Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Sunday, November 30, 2008

??Sick Doctors

Ini merupakan sebahagian petikan muka hadapan The Star hari ini.

"Most of the mentally ill students, he said, could have undergone pressure and depression while studying and faced difficulty in coping in a hospital environment.

The other weakness was a lack of proficiency in the English language."

Satu kenyataan akhbar oleh DG kementerian Kesihatan, perihal sebahagian (5 orang sebulan) graduan perubatan yang gagal menamatkan attachment siswazah (housemanship). Sambil tidak menafikan wujudnya tekanan kerja yang begitu tinggi, namun aspek English proficiency yang turut dimasukkan sebenarnya melambangkan begitu angkuhnya sebahagian mereka yang pakar ini untuk terus memuliakan bahasa tidak rasmi itu.

Bayangkan...pesakit kita lebih 98% merupakan Melayu, Cina dan India; yang hampir kesemua (majoritinya) mereka dari kelas sederhana dan bawahan yang tidak mampu ke hospital swasta; yang secara bahasanya lebih mahir bercakap dalam bahasa malaysia. Sistem pentadbiran kita, semuanya berbahasa rasmi iaitu bahasa Malaysia (seingat saya tiada keperluan untuk membalas surat rasmi dalam bahasa inggeris); kemudian, dalam sistem pembangunan sumber manusia juga berbahasa melayu. Di manakah logiknya keperluan wajib untuk berbahasa Inggeris dalam suasana persekitaran kerja??

Sambil tidak menafikan pentingnya bahasa Inggeris untuk tujuan menyambung pembelajaran sepanjang hayat (continuous medical education); namun keperluan wajib berbahsa Inggeris dalam dunia pekerjaan tidak lebih selain untuk berkomunikasi sesama rakan sejawat.

Lingkungan untuk berbahasa Inggeris hanya terhad dalam lingkungan dunia manusia yang mengendalikan kes pesakit; namun uniknya pesakit kebanyakkannya ditemuramah dalam bahasa melayu, tetapi kemudiannya (bagi tujuan komunikasi maklumat) diterjemah dalam bahasa inggeris sepanjang perbincangan dalam wad; termasuk melibatkan kakitangan wad seperti jururawat dan pembantu perubatan serta mereka2 yang merasakan begitu penting dalam pengendalian pesakit berkenaan.

Selepas meninggalkan dunia klinikal di hospital; barulah saya menyedari betapa kurang ajarnya kita apabila menggunakan bahasa yang tidak difahami serta dibincangkan dengan panjang lebar di hadapan manusia yang memerlukan rawatan dan simpati emosi(kepada semua kakitangan yang pernah bertugas/ hadir serta bekas pesakit saya di Hospital Aminah Johor bahru tahun 1994/95 dahulu, saya mohon maaf atas kesilapan itu). Saya akan terus mendidik anak pelajar saya supaya tidak mengulangi kesilapan yang telah saya lakukan.

Namun, doktor2 yang lidahnya seperti manusia bermata biru itu merasakan compulsory untuk melakukan sedemikian; bukan apa (inilah sahaja alasannya), sekadar untuk menunjukkan merekalah yang lebih pandai dari orang lain. (...so..who you think you are?...I'm a senior doctor, much smarter than you...).

Sikap angkuh dan ego ini terus terbawa-bawa walau di mana mereka berada; tanpa memikirkan kesannya kepada graduan perubatan yan baru sahaja lulus dalam peperiksaan akhir. Lalu wujudlah ramai ' pencacai' dalam dunia perubatan yang kerjanya mencari kesilapan orang lain tanpa mengira sama ada manusia itu kepenatan tanpa rehat dalam mengendalikan kes-kes sepanjang hari. Lagipula apabila leteran yang menghinakan itu dilontarkan dalam bahasa Inggeris dengan diiringi dengan herot wajah yang menyakitkan hati memandangnya.

Kenyataan kurang kemahiran berbahasa Inggeris sebagai punca sebahagian graduan perubatan itu mengalami masalah mental sebenarnya sangat keterlaluan...saya berpendapat, ianya bukan kerana graduan yang tidak mahir berbahasa Inggeris tetapi dek kerana tekanan yang diwujudkan oleh kesombongan dan keangkuhan oleh mereka yang kononnya lebih pandai dalam perubatan lantaran merasakan konon dirinya lebih mahir berbahasa inggeris.

No comments: