Apa agaknya perasaan anda jika sedang memasak dan masakan yang masih separuh masak itu diberikan secara tanpa kerelaan anda untuk dijamah oleh juri perasa makanan?
Kemudian, berdasarkan rasa makanan dari masakan yang masih belum masak sepenuhnya itu diberikan komen berjela, dikritik tanpa henti serta diberikan 'humiliation' tanpa kasihan? Kemudian anda ditanya pula, you ni sebenarnya nak masak apa? Kenapa rasa dia macam ni? Kenapa you tak buat macam tu.....? Bila anda menjawab...kami sebenarnya masih belum siap memasak...inipun masih banyak yang belum settle, kalau rasa tak sedap, tak payahlah makan.
Namun juri masih belum berpuas hati, dipanggil pula pembantu tukang masak; ditanya dengan soalan yang sama serta dihadapkan soalan yang sepatutnya dijawab oleh anda sebagai tukang masak.
Kemudian, baru anda tahu sebenarnya anda tak pernahpun tersenarai dalam kumpulan mereka yang perlu menjawab soalan dari juri,tetapi sekadar perlu menyediakan masakan menurut yang dikehendaki. Cuma kebetulan anda ada disitu anda diberikan soalan bertubi-tubi demi menyerlahkan panel penilai sesuatu masakan walaupun masakan anda belum lagi masak dan belum siap untuk dimakan.
Saya sebenarnya hampir hilang sabar bila berhadapan pakar yang berlagak pengkritik agung. Tanpa memberikan komitmen terhadap susah payahnya kakitangan bawahan menyediakan pelbagai sumber/bahan untuk keperluan pameran; sifat yang keterlaluan dengan kesombongan tanpa mengambilkira perasaan seorang manusia, begitu hebat sekali untuk memberikan pendapat kononnya yang setara dengan keperluan standard.Jauh sekali menghargai semangat berpasukan serta setiakawan yang ditunjukkan selain terus mencari salah walau terlalu minor.
Saya hargai segala usaha yang telah dilakukan oleh semua kakitangan di unit kami yang telah berusaha dengan inisiatif yang tidak ternilai. Mendahulukan wang tunai serta kepentingan sendiri tanpa berkira serta berusaha tanpa dipaksa. Yang terbaik dari saya hanyalah doa, moga usaha mereka digantikan dengan balasan yang lebih baik dari Allah SWT. Saya berdoa semoga kita tidak menjadi pencacai...,sesungguhnya Allah Maha Pengampun namun berhati-hatilah dari membuat dosa sesama manusia.
No comments:
Post a Comment