Semasa menunggu kelas tambahan sempena cuti sekolah baru-baru ini; saya duduk berbual dengan salah seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada seorang murid di sekolah di mana anak saya belajar. Sedang berbual, saya terpandang seorang murid perempuan sedang berjalan di tepi koridor di atas sisi tembok setinggi 1 kaki. Saya perhatikan geraknya;kebetulan dia sedang menjamah ais krim yang baru dibelinya. Tiba-tiba dia tersembam jatuh di atas tembok tersebut (landing on her abdomen, on upper end of the wall itself). Akibat terjatuh, begnya tercampak dan aiskrimnya turut berkecai di atas tanah. Beliau terus menangis kesakitan.
Saya meninggalkan seketika perbualan saya; sebak juga melihat murid itu terjatuh (memikirkan impak akibat tersembam dalam keadaan sedemikian); apatah lagi bila melihatkan ais krim yang baru dijamahnya berkecai di atas tanah. Kesan jatuh sedemikian iaitu tersembam dengan bahagian perut (abdomen menghentak di hujung atas tembok setinggi 1 kaki itu) pastinya meninggalkan kesan sakit yang amat sangat. Ibarat dihentak/ ditumbuk dengan kayu pada momentum yang serupa.
Saya pada mulanya menyangkakan tiada sesiapa di situ. Namun rupanya ada dua tiga orang ibu bapa lain yang turut duduk di kawasan berdekatan dengan tempat murid itu terjatuh. Namun, semuanya sekadar memerhati. Murid itu masih menangis mengerang kesakitan; beliau cuba saya bangunkan pada postur yang normal sambil memastikan tiada apa kecederaan yang serius. Agak lama juga..
Hati saya menjadi sebak sekali lagi. Jika yang jatuh ini adalah anak saya; begini rupanya respon sebahagian dari masyarakat kita.
No comments:
Post a Comment