Getar suara yang menidakkan hukum alquran terus sahut bersahut sambil mempertikai pelbagai hukum yang dikeluarkan oleh mereka yang telah ditauliahkan dengan keilmuan islam. Saya tidak begitu selesa dengan suasana hari ini yang agak kacau bilau dengan lontaran pendapat yang berkecamuk dengan nada-nada keliru serta mengelirukan.
Pada saya, jika hati sudah gagal untuk memikirkan secara rasional serta meletakkan keredhaan pada apa yang diredhai Allah, 1001 atau lebih macam alasan diketengahkan untuk menafikan apa sahaja yang dibentangkan meskipun tujuan fatwa sedemikian bertujuan demi menyelamatkan keimanan dan aqidah.
Suara-suara sumbang yang terus memutarbelit pembentangan alquran serta sumber muktabar menggunakan media blog sepenuhnya untuk menyuarakan ketidak-puasan hati terhadap sebarang fatwa yang diputuskan.Yang lebih mendukacitakan, apabila mereka yang bukan Islam turut serta dalam perdebatan sambil mengapi-apikan serta memperkecilkan keputusan yang dibuat oleh badan fatwa.
Yang ilmu Islam separuh masak pula mengenengahkan ideologi yang menggunakan media bahasa Inggeris yang penuh dengan kesusasteraan berbelit-belit untuk memastikan apa yang dihajatkan untuk menidakkan hukum dapat diterima umum. Emosi terhadap sesuatu pihak dicampur adukkan tanpa menilai perkataan atau ayat yang digunakan boleh menjejaskan aqidah. Yang nyata, hati saya sakit dan kecewa.
"As to those who reject Faith, it is the same to them whether you warn them or do not warn them; they will not believe. Allah has seal their hearts and on their hearing, and on their eyes is a veil; great is the penalty they (incur)" (Al Baqarah : 7-8)
No comments:
Post a Comment