Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Monday, December 1, 2008

Darah tinggi/ hypertension

Seorang yang saya kenali dan agak juga rapat dengan kami baru-baru ini dikhabarkan kurang sihat kerana didapati menghidapi masalah darah tinggi. Beberapa hari beliau terlantar terbaring kerana sakit kepala serta tidak dapat melakukan tugas-tugas rutin.

Umurnya baru mencecah pertengahan 30 an serta memegang jawatan penting di salah sebuah institusi pengajian tinggi. Saya juga dikhabarkan tekanan darahnya sekitar 170-180mmHg untuk tekanan sistolik (tekanan semasa jantung mengecut/ contraction) dan 110-120mmHg untuk tekanan diastolik (tekanan semasa jantung merehat/ dilatation). Satu julat yang membimbangkan pada usia sedemikian. Uniknya juga, masalah darah tinggi beliau telah lama dikesan, namun beliau sehingga kini enggan memakan ubat darah tinggi yang dibekalkan/ preskripsi oleh doktor menyebabkan masalahnya masih seperti yang dihadapinya. Sebab mengapa beliau enggan mengambil ubat darah tinggi tersebut tidak pula saya 'explore' dengan lebih mendalam.

Berdasarkan pengalaman, apabila berhadapan dengan mereka yang menghidapi masalah darah tinggi, saya biasanya 'menutup mulut'. Maksud saya, saya cuba mengelakkan untuk bercakap panjang tentangnya dengan mereka yang menghadapi masalah itu kerana pernah sebelum ini saya mengulas panjang lebar serta memberikan nasihat, namun ianya berakhir dengan outcome yang lebih buruk iaitu tekanan darah individu berkenaan naik lebih tinggi serta terpaksa dikejarkan ke wad untuk menstabilkan semula tekanan darahnya.
(mungkin beliau makin tertekan dengan ulasan panjang lebar tersebut....).

Sejak akhir-akhir ni juga saya dapati semakin ramai mereka yang dibawah 40 tahun menghidapi masalah darah tinggi; saya menjangkakan punca utama ialah tekanan/ stress yang jarang berkesudahan. Sekiranya seseorang itu didiagnos mendapat darah tinggi serta diberikan ubat, saya menasihatkan supaya ubat tersebut diambil menurut dos yang telah ditentukan. Kawalan tekanan darah sangat kritikal bagi memastikan kesan buruk seperti stroke (angin ahmar) yang berlaku akibat pemecahan salur darah di otak tidak berlaku. Sekiranya pun masih berminat dengan rawatan alternatif, makanlah dahulu ubat yang dibekalkan doktor. Selepas tekanan agak stabil dan kembali ke normal; boleh cuba kaedah-kaedah lain tanpa meninggalkan rawatan anti hypertensive yang telah diambil.

Selain ubat darah tinggi, antara pendekatan yang boleh dilakukan termasuklah:

1. Elakkanlah dari terus tertekan dengan situasi yang tidak kita sukai...[pilihlah membuat aktiviti yang boleh merehatkan minda dan emosi]..zikr dan ibadah is one of them.

2. Don't listen to somebody who are prone to make you stress...opt to other section yang lebih mendamaikan...ianya boleh dipilih jika ada kemahuan.

3. Berekreasi...melakukan aktiviti yang kita gemari di waktu lapang, dapatkan support dari yang tersayang.

4. Amalkan meminum jus belimbing.

5. Realistik dengan keadaan semasa...elakkan terlalu yakin dengan sesuatu yang masih belum dapat dipastikan (tawakkal dan doa).

6. Elakkan memikir komplikasi yang masih belum berlaku... (terlalu berfikir perkara yang belum terjadi).

2 comments:

Anonymous said...

No. 7: Elakkan menghadiri mesyuarat PIBG.

He he...

tinta said...

Ya, saya setuju; ia juga merupakan stressor yang significant (my personal perception)