Penglibatan saya dengan organisasi luar selain dari tempat saya bekerja tidaklah begitu banyak...ada peluang saya dapat menyumbang, saya cuba untuk mempermudahkan segala tugasan demi dimanfaatkan bagi memenuhi matlamat organisasi tersebut. Di samping itu, dapat juga saya berkenalan dengan semua individu terlibat dalam organisasi berkenaan untuk merapatkan ukhuwah dan memulakan persahabatan.Satu aspek yang agak kritikal dalam mana-mana pertubuhan atau organisasi yang saya perhatikan selama ini ialah kedudukan kewangan serta ke mana wang yang telah dikumpul itu dibelanjakan.
Tentang isu wang yang dibelanjakan...saya tak pasti pula dengan pengalaman yang di lalui di tempat-tempat lain. Namun saya mencerap dalam banyak contoh dan pengalaman betapa peruntukan kewangan biasanya tidak dipersoalkan jika diguna untuk jamuan-jamuan yang berkaitan dengan aktiviti organisasi. Ia termasuklah jamuan mesyuarat jawatankuasa, atau apa sahaja mesyuarat yang melibatkan jawatankuasa...yang biasanya dibuat secara rutin atau secara 'adhoc'...
Saya jarang terlibat dengan persediaan jamuan mesyuarat yang menggunakan dana awam (kami di pejabat mengumpul dana sesama sendiri utk jamuan teh atau sebarang jamuan...ada juga yang begitu bermurah hati mengambil giliran utk belanja makan)...cuma saya kesal kerana ditempat-tempat yang mengumpul dana dari kutipan derma orang ramai...rutin saling berbelanja untuk dimakan sesama jawatankuasa atau apa sahaja yang mempunyai kepentingan dengan majlis yang mereka anjurkan dilaksanakan tanpa sekatan. Kelihatannya...manfaat derma atau sumbangan awam dikuasai oleh mereka yg bernama AJK...jamuannya berlegar di kalangan mereka yg memakai topi sebagai jawatankuasa yg dipilih sesama sendiri.
Perlukah jawatankuasa itu diberi makan setiap kali mesyuarat diadakan menggunakan dana awam? Jika perlantikan secara sukarela...tanpa sebarang paksaan, maka kesukarelaan itu juga pada pandangan saya perlu dilaksanakan tanpa mengharap balasan. Sukarkah mencari makanan sendiri untuk mengalas perut...atau sekadar meneguk air kosong penghilang dahaga...atau singgah sebentar menyediakan sedikit tit-bit untuk dikunyah bagi menghilang kelaparan jika tak sempat menjamah makanan di rumah?
Dana awam untuk aktiviti sesuatu organisasi adalah diamanahkan untuk masyarakat awam....diutamakan memberi makan pada orang miskin....diutamakan pada aktiviti utk mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan...serta diisi dengan aktiviti bermanfaat untuk dinikmati bersama....bukan untuk jamuan para Jawatankuasa...
No comments:
Post a Comment