Saya dedikasikan posting kali ini untuk dua bekas mahaguru dan professor yang pernah berkongsi ilmunya dengan pada saya satu ketika dahulu.
Jika di mana-mana tumpuan selebriti ada pasangan emas yang menjadi tumpuan, bagi kami anak-anak didik perubatan ini tidak akan melupakan jasa sepasang suami isteri yang merupakan pasangan emas yang juga professors yang mengajar kami dalam bidang anatomi dan fisiologi manusia.
Saya mengenali Prof. Dr.Abd. Hamid dan Prof.Dr.Khatiza sejak saya berusia 20 tahun... mereka lah juga yang menjadi pensyarah 'favourite' serta sentiasa mendapat pujian terhadap mutu bimbingan dan kasih sayang mereka kepada kami sejak kami mula-mula mengenal dunia perubatan. Komunikasi saya dengan adik-adik pelajar yang turut berkongsi ilmunya dengan saya di sini...juga turut berkongsi sentimen yang sama. Betapa aura pengajaran mereka sangat mendalam serta mudah untuk difahami dalam konteks pembelajaran doktor perubatan di peringkat pra-klinikal.
Sehingga kini...sebutlah sahaja nama mereka berdua... pasti ramai pakar-pakar klinikal mahupun yang sudah menjawat Pakar Perunding di seluruh negara akan merasa terhutang budi pada kedua-duanya. Merekalah antara pasangan emas di negara ini yang membentuk asas kukuh pengajian anatomi dan fisiologi perubatan di kalangan para doktor yang kini berkhidmat kepada negara...
Namun, saya sangat berdukacita apabila mendapat makluman bahawa mereka mengambil keputusan untuk tidak lagi menyambung khidmat di kampus yang 'indah' ini. Nyatanya...pergelutan politik kampus dan kegagalan sikap menghormati mereka sebagai Pakar Pensyarah Ulung dalam bidang mereka turut mengguris perasaan saya...apatah lagi, ianya tercetus dari kewujudan insan-insan yang gagal menghormati kedua-duanya sebagai 'orang tua' yang wajar dihormati dan dikasihi.
Saya mengasihi kedua-duanya bagai ibu dan ayah sendiri... mereka jugalah tempat sebahagian besar kami berkongsi cerita dan kisah...tatkala tertekan dengan pengajian perubatan yang sangat berat...nyata mereka inilah yang mempermudahkan pengajaran sehingga menjadikan subjek anatomi dan fisiologi itu mudah untuk kami faham dan masih terkenang segala analogi dan nota yang dikongsikan..
Di tangan saya kini... satu salinan surat perlucutan emolumen salah seorang daripadanya dalam jumlah hari tertentu... atas alasan mengambil cuti sakit melebihi jumlah yang dibenarkan. Hati saya sekali lagi terguris... apatah lagi jika mengenangkan mereka itu seperti ibu dan ayah kita. Cuti sakit yang terpaksa ditempoh itu bukan main-main.... malah melibatkan keadaan fizikal dan taraf kesihatan yang memerlukan rehat yang cukup panjang. Saya sendiri merasa sangat 'terpukul' atas inisiatif sedemikian.
Mengenangkan jasa kedua mereka yang sering melayan kerenah pelajar dengan mengadakan kelas percuma tanpa berkira (selama lebih 30 tahun mengajar)...baik di peringkat pasca siswazah mahupun ijazah pertama... nyata layanan sedemikian merupakan stigma yang tidak boleh dimaafkan...
Saya mohon pada semua yang pernah menjadi anak pelajar kedua-duanya...sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kebaikan yang lebih baik untuk kedua-duanya...moga yang tersilap memilih langkah mengguris hati kedua-dua mereka diberi bimbingan dan hidayah dari Tuhan Yang Maha Pengasih...
No comments:
Post a Comment