Semasa era menggila kenaikan harga minyak dahulu, macam-macam alasan apabila kenaikan minyak berlaku. Contohnya, jika kenaikan pada penghujung tahun begini, ia dikaitkan dengan kedatangan musim sejuk/ salji di US dan negara eropah. Bila waktu lain, menyalahkan China dan India. Pada waktu lain pula, menyalahkan negara pengeluar minyak.
Tapi yang nyata, selepas kejatuhan Lehmann Brothers dan Meryl Lynch (maaf saya tak ingat nama company US yang jatuh tersungkur akibat bankrap baru-baru ni); harga minyak terus turun dan mengalami trend penurunn yang berterusan.
Kesimpulannya, hujah ahli ekonomi terhadap penurunan dan kenaikan sesuatu barang teruatama petrol sebenarnya gagal. Begitulah ekonomi kapitalis..
No comments:
Post a Comment