Saya berpendapat...majoriti kita hidup dengan tanggapan dan persepsi masing-masing. Yang biasanya bias dan secara tidak langsung...meremehkan dan memperlekehkan sesuatu yang nyata bersifat BENAR.
Sesuatu yang baik...disuarakan secara baik dan menurut nas yang baik; kadang-kadang diberikan ulasan dan komen-komen yang melampaui kebenaran yang disampaikan...hanya kerana yang menyampaikannya itu bukan berlatarbelakangkan ilmu agama atau mempunyai imej yang 'tidak begitu islamik'. Ada pula sesuatu yang jelas baik...disampaikan secara baik oleh individu yang mempunyai imej yang baik...diterima secara menyeluruh tanpa soal jawab atau hujah-hujah yang melampau.
Manusia...adakalanya terbuai dengan ciri luaran; apatah lagi menyangkakan dirinya mempunyai imej 'kebenaran' yang lebih baik... lalu tidak segan menyilang hujah dengan berani dan 'gagah'nya; meskipun dirinya sendiri tidak sepadan dengan batas keilmuan dan amalan mahupun pengalaman...
Saya mempunyai seorang kawan...tidak mempunyai adik-beradik. Ibunya didiagnos mendapat kanser ovari, ayahnya pula mengalami masalah penyakit jantung. Sejak menderita penyakit kanser, ibu dan ayahnya bermukim tinggal bersama keluarganya di KL. Ayah mertuanya pula mendapat masalah patah pinggang dan kesemua komplikasi. Juga kedua-dua ibu dan bapa mertuanya, bermukim bersama keluarga kawan saya ini. Bayangkan dalam satu rumah, perlu menjaga dan memberi perhatian kasih sayang pada kedua-dua ibu bapa dan ibu bapa mertua...suami dan anak-anak lagi... mereka yang tidak pernah memelihara orang tua, pastinya memandang mudah isu-isu berkenaan...apatah lagi seorang gerontologist yang mempelajari ilmu mengenai kualiti jagaan warga tua namun secara hands on tidak pernah merasai kesusahan dan tekanan bagaimana 'emosi'nya mereka yang perlu berkongsi kasih dengan mereka yang tua dan sakit...
Saya hanya insan biasa... tidak ada yang membezakan sesama kita melainkan kekuatan iman, kefahaman dan taqwa... yang mana kesemuanya itu perlu diterjemahkan secara hands-on BUKAN sekadar BERTEORI semata-mata... setiap kali saya mendengar bicara insan yang 'tidak pernah' menjalani hands on tentang sesuatu tetapi pantas lidahnya berhujah dengan teori... saya sekadar tersenyum bila mengenangkan ketabahan sahabat saya dan juga 'ketidak adilan' seorang gerontologist yang tidak pernah berkongsi kasih dengan seorang warga tua...
No comments:
Post a Comment