Antara sikap saya yang tidak baik ialah selalu cuai dalam memelihara buku-buku terutama yg bersaiz kecil, selalu terlupa meletakkan buku tersebut kembali ke tempat asalnya setelah ianya dibaca. Dalam mengharungi kehidupan yang sering sahaja sibuk, saya menetapkan azam untuk mencuba sedaya upaya mengamalkan zikr dan doa mathurat yg mana ianya dikumpul berdasarkan yg terhimpun di dlm sunnah. Namun, fokus saya selalu tidak konsisten tanpa kitab berkenaan. Penyudahnya, tanpa kitab kecil tersebut; saya selalu gagal menghabiskan zikr dan doa minima seperti yang disyorkan.
Di atas kealpaan saya baru-baru ini, saya menghilangkan kitab kecil kepunyaan suami saya. Puas diselongkar namun entah di mana duduknya. Sebelum itu saya sendiri membeli kitab tersebut...cuba amalkan namun terhenti selepas ianya 'misplaced' entah ke mana. Baru-baru ini apabila abang saya menghadiahkan kitab mathurat sebagai sebahagian cenderahati majlis perkahwinan anaknya, saya berasa amat gembira dan bersyukur sekali. Namun, ianya juga 'misplaced'..saya kononnya begitu berazam menghabiskan bacaan tersebut di tempat kerja, namun ia begitu cepat saya lupakan sebaik berada di setting office...entah, banyak sangat syaitan agaknya. Beberapa hari saya dilanda rasa sedih dan terkilan...geram juga pada diri sendiri kerana terus membiarkan sifat cuai sedemikian.
Saya meneruskan usaha membaca zikr dan doa sekadar kemampuan, yg teringat dan mengikut kudrat. Dan rasa sedih terus menggamit di hati.
Allah susun dalam satu perjumpaan kejiranan semalam, saya ditegur oleh jiran kami...beliau baru-baru ini mengadakan kenduri pernikahan anaknya. Namun saya sekeluarga tidak berkesempatan sepenuhnya turut serta dalam majlis jiran saya itu kerana meraikan kenduri anak abang saya pada tarikh yang sama. Jiran saya itu beria-ia menanyakan sama ada kami sekeluarga telahpun menerima cenderahati dari mereka. Saya pada mulanya keberatan untuk mengakui belum menerima namun perasaan saya bertukar gembira apabila jiran saya itu mengeluarkan dua kitab mathurat untuk dihadiahkan kepada kami. Tanpa saya duga, sebentar kemudian dihulurkannya 3 lagi kitab mathurat sebagai hadiah untuk anak-anak saya. Segala puji bagi Allah... itu sahaja yang mampu saya lafazkan...
No comments:
Post a Comment