Apakah sebenarnya yang didefinisikan sebagai ilmu? Jika agaknya kita sejak dari kecil dihidangkan dengan pelbagai bentuk ilmu-ilmu...sama ada yg berbentuk formal di institut persekolahan/ akademik mahupun juga yg merupakan pengalaman serta berlaku di luar julat pengajian rasmi.... apakah sebenarnya tanggapan kita terhadap ilmu-ilmu berkenaan?
Sesungguhnya objektif kita dalam dunia penuh teknologi dan kehebatan materialistik ini menjuruskan pencapaian ilmu untuk mencapai kecemerlangansebagai insan.... serta bermatlamatkan untuk terus menerus menyumbang kepada pencapaian tamadun manusia. Kita dinobatkan pula bahawa yang cemerlang dan hebat itu apabila seseorang mencapai gred teratas dalam sesuatu ujian peperiksaan atau juga pencapaian luar biasa yang dikagumi masyarakat dunia.
Namun demikian; apabila kita menganalisa kembali sejarah keperluan dan keterikatan manusia kepada ilmu.... kita ini sebenarnya memerlukan ilmu untuk membezakan kita dengan organisma lain yang tidak berakal (mempunyai otak secara anatominya tetapi tidak mempunyai logik fikiran) untuk berfungsi sebagai insan. Seseorang insan itu mempunyai tanggungjawab kepada individu lain (pada ibubapa dan keluarga, pada sahabat-sahabat juga pada masyarakatnya)...dan kita juga mempunyai tanggungjawab yang lebih utama iaitu melakukan amalan yang baik untuk mendapat keredhaan Allah (to please our God (Allah SWT)).
Seseorang yang mempunyai sijil atau perakuan tatkala sudah melepasi sesuatu tahap dalam tingkatan pengetahuan...atau mempunyai pengiktirafan memegang ijazah atau apa sahaja sijil atau hadiah; skop pengiktirafan itu hanyalah dalam lingkungan kurikulum akademik (sama ada yang pernah dihafal/ diingat atau difaham) namun tidak semestinya merangkumi nilai kebaikan sejagat yg merupakan amalan utk dikongsi sesama insan.
Sesungguhnya tanggungjawab kita terhadap ilmu yang dipelajari adalah untuk dilaksanakan secara relevan dalam kehidupan, mencakupi juga dalam ruang tidak rasmi serta memperbaiki/ menyerlah kebaikan dalam hubungan kita sesama manusia. Seseorang yang memiliki kepandaian ilmu, hebat dalam pengetahuan tetapi wujud sebagai manusia yang tidak beradab...nyatanya menterjemahkan keadaan betapa ruginya pengetahuan yg pernah dipelajari tetapi gagal berfungsi.
Hikmah ilmu hanya bagi mereka yang menjuruskan kebaikan ilmu untuk mendekatkan diri kepada Tuhan yang Maha Pencipta, betapa kebaikan ilmu yang diperolehi adalah untuk mendapat redha Allah yang abadi...bukan untuk bongkak dan sombong 'tenggelam' dalam status pangkat dan nama. Itu bukan fitrah insan yang berilmu...
No comments:
Post a Comment