Bagi mereka yang biasa dalam dunia pendidikan, mempelajari tatacara pengajaran serta asas perguruan takkan lari dari istilah taksonomi Bloom (Saya memanggilnya Bloomberg semasa mula mengenali dunia pendidikan dahulu...). Pengajian saya yang kini berlangsung secara distance learning dengan sebuah universiti di UK memberikan sorotan menarik tentang taksonomi tersebut dalam konteks yang diperbincangkan. Bloom telah memperkenalkan konsep itu pada tahun 1956...(lama betul). Banyak lagi teori-teori pendidikan yang juga menengahkan konsep yang hampir sama dalam membincangkan perkara yang sama.
Sebenarnya taksonomi Bloom sudah tidak bersesuaian untuk dipadankan dengan perkembangan pendidikan terkini...teorinya juga banyak yang tidak terpakai dan ada yang sukar dinilai melalui peperiksaan serta mengelirukan. Dalam dunia pendidikan perubatan, ia juga sukar disesuaikan menurut skop pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum.
Antara yang terkini ialah pada 1981 di mana seorang bernama Romiswoski memperkenalkan konsep yang agak mudah dalam merekabentuk Sistem pendidikan (Bukunya berjudul Designing Instructional System, beliau mempermudahkan teori tersebut).Saya berpendapat teori yang dikemukakan oleh Romiswoski lebih sesuai untuk dipadankan dengan kurikulum pendidikan perubatan; juga lebih mudah jika digunakan untuk peringkat sekolah dan lebih rendah).
1 comment:
salaam...bloom taxonomy... benda yg sy baru kaji... masa undergrad dulu x pernah dengar benda ni... co-sup sy suruh guna Bloom Taxanomy ni dlm research method sy... hurmm.... bila baca artikel ni... terasa nk kaji lebih dalam.... tp... projek sy da nk mula.... hurm.... harap dapat bantu... wm... jzk...
Post a Comment