Saya nyatanya keliru dengan ungkapan budak yang ditujukan pada seorang lelaki yang sudah mempunyai tubuh yang sasa, berjanggut, bermisai atau juga pada gadis yang telah terserlah keayuan kewanitaannya. Capaian nyata tubuh fizikal yang dicirikan sedemikian sebenarnya bagi saya sudah melampaui istilah BUDAK.
Bukankah hukum dosa dan pahala ditaklifkan pada setiap diri selepas mencapai usia baligh...yang mana pada usia tersebut secara fisiologinya terdapat perubahan hormon dalam badan seterusnya merangsang perubahan fizikal, emosi serta cara berfikir? perubahan yg merubah rupa dan fizikal seseorang dari kanak-kanak yg meleleh hingusnya atau comot perwatakannya kepada seorang yg mengambil berat penampilan diri, mulai mencari identiti yg menarik minatnya serta mulai merasa cenderung kepada individu yang berlainan jantina dengannya?
Dosa dan pahala...bukan isu kecil atau isu mikro yg boleh diendah-endah atau ditinggalkan secara sukahati atau sukarela. Namun, ia ketetapan yang tersurat untuk dipikul oleh insan...itulah penentu yg membezakan kehidupannya di akhirat...bahagia atau sengsara....Usia taklif itu bermula seawal 9 tahun hinggalah ke usia 15 tahun...bergantung kepada kematangan fungsi reproduktif seseorang.
Hikmah kejadian sedemikian oleh Allah SWT, perlunya kita sandarkan dalam realiti kehidupan. Usia BUDAK sepatutnya dirujuk pada zaman sebelum mencapai usia baligh...Maka selepas seseorang itu mencapai usia baligh, fokus pendidikan perlu ditekankan betapa mereka itu terikat dengan 'outcomes' dosa dan pahala beserta bimbingan manfaat secara konsisten dalam konteks menghasilkan insan yang beriman dan bertaqwa.
Sebarang kesilapan nyata yang berlaku akibat kurang pengalaman atau kekhilafan dalam memurnikan pendekatan terbaik, adalah suatu yg lumrah dalam kehidupan...hatta mereka yg berusia 40an,50 an atau sudah lanjut...turut juga melakukan kesilapan sedemikian. Oleh itu, jika remaja belasan tahun atau berusia awal 20 an atau masih belum mencapai 30an...pendekatan yang sama juga wajar dilayan sebagai manusia yg perlu menerima bimbingan, pemulihan atau hukuman. Saya tidak nampak alasan yg kukuh utk menyatakan bahawa...jika kesilapan yg berkaitan akhlak dilakukan pada usia belum mencapai 30 tahun...maka kita katakan..."takpelah...mereka itu masih budak".
Jika demikian...mengapa dalam situasi penagihan dadah, rempit di jalanraya atau isu pembuangan bayi yang melibatkan usia sedemikian...masyarakat tidak pula memberikan pandangan..."takpe lah...mereka tu kan masih budak...belum ada pengalaman"....
No comments:
Post a Comment