Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...
Monday, December 29, 2008
Boikot, Demo dan Doa
Imej seperti ini tidak ada dalam media utama dunia atau rujukan akhbar. Sedihnya menatap nyawa yang dijadikan habuan manusia yang tidak mengenal perikemanusiaan. Di sana- sini, pelbagai cara diadakan untuk menyatakan bantahan terhadap serangan yahudi la'natulLah ini. Asakan boikot kedengaran lagi, apatah lagi pada produk yang nyata mempunyai pertalian dengan kuasa ekonomi mereka.
Buat kebanyakan kita, doa dan solat merupakan antara usaha paling dekat dapat dilakukan buat membantu mereka yang dianiaya. Boikot yang paling wajar diberi keutamaan ialah memboikot rokok serta-merta dan semua produk yang berkaitan (cigar) selain boikot yang mampu kita lakukan seadanya. Berhenti merokok merupakan langkah yang paling wajar; sekurang-kurangnya wang yang dijimatkan dpat disalurkan untuk didermakan pada mereka yang memerlukan termasuk rakyat Palestine yang teraniaya.
Demo intifadah yang bakal diadakan untuk menyatakan bantahan terhadap serangan berkenaan juga patut menyebarkan saranan berhenti merokok sebagai hijrah yang wajar diberi keutamaan. Tidak kena rasanya apabila membantah kemusnahan akibat serangan Israel itu, tetapi diri sendiri tidak mampu menahan dari melakukan perkara yang membawa kemusnahan kesihatan diri.Saya pernah dimaklumkan, sebahagian besar pelabur dalam syarikat rokok dunia merupakan syarikat perniagaan di Israel; sebahagian keuntungannya disalurkan ke negara tersebut.
Bantulah rakyat Palestin dengan berhenti merokok...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment