Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Monday, November 17, 2008

Latest about crude oil

Harga minyak mentah dunia hari ini USD 55.94 setelah tertinggi pada Julai lalu iaitu sekitar USD 140+++. Penurunan yang berlaku hampir dua pertiga dari paras tertinggi tersebut.
Saya tuliskan nota mengenai minyak mentah ini kerana pengalaman akibat peristiwa kenaikan minyak pada Ogos lalu begitu pahit untuk dikenang dengan huru haranya jalan raya dan stesen minyak seluruh negara.

Dari MStar hari ini:
Isnin November 17, 2008
Harga minyak turun mungkin umum hari ini?

PETALING JAYA: Selepas turun sebanyak 15 sen pada awal bulan ini - buat kali keempat, harga minyak dijangka diumumkan turun lagi pada hari ini oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Minggu lepas, Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad menyatakan tentang harga minyak yang dijangka turun pada pertengahan bulan ini.

Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini.

"Pada bulan Oktober lalu harga minyak berada di paras antara AS$74-AS$77 dan menurun kepada AS$70 semasa lapan hari terakhir bulan tersebut," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad di Johor Bharu.

Shahrir berkata, harga niaga hadapan minyak iaitu pada bulan Disember juga menunjukkan ia akan berada pada paras di bawah AS$70.

1 comment: