Pepatah ini telah diperdengarkan ke telinga saya semasa saya di darjah dua. Ketika itu, kami gemar meminjam buku perpustakaan yang bertemakan peribahasa (dan apa jua yang seumpama dengannya) serta cerita teldan yang ada di dalamnya.
Dalam konteks praktikal yang telah dilalui, saya yakin tentang kebenaran pepatah ini. Jika kita mendalami isi alquran, antara penekanan yang serupa serta lebih komprehensif dapat dilihat dalam surah AlInsyirah dimana ayat surah tersebut diakhiri dengan kalimah yang bermakna kepada tuhanmu maka berharaplah (mencari jalan usaha, berusaha hadapi kesusahan, selepas kesusahan pasti ada kemudahan, bersedia untuk harungi lagi kesusahan dan kepada Allah perlu bertawakkal).
Oleh itu, inisiatif usaha merupakan usaha murni yang membawa kepada objektif yang diharapkan. Ia memang disertai kesusahan. Jangan harap sesuatu yang baik itu boleh diperolehi dengan memangku tangan, serta berharap ianya akan datang dengan sendiri.
Mungkin kita biasa mendengar, 'fail to plan actually we plan to be failed'.
Kisah peragut yang memberi alasan meragut semata-mata untuk membeli susu anak sudah jenuh kita dengari. Ada yang meremehkan alasan itu, ada pula yang mengaitkannya dengan lambakan pekerja asing sehingga menyebabkan pekerja tempatan terpinggir.
Pernah saya tuliskan mengenai masalah sebahagian besar yang melanda struktur sosial golongan lelaki; satu dimensi daripadanya mengenai semakin kurangnya anak lelaki di universiti pengajian tempatan. Isu sebenar yang menjadi penyebab kepada keadaan demikian tidak pernah diberikan sebagai agenda utama dalam polisi negara. Ia dipisahkan dalam segmen tersendiri, sedangkan jika fokus itu dicantum secara keseluruhannya memaparkan fakta tersendiri yang boleh difahami dengan sendirinya.
Lihatlah betapa ramainya lelaki melayu di pusat pemulihan, demikian juga yang terjebak dalam jenayah domestik, demikian juga di dalam penjara, demikian yang mendapat jangkitan HIV/AIDS, demikian yang terlantar meninggal atau kesakitan akibat perlumbaan haram di jalanraya, demikian yang terperangkap dengan tabiat merokok serta menderita sakit akibat kesan kronik tabiat tersebut.
Saya rungkaikan itu sebagai outcomes berikutan satu master plan yang selama ini tidak pernah diberikan tumpuan wajar. Watak kepimpinan itu fitrahnya milik insan bernama lelaki, sesuai dengan kejadian dan kelebihan yang telah dikurniakan Allah. Fokus mencari jalan penyelesaian perlu dimulakan. Peranan wanita juga sangat penting dan kritikal dalam menangani isu ini. Jangan pula wanita ter'confuse' sehingga menjadikan lelaki sebagai pesaing pula...
No comments:
Post a Comment