Lantang sekali isu krisis ekonomi diwar-warkan di kebanyakan media. Bagi kita, yang paling mudah difaham adalah apabila adanya mereka yang terpaksa menerima kenyataan untuk diberhentikan kerja atau diberi peluang VSS. Apabila berhenti secara terpaksa atau dipaksa untuk bersukarela, kesannya tiadalah sumber bulanan untuk menampung keperluan keluarga. Serta merta, ekonomi keluarga merudum serta memberikan kesan psikososial.
Namun, apa pula yang mendorong sesebuah syarikat terpaksa atau dipaksa memberhentikan pekerjanya.Tujuan utama sesebuah syarikat adalah untuk mencipta keuntungan serta pulangan yang baik. Selain untuk membolehkan syarikat mencipta keuntungan, pengecilan saiz kakitangan juga bermaksud untuk mengelakkan syarikat dari terus menanggung kerugian serta mengelakkan ianya dari terus dibungkus/ disita.
Apapula yang menyebabkan syarikat rugi. Apa pula sebabnya apabila situasi tersebut berlaku secara besar-besaran (jika untuk definisi penyakit, kita katakan sebagai wabak). Benarkan saya menggunakan istilah wabak syarikat besar terlungkup dalam kerugian maksima digunakan. Hal ini berlaku sehingga menyebabkan sama ada mereka terus ditiadakan dalam senarai atau diberikan bantuan dana oleh sesiapa yang berkenaan (biasanya kerajaan lah). Pelik tak rasanya apabila sebuah syarikat yang berpengalaman mencipta untung, tiba-tiba rugi bertimbun sehingga terpaksa memberhentikan sebahagian besar kakitangannya serta terpaksa menyusun semula syarikat.
Naluri untuk mencari etiologi/ penyebab wabak tersebut agak terkesan dalam fikiran saya. Rasa simpati pada mereka yang dipaksa berhenti akibat prestasi syarikat yang terlungkup serta gembar-gembur media yang begitu meluas mendorong saya untuk bertanya serta membaca apa jua sumber yang ada. Namun, biasanya saya merasa keliru dengan penjelasan ahli ekonomi.
Selepas saya bahagikan pandangan tersebut menurut persepsi makhluk awam seperti saya dan juga korporat yang hidupnya dalam menjana hasil ekonomi, barulah saya faham mengapa mereka memberikan pandangan yang biasanya kita semua tak faham.Dalam konteks ekonomi, mana ada keadilan sosial...seperti yang saya nyatakan; tujuan sesebuah syarikat ialah mencipta keuntungan. Jadi, tak kisahlah apa yang akan berlaku dalam struktur sosial masyarakat asalkan keuntungan dapat dicipta. Namun aliran pemikiran masyarakat perlu dijuruskan secara harmoni untuk memberikan mereka ketenteraman untuk terus menyokong produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat tersebut.
Saya kembali membaca buku The coming economic crises yang memberikan sorotan bagaimana jangkaan berlakunya krisis ekonomi jika harga minyak meningkat sehingga USD200. Dan ini pula merupakan sorotan deklarasi G20 yang bersidang baru-baru ini. Sebahagian petikannya yang menuliskan.
Root Causes of the Current Crisis:
3. During a period of strong global growth, growing capital flows, and prolonged stability earlier this decade, market participants sought higher yields without an adequate appreciation of the risks and failed to exercise proper due diligence. At the same time, weak underwriting standards, unsound risk management practices, increasingly complex and opaque financial products, and consequent excessive leverage combined to create vulnerabilities in the system. Policy-makers, regulators and supervisors, in some advanced countries, did not adequately appreciate and address the risks building up in financial markets, keep pace with financial innovation, or take into account the systemic ramifications of domestic regulatory actions.
4. Major underlying factors to the current situation were, among others, inconsistent and insufficiently coordinated macroeconomic policies, inadequate structural reforms, which led to unsustainable global macroeconomic outcomes. These developments, together, contributed to excesses and ultimately resulted in severe market disruption.
Oleh itu, saya merumuskan sebenarnya, dalam konteks mencipta keuntungan, ada syarikat yang sangat berpengalaman itu terus dengan tamaknya ingin mencipta keuntungan yang berganda-ganda. Pulangan dari pasaran hadapan menggunakan kredit dalam pasaran penuh risiko (baru saya faham penuh risiko ni bermaksud apabila tunai yang sepatutnya digunakan untuk membayar tunai dalam sesuatu perjanjian perniagaan bersifat 'vulnerable' untuk disalahguna bagi tujuan peribadi; macam kita main kutu lah agaknya, siapa yang akhir sekali mempunyai risiko menggigit jari jika ada peserta yang enggan membayar). Oleh itu, apabila tiba waktu penjelasan/ pembayaran yang sepatutnya dilunaskan gagal dibayar, menyebabkan syarikat tiba-tiba menanggung hutang yang bukan sedikit tetapi banyak bertimpa-timpa sehingga tersungkur.
Dalam keadaan lain, ada pula makhluk 'penghisap darah' yang dah biasa dengan mekanisma ini dikatakan mewujudkan keadaan tersebut untuk mendapat 'bail-out' secara mudah dari sesebuah agensi (induced crises). Bukankah secara tersirat, mereka yang telah 'menyorokkan' aliran tunai itu mendapat pulangan berganda; dapat extra dan syarikat pula tidak terkubur. Inilah sebenarnya the underlying cause for the wabak of global economic crises. Dan saya yakin banyak bail out yang terjadi dalam situasi setempat mencerminkan fenomena serupa.
Jahat sungguh mekanisma kapitalis ini. Bersedialah menjawabnya di hadapan Allah SWT nanti....
No comments:
Post a Comment