Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Sunday, January 30, 2011

Yunnan Day 8...menyusuri tebing Yang Tze ke Shangri-La




Kembara kami ke Yunnan Allah izin diuji apabila 2 dari ahli keluarga saya mula demam serta menunjukkan tanda-tanda jangkitan pernafasan atas (upper respiratory tract infection). Ketika kenderaan mula bertolak...saya sudah berkira-kira sama ada bekalan ubat yang saya bawa mencukupi ataupun tidak. Buat memenuhi itinerary lawatan...kami meneruskan perjalanan ke Shangri-La...satu keadaan yang bagi saya agak getir

Perjalanan mula menyusuri laluan menaik..ke kawasan berbukit dan bergunung serta melalui sebahagian Sg. Yang Tze. Hati saya teruja apabila memandang pertama kali Sg. Yang Tze...itulah fakta geografi yang pernah saya hafal semasa di bangku sekolah dahulu.

Laluan menyusuri tebing tinggi yang begitu curam serrta menyaksikan kewujudan bongkah gunung ganang yang saiznya mencapai 5 kali hingga berpuluh ganda bukit-bukit yang biasa saya saksikan di Malaysia....begitu kecil dan daifnya saya sebagai makhluk yang diciptakan

Antara lokasi menarik sepanjang laluan ke Shangri-La itu ialah Tiger Leaping Gorge iaitu satu lokasi yang merupakan tempat yang jurang yang paling dalam di dunia...kalau saya tak silap ia dimaklumkan sebagai jurang yg lebih dalam dari Grand Canyon. Kelihatan juga penggembala yang membawa ternakan mereka ke permukaan gunung yang curam serta berbatu...subhanalLah indahnya.......







Friday, January 28, 2011

Tentang motivasi...

Motivasi merupakan faktor penggerak untuk kita mengekalkan semangat dan keinginan untuk terus mempertingkat usaha dalam mencapai sesuatu objektif. Apakah dia faktor penggerak itu...bagi saya ia wujud dalam pelbagai bentuk dan sifat.

Ada masa-masa tertentu kita terlantar lemah serta gagal memanfaatkan masa untuk memberikan sesuatu output yang maksima....mungkin terkedu akibat dicelarukan oleh stress atau sesuatu hajat yang tidak tercapai.

Sesungguhnya hidup ini penuh warna-warni keadaannya...ada warna yang kita senangi...ada pula warna yang kehadirannya menimbulkan kegelisahan sehingga menggagalkan kita menepati sasaran. Saya berbincang dengan seorang sahabat mengenai pelbagai kursus motivasi...yang kini begitu meluas aplikasinya di sekolah-sekolah untuk memantapkan semangat anak-anak demi mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

Baru-baru ini juga...saya sempat membaca sepintas lalu mengenai pelbagai peringkat kursus motivasi yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar sekolah. Saya melihat isu motivasi ini dalam beberapa skop yang berbeza...bagi saya untuk menghidupkan atau mengekalkan motivasi...kita tidak perlu menunggu untuk diadakan kursus khas mengenainya. Perlukah sesuatu dana itu dihabiskan semaksima mungkin untuk pelbagai kursus motivasi untuk memberikan sumbangan bermakna kepada keputusan peperiksaan?

Salah faham peranan motivasi dalam menentukan keputusan peperiksaan menyebabkan pelbagai syarikat bagai tumbuhnya cendawan menawarkan pelbagai kursus...dengan pelbagai versi dan modul. Keputusan peperiksaan yang baik sebenarnya merupakan hasilan dari minat belajar serta mengaplikasikan ilmu secara praktikal.

Minat belajar itu pula biasanya bermula dari nilai-nilai yang diterap dalam keluarga, dan bagi saya juga, ibu bapa lah sebagai ikon yang sebenarnya berperanan memproliferasikan minat belajar supaya ianya menjadi praktis berterusan...bukan penceramah Kursus Motivasi....

Sunday, January 23, 2011

Yunnan Day 7 - ke Pergunungan Golden Dragon



Di kawasan berkenaan menempatkan kereta kabel dan juga kawasan pemandangan yang sangat indah...namun pelancong tempatan juga begitu rama i dan terpaksa bersaing dengan mereka dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Sempat juga beramah mesra dengan pelancong tempatan yang kebanyakan mereka juga 'eager' utk bergambar dengan kami.






Di Li Jiang...ramai juga yang muslim namun kedudukan mereka tidak setempat; kebanyakan mereka memerlukan bimbingan dari individu agamawan yang mahir berbahasa dalam bahasa mereka untuk mengajar tentang quran dan solat. Restoran Muslim di Li Jiang juga tiada masalah, cuma kebanyakannya tidak menyediakan ruang solat.

Semasa pulang dari pergunungan Golden Dragon di sebelah petang, waktu untuk bersolat asar dan zohor (saya jamakkan) agak kritikal. Dengan tandas yang hanya satu serta terpaksa menunggu giliran....saya tercari-cari ruang yang sesuai. Manakala suami dan anak-anak lelaki bersolat di tepi sebuah kedai (ruang terbuka), saya masih terkial-kial mencari ruang. Saya mendesak pemandu pelancong menunjukkan saya jika ada ruang di kedai...entah kenapa saya yakin benar bahawa ruang itu memang wujud. Lalu beliau membawa saya kepada tukang masak di restoran tersebut...saya kemudiannya di bawa ke ruang atas kedai yang begitu lapang dan mempunyai banyak ruang makan yang bersenggat...lengkap dengan tandas dan meja makan serta game di atas meja.

Allah izin, saya tunaikan solat di atas helaian kertas tisu yang saya susun untuk saya bersujud....dengan linangan airmata syukur...alhamdulillah.

Yunnan Day 6 - bertolak ke Li Jiang

Agak lama juga saya tak mengupdate mengenai kembara 12 hari ke Yunnan lalu. Terdapat masalah teknikal yang menyukarkan saya meng upload sebahagian gambar di blog ini.

Li Jiang adalah merupakan destinasi berikutnya selepas kami menghabiskan masa di Dali. Cuma saya secara peribadi berasa agak sekejap singgah di Dali sedangkan rasanya tak puas menikmati keindahan semulajadi dan beramah mesra dengan muslim di Dali.




Perjalanan mengambil masa lebih 4 jam dengan menaiki bas...saya sebenarnya berasa takjub dengan kehebatan dan kegigihan rakyat China yang begitu gigih mengusahakan sektor pertanian. dengan jangkaan ekonomi di jangka mengalami kemelesetan pada tahun ini berikutan kenaikan harga minya dan faktor ekonomi lain, China di jangkakan tidak mempunyai masalah besar kerana negara itu menghasilkan sumber makanan mereka sendiri tanpa bergantung pada negara luar.

Li Jiang merupakan bandar pelancongan yang mula dikenali selepas kejadian gempa pada tahun 1997, bandar itu dimajukan sebagai bandar pelancongan untuk meningkatkan pendapatan rakyat setempat.











Suatu yang menarik di Li Jiang ialah latarbelakang geografinya agak pelbagai namun di dominasi oleh latarbelakang gunung ganang yg sangat indah. Jika sebelum ini saya hanya didedahkan dengan imej di Swiss sahaja...rupa2nya pemandangan indah sedemikian lebih menarik di Li Jiang..

Antara kesalahan yg boleh membatalkan syahadah:

Secara umum, saya sejak kecil lebih banyak didedahkan dengan hal-hal yg membatalkan sesuatu ibadah seperti wudhu', solat, puasa dan lain-lain. Seingat saya juga, amat jarang saya mendengar ttg hal yg membatalkan aqidah ketika itu, sekali sekala ada juga diselitkan dlm ceramah yg dklasifikasikan sbg ceramah politik.

Tauhid yg diajarkan oleh Nabi ialah tauhid yg menafikan ada Tuhan atau kuasa (kdg2 disebut supernatural) atau sembahan SELAIN Allah. Allah shj lah yg berhak diutamakan dlm kehidupan, yg berhak ditumpukan perhambaan...tidak ada yg selain dariNya.

Antara amalan selain dari kepercayaan memotong kuku pada hari tertentu boleh membawa sakit, saya kongsikan kesilapan saya selama ini:

1. Membenarkan teori nombor yang memberikan impak kepada 'nasib' seseorang

2. Membenarkan teori memakai pakaian tertentu boleh menyebabkan sesuatu kejadian yg tidak disukai berlaku

3. Membenarkan al quran dijadikan sebagai tangkal azimat menghalang hantu syaitan

4. Tidak menegur amalan mandi tolak bala dan amalan berbomoh (utk tujuan mengutip hutang) di kalangan individu yg dikenali walaupun sedar amalan itu adalah SALAH

5. Bersikap tidak apa apabila melihat individu memakai tali azimat di tangan yg dikatakan mempunyai khasiat tertentu

6. Bersikap tidak apa terhadap gerai/kedai yg memaparkan ayat seribu dinar yg dikatakan mempunyai azimat melariskan jualan

7. Bersikap tidak apa terhadap siaran TV/ filem atau tulisan yg mengagungkan kuasa luarbiasa selain Allah.

Ya Allah.. Lindungkanlah kami dari amalan yg membuka jalan kami berbuat syirik terhadapMu, da ampunkanlah dosa yg tidak kami sedari/ ketahui...

Wednesday, January 19, 2011

GST...sejak bila sebenarnya kuatkuasa perlaksanaannya?

Saya masih terkejut dengan pelbagai kenaikan harga mendadak yg berlaku sejak bermulanya tahun baru 2011. Walaupun saya sedar bahawa GST akan dilaksanakan, saya mendapat maklumat ianya akan dikenakan mulai pertengahan tahun ini. Namun pelbagai bil dan juga maklumat dari bayaran yg dikenakan memberi petunjuk bahawa GST telahpun diterima pakai perlaksanaannya dalam kebanyakan sektor perkhidmatan. Mungkin ada yg boleh kongsi maklumat sebenar mengenainya...

Tuesday, January 18, 2011

The power of Du'a... (doa)..

Merupakan suatu kesilapan yang besar apabila ada yang menganggap keperluan berdoa itu hanya apabila diri dilanda krisis atau mengalami kesusahan. Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak seorangpun Muslim yang berdoa kepada Allah dengan doa di dalamnya tiada dosa atau pemutusan silaturrahim melainkan dia akan diberi Allah kerana doanya itu satu dari tiga hal: Disegerakan doanya, ditabung untuknya di akhirat, atau disingkirkan keburukan dari dirinya”… (Hadith Riwayat Ahmad)

InsyaAllah bersama-sama kita merebut peluang kebaikan dengan mengamalkan doa-doa yang baik.Di samping itu juga, sama-sama kita berdoa dengan etika berdoa menurut petunjuk nabi dan sunnah serta ulama terdahulu.

a. Berdoa kepada Allah dengan nama-namaNya yang indah (Asmaul Husna).

b. Memuji Allah SWT terlebih dahulu seperti yang diamalkan Rasulullah SAW.

c. Bersungguh-sungguh dalam berdoa, ikhlas, khusyu’ sepenuh hati.

d. Tidak berlebih-lebihan dalam berdoa seperti berdoa menjadi mulia seperti nabi.

e. Memanfaatkan setiap waktu yang mustajab doanya iaitu pada waktu-waktu yang afdhal untuk berdoa umpamanya waktu sahur, sewaktu sujud, waktu tahyat akhir sebelum memberI salam, waktu antara asar dan maghrib pada hari Jumaat, waktu antara azan dan iqamah, semasa berpuasa, semasa bermusafir, semasa hari hujan, pada sepertiga akhir/ penghujung malam, pada sepuluh malam terakhir ramadhan serta pada sepuluh hari pertama bulan zulhijjah termasuk hari Arafah.

f. Tidak menggunakan bahasa yang keterlaluan seperti hendak bersajak dan membebankan. Firman Allah yang bermaksud, “kepadaNyalah dinaikkan perkataan yang baik….(ayat 10 Surah Fathir).

g. Berdoa dengan singkat dan penuh makna.

h. Berdoa dengan suara yang lembut dan perlahan...lembut dan perlahan. Firman Allah yang bermaksud, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut…” (ayat 55 Surah Al A’raf).

i. Berdoa dengan menghadap kiblat, setelah berzikir, selepas membersihkan gigi (bersiwak), dalam keadaan suci, nerada di tempat yang mulia, dalam masjid, dalam majlis ilmu atau ketika berada dekat ka'bah.

j. Sentiasa mendo’akan mereka yang kita kasihi. Doa seorang Muslim yang tidak berada di sisinya adalah mustajab. Di sisi kepalanya ada malaikat yang bertugas. Setiap yang berdoa demi kebaikan saudaranya, maka malaikat berkata, “Kabulkanlah, dan bagimu yang serupa” (Hadith Riwayat Muslim).

Selain itu, doa dari golongan berikut juga merupakan antara doa yang mustajab iaitu: Doa mereka yang dizalimi, doa seorang ayah dan ibu untuk anaknya, doa seorang musafir, doa seorang yang berpuasa, doa imam yang adil, doa anak salih untuk kedua orang tuanya, doa mereka yang terjaga dari tidur dengan doa yang ma’thur, doa orang yang terpaksa/ kesusahan, doa yang berzikir kepada Allah dan mohon keampunan pada sepertiga malam yang akhir, doa dengan doa Nabi Yunus, doa mereka yang ditimpa musibah, doa dengan menyebut nama-nama Allah yang indah, doa mereka yang sedang menunaikan haji, doa mereka yang sedang menunaikan umrah, doa mereka yang banyak berzikir kepada Allah dan doa orang dicintai dan diredhai Allah.

Saturday, January 15, 2011

Kerendahan hati yang TIDAK KENA pada tempatnya...

Saya menyusuri banyak pengalaman sendiri serta teladan yang saya sendiri saksikan dalam konteks menilai kembali persepsi dan tanggapan sebahagian besar kita terhadap kefahaman dan yakinnya kita terhadap sesuatu ilmu. Ilmu yang saya maksudkan di sini ialah ilmu agama yang memberikan kita 'label' atau dicirikan sebagai seorang muslim.

Syeikh Maududi dalam kitabnya Asas-asas Islam, memperjelaskan secara panjang lebar mengapa seorang yang hanya mempunyai nama sahaja tanpa isi teknikal sebagai muslim tidak layak dicirikan sebagai muslim. Seperti tukang jahit atau doktor...mereka itu tidak layak menjadi tukang jahit atau doktor jika tiada ilmu dan kemahiran untuk melayakkan mereka dipanggil sebagai tukang jahit atau doktor.

Ilmu untuk menjadi muslim MESTI dipelajari, diketahui, diyakini dan diamalkan. Seseorang muslim itu perlu berani dan yakin dalam konteks untuk mempelajari ilmu yang benar...untuk mencirikannya sebagai muslim. Keberanian dan keyakinan yang dimaksudkan di sini ialah, tahap kefahaman yang melayakkannya dicirikan sebagai muslim itu WAJIB diwujudkan di dalam hati dan diri...

Seorang muslim yang melakukan sesuatu ibadah perlu bersungguh-sungguh dan tekun agar ianya sempurna dan dinilai sebagai berkualiti di sisi Allah. Mengapa ada rasa rendah diri sehingga tidak terniat untuk sama-sama memantapkan diri dengan kualiti 'ibadah seorang alim ilmuwan.

KASTA dalam ibadah sebenarnya tidak pernah wujud...yang wujud hanyalah rasa rendah diri yang melampau sehingga menerima bulat-bulat apa sahaja yang disogokkan tanpa mempedulikan dirinya faham atau yakin dengan ilmu yang diajar. Fokus menuntut ilmu adalah saling mempelajari...bertanya apabila bila tak tahu...BUKANNYA berdebat kosong tanpa ilmu di samping menunjuk-nunjuk kehebatannya berdebat!!

Sebahagian kita begitu pelik jika dikemukakan istilah TAQWA...seolah-olah TAQWA itu milik imam, mereka yang dikenali sebagai wali Allah dan mereka yang arif benar dengan ilmu islam. Seolah-olah TAQWA itu tidak mungkin mampu dicapai MAQAMnya oleh manusia awam seperti kita semua. Sedangkan Taqwa itulah yang memagar diri seorang muslim untuk kekal dalam amalan yang diredhai Allah serta menjauhi laranganNya.

Rasa kerendahan hati akibat tidak mampu membaca Al Quran kerana tiada ilmu...serta ditakutkan pula oleh cakap-cakap orang agar jangan belajar sendiri ..takut-takut nanti berguru dengan syaitan ditambah pula malas berusaha....

Lalu langsung malas untuk membaca alquran, takut-takut tersilap tajwid dan bacaan...sedangkan pahala mereka yang tidak pandai membaca alquran berganda berbanding mereka yang sudah berkemampuan iaitu mendapat dua pahala; pahala membaca dan pahala bersungguh-sungguh untuk belajar.

Syaitan-syaitan jin dan syaitan-syaitan manusia akan terus menakutkan manusia untuk terus merendah diri bukan pada tempatnya. Sama-samalah kita mempelajari ilmu yang benar agar aqidah, ibadah dan muamalah kita di terima di sisi Allah...kita semua dilarang sama sekali menurut amalan yang tiada sandaran al quran dan petunjuk rasulullah SAW.

Puisi: Mulianya kita dengan Islam

Aqidah adalah nyawa hidupnya muslim beriman,
Ibadah adalah bukti terjemahan yang mengikut sunnah,
Ihsan melakukan amalan dengan yakin Allah Maha Melihat segala amalan,
TAQWA adalah ikatan ketaatannya kepada Allah.

Sesungguhnya bicaraku ini benar bersungguh nada seriusnya,
Jangan tintaku dibalas dengan lawak senda yang yang sia-sia.

Mengapa pelik dengan istilah iman dalam kehidupan,
Mengapa lirik untuk berhati-hati antara sunnah dan bid'ah,
Mengapa jijik tatkala Taqwa disaran menjadi pegangan,
Mengapa berbisik tatkala ada insan yang bersungguh mempertahan aqidah dan ukhuwah.

Mulianya kita adalah dengan Islam,
Islamlah yang mengangkat kemuliaan...milik Allah, rasul dan mereka yang beriman.

Thursday, January 13, 2011

Satu pengakuan yang di luar kebiasaan...

Hati saya begitu terpegun dan tersentuh dengan keberanian individu ini yang begitu nekad memohon maaf secara terbuka...apatah lagi selepas melabur ratusan hingga jutaan ringgit demi mendapat sesuatu gelaran yang 'dipandang' manusia. Satu pengorbanan yang luar biasa...saya juga turut berdoa, moga Allah menerima dan memberkati amalannya...


‘Maafkan saya...’

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran ‘Datuk’ sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.

Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.

“Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran ‘Datuk’ yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000.

“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Ali memakai gelaran itu yang kononnya dianugerahkan oleh institusi diraja dari sebuah negeri di bahagian utara Semenanjung pada 2006 menerusi seorang ejen dan ahli kerabat institusi itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada ahli kerabat itu memandangkan individu tersebut telah diisytihar muflis beberapa tahun lalu.

Menceritakan pengalamannya, kata Mohd. Ali, ‘nafsu’ untuk memakai gelaran ‘Datuk’ pada masa itu timbul kerana berfikiran ia boleh memudahkan urusan perniagaannya sebagai kontraktor.

Namun, katanya, ia tidak lagi perlu kerana menginsafi gelaran itu diperoleh secara palsu dan berpendapat ia boleh mendatangkan kemudaratan kepadanya dari segi sosial dan ketuhanan pada masa depan.

Tuesday, January 11, 2011

Yunnan Day 5 lagi - ke perkampungan Muslim di Dali


Sebahagian pemandangan di kampung berkenaan









Kami kemudian bertolak ke sebuah perkampungan tradisi masyarakat Muslim yang telah diwartakan menjadi sebahagian Kawasan Bersejarah oleh UNESCO...ia merupakan perkampungan muslim yang berusia ratusan tahun (mungkin juga ribuan...saya tak begitu pasti). Uniknya di perkampungan bersejarah ini, ia bukan seperti muzium tontonan, namun hampir setiap rumah sejarah itu didiami oleh penduduk asalnya...yang mana mereka ini masih mengamalkan tradisi pertanian serta budaya yang menjadi amalan turun temurun.


Masjid di perkampungan tersebut...kebanyakan ahli kariah solat bejemaah di masjid


Uniknya juga, kereta kuda masih merupakan kenderaan ringan utama untuk penduduk setempat..



Penduduk di Tanah Besar China ini majoritinya sangat rajin bekerja...saya saksikan kesungguhan mereka dalam setiap rutin harian, begitu bersungguh-sungguh. Mereka juga bersedia menggunakan apa sahaja yang mereka miliki demi merealisasikan apa yang mereka harap untuk dicapai. Untuk pengetahuan, di China...setiap hari merupakan hari bekerja...there is no weekend in China kecuali cuti untuk pelajar-pelajar sekolah. Pejabat kerajaan dan gedung perniagaan di buka setiap hari kecuali pada perayaan tahun baru China. Rajinnya mereka ini juga terserlah tanpa mengira usia...

Monday, January 10, 2011

Tentang kemuliaan agama dan kepentingan bangsa..

Saya membicarakan dua isu sensitif...yang biasanya jarang saya sentuh atau perkatakan dalam apa jua forum mahupun perbincangan ilmiah. Secara teknikal, saya sering juga mendiamkan diri mengenai perspektif sebenar...meskipun dalam amalan dan sikap, saya punyai halatuju sendiri mengenainya.

Secara jujur, saya sebenarnya mengalami krisis kekeliruan antara mengutamakan sama ada bangsa atau mendahulukan agama. Ketika usia remaja...fahaman dangkal pemisahan melalui kefahaman politik benar-benar mempengaruhi cara saya berfikir. Itulah juga akhirnya pada usia ini saya sedar bahawa fahaman dangkal itulah yang bertanggungjawab memecahkan bangsa melayu yang beragama islam ini, mengapi-apikan sentimen dan emosi tanpa asas lalu mencipta situasi untuk memenangi sesuatu 'pertandingan'.

Saya sebagai individu campuran darah Melayu dan Jawa..yang jika dikaji secara detail DNA mungkin juga mempunyai kesinambungan dari keturunan wilayah Nusantara, Indochina mahupun Yunnan. Namun dalam era yang mengkategorikan manusia mengikut bangsa....wujudlah kita ini sebagai bangsa melayu, cina mahupun india. Setiap bangsa ada istimewanya...ada keunikannya. Dalam menghadapi situasi kehidupan dengan pelbagai bangsa duduk di bawah awan di Bumi Malaysia; kita sebagai bangsa beragama islam perlu bersyukur sepenuhnya kerana kuasa pentadbiran itu masih dimiliki oleh bangsa yang mendokong aqidah mentauhidkan Allah. Lalu wacana dalam menghadapi polemik mahupun isu, jangan sesekali dikelirukan oleh perbezaan bangsa yang dinisbahkan pada perbezaan DNA...itu semua nilaian karut yang membuka perpecahan dalam ummah beragama islam ini.

Kita perlu berpegang pada nilaian mulianya kita ini adalah kerana kita memiliki iman dan kitab mulia iaitu alquran. Islam tidak pernah menyuruh kita bermusuh sesama sendiri...jauh sekali dari menimbulkan kekacauan...atau menyuruh kita menyebarkan fitnah dan merosakkan imej sesama insan. Kita perlu memperkenalkan dan menjaja nilai kebaikan islam supaya Islam disenangi dan didokongi serama i mungkin oleh manusia di bumi bertuah ini.

Akhbar di Britain baru-baru ini menyiarkan kadar individu yang mengucap syahadah meningkat berlipat kaliganda di wilayah tersebut...satu fenomena mengkagumkan dengan izin Allah yang perlu kita contohi di setting kita ini. Wajarnya kita memperteguh usaha menanamkan nilai kebaikan Islam dan tidak terus-terusan berkelahi sesama sendiri dalam isu-isu remeh serta melemahkan persaudaraan kita dengan saudara seikhwah. Pada Allah jua kita bertawakkal..

Sunday, January 9, 2011

Yunnan Day 5 - Terbang ke Dali


Tasik indah dalam perjalanan dari Dali Airport ke Tadika Kanak-kanak Dali


Pertama kali saya mendengar perkataan DALI ialah ketika saya diperkenalkan dengan saham dana amanah...salah satu daripadanya ialah DALI equity fund. Namun destinasi Dali tempat kunjungan kami seterusnya terletak sedikit utara dari bandaraya Kunming...jika menaiki bas mengambil masa 4 hingga 5 jam (hampir seharian perjalanan). Penerbangan pagi itu bermula sejak jam 4 pagi lagi....kami semua telahpun bersedia di luar hotel penginapan untuk mengejar flight jam 7 pagi. Alhamdulillah, kami dan rombongan mampu menunaikan solat subuh di sudut lapangan terbang...itulah pengalaman saya yang begitu unik iaitu solat dengan kasut but tanpa menanggalkannya. Suasana kami agak kelam kabut di atas kehilangan dua ahli rombongan akibat salah faham....anggota rombongan dengan tourist guide teruk dimarahi oleh anggota lapangan terbang, namun apakan daya, dalam situasi berkenaan sukar untuk memastikan setiap ahli faham arahan yang diberikan.

Alhamdulillah, kami akhirnya selamat mendarat di Dali Airport....tidak begitu sibuk, agak sepi, nyaman dan dingin sekali...kami dijemput dengan bas persiaran untuk bertolak ke perkampungan muslim/ tadika kanak-kanak.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam...terus ke madrasah dan disambut dengan jamuan pagi yang begitu mewah sekali...subhanalLah.











Destinasi kami itu sebenarnya merupakan sebuah nursery kanak-kanak yang diusahakan secara volunteer oleh penduduk setempat, tanahnya diwakafkan oleh penduduk tempatan yang komited dengan bidang pendidikan...mereka sekadar mengharapkan sumbangan dana orangramai serta selebihnya merupakan sumbangan secara sukarela.


Imam Besar di Dali








Hadiah Kitab Doa dan Zikr Ma'thurat

Antara sikap saya yang tidak baik ialah selalu cuai dalam memelihara buku-buku terutama yg bersaiz kecil, selalu terlupa meletakkan buku tersebut kembali ke tempat asalnya setelah ianya dibaca. Dalam mengharungi kehidupan yang sering sahaja sibuk, saya menetapkan azam untuk mencuba sedaya upaya mengamalkan zikr dan doa mathurat yg mana ianya dikumpul berdasarkan yg terhimpun di dlm sunnah. Namun, fokus saya selalu tidak konsisten tanpa kitab berkenaan. Penyudahnya, tanpa kitab kecil tersebut; saya selalu gagal menghabiskan zikr dan doa minima seperti yang disyorkan.

Di atas kealpaan saya baru-baru ini, saya menghilangkan kitab kecil kepunyaan suami saya. Puas diselongkar namun entah di mana duduknya. Sebelum itu saya sendiri membeli kitab tersebut...cuba amalkan namun terhenti selepas ianya 'misplaced' entah ke mana. Baru-baru ini apabila abang saya menghadiahkan kitab mathurat sebagai sebahagian cenderahati majlis perkahwinan anaknya, saya berasa amat gembira dan bersyukur sekali. Namun, ianya juga 'misplaced'..saya kononnya begitu berazam menghabiskan bacaan tersebut di tempat kerja, namun ia begitu cepat saya lupakan sebaik berada di setting office...entah, banyak sangat syaitan agaknya. Beberapa hari saya dilanda rasa sedih dan terkilan...geram juga pada diri sendiri kerana terus membiarkan sifat cuai sedemikian.
Saya meneruskan usaha membaca zikr dan doa sekadar kemampuan, yg teringat dan mengikut kudrat. Dan rasa sedih terus menggamit di hati.

Allah susun dalam satu perjumpaan kejiranan semalam, saya ditegur oleh jiran kami...beliau baru-baru ini mengadakan kenduri pernikahan anaknya. Namun saya sekeluarga tidak berkesempatan sepenuhnya turut serta dalam majlis jiran saya itu kerana meraikan kenduri anak abang saya pada tarikh yang sama. Jiran saya itu beria-ia menanyakan sama ada kami sekeluarga telahpun menerima cenderahati dari mereka. Saya pada mulanya keberatan untuk mengakui belum menerima namun perasaan saya bertukar gembira apabila jiran saya itu mengeluarkan dua kitab mathurat untuk dihadiahkan kepada kami. Tanpa saya duga, sebentar kemudian dihulurkannya 3 lagi kitab mathurat sebagai hadiah untuk anak-anak saya. Segala puji bagi Allah... itu sahaja yang mampu saya lafazkan...

Friday, January 7, 2011

Sesi persekolahanpun bermula...

Selamat memulakan sesi persekolahan yang baru. Seperti juga ibubapa yang anak-anaknya bersekolah, saya juga tidak ketinggalan sibuk dengan persiapan anak-anak bersekolah. Cuma pada tahun ini, kesemua anak-anak saya sudahpun bersekolah. Kegembiraan memulakan persekolahan di sesi yang baru sangat mengujakan. Teringat pula di saat saya memulakan sesi bersekolah dahulu...yang masih saya ingat, bergenang juga airmata semasa hadir waktu mendaftar masuk darjah satu ketika itu.

Sejak dari zaman bersekolah dahulu, saya yakin bahawa keazaman untuk berjaya sebenarnya merupakan motivasi yang dipatri di dalam hati. Itulah kesungguhan tanpa alasan untuk mencapai apa sahaja usaha demi membuahkan matlamat untuk berjaya. Saya dahulu tidak pernah bertusyen...tiada kelas tambahan...apa yang diajar di dalam kelas, itulah juga yang saya ingat dan hafal...dan saya menjadikan kesemua guru-guru saya sebagai insan dan ikon yang sangat dihormati.

Baru-baru ini, saya sempat bersembang dengan seorang guru yang bagi saya sangat berdedikasi dalam tugasnya. Ada nada keluhan apabila kami berbicara tentang sikap sebahagian ibubapa yang mengambil mudah isu-isu kritikal...katanya kepada saya,

"Kami ni Dr. kadang-kadang serba salah terhadap budak-budak ni...yelah bila dah kat sekolah, macam anak kita juga, yang salah kita tegur. Tapi Dr. tahu, ada ibubapa yang telefon terus pada kita jika dapat tahu anaknya ditegur dari segi kesalahan atau disiplin. Ada parents yang beritahu..."Cikgu, saya hantar anak saya sekolah untuk cikgu ajar dia sampai pandai...bukan nak betulkan akhlak dia. Dia nak buat apa, nak buli murid lain ke...itu hal dia". Saya terkedu apabila mendapat tahu kes-kes yang saya anggap ekstrem sedemikian....entah 'bengong' apa agaknya jika benar ada ibubapa yang sedemikian.Anak-anak bukan robot mekanik...tetapi insan yang ada hati dan perasaan.


Pandai tapi perangai macam hantu...ikut formula subjek apa sekalipun; bakal menjadi 'sampah' dalam masyarakat, bakal sia-sia kehidupannya...mudah-mudahan kita semua Allah pelihara dari fenomena buruk berkenaan.

Untuk semua anak-anak dan juga para pelajar yang saya kasihi semuanya...selamat belajar dan menimba ilmu, peliharalah akhlak, akhlak itulah yang menjadi sebahagian benteng ketaqwaan kita dalam mengaplikasikan sebarang ilmu dalam kehidupan. Moga berjaya di dunia dan di akhirat...

Monday, January 3, 2011

Yunnan Day 4 -Visiting Cultural Village





Hari ke empat dalam lawatan berkenaan, kami dibawa melawat Pusat Perkampungan Budaya yang berganda-ganda skalanya dari Mini Malaysia di Ayer Keroh, Perkampungan budaya di Kunming ini memaparkan latarbelakang penempatan, budaya serta carahidup sukubangsa utama di China. Di China ada sejumlah 56 suku kaum dengan Han merupakan majoriti penduduk negara itu. Bangsa Cina Muslim adalah Hui, merupakan minoriti di kebanyakan tempat.Rupa-rupanya, begitu lama sejarah Hui di China.....namun kecekalan mereka mempertahankan identiti dan agama benar-benar menyentuh perasaan saya.

Dari sejarahnya, Hui merupakan sukukaum yang telah dihalau dan dikejar ke serata China, dibunuh serta diganggu dengan pelbagai ancaman, berikutan itu kebanyakan mereka melarikan diri ke pedalaman, kawasan pergunungan supaya tidak lagi diganggu ..sehingga kini mereka kekal dan cekal memadankan identiti sebagai muslim.










Saturday, January 1, 2011

Mudah dibuat tapi selalu tak ingat....

Saya senaraikan usaha yang pada pandangan saya begitu mudah untuk dilaksanakan...namun diri saya sebagai insan yang sering terlupa (easily distracted) menyebabkan ianya sering terabai...

1. Zikir mengingati Allah - lidah dan hati

2. Istighfar mohon keampunan dari Allah

3. Meninggalkan amalan yang sia-sia

4. Bersedekah dengan seminima boleh melalui apa sahaja yang kita ada - senyuman, mudah memberi bantuan, wang yang paling minima mampu dikeluarkan (5 sen barangkali)

5. Ingat Allah setiap kali memandang alam semulajadi

6. Berdoa dengan bersungguh-sungguh

7. Syukur dengan penuh kerendahan hati

8.Baca alquran dengan tadabbur dan membaca tafsir yang mudah

Lain-lain:
1. Kemas meja tulis/ susun semula buku

2. Letak kunci kereta di tempat yang sepatutnya

3. Menulis item yang perlu dibeli di kedai