Saya menyusuri banyak pengalaman sendiri serta teladan yang saya sendiri saksikan dalam konteks menilai kembali persepsi dan tanggapan sebahagian besar kita terhadap kefahaman dan yakinnya kita terhadap sesuatu ilmu. Ilmu yang saya maksudkan di sini ialah ilmu agama yang memberikan kita 'label' atau dicirikan sebagai seorang muslim.
Syeikh Maududi dalam kitabnya Asas-asas Islam, memperjelaskan secara panjang lebar mengapa seorang yang hanya mempunyai nama sahaja tanpa isi teknikal sebagai muslim tidak layak dicirikan sebagai muslim. Seperti tukang jahit atau doktor...mereka itu tidak layak menjadi tukang jahit atau doktor jika tiada ilmu dan kemahiran untuk melayakkan mereka dipanggil sebagai tukang jahit atau doktor.
Ilmu untuk menjadi muslim MESTI dipelajari, diketahui, diyakini dan diamalkan. Seseorang muslim itu perlu berani dan yakin dalam konteks untuk mempelajari ilmu yang benar...untuk mencirikannya sebagai muslim. Keberanian dan keyakinan yang dimaksudkan di sini ialah, tahap kefahaman yang melayakkannya dicirikan sebagai muslim itu WAJIB diwujudkan di dalam hati dan diri...
Seorang muslim yang melakukan sesuatu ibadah perlu bersungguh-sungguh dan tekun agar ianya sempurna dan dinilai sebagai berkualiti di sisi Allah. Mengapa ada rasa rendah diri sehingga tidak terniat untuk sama-sama memantapkan diri dengan kualiti 'ibadah seorang alim ilmuwan.
KASTA dalam ibadah sebenarnya tidak pernah wujud...yang wujud hanyalah rasa rendah diri yang melampau sehingga menerima bulat-bulat apa sahaja yang disogokkan tanpa mempedulikan dirinya faham atau yakin dengan ilmu yang diajar. Fokus menuntut ilmu adalah saling mempelajari...bertanya apabila bila tak tahu...BUKANNYA berdebat kosong tanpa ilmu di samping menunjuk-nunjuk kehebatannya berdebat!!
Sebahagian kita begitu pelik jika dikemukakan istilah TAQWA...seolah-olah TAQWA itu milik imam, mereka yang dikenali sebagai wali Allah dan mereka yang arif benar dengan ilmu islam. Seolah-olah TAQWA itu tidak mungkin mampu dicapai MAQAMnya oleh manusia awam seperti kita semua. Sedangkan Taqwa itulah yang memagar diri seorang muslim untuk kekal dalam amalan yang diredhai Allah serta menjauhi laranganNya.
Rasa kerendahan hati akibat tidak mampu membaca Al Quran kerana tiada ilmu...serta ditakutkan pula oleh cakap-cakap orang agar jangan belajar sendiri ..takut-takut nanti berguru dengan syaitan ditambah pula malas berusaha....
Lalu langsung malas untuk membaca alquran, takut-takut tersilap tajwid dan bacaan...sedangkan pahala mereka yang tidak pandai membaca alquran berganda berbanding mereka yang sudah berkemampuan iaitu mendapat dua pahala; pahala membaca dan pahala bersungguh-sungguh untuk belajar.
Syaitan-syaitan jin dan syaitan-syaitan manusia akan terus menakutkan manusia untuk terus merendah diri bukan pada tempatnya. Sama-samalah kita mempelajari ilmu yang benar agar aqidah, ibadah dan muamalah kita di terima di sisi Allah...kita semua dilarang sama sekali menurut amalan yang tiada sandaran al quran dan petunjuk rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment