1. Minyak petrol dan diesel turun 10 sen mulai tgh malam ini (saya baru saja isi minyak tadi).
2. Minyak mentah terus turun; terkini USD 48 setong.
3. Hampir 300 000 pekerja Malaysia bakal hilang pekerjaan di Singapura.
4. Banyak kilang di Perak dan Penang mula mengurangkan operasi hari bekerja (dari 6 ke 4 hari); sebahagiannya juga telahpun mengurangkan pekerja.
5. ECER (East Coridor Economic Region) dijangka tarik pelaburan RM112 billion dalam tempoh 12 tahun (2008-2020). (Tak boleh dipertikai sebab hanya JANGKAAN).
6. Pasaran saham di seluruh dunia terutama Asia menjunam selepas Dow Jones mencatatkan kerugian hampir separuh dari perolehan minggu lepas.
7. Para pakar ekonomi Amerika baru sahaja meng 'endorse' kan bahwa economic recession di US sebenarnya telah bermula sejak disember tahun lalu; keadaan itu berterusan hinggalah ke hari ini.(Dan kita di Malaysia dilaporkan masih belum ada langkah drastik untuk menanganinya...ni saya tak tahu the detail)
No comments:
Post a Comment