Sebenarnya di Muzium Kesenian Islam tidak disediakan surau untuk pengunjung menunaikan solat. Mungkin kedudukannya yang terletak betul-betul berhadapan Masjid Negara serta berdekatan dengan Pusat Islam memnyebabkan mereka mengambil keputusan untuk tidak menyediakan kemudahan tersebut.
Saya sebenarnya tidak mengetahui bahawa surau yang disediakan di situ hanya untuk kakitangan yang bertugas di Muzium itu. Ia betul-betul terletak di blok ofis yang hanya boleh dimasuki melalui akses kad staff. Kebetulan tengahari itu apabila jam sudah menunjukkan hampir jam 2.30 petang, kami mengambil keputusan untuk solat di surau Muzium berkenaan. Anak-anak saya seperti biasa akan berlari anak menuju ke surau meninggalkan saya dan suami di belakang; apabila ditegur kakitangan tentang bisingnya anak-anak kami di bahagian itu, saya terdiam sejenak. Selepas masuk ke blok ofis itu, baru saya sedar kami masuk ke situ dengan bantuan seorang staf menggunakan kadnya.
Maaf banyak-banyak; saya tidak mengetahui surau itu disediakan bukan untuk pengunjung seperti kami. Apabila menjenguk ke dalam, surau untuk muslimah itu langsung tidak menyediakan sebarang telekung wakaf untuk pengunjung yang memang niatnya untuk menunaikan solat di situ. Entah kenapa, hati saya menjadi begitu kecewa...ianya menjauhi jangkaun saya dalam norma keadaan surau di setting yang pernah saya masuki. Pelik pun ya...inilah satu-satunya surau yang pernah saya masuki yang tidak menyediakan telekung untuk digunasama oleh orang lain.
Jikapun memang tidak menyediakan kemudahan itu; saya cadangkan buatkan notis besar-besar di bahagian kaunter tiket..."SURAU UNTUK AWAM TIADA DI SINI, YANG ADA HANYA UNTUK STAFF, KALAU NAK TUMPANG SOLAT JUGA..BAWALAH TELEKUNG SENDIRI DAN SILA HUBUNGI STAF UNTUK MASUK KE SURAU TERSEBUT.."
No comments:
Post a Comment