Selamat memulakan sesi persekolahan yang baru. Seperti juga ibubapa yang anak-anaknya bersekolah, saya juga tidak ketinggalan sibuk dengan persiapan anak-anak bersekolah. Cuma pada tahun ini, kesemua anak-anak saya sudahpun bersekolah. Kegembiraan memulakan persekolahan di sesi yang baru sangat mengujakan. Teringat pula di saat saya memulakan sesi bersekolah dahulu...yang masih saya ingat, bergenang juga airmata semasa hadir waktu mendaftar masuk darjah satu ketika itu.
Sejak dari zaman bersekolah dahulu, saya yakin bahawa keazaman untuk berjaya sebenarnya merupakan motivasi yang dipatri di dalam hati. Itulah kesungguhan tanpa alasan untuk mencapai apa sahaja usaha demi membuahkan matlamat untuk berjaya. Saya dahulu tidak pernah bertusyen...tiada kelas tambahan...apa yang diajar di dalam kelas, itulah juga yang saya ingat dan hafal...dan saya menjadikan kesemua guru-guru saya sebagai insan dan ikon yang sangat dihormati.
Baru-baru ini, saya sempat bersembang dengan seorang guru yang bagi saya sangat berdedikasi dalam tugasnya. Ada nada keluhan apabila kami berbicara tentang sikap sebahagian ibubapa yang mengambil mudah isu-isu kritikal...katanya kepada saya,
"Kami ni Dr. kadang-kadang serba salah terhadap budak-budak ni...yelah bila dah kat sekolah, macam anak kita juga, yang salah kita tegur. Tapi Dr. tahu, ada ibubapa yang telefon terus pada kita jika dapat tahu anaknya ditegur dari segi kesalahan atau disiplin. Ada parents yang beritahu..."Cikgu, saya hantar anak saya sekolah untuk cikgu ajar dia sampai pandai...bukan nak betulkan akhlak dia. Dia nak buat apa, nak buli murid lain ke...itu hal dia". Saya terkedu apabila mendapat tahu kes-kes yang saya anggap ekstrem sedemikian....entah 'bengong' apa agaknya jika benar ada ibubapa yang sedemikian.Anak-anak bukan robot mekanik...tetapi insan yang ada hati dan perasaan.
Pandai tapi perangai macam hantu...ikut formula subjek apa sekalipun; bakal menjadi 'sampah' dalam masyarakat, bakal sia-sia kehidupannya...mudah-mudahan kita semua Allah pelihara dari fenomena buruk berkenaan.
Untuk semua anak-anak dan juga para pelajar yang saya kasihi semuanya...selamat belajar dan menimba ilmu, peliharalah akhlak, akhlak itulah yang menjadi sebahagian benteng ketaqwaan kita dalam mengaplikasikan sebarang ilmu dalam kehidupan. Moga berjaya di dunia dan di akhirat...
No comments:
Post a Comment