Saya menulis lagi tentang sesuatu yang bukan merupakan bidang yang pernah saya pelajari secara terperinci. Namun, sebagai individu yang perlu berurusan dengan apa jua perkhidmatan/ barang keperluan; struktur ekonomi konservatif mahupun yang disebut perbankan Islam merupakan platform yang tidak dapat tidak untuk kita mengelakkannya.
Paparan kali ini menjurus kepada kreatifnya pencipta kekayaan melalui urusniaga virtual/ 'olok2'; sesuatu yang bagi kita diluar pasaran saham/ sekuriti ini mungkin sukar memahaminya. Mereka mewujudkan sistem kewangan yang pada hakikatnya berpunca dari urusniaga yang tidak pernah berlaku, namun mencipta laba hasil dari faedah/ bunga/ riba yang dihasilkan. Namun, sistem kewangan itu dinamakan pasaran security; i.e. dijamin memperolehi untung meskipun bersandarkan urusniaga perniagaan olok-olok (tidak pernah wujud sebenarnya).
Teringat saya tentang seorang kawan yang meminta saya menjadi penjamin kewangannya semasa hendak mendirikan masjid suatu ketika dahulu. Meskipun urusniaga itu dinamakan sebagai pinjaman peribadi berasaskan Islam, namun semasa saya menurunkan tandatangan, kami diminta bersetuju dengan akad pembelian komputer peribadi yang sama nilai dengan jumlah pinjaman yang dipohon. Kononnya, pihak bank membelikan kami komputer, kemudian kami menjualnya semula kepada bank dengan nilai tertentu. Hasil jualan kepada bank, kawan saya itu menerima sejumlah wang yang berupa pinjaman yang dipohonnya.
Saya pada ketika itu agak keliru dengan satu akad pembelian/ jualan yang tidak pernah berlaku.
Kini, semakin fahamlah saya mengapa Islam dengan jelas menharamkan riba, betapa menyeleweng jauh sistem kewangan kini....
No comments:
Post a Comment