Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Monday, December 22, 2008

Sihat yang tidak boleh dijual beli

Pernah saya mendengar guru saya menyebut; biarlah kaya sekalipun, tetapi kalau badan tak sihat, takkan berguna harta yang berkepuk-kepuk.Seingat saya, ketika itu saya berada di darjah dua. Kemudian, guru saya itu membuat sedikit lagi penjelasan melihatkan kami kebanyakannya terpinga-pinga. "Cuba fikir, kalau orang duit banyakpun, tapi telinga torek, satusen pun tak gunakan", katanya lagi. Terus terpinga-pinga sebab tidak faham makna perkataan torek, lalu guru saya itu terus mendemonstrasikan peri susahnya orang yang bermasalah torek sambil merujuk keadaan telinga bernanah yang membusuk sebagai analognya. (istilah perubatan merujuk kepada keadaan yang disebut otitis media; pada masa ini ianya merupakan penyakit yang boleh diubati, malah gegendang telinga yang koyak akibat penyakit itu boleh ditampal semula menggunakan kaedah yang disebut tympanoplasty).

Apapun, kisah IJN yang bakal dijual secara tiba-tiba merisaukan kebanyakan kami yang merupakan frontliners dalam rawatan perubatan. Ianya seperti bunga-bungaan kepada banyak lagi perkhidmatan kesihatan yang bakal menerima nasib yang sama; seterusnya keseluruhan disiplin yang berkaitan dengan 'healthcare services' bakal menjadi produk dalam urusniaga yang bakal menjanjikan keuntungan berlipat kaliganda. Pada masa ini, kebanyakan urusan sokongan di hospital telahpun diswastakan. Ianya termasuklah perkhidmatan dobi, pengurusan rawatan sisa klinikal, pengurusan kenderaan hospital, baikpulih bangunan serta lanskap. Di atas kertas, perkhidmatan makmal dan farmasi dikhabarkan bakal menerima nasib yang sama.

Saya pernah ditanya oleh beberapa kenalan dan kakitangan."Doktor, tak minat ke nak buka klinik atau buat consultation yang berkaitan?". Saya hanya tersenyum sambil menjawab...saya tak minat. Bagi saya, biarpun di mana kita berada; perkhidmatan yang paling baik ialah apabila kita lakukan seikhlas hati dan melakukannya tanpa mengharapkan apa-apa yang selayaknya selain daripada upah/ fees yang berpatutan.Saya dikhabarkan tentang consultation fees seorang cardiologist yang mencapai hampir RM 50000.00; dan juga pakar-pakar lain yang kadang-kadang mencapai angka yang tidak begitu manasabah. Pernah saya meng"argue" kannya (doktor hanya manusia yang berusaha dengan ilmu yang dipinjamkan oleh Allah SWT, yang menyembuhkannya ialah hak Allah jua bukan disebabkan oleh pandainya doktor yang merawat itu); namun jawapan yang biasa dikemukakan ialah, peguam tu lagi teruk. Kadang just sign je tapi fees sampai 10% dari jumlah projek.

Oops...saya tersilap berbahas rupanya; lain perspektif dan dimensi. Saya tidak tergamak membiarkan ada pesakit atau keluarganya yang terpaksa menjual tanah/ rumah dan apa jua harta yang dimiliki untuk pulih..kembali menjadi individu yang sihat.

But in todays life...who cares. (Saya tidak pernah bersetuju dengan pandangan ini).

2 comments:

Gerrard said...

heh! .. zaman sekarang tiada sesiapa yang peduli dengan kesengsaraan orang ...

biarpun bergadai tanah .. harta dan sebagainya .. janji pihak perubatan mendapat keuntungan yang mereka inginkan ...

tinta said...

Terima kasih atas komen; namun saya yakin tak semuanya mengharapkan pulangan material semata-mata.