Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Tuesday, November 18, 2008

Perhimpunan Guru KAFA 17 November 2008

Ini yang dimaklumkan secara detail melalui email seorang sahabat saya; harapan dan doa saya moga keadilan buat guru2 KAFA ini dapat disegerakan untuk menjadi kenyataan.

Berikut ucapan dari YB DSAI

ALHAMDULILLAH..... Tarikh 8 September 2008 merupakan satu tarikh penting kerana ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin agama lain bebas untuk diamalkan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Pakatan sentiasa mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip asas yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Persefahaman ini dicapai kerana kami semua sedar ianya tidak bersalahan dengan agenda Pakatan Rakyat yang sememangnya melewati sebarang sempadan kaum dan budaya.Pagi ini, saya bersama YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sekali lagi mengulangi komitmen kami yang dipersetujui 8 November lalu di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Stadium Malawati, Shah Alam. Di majlis tersebut, Tan Sri Khalid mengumumkan kenaikan elaun guru KAFA, dari RM 738.30 kepada RM 1000 dan elaun penyelia KAFA, dari RM 1112.00 kepada RM1500.Tahniah buat Tan Sri Khalid dan Kerajaan Pakatan di Selangor. Doa buat guru KAFA agar amanah mendidik umat memantapkan aqidah, akhlak dan shaksiyah dapat dilaksanakan sebaiknya.

ANWAR IBRAHIM

No comments: