Saya membicarakan dua isu sensitif...yang biasanya jarang saya sentuh atau perkatakan dalam apa jua forum mahupun perbincangan ilmiah. Secara teknikal, saya sering juga mendiamkan diri mengenai perspektif sebenar...meskipun dalam amalan dan sikap, saya punyai halatuju sendiri mengenainya.
Secara jujur, saya sebenarnya mengalami krisis kekeliruan antara mengutamakan sama ada bangsa atau mendahulukan agama. Ketika usia remaja...fahaman dangkal pemisahan melalui kefahaman politik benar-benar mempengaruhi cara saya berfikir. Itulah juga akhirnya pada usia ini saya sedar bahawa fahaman dangkal itulah yang bertanggungjawab memecahkan bangsa melayu yang beragama islam ini, mengapi-apikan sentimen dan emosi tanpa asas lalu mencipta situasi untuk memenangi sesuatu 'pertandingan'.
Saya sebagai individu campuran darah Melayu dan Jawa..yang jika dikaji secara detail DNA mungkin juga mempunyai kesinambungan dari keturunan wilayah Nusantara, Indochina mahupun Yunnan. Namun dalam era yang mengkategorikan manusia mengikut bangsa....wujudlah kita ini sebagai bangsa melayu, cina mahupun india. Setiap bangsa ada istimewanya...ada keunikannya. Dalam menghadapi situasi kehidupan dengan pelbagai bangsa duduk di bawah awan di Bumi Malaysia; kita sebagai bangsa beragama islam perlu bersyukur sepenuhnya kerana kuasa pentadbiran itu masih dimiliki oleh bangsa yang mendokong aqidah mentauhidkan Allah. Lalu wacana dalam menghadapi polemik mahupun isu, jangan sesekali dikelirukan oleh perbezaan bangsa yang dinisbahkan pada perbezaan DNA...itu semua nilaian karut yang membuka perpecahan dalam ummah beragama islam ini.
Kita perlu berpegang pada nilaian mulianya kita ini adalah kerana kita memiliki iman dan kitab mulia iaitu alquran. Islam tidak pernah menyuruh kita bermusuh sesama sendiri...jauh sekali dari menimbulkan kekacauan...atau menyuruh kita menyebarkan fitnah dan merosakkan imej sesama insan. Kita perlu memperkenalkan dan menjaja nilai kebaikan islam supaya Islam disenangi dan didokongi serama i mungkin oleh manusia di bumi bertuah ini.
Akhbar di Britain baru-baru ini menyiarkan kadar individu yang mengucap syahadah meningkat berlipat kaliganda di wilayah tersebut...satu fenomena mengkagumkan dengan izin Allah yang perlu kita contohi di setting kita ini. Wajarnya kita memperteguh usaha menanamkan nilai kebaikan Islam dan tidak terus-terusan berkelahi sesama sendiri dalam isu-isu remeh serta melemahkan persaudaraan kita dengan saudara seikhwah. Pada Allah jua kita bertawakkal..
No comments:
Post a Comment