"...Sebelum menjawab soalan itu kita wajib melihat apakah budaya yang sedang kita anuti hari ini.
Untuk ujian pertama sila buka almari kain baju dan lihat berapa banyak kain baju yang terkumpul dan tidak pernah kita usik-usik. Malah kita terlupa bahawa kita memiliki kain baju ini. Kemudian sila pandang rak kasut. Berapa banyak kasut yang terkumpul.
Jika kain baju bergantang-gantang dan kasut semakin membusut maka tandanya kita sedang menghayati dan merayakan budaya konsumer – budaya yang lahir dari sistem ekonomi kapitalis. Budaya konsumer ini telah sampai ke tahap akhiran kerana sistem ekonomi kapitalis tidak lagi berkemungkinan untuk berkembang melainkan menguncup dan akhirnya meleset."
Artikel ini saya petik dari salah sebuah web popular di kalangan penganalisa politik dan ekonomi tanahair. Satu ungkapan yang wajar difikirkan.
Hujung minggu yang baru ini, saya mengemas rak almari anak-anak; sebahagian besarnya sudah ketidakcukupan ruang untuk diisi. Kami mengemas satu persatu, banyak rupanya pakaian yang masih elok tetapi jauh terperosok ke bawah tanpa disedari lalu terlupa hendak dipakai. Sebahagiannya pula sudah tidak muat dipakai. Sebahagian lagi merupakan hadiah dan cenderahati dari saudara mara yang melancong ke luar negara.
Meskipun dalam konteks artikel di atas ianya disebut budaya penguna (consumerism); ia sebenarnya merupakan tunjang kepada ekonomi kapitalis yang menjadikan pengguna dari kelas terbawah sebagai mangsa. Lambakan pakaian yang memenuhi ruang almari telahpun menggamit rasa bersalah di hati; ..dan rasanya banyak aspek lain yang boleh kita perbaiki untuk menajamkan lagi kemampuan ekonomi kita agar dapat bertahan. Hiasan rumah, perabot, langsir, rekabentuk dalaman dan entah macam-macam lagi termasuklah all souvenirs yang tidak tahu ntah mana nak diletakkan.
Bagi saya, hanya satu sahaja keyword nya...elakkan dari membeli sesuatu yang tidak perlu.
No comments:
Post a Comment