Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...
Monday, December 15, 2008
Permata dalam kehidupan
Isu ini telah banyak dibincangkan di dalam pelbagai forum, ceramah, serta dibuatkan polisi untuk menanganinya.
Di satu ekstrem, saya mempunyai kenalan (beberapa pasangan suami isteri) yang mengalami kesukaran untuk memperolehi cahaya mata. Berikhtiar dengan pengorbanan yang tidak sedikit, mencuba apa sahaja petua serta mengeluarkan perbelanjaan puluhan ribu semata-mata untuk mendapat anak penyeri rumahtangga.Yang kadang-kadang begitu tertekan serta menimbulkan ketegangan rumahtangga.
Di satu keadaan yang lain pula, ada pasangan suami isteri yang datang ke klinik, isteri begitu sihat tanpa sebarang penyakit tetapi mohon ubat bagi meng'induce' bleeding untuk menggugurkan kandungan sebab termengandung akibat tidak melaksanakan amalan perancang keluarga yang efektif.(ni biasanya saya berikan kaunseling yang berkenaan untuk meneruskan kandungan).
Dan di satu hujung yang ekstrem lagi, ada pula manusia yang gagal mengawal emosi sehingga menyebabkan ini semua berlaku.
Bayi dibuang dalam lubang tandas awam
Oleh Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bharian.com.my
BAYI yang ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas kini mendapat rawatan di Hospital Jitra.
CHANGLUN: Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib seorang bayi lelaki yang ditemui masih hidup selepas dibuang dalam lubang tandas awam di pasar basah Perkampungan Tradisi, Lembah Keriang dekat sini, semalam.
Bayi seberat 2.4 kilogram itu ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan.
Sementara itu, seorang penduduk, Rofidah Md Noor, 45, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan bayi itu oleh seorang lelaki berusia 30-an, kira-kira jam 10 pagi.
“Sebaik dimaklumkan, saya bergegas ke tandas dan mengambil bayi itu sebelum membalut badannya dengan surat khabar.
“Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan lemah dan sedang menghisap jari dipercayai lapar, manakala kakinya lebam,” katanya.
Rofidah percaya bayi itu baru dilahirkan berdasarkan kesan darah dalam tandas berkenaan.
Bayi itu dibawa ke Pusat Kesihatan Changlun sebelum dipindahkan ke Hospital Jitra untuk rawatan lanjut.
Tetapi; lain pula di Israel. Mereka menjalankan kempen bagi menyelamat bayi-bayi yahudi. Petikan lanjut di http://www.friendsofefrat.org/index.php
Ini sebahagian dari kempen mereka:
There are close to 50,000 abortions in Israel every year.
Many of these abortions could be prevented, if only the woman was provided some basic social and financial support.
Last year alone, Efrat saved the lives of 3,027 Jewish children in Israel.
If we had twice our budget we could have saved twice as many children.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment