Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Friday, December 19, 2008

Akibat bertangguh

Saya baru sahaja pulang dari Pusat Perubatan Universiti Malaya; jam 2.08 pagi tadi dikejutkan oleh berita kematian seorang kenalan yang rapat juga merupakan ibu mertua kepada anak saudara saya. Saya dikhabarkan keadaannya makin tenat malam tadi; dipindahkan ke ICU akibat sepsis (jangkitan kuman). Sepatutnya saya menziarahinya pagi semalam.
Namun kesilapan saya kerana menangguhkannya; kerana beberapa situasi yang sepatutnya saya boleh 'arrange' sebaik-baiknya. Sekadar berkongsi rasa terkilan kerana tidak sempat menemui arwah semasa hayatnya. Arwah dilaporkan agak stabil semasa mula dimasukkan tetapi mula tenat selepas beberapa siri dialisis dilakukan.

Buat Alin dan Anis (suami isteri), moga tabah hadapi dugaan. Al fatihah buat arwah Cikgu Fatimah (mama).

No comments: