Kebanyakan kita 'tergaru-garu' kepala...memikirkan bagaimana mereka yang cukup ilmunya, menjawat jawatan berstatus namun masih terjebak dengan jenayah rasuah atau penipuan. Atau juga para 'pengadil' di mahkamah; namun terjebak dalam kesilapan maksiat yang dipandang hina oleh masyarakat.
Apabila dikhabarkan kepada saya tentang kisah seorang penguatkuasa wanita pencegah maksiat ditangkap kerana bersekedudukan ........saya nyatanya dukacita dan kecewa. Apatah lagi dikhabarkan kepada saya bahawa beliau pemegang Ijazah dalam bidang Syaria'h. Saya tidak mampu memberikan komen atau apa-apa ulasan mengenai anggota pencegah maksiat yang tertangkap itu... bagi saya ini secara jelasnya menterjemah kepada kegagalan dalam sistem pendidikan untuk membentuk insan yang menghayati agama dan kepercayaannya (keimanannya).
Sesungguhnya ILMU sahaja tidak mampu mendamaikan jiwa pada konteks kejayaan dan kebahagiaan yang diidamkan seseorang. Ilmu yang dipelajari dan dihafal untuk diaplikasikan dalam soalan peperiksaan hanyalah pencetus kepada naluri untuk memberi ilham penyelesaian apabila berhadapan masalah secara relevan. Bagaimana pula ILMU yang sedemikian jika ditela'ah sekadar membincangkan aspek luaran tanpa dihubungkan dengan akidah dan ketuhanan.
Manusia nyatanya memerlukan Tuhan dalam membimbing kehidupannya agar tidak tersasar...itulah Allah, yang merupakan satu-satunya Tuhan yang layak disembah dan diibadahi. Betapa hubungan kita dengan Tuhan memberikan pedoman pada jalan dan laluan kehidupan ...Allahlah juga tempat kita bersandar apabila dilanda kesusahan dan kerisauan.
Seseorang yang yakin kewujudan Allah walaupun tanpa mampu dilihatnya dengan mata, berhati-hati terhadap tindakan dan lisan yang dilakukannya. Setiap tindakannya pasti menjurus pada rasahati untuk berhati-hati kerana dirinya yakin benar segala amalan yang dilakukan tidak terlepas dari pengawasan Allah yang Maha Melihat.
Ibn Thaimiyah r.a menuliskan di dalam bukunya:
Ibadah is a word that includes everything that Allah loves and is pleased with, whether it words or deeds, open or hidden. So Solat, zakat, fasting, hajj, speaking truthfully, fulfilling one's trust, treating one's parents with kindness and respect, upholding the ties of kinship, keeping one's promise, enjoining what is good and forbidding what is evil, striving jihad against kufr and munafiqun, kind to one's neighbour, orphans, poor, wayfarers and animals, praying and making du'a, remembering Allah, reading quran and ither good deeds, all come under the heading of ibadah.
Similarly..loving Allah and His Messenger, fearing Allah, turning in repentance to Him, being sincere towards Him, patiently acepting His rulings, being thankful for his blessings, being content with His decree, putting one's trust in Him, hoping for his mercy, fearing His punishment, and so on...also come under the heading of worshipping Allah.
Ibadah is the ultimate goal which Allah loves and which He is pleased. It is the purpose for which He created His creation.
Perhatikanlah solat yang kita hadiri...dalam satu jangkawaktu yang sangat singkat untuk difokuskan serta diisi hati dengan menumpukan perhatian kepada Allah. Terus terang saya katakan...saya masih bergelut untuk mewujudkan hati yang khusyu' dan benar-benar fokus di dalam solat berkenaan. Apatah lagi tatkala memanjangkan fokus bahawa diri saya ini terikat dengan peraturan dan keredhaan Allah di luar solat.
Jika ibadah kepada Allah merupakan segenap aspek yang dilakukan menepati apa yang disukai dan diredhaiNya dan itulah juga sebab kita ini diwujudkan...sama-samalah kita memikirkan kembali tentang diri kita, 'Di mana' sebenarnya kita letakkan Allah di hati dan kehidupan kita......
No comments:
Post a Comment