Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Monday, November 10, 2008

Orang kita, wajah kita...

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, saya perhatikan banyak jabatan kerajaan yang telah menswastakan perkhidmatan pembersihan iaitu termasuk sampah sarap, tandas dan juga landscaping/ memotong rumput. Hasilnya menyebabkan struktur perjawatan di bawah skim berkenaan 'dijumudkan' serta pengambilan kakitangan berdasarkan kontrak atau setaraf sambilan sahaja. Jika semasa saya di universiti dahulu, meskipun penswastaan berlaku namun kakitangannya terdiri dari rakyat tempatan yang kebanyakan masyarakat melayu dan India. Namun pada masa ini, kebanyakan kakitangan syarikat yang menawarkan khidmat pembersihan adalah terdiri dari warga asing iaitu kebanyakannya Indonesia dan Bangladesh.
Saya tidak bermaksud untuk menafikan sumbangan mereka namun hati saya tidak comfortable setiap kali meng observe cara mereka bekerja (koridor yang sama disapu berkali-kali)...adapula yang memerhatikan kami atas bawah apabila terserempak di dalam lif. Itu belum lagi yang menjadi peninjau bebas dari tingkat atas apabila kami berjalan melepasi tempat letak kereta. Ada pula yang berbual begitu kuat sesama mereka tanpa mempedulikan kakitangan yang lain.
Saya sebenarnya tidak pasti atas justifikasi apa perkhidmatan itu diswastakan; namun saya dikhabarkan penswastaan itu menguntungkan mereka yang mengetahui wujudnya keperluan berkenaan (kiranya konspirasi orang dalam jugaklah...ntahlah; betulke?)

Namun kisah ini menyedihkan saya:

113 k'tangan sambilan JPN K'tan diberhenti
Nov 10, 08 4:20pm
Seramai 113 kakitangan sambilan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan yang telah berkhidmat antara 10 dan 18 tahun, kini terpaksa mencari pekerjaan lain kerana perkhidmatan mereka tidak disambung,
kata Pengerusi Cuepacs Kelantan Samsudin Mohd Noor.

Menurutnya, kakitangan tersebut kini terpaksa mencari pekerjaan seperti memandu teksi bagi menyara keluarga.

Samsudin berharap kerajaan mengambil kembali kakitangan terbabit untuk berkhidmat di agensi lain yang sesuai dengan kelayakan dan pengamalan mereka, demikian dilaporkan Bernama.

Katanya 300 tukang kebun dan jaga di Kelantan turut menerima surat pemberhentian kerja sehingga 31 Disember ini dengan alasan kekosongan itu akan diisi oleh kakitangan swasta.

"Apakah kerajaan mahukan mereka menganggur sedangkan mereka sebelum inipun berpendapatan bawah paras kemiskinan tegar iaitu kurang dari RM500 sebulan," katanya.

No comments: