Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Saturday, December 6, 2008

Runtuh







Saya sebenarnya masih terkejut dengan berita dinding konkrit yang runtuh di Jalan Semantan Damansara dua hari lepas (saya pernah bekerja di sekitar Jalan Semantan sekitar tahun 2001/ 2002 dahulu).Sebelum itu, dua beradik yang tertimbus akibat dinding rumah runtuh selepas berlakunya pergerakan tanah di kediaman mereka di Ulu Yam (AlFatihah buat mereka). Awal pagi ini; peristiwa runtuh ketiga dalam episod kebelakangan ini dilaporkan berlaku di Bukit Antarabangsa membabitkan 14 buah banglo (sehingga catatan ini ditulis) dan kematian yang masih belum dipastikan angkanya.

Apapun, saya tidak pasti sama ada selepas ini akan berulang episod 'fingers pointing' serta pencacaian untuk menyalahkan sapa-sapa yang dirasakan bertanggungjawab di atas kejadian berkenaan. Corak pengurusan di negara kita, rata-rata begitulah. Sekadar bertindak selepas sesuatu terjadi; sibuk untuk mengendalikan apa jua tindakan selepas mendapat sesuatu 'trigger'. Di luar julat itu, kebanyakannya hanya bersikap tunggu dan lihat, harap2 tiada apa yang terjadi.

Satu aspek yang sering saya highlight kan dalam mengemukakan pandangan mengenai penjagaan alam sekitar ialah pentingnya mereka yang di bidang teknikal untuk turun ke padang; bukan terkepung dengan dinding pejabat yang berhawa dingin. Di sebabkan oleh perubahan alam sekitar bergitu pantas berlaku, seriring dengan pembangunan serta kemajuan logistik, adalah sukar sebenarnya jika kita terus melakar perancangan atau polisi berdasarkan data yang diperolehi dengan hanya terkurung di pejabat dan komputer sahaja.

Seperti seorang doktor yang mesti menemui pesakit, berbual serta memeriksa dan mengambil spesimen untuk pemeriksaan makmal sebelum sesuatu diagnosis atau ubat dapat diberikan;dan diagnosis doktor akan dicemuh jika membuat diagnosis berasaskan pemeriksaan data sahaja atau mendengar cerita dari orang lain seperti jururawat dsb tanpa memeriksa pesakit dengan tangan mereka sendiri.

Situasi yang sama sepatutnya menjadi amalan dengan mereka yang bertugas dengan bidang yang berkait dengan alam sekitar. Pejabat untuk Jabatan parit dan Saliran sepatutnya di tepi sungai bukan tersorok jauh di tengah bandar; pejabat untuk Jabatan Geologi atau Unit yang meluluskan pelan pembangunan kawasan tanah tinggi sepatutnya di lereng bukit yang dibangunkan atau di atas perumahan seperti di Bukit Antarabangsa bukannya di Wisma bangunan di tengah Kotaraya. Demikian juga dengan Jabatan Alam Sekitar yang sepatutnya mempunyai pejabat utama di dalam kawasan perindustrian atau kilang utama yang berkait rapat dengan pencemaran.

Penggunaan pelbagai peralatan mudah alih sebenarnya tidak menyukarkan itu semua untuk dilakukan. GPS, laptop, sms, ipod, maklumat satelit melalui Jabatan Remote Sensing mahupun yang boleh diperolehi melalui Google boleh dimanfaatkan. Integrasi data boleh dilakukan secara menyeluruh tanpa memerlukan hotel lima bintang.

Saya sebenarnya agak kurang bersetuju dengan amalan dimana apabila sesuatu polisi hendak digubal, ia biasanya memerlukan aktiviti 'retreat'...biasanya jauh dari suasana pejabat. Seringnya ia dibuat seiring dengan rancangan percutian keluarga (bagi saya kalau nak bercuti dengan keluarga, carilah sendiri slot sendiri), di hotel canggih dan anggun. Jarang rasanya mereka yang dalam ranking atasan sanggup turun ke bumi yang nyata untuk mengumpul data; sekadar mendengar input dari' runner' di sekeliling mereka. Kemudian memberikan komen atas input yang diberikan....

Episod runtuh itu akan terus menjadi teladan dan sesuatu yang memerlukan tindakan; namun mempunyai 'insight' yang jelas akan 'indepth of the problem' melalui real data merupakan cabaran lain yang perlu diselesaikan...



Petikan dari The Star

Published: Saturday December 6, 2008 MYT 12:41:00 PM
Updated: Saturday December 6, 2008 MYT 1:58:52 PM

Bkt Antarabangsa was not at risk: Drainage Dept
By SIM LEOI LEOI

PUTRAJAYA: The Drainage and Irrigation Department (DID)’s Infobanjir website shows that as of Saturday, it had listed Bukit Antarabangsa as facing no risk of landslides from either a single rainstorm event or successive days of moderate rain.

The highest rainfall charted by DID for Bukit Antarabangsa were at 17mm and 22mm last Wednesday and Thursday respectively. There was relatively no rainfall recorded for Bukit Antarabangsa area since midnight on Friday.

A check with the Meteorological Department shows that rainfall in areas in Selangor remains normal despite the daily evening rainstorms. A department spokesman said its weather stations near both the Sultan Abdul Aziz Shah Airport in Subang and Jalan Sultan in Petaling Jaya showed rainfall levels to be at around 14mm and 6mm respectively.

“This is normal in comparison with the rainfall levels in Terengganu at this time, which can reach up to over 100mm.

“However, although the east coast of the Peninsula Malaysia is expected to be wetter during this northeast monsoon period, there will be constant rain over here in the west coast as well.

“In fact, we don’t forecast a day when there won’t be rainstorms in the evenings. Even on Hari Raya Haji this Monday, there will be rain in the evening and possibly, at night,” he said in an interview here on Saturday.

The spokesman was commenting on whether heavy rainfall over the past few days had triggered the massive landslide in Bukit Antarabangsa which crashed mud and rubble into 14 bungalows on Saturday.

No comments: