Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...
Friday, February 18, 2011
Yunnan Day 9....lagi
Di pergunungan Haba...perkampungan di sekitarnya menempatkan kelompok keluarga muslim di kalangan Tibetan. Mereka melalui kehidupan yang sangat unik....mengusahakan sepenuhnya pertanian dan penternakan (yak...sejenis haiwan seperti lembu tetapi berbulu lebat) serta membina sendiri rumah dan kediaman mereka menggunakan sumber alam semulajadi di situ.
Mereka ini bagi saya merupakan insan yang begitu kental semangat dan keyakinan mereka....begitu fokus dengan tamadun yang mereka bina untuk manfaat masyarakat setempat, tanpa peruntukan subsidi atau sebarang bantuan dari kerajaan.
Di atas inisiatif pertubuhan bukan kerajaan dan universiti dari negara-negara berdekatan seperti Singapura...mereka telah membina kembali masjid dan juga sekolah tadika yang menempatkan anak-anak muslim untuk belajar.
Saya pula semasa di pergunungan Haba itu melayan rasa seribu perasaan...antara gembira dan tertekan...antara syukur dan kerisauan...anak-anak saya yang demam dan suami juga yang semakin tidak begitu sihat akibat perubahan cuaca dan altitud, sedangkan ubat-ubatan yang dibawa semakin berkurangan.
Dingin yang kian mencengkam serta rasa hati yang tidak tenteram...lewat malam yang terus dipenuhi suhu dingin yang terus dingin, saya hanya mampu berdoa serta mendirikan solat dalam bilangan rakaat yang tidak mampu saya lakukan semasa saya berada di Malaysia...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment