Motivasi merupakan faktor penggerak untuk kita mengekalkan semangat dan keinginan untuk terus mempertingkat usaha dalam mencapai sesuatu objektif. Apakah dia faktor penggerak itu...bagi saya ia wujud dalam pelbagai bentuk dan sifat.
Ada masa-masa tertentu kita terlantar lemah serta gagal memanfaatkan masa untuk memberikan sesuatu output yang maksima....mungkin terkedu akibat dicelarukan oleh stress atau sesuatu hajat yang tidak tercapai.
Sesungguhnya hidup ini penuh warna-warni keadaannya...ada warna yang kita senangi...ada pula warna yang kehadirannya menimbulkan kegelisahan sehingga menggagalkan kita menepati sasaran. Saya berbincang dengan seorang sahabat mengenai pelbagai kursus motivasi...yang kini begitu meluas aplikasinya di sekolah-sekolah untuk memantapkan semangat anak-anak demi mencapai kejayaan dalam peperiksaan.
Baru-baru ini juga...saya sempat membaca sepintas lalu mengenai pelbagai peringkat kursus motivasi yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar sekolah. Saya melihat isu motivasi ini dalam beberapa skop yang berbeza...bagi saya untuk menghidupkan atau mengekalkan motivasi...kita tidak perlu menunggu untuk diadakan kursus khas mengenainya. Perlukah sesuatu dana itu dihabiskan semaksima mungkin untuk pelbagai kursus motivasi untuk memberikan sumbangan bermakna kepada keputusan peperiksaan?
Salah faham peranan motivasi dalam menentukan keputusan peperiksaan menyebabkan pelbagai syarikat bagai tumbuhnya cendawan menawarkan pelbagai kursus...dengan pelbagai versi dan modul. Keputusan peperiksaan yang baik sebenarnya merupakan hasilan dari minat belajar serta mengaplikasikan ilmu secara praktikal.
Minat belajar itu pula biasanya bermula dari nilai-nilai yang diterap dalam keluarga, dan bagi saya juga, ibu bapa lah sebagai ikon yang sebenarnya berperanan memproliferasikan minat belajar supaya ianya menjadi praktis berterusan...bukan penceramah Kursus Motivasi....
No comments:
Post a Comment