungkapkan semuanya, selain fasa berdiam yang panjang serta linangan airmata.

Anak-anak saya semua di Tahfiz, dan anak-anak Tahfiz juga seperti anak-anak saya. Tiada ekspresi yang dapat mengungkapkan segalanya, dan dalam masa ini; saya masih tercari-cari jalan penyelesaian untuk membantu anak-anak yang 'tercicir' dalam dunia remaja mereka.

Budaya mengejek wujud dalam dua suasana. Nada bergurau atau nada menyindir/ memperlekeh. Kami di kala remaja dahulu juga kerap bergurau. Zaman saya di asrama MRSM, itulah juga pengikat persahabatan antara kami sehingga kini. Namun dalam dimensi yang berbeza, sebahagian anak-anak remaja, mengejek bagi mereka seperti rutin untuk memperlekeh/ mengindir atau menghina orang lain. Dan dalam usia mereka, sebahagain besarnya tidak memiliki kemampuan berfikir panjang akan implikasi dan akibat perbuatan sedemikian.

Budaya mengejek untuk menghina termasuk dalam kategori penderaan secara lisan. Ada kala yang diejek tidak tahan diperlakukan sedemikian lalu bertindak dalam dimensi tertentu sebagai 'proses' membalas dendam atau menunjukkan 'autoriti.

Suka atau tidak, kita perlu mengakui bahawa budaya mengejek bukan terhad sekadar dalam dunia remaja atau kanak-kanak sahaja. Dalam peringkat umur seperti saya, penderaan lisan berlaku dalam gesture / lisan yang ditanggap bagai diplomasi terancang; namun sebenarnya wujud sebagai senjata yang menikam dari belakang. Peranan lidah yang tidak takut berbohong dan memperdaya demi apa yang dihajatkan oleh hati bernafsu nafsi, lalu mencipta polemik penuh komplikated untuk menghalalkan apa yang dihajati.

Antara doa yang Nabi SAW ajarkan:

Ya Allah, Yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dan terlihat, Maha Pencipta langit-langit dan bumi, Tuhan yang Menguasai dan Memiliki setiap sesuatu; aku berlindung denganMu dari kejahatan diriku sendiri, dari kejahatan syaitan dan sekutunya dan aku berlindung dari membuat kejahatan (menghinakan) terhadap diriku atau menimpakannya kepada muslim yang lain.

Untuk mengekang kita menjadi 'terduduk' atau tidak bermaya apabila diejek; saya berpendapat ambillah sisi positif terhadap penghinaan yang diterima. Ia merupakan kesempatan untuk kita menghisab diri sendiri serta berubah menjadi lebih baik. Apa yang dihinakan atau ejekan yang menyedihkan, merupakan saham pahala berterusan selagimana kita bersabar.

Jagalah lidah; jagalah hati. Jangan mengejek dan jangan sekali-kali memperolok orang lain.tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-6771849720342387382017-07-11T20:34:00.002+08:002017-07-11T20:34:21.187+08:00Untuk apa kita menulis...Kita biasanya menulis untuk kita ingati semula tentang sesuatu yang ingin kita ketahui. Sebahagiannya kita simpan sebagai nota, atau catatan atau sekadar beberapa nombor sebagai sandaran di atas kertas.

Ya, sebahagian besar yang kita tulis adalah untuk diri sendiri. Bukan untuk dibaca oleh orang lain.

Bagaimana sesuatu yang baik itu dapat kita kongsikan dalam bentuk tulisan? Mahukah orang lain membacanya?

Terpulanglah bentuk legasi tulisan yang bagaimana untuk kita drafkan. Yang terbaik, adalah sepertimana yang ditinggalkan ulama-ulama terdahulu. Gigihnya mereka menulis. Tiada komputer riba, tiada teknologi maklumat seperti yang kita milki kini.

Namun, karya yang menjiwai kehidupan yang penuh kerendahan hati mengharap redha Allah, kian tandus di rak-rak yang terpamer buku-buku tatapan umum. Saya juga tercari-cari tema perspektif bentuk tulisan untuk dimanfaatkan oleh insan-insan yang saya kasihi. Sudah pasti..saya berharap ianya bukanlah sebuah karya syok sendiri.

Demikian juga dalam bidang akademik. Saya melihat tidak ramai yang mampu menulis. Majoriti mampu membaca dan menyampaikan ilmu, namun dalam perbahasan berupa bicara pena ini, karyanya sangat terhad. Termasuklah saya yang sering terbatas ke arah pengumpulan tulisan yang berkenaan.

Jiwa yang tenang, diilhamkan Allah swt untuk menulis. Hati yang penuh kerendahan, mampu mencoretkan pelbagai skematik tulisan untuk sampai ke hati yang membacanya. Betul..niat yang benar di hati dengan izin Allah yang membukukan segala-galanya.

tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-64670824463797566942017-07-07T14:59:00.001+08:002017-07-11T20:24:08.028+08:00Kembali berusrah..Semasa dalam pengajian dahulu, ada kala saya begitu tertekan apabila tiba giliran untuk berusrah. Meski tidak dinafikan isi di dalamnya baik untuk santapan rohani dan saling mengingatkan, namun saya sedari bahawa teori yang saya miliki tidak sama dengan apa yang saya amalkan.

Saya menanggapi usrah ketika itu sebagai beban. Sering juga saya tidak faham apa yang saya katakan. Bertahun-tahun lamanya saya tercampak sendirian apabila menjauhi diri dengan usrah dan perkataan usrah.

Ada kala saya keliru dengan segelintir yang saya anggap faham tentang islam. Sehinggalah berlaku pergelutan dan perbahasan serta mencampakkan sebahagian yang saya kenal dalam ketirisan ukhwah yang ketara. Namun siapa sangka..?

Namun, pada usia begini..saya mulai faham bahawa sahabat yang baik merupakan rezeki kehidupan yang tidak boleh kita tinggalkan. Usrah yang saya kenali hari ini, jauh berbeza dari saat pengajian dahulu. Biarlah apa yang dikata...saya berusrah dengan niat beribadah kepada Allah. Bukan untuk yang selainNya. Noktahtintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1255931920304668544.post-50051876433449848392017-04-23T08:36:00.001+08:002017-04-23T08:38:05.777+08:00Solat di masjid : Tatkala airmata mula bergenangSaya ke masjid sebagai rutin mengikut suami untuk solat maghrib dan isya'. Ianya bukanlah yang kerap saya lakukan. Jika stamina selepas seharian bergelut dalam dunia kerja masih berbaki, alhamdullah jejak saya singgah untuk sujud di masjid. Jika tidak, alhamdulillah 'ala kulli hal...saya 'terperap' di rumah menyusun kembali muhasabah dan ritual beribadah sendiri.

Namun pengalaman semalam, menyentap ketenangan yang selama ini tidak saya singkap sedalamnya. Fokus saya tidak banyak pada jemaah masjid, yang mana semua yang hadir saya kira mengejar pahala ibadah sebaik-baiknya.

Sebelum waktu isya' berjemaah semalam, seorang ibu tua yang agak uzur masuk ke saf hadapan. Mengisi ruang yang telah dibentangkan sejadah buatnya. Saya tidak mempedulikan fokus saya pada ibu tersebut pada mulanya. Namun selepas penyusunan jemaah mengisi ruang kosong sebelum solat bermula, Allah letakkan posisi saya berdiri qiyam di sebelah ibu tua itu.

Kebetulan surah-surah yang dibaca imam adalah berkenaan ingatan Allah untuk kita tidak lupakan 'hari esok'; untuk kita bersedia; jangan biarkan harta dan anak-anak menyebabkan kita lupa dari mengingati Allah swt.. ibu tua di sebelah saya ini, bergerak dari satu rukun ke satu rukun dengan postur yang payah sekali. Saya bagai terkedu dalam diam. Pukulan 'keinsafan' yang sangat dalam. Saya sebelum ini selalu menyangka sakit belakang saya sudah begitu teruk yang kadang-kadang menyebabkan saya memerlukan kerusi untuk tunaikan solat.

Namun, memerhati secara tidak langsung ibu tua itu bersungguh-sungguh dalam solatnya walaupun begitu payah untuk beliau lakukan terutama dari sujud ke qiyam...air mata saya mula bergenang.

Benarlah... bahawa apa yang kita lalui hari ke hari; sebahagiannya semakin pudar dan telahpun menemui 'kematiannya'. Berpuluh tahun dulu, ibu tua ini pasti juga seperti majoriti kami. Mampu bergerak dengan mudahnya..namun apa yang mudah itu pada hari ini, sudah tidak ada.

Saya menyeru pada diri saya dan sahabat-sahabat yang sudah menganjak ke fasa usia tua. Tinggalkanlah permainan TV dan golf, tinggalkanlah stadium dan bicara kosong, tinggalkanlah masa yang tiada hubungan dengan akhirat. Masa kita yang berbaki terus semakin sedikit..dan tiada pula masa yang pasti sempurna untuk kita lakukan kebaikan. Betapa saya mengharapkan kehadiranmu dalam majlis-majlis ilmu yang turut saya hadiri. Allahul musta'an..

tintahttp://www.blogger.com/profile/12324346819344764705noreply@blogger.com0