Sudah lama saya tidak membeli suratkhabar; sekadar menjenguk berita penting untuk dibaca. Membaca berita yang merupakan berita, sesuatu yang bukan propaganda atau agenda yang sengaja ditimbulkan untuk mengalih pandangan kebanyakan pembaca atau menyebabkan mereka lupa tentang "burning issues" yang wajar diberikan penyelesaian.
Perhatikanlah, banyak keadaan yang mana pemikiran kita dialihkan untuk turut terjebak dalam isu yang mengesankan emosi, menyakitkan hati, menggeramkan serta menyebabkan kita terikut-ikut dengan sentimen yang tidak perlu.
Isu Islam Syiah, anti wahabi, qadiani dan terbaru tentang hudud; terus menjadi mainan sebahagian mereka yang mencari perhatian untuk terus diingati dan menjadikannya isu yang meresahkan sebahagian kita.
Semalam, saya ada terjenguk satu laman web orientalis yang memaki hamun serta menghina nabi Muhammad serta para sahabat serta menuduh alquran merupakan karya yang diplagiat dari tamadun Greek; saya pasti banyak lagi laman yang bersifat sedemikian wujud demi menggoyahkan serta merabunkan pandangan serta dimensi sebenar tentang Islam.
Dalam konteks ini, saya berpendapat bukan sahaja orientalis yang memiliki asas pemikiran "jigsaw puzzle terbengkalai" seperti yang dipaparkan mereka; namun sebahagian umat Islam yang masih tidak memahami isi alquran serta pengetahuan dangkal tentang hukum berkaitan dalam perundangan serta asas yang meletakkan Islam sebagai cara hidup menyebabkan mereka juga meng adaptasi kan pemikiran "jigsaw puzzle terbengkalai" itu. Dalam fikiran, mereka yakin benar sebagai manusia yang sangat pandai dengan membuat pelbagai rujukan ilmiah serta material bersandarkan fakta yang tidak boleh dipertikai; namun paparan hasil pengetahuan mereka mirip kepada analog si buta yang memperjelaskan rupa seekor gajah dengan hanya memegang sebahagian badan gajah tersebut.
Pemikiran dangkal disertakan keangkuhan, keegoan serta menafikan kebenaran secara terang-terangan boleh membawa kepada terjejasnya ikatan aqidah dan boleh menyebabkan seseorang itu terbatal syahadahnya. Tanyalah pada mereka yang lebih berilmu; bukan main tibai sambil menghina mereka yang menyokong perlaksanaan hukum yang ditentukan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment