Hari ini merupakan 9 Zulhijjah; tarikh yang menandakan ibadah wukuf di Arafah bagi yang sedang menunaikan haji.
Satu pengalaman yang merupakan antara 'turning points' pernah saya lalui ialah kisah menjelang Aidil Adha beberapa tahun yang lalu. Saya sebenarnya sebelum ini mempunyai persepsi bahwa menjalankan ibadah korban sekadar untuk mereka yang berkemampuan, dan ianya merupakan ibadah yang sunat sahaja. Peliknya pula, saya tidak pula meletakkan sebarang insight, berkemampuan itu dimana 'jarum barometer' nya.
Disebabkan persepsi itu juga, saya tidak meletakkan sebarang priority/ keutamaan untuk melakukan ibadah korban. Apatah lagi melalui ceramah yang saya dengar; ibadah korban perlu disertai oleh syu'ur untuk mengorbankan sesuatu yang sangat kita sayangi. Saya juga mempunyai persepsi bahwa syu'ur yang saya ada masih tidak mampu menyamai sepertimana pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s.
Sehinggalah satu tarikh beberapa sebelum hari raya korban pada tahun itu, seorang India yang berlagak sebagai doktor swasta datang menemui saya ketika saya bertugas. Dengan penuh wajah yang menarik simpati, individu itu menceritakan dirinya kemalangan serta memerlukan wang tunai segera. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Dr.Gill; mempunyai klinik di Kajang. Sambil menyerahkan jam tangan yang dipakainya, beliau bersungguh-sungguh merayu beberapa kali untuk mendapatkan sedikit bantuan kewangan disebabkan musibah yang dihadapinya. Disebabkan oleh kononnya etika professional untuk menolong sesama 'colleagues' , saya ketika itu tidak pula terfikir bahwa saya sebenarnya sedang menghadapi seorang penipu professional, sehinggalah apabila saya kembali mencari klinik Dr.Gill di Kajang, rupanya manusia itu bukan seperti yang diakuinya. Dr.Gill yang sebenar itu sekadar menasihatkan untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang kerana ramai manusia yang sering mengambil kesempatan di atas sesuatu keadaan.
Geram, marah serta kecewa dengan kebodohan diri sendiri. Sehinggalah sampai ke rumah kemudiannya, saya akhirnya terfikir; ini mungkin merupakan satu hikmah untuk Allah tunjukkan kepada saya. Pantas saya mengeluarkan sejumlah wang untuk manusia yang tidak saya kenali; dan nilai itu lebih dari jumlah harga satu bahagian korban seekor lembu ketika itu....
Salam Aidil Adha
No comments:
Post a Comment