Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Saturday, December 20, 2008

Malam Reunion UKM

Saya dan rakan saya menghadiri jamuan reunion graduan perubatan UKM, meraikan ulangtahun ke 25 graduan tahun 1983. Bekas pensyarah dan dekan fakulti perubatan UKM turut hadir sama.Naib Chansellor UKM hadir sebagai tetamu kehormat.

Cumanya saya tertarik dengan komen penganjur berikutan kurang sambutan dari graduan keseluruhannya; dari 3000++; hanya 140 (dari graduan 1981 sehingga 2007) yang memberikan maklumbalas. Beliau memberikan saranan tentang kelemahan dari sudut hebahan komunikasi yang tidak memanfaat IT sepenuhnya (seperti email, facebook, friendster,sms dll) sebaliknya bergantung kepada surat pos biasa.

Sebagai pemerhati yang turut hadir untuk meraikan majlis, saya berpendapat bukanlah itu yang menjadi punca utamanya. Sebenarnya; bagi membolehkan setiap badge hadir dgn kedatangan yang memuaskan, jawatankuasa perlu melantik wakil setiap badge utk turut sama menyebarkan hebahan tersebut. Bagi graduan yang lebih muda, apabila menerima surat jemputan dari individu (meskipun bergraduat dari universiti yang sama) yang tidak dikenali/ diketahui; pastilah tidak menimbulkan apa-apa keinginan untuk turut hadir; bagai dijemput tuan tumah yang tidak dikenali (yelah takut jadi macam rusa masuk kampung pula). Saya dan rakan baik saya nipun sekadar hadir sebab tempatnya hanya di Putrajaya di samping mencari peluang bertemu senior dan rakan, junior yang kami kenali, kalau kat tempat lain yang lebih jauh tak pegi kot.

Jika dijemput dari individu badge masing-masing (contact person yang dikenali); pastinya ramai yang berkeinginan utk hadir untuk bertemu kembali rakan-rakan sekuliah semasa di kampus dahulu; tak kiralah apa cara jemputan sekalipun asalkan maklumat sampai.

2 comments:

Anonymous said...

Must have been a nostalgic night.

BTW, the word is BATCH, not BADGE.

;-)

tinta said...

Opps..thanks. tersilap pula dengan lencana.