Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Saturday, December 13, 2008

Khutbah Aidiladha

Berikut merupakan sedikit sedutan dari khutbah Aidiladha yang disampaikan oleh Ustaz Haron Din di Surau AnNur BB Bangi. Jika dalam khutbah tahun lepas, beliau banyak menyingkap peri tragedi yang menimpa umat Islam, di sembelih hampir di semua negara yang ditindas (hari raya haji tahun lepas di sambut lebih kurang beberapa hari selepas Saddam Hussein di hukum gantung; selepas Iraq hampir ranap dibelasah tentera tajaan US); khutbah beliau tahun ini pula menyentuh aspek memantapkan ketaqwaan serta men'detail'kan lagi tragedi kejatuhan ekonomi kapitalis.


Sempena aidiladha serta hikmah pengorbanan; umat islam diajak untuk menghayati erti pengorbanan serta terus meletakkan taqwa kepada Allah sebagai keutamaan.
Antara ketidakadilan sistem ekonomi yang masih terus diamalkan ialah, meskipun syarikat-syarikat yang terlibat hampir di'bungkus' namun keutamaan mereka bukanlah untuk menyelamatkan pekerja tetapi untuk terus menyediakan imbuhan serta bonus kepada pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang nilainya dalam lingkungan yang begitu luar biasa. Kebiasaannya pula, golongan elit/ atasan itu hanya dikuasai oleh beberapa nama; nilaian imbuhan/bonus nya pula dari ratusan ribu hingga puluhan/ratusan juta USD. Dan dalam masa yang sama, syariat yang sakit ini memohon bantuan dana untuk menyelamatkan syarikat mereka (literature review yang dibuat oleh Ystaz Harun Din begitu terperinci serta mengupas aspek-aspek berkenaan dalam bahasa yang mudah untuk diteladani)

No comments: