Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Friday, December 12, 2008

Energy booster drinks/ food

Saya ditanya seorang pesakit semasa membantu perawatan di salah sebuah klinik baru-baru ini mengenai sebarang keperluan mengambil makanan atau minuman penambah tenaga. Jika ya, beliau meminta saya menamakan contoh-contoh makanan atau minuman yang berkenaan.

Secara berseloroh, saya nyatakan kepadanya bahawa sepanjang pengetahuan saya, tidak ada makanan atau minuman ajaib yang boleh memberikan tenaga secara tiba-tiba dalam kuantiti kJ/kWatt yang sangat banyak sehingga memampukan seorang bertahan sepanjang hari.

Dalam era pelbagai produk kesihatan yang ada di pasaran, pastinya kita telah didengarkan dengan pelbagai produk luarbiasa yang didakwa mampu menghasilkan sesuatu yang menarik untuk dicuba; contohnya kekal muda, sentiasa bergaya, sentiasa bertenaga, dan macam-macam lagi. Saya pernah diiklankan untuk membeli produk spirulina yang dikatakan khasiat satu kapsul spirulina menyamai sekilogram daging...(but no evidence to proof it). Dan sehingga kini, meskipun tongkat ali dikatakan mampu memberikan tenaga tambahan namun sebenarnya tongkat ali tidak pernah diuji secara besar-besaran di peringkat klinikal.

Minuman seperti redbull pula, jika dilihat kandungannya lebih kepada caffeine dan juga kandungan gula tertentu (mungkin gula tiruan); dan di barat ianya biasa dicampurkan dengan sedikit alkohol. Inii semua sebenarnya merupakan agen perangsang (stimulant) terhadap sistem saraf bagi menghalang rasa mengantuk atau letih. Pernah dilaporkan beberapa kematian akibat meminum redbull yang dicampur dengan alkohol di US bebrapa tahun dahulu akibat bebanan terhadap sistem kardiovaskular sehingga menyebabkan serangan jantung.

Pada pendapat saya, dos tenaga yang kita perlukan seharian perlu diberikan keutamaan pada aktiviti kehidupan. Ranking kan senarai aktiviti yang memerlukan tumpuan serta perhatian serta abaikanlah kerja-kerja yang tidak memberikan apa-apa faedah. Jangan habiskan tenaga untuk masalah tekanan/ stress yang tidak perlu, melayan amarah naluri terhadap sesuatu serta membesarkan perkara yang remeh-remeh.Pendekatan terbaik ialah dengan mengambil makanan secara seimbang serta segar; elakkan lemak dan kolesterol berlebihan serta kandungan gula/ karbohidrat yang tidak perlu.Pelbagai rasa dalam makanan adalah nikmat Allah yang perlu disyukuri.

2 comments:

Gurindam Jiwa said...

Dan juga aktiviti senaman yang berpatutan.

Gurindam Jiwa said...

Dan juga tidur yang cukup...

Tu je. :-)