Saya tergamam juga apabila seorang sahabat meletakkan post bertanyakan pendapat tentang isu terkini yang menarik perhatian umum mengenai sebuah persatuan yang kononnya menyatakan ketaatan tidak berbelah bagi pada suami. Dalam kisah ini.... manusia-manusia yang dikatakan menerajui pertubuhan berkenaan, menyeru wanita muslim terutamanya untuk melayan suami seperti pelac** kelas pertama.
Ini rhetorik apa pula?? Bagaimana sandaran pelac** kelas pertama itu dikatakan pula menjadi piawai sebagai rujukan para isteri untuk membahagiakan seorang suami?? Pernahkah agaknya mereka yang menyuarakan rhetorik berkenaan ‘menyaksikan’ caramana seorang pelac** itu menghidupkan ‘kebahagiaan’ dalam diri seorang lelaki sehingga pasti bahawa ianya penyelesaian kepada masalah-masalah rumahtangga??
Seorang sahabat memberikan pula maklumbalasnya bahawa dia pernah juga mendengar ceramah mengenai hubungan kekeluargaan yang juga menyarankan para isteri melayan suami seperti pelac** melayan pelanggan. Saya umumnya sangat terkejut dengan realiti sedemikian, apa lagi saranan itu dilakukan oleh mereka yang ber’title’ ustazah...
Sukarkah agaknya kita mendidik masyarakat secara ilmiah untuk memupuk budaya saling memahami antara satu sama lain berdasarkan ilmu yang benar? Isu hubungan intim suami isteri memerlukan fokus terhadap penghayatan Al Quran dan sunnah. Kita ini yang rata-ratanya tidak menghayati alquran...tak faham sunnah... sering teruja dengan apa sahaja rhetorik sehingga melupakan asas-asas penting sebagai muslim.
Sesungguhnya merupakan penghinaan yang cukup jijik apabila merendahkan status seorang isteri sedemikian. Tidak ada satupun ayat dalam alquran mahupun hadith Nabi Muhammad SAW yang memberi petunjuk sama ada secara langsung mahupun tidak yang mengatakan .....” dan layanlah suamimu sepertimana atau lebih baik dari seorang pelac** melayan kehendak pelanggannya...”. Lantas, mereka yang mengemukakan idea rhetorik ini...terkeluar dari panduan Al Quran dan sunnah....
Moga Allah terus izinkan kita kekuatan untuk sama-sama kita menghayati dan mengamalkan Al Quran dan as sunnah....
1 comment:
Bukan saja saya menyokong 100% tinta pendita dalam hal ini, malah tersangatlah menyampah saya bila membaca berita agar seorang isteri melayan suami ditempat tidur seumpama menjadi PELACUR. Apakah seorang yang dianggap cendiakawan dan ilmuan yang menerajui sebuah pertubuhan sanggup menyamakan hubungan kelamin yang sah antara suami isteri dengan hubungan zina dengan pelacur. Tidak sedarkah kita bahawa dengan cara melabel sedemikian rupa telah merendahkan darjat seorang isteri itu sendiri. Jauhilah diriku daripada menerima sesuatu yang memang bercanggah dan bukan dari amalan Al Quran dan as sunnah.
Post a Comment